Monday, November 10, 2008

Satu Kegilaan

12 comments
bismillahirrahmanirrahim.

assalamualaikum.

sejak akhir-akhir ini, aku semakin lemas perut melihat satu fenomena yang menguasai impulse saraf dan otak sesetengah manusia di muka bumi Malaysia. fenomena 'mengharamkan, diharamkan dan terharamkan.'

aku tidak tahu bagaimana harus aku mulakan bicara kali ini. bimbang kalau menyinggung mana-mana hati, risau jika tersalah kata dan bahasa. ahh persetankan itu semua. aku lontarkan juga apa yg tersimpan di dalam keras tempurung kepala aku.

Kisah 1: Chopstick Haram

aku sering kali dihujankan dengan isu-isu fanatik yang amat menjengkelkan luas hati dan jiwa aku ini. fanatik. fanatik itu apa ya? di sini aku beri definisi berdasarkan logik pemikiran aku sendiri, bukan definisi dari Kamus Dewan ya. fanatik itu bagi aku ialah melampau-lampau. atau terlampau-lampau. fanatik yg paling aku benci ialah fanatik yang berkaitan dengan agama. yakni fanatik tentang hukum hakam islam. hypothesis fanatik dalam konteks ini ialah:

"semakin banyak suatu benda itu diharamkan, maka semakin alimlah kita."
(Saifuddin, 2008)

satu contoh yg amat menggelegakkan darah muda aku ialah 'chopstick haram'. ya Allah, kegilaan apakah ini. ya, anda boleh lontarkan pada aku bom atom sekalipun dek mulut aku yg terlalu lancang. tapi aku tidak akan tarik balik kata-kata aku. ini adalah satu kegilaan. gila apa ini. mengharamkan chopstick semata-mata chopstick itu adalah medium memasukkan makanan ke dalam mulut yang secara tradisinya digunakan oleh 'orang kafir', yakni mereka yang berbangsa Cina. logik di sebalik pengharaman ialah, 'menyerupai amalan orang kafir.'

tidak dapat aku bayangkan bagaimana rakan-rakan aku yang baru masuk islam terketar-ketar menyuapkan nasi ke dalam mulut menggunakan tangan dek penangan chopstick itu haram!

gila betul!

apa jika kita mengharamkan itu mengharamkan ini, semakin islamikkah kita? semakin alimkah kita? ya Tuhan, sabarkanlah hati aku ini.

Kisah 2: Sekolah Haram

sekolah agenda yahudi. ini lagi satu kegilaan yang teramat-amatlah menaikkan darah aku. logik di sebalik pengharaman: percampuran antara lelaki dan perempuan. Masya Allah. point pertama: apa kena-mengena percampuran lelaki dan wanita di sekolah dengan agenda yahudi? kedua: mungkin pembawa usul ini patut hidup di sebuah planet di mana habitantnya terdiri daripada single sex; yakni lelaki sahaja mahupun perempuan sahaja.

tak perlu cakap banyak. tunjukkan pada aku di mana ayat Quran yang mengharamkan pergaulan antara lelaki dan wanita.

gila!

Kisah 3: Pengkid Haram


ini pula kisah suatu yang memang patut diharamkan tapi dibantah pengharamannya. ini memang cerita lawak ni. marilah kita ikuti bersama.

Arakian tersebutlah alkisah Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan golongan 'pengkid'. maka timbul beberapa isu di sebalik pengharaman ini:

Pertama: Definisi Pengkid

Apa itu pengkid? pengkid yang bagaimanakah patut dikategorikan sebagai haram? bagaimana pula dengan tomboy? dan lain-lain kecelaruan identiti yang sama waktu dengannya? pendek kata, apakah definisi dan spesifikasi 'pengkid' yang sebenar?

Kedua: Apa itu Fatwa

Apa itu fatwa? adakah satu undang-undang yang wajib dipatuhi oleh umat Islam SeMalaysia? atau sekadar satu hebahan hukum yang diwartakan kepada umum? bagaimanakah suatu fatwa patut dilaksanakan? bagaimana suatu fatwa patut disebarkan? apakah sebab musabab atau tujuan di sebalik sesuatu fatwa? apakah logik atau justifikasi di sebalik pewartaan sesuatu fatwa? apakah kesan sesuatu fatwa? apakah keperluan sesuatu fatwa itu diwartakan? bagaimanakah satu fatwa boleh disampaikan kepada khalayak? melalui televisionkah? radiokah? surat khabar kah? internetkah? kah kah kah?

Ketiga: Tindakan Susulan

Baiklah. Pengkid haram. kemudian? apakah tindakan susulan yang perlu diambil? langkah-langkah membendung gejala pengkid yang wajar dilaksanakan demi menyelamatkan generasi muda Malaysia? apa yang patut dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat dalam menangani masalah pengkid? apakah tanggungjawab Majlis Fatwa Kebangsaan, Badan-badan dan Jabatan-jabatan Agama Islam dalam menghadapi golongan pengkid? bagaimana pula dengan langkah pencegahan oleh pihak keluarga, sekolah, universiti? perlukah diwujudkan badan kounseling, pusat pemulihan, gerakan tarbiyah dan sebagainya?

Keempat: Campur Tangan Komuniti Bukan Islam



haa ni yang lawak ni. terima kasih encik HafizAdam atas video yang dikongsi. aku menonton video di atas dengan penuh rasa simpati. simpati dengan kebodohan tuan empunya badan yang bercakap tanpa sedikit ilmu pun tentang hukum hakam islam di dalam kepala. ini memang satu kegilaan tahap tinggi ni. bercakap tanpa tahu menahu tentang perkara yang dicakapkan. gila lah tu. bagi aku, perbuatan tak tahu tapi buat-buat tahu ini memang sangat bodoh lagi membodohkah diri sendiri. bodoh kerana tidak memenuhkan ilmu di dada sebelum membuka mulut. akhirnya mulut yang dibuka berbau longkang. longkang kerana kata-kata yang keluar itu serupa sampah. langsung tidak ada fakta melainkan kebodohan semata-mata.

aku langsung tidak kisah jika ada wakil dari komuniti bukan islam yang ingin mempersoalkan fatwa pengharaman pengkid. anda ada soalan? silakan. kemukakan soalan anda. anda ada ketidakpuasan hati? silakan. luahkan ketidakpuasan hati anda. anda ada bantahan? maka usulkan bantahan anda. usulkan sebab-musabab bantahan anda. lakukan dengan cara yang betul lagi tertib. lakukan dengan cara yang berotak.

bantahan dikemukakan kerana kita tidak bersetuju dengan sesuatu cadangan. kenapa kita tidak setuju? sebabnya harus dikemukakan. tetapi yang lebih terlebih-lebih penting lagi, adalah menjadi tanggungjawab pihak yang mengemukakan bantahan untuk meneliti terlebih dahulu sebab musabab di sebalik pelaksanaan cadangan tersebut. kemudian barulah buat keputusan untuk setuju atau tak setuju. nak bantah atau tak nak bantah.

orang islam haram makan babi. sekumpulan orang bukan islam mengadakan demonstrasi membantah pengharaman ini dengan alasan melanggar hak dan kebebasan asasi manusia. kemudian kita tanya pada mereka, 'tau tak kenapa orang islam tak boleh makan babi ni?' dijawabnya, 'entah.'

nah, siapa yang bodoh sekarang ni? mempersoalkan sesuatu yang mereka sendiri tak tahu dari mana timbulnya pokok pangkal persoalan!

disebabkan manusia-manusia ini malas nak pergi library untuk buat research sendiri berkenaan hukum hakam islam lalu mengambil keputusan untuk memalukan diri sendiri dengan melaungkan slogan picisan 'stupid fatwa everywhere', maka aku rasa di sinilah terletaknya tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memberi pencerahan. kerana mereka tidak tahu atau malas nak ambil tahu, maka aku rasa tidak adil juga untuk kita hanya melenting tetapi dalam masa yang sama duduk goyang kaki dalam pejabat pasang air-cond. adalah tanggungjawab seorang islam untuk memberi tahu kepada yang tak tahu.

maka langkah yang terbaik ialah jelaskan tentang segala-galanya yang boleh dijelaskan dengan sejelas-jelasnya hingga tiada apa lagi yang boleh diperjelaskan. gunakanlah segala-gala wadah dan medium yang ada dengan cara yang halal lagi berhikmah. jika selepas itu ada juga muka yang membantah, ada lagi yang melaungkan kata-kata biadab 'stupid fatwa everywhere' maka di sini barulah tepat aku kira untuk kategorikan isu ini di bawah tajuk 'memprovokasikan sensiviti agama'. aku tidak pernah ada apa-apa masalah dengan komuniti bukan islam. tetapi mempersoalkan tentang hukum yang termaktub di dalam Quran dan menghina suatu fatwa dengan mengatakan ia sebagai sesuatu yang 'bodoh' adalah perlakuan yang amat melampaui batasan. ini memang menghina sekaligus mencabar kewibawaan islam. kalau nak masukkan mereka dalam tahanan ISA pun dengan segala hormatnya dipersilakan.

ternyatalah isu haram, pengharaman lagi mengharamkan ini adalah satu isu yang amat berat lagi memberatkan bukan saja melibatkan umat islam, malah kaum bukan islam juga. masalah-masalah yang berikutan daripada isu-isu ini bukanlah salah agama Islam atau terletak pada kecacatcelaan hukum hakam Islam, tetapi berpunca daripada kelemahan manusia sendiri, termasuklah aku, yang serba kekurangan lagi tidak sempurna dalam segala tindakan. hasilnya wujudlah permasalahan yang tidak ada logika. merepek.

aku memang risau, kerana mentaliti yang fanatik, jumud lagi sempit adalah satu pemikiran yang langsung tidak membawa Islam ke arah kemajuan, malah merugikan dan menjatuhkan maruah islam ke tahap yang lebih-lebih rendah lagi. kenapa mentaliti yang jumud lagi fanatik sedemikian wujud? kekurangan ilmu agama? atau disebabkan pengaruh persekitaran? cara dibesarkan? pengaruh keluarga? guru? rakan-rakan sebaya? media cetak dan media elektronik? kenapa masih ada segolongan umat islam yang berpandangan serong terhadap budaya masyarakat bukan islam, baik di Malaysia mahupun dari Barat? kenapa tidak diasimilasikan yang baik dan dicampak yang tak baik? adakah setiap yang dihalalkan dalam islam adalah segala-galanya yang 'islamik' belaka?

dalam masa yang sama, aku kira ada baiknya jika badan authority agama islam supaya bertegas dalam melaksanakan hukum hakam islam. jadikan ia sebagai sebahagian daripada undang-undang rasmi negara. kuatkuasakan fatwa dan peraturan islam ke atas umat islam Malaysia. sebarkan dan laksanakan fatwa dengan cara yang terbaik. perbaiki keadaan dengan segala hikmah dan kebijaksanaan yang ada. perjelaskan fungsi dan peranan setiap badan-badan agama islam dengan terperinci, supaya setiap jabatan tahu apa yang patut dibuat, dan dapat saling bekerjasama berkhidmat untuk rakyat demi kesejahteraan bersama. para khalayak (termasuklah aku) juga harus sama-sama memainkan peranan dalam membentuk mentaliti dan sahsiah akidah yang sihat. dengan cara bagaimana? perbanyakkanlah ilmu dan amalkanlah ilmu. itulah cara yang paling asas yang dapat aku fikirkan.

wallahualam.
Read more ►

Sunday, November 09, 2008

Riwayat Seorang Shamsiah Fakeh

13 comments
bismillahirrahmanirrahim

siapa tak kenal Allahyarhamah Shamsiah Fakeh, wanita komunis yang bergelar 'Ratu Rimba Malaya'? Arwah Shamsiah Fakeh menghembuskan nafas terakhir pada 20 October 2008 lalu. wanita bernama Shamsiah Fakeh ini hidup dalam pembuangan di China setelah peristiwa penangkapan besar-besaran mereka yang terlibat dalam gerakan komunis dan hanya dibenarkan pulang ke Malaysia setelah mendapat kebenaran dari kerajaan pada 23 Julai 1994.

kenapa aku kisah benar dengan wanita bernama Shamsiah Fakeh ini? aku kisah kerana aku rasa arwah dan perjalanan hidup arwah sangat menarik dan menimbulkan pelbagai konspirasi dan persoalan bagi aku.

apa yang pelik sangat dengan wanita ini?

persoalan pertama:

Kenapa wanita Islam dengan didikan agama yang tinggi menyertai gerakan komunis yang anti-agama?

aku membaca tentang latar belakang beliau, dan hasilnya aku sangat impressed. Shamsiah Fakeh menerima pendidikan di Sekolah Tinggi Islam, Pelangai, Negeri Sembilan dan kemudian ke Madrasah Tuddimiah in Padang Panjang, Sumatera. Ada juga meriwayatkan bahawa Shamsiah Fakeh melanjutkan pelajaran di Sekolah Agama Rahmah Al-Yunusiah di Padang Panjang, Sumatra. Shamsiah Fakeh juga pernah berguru dengan Lebai Maadah di Pelangai. antara rakan2 Shamsiah Fakeh adalah Ustaz Abdul Jalil Salim, Haji Abd Aziz dan Hambiah. kita semua tahu, Lebai Maadah bukan calang2 orang. Lebai Maadah adalah satu 'fenomena' bagi aku kerana merupakan pelopor Gerakan Kaum Muda yang berjaya mendirikan sekolah Islam atau madrasah secara formal dan sistematik. mengajar subjek Islam dan Bahasa Inggeris pula tu.

berbalik kepada Shamsiah Fakeh, nama 'Fakeh' itu sendiri diberi oleh ayahnya kerana pengetahuannya yang mendalam tentang agama Islam. menurut kisah dari beberapa sumber, Shamsiah Fakeh mempunyai ilmu mempertahankan diri yang tinggi, dan dikatakan mampu mengaburkan penglihatan pihak musuh ketika dalam keadaan terdesak. diriwayatkan bahawa Shamsiah Fakeh pernah berkata ada beberapa potong ayat Quran yang boleh memutarkan peluru yang ditembak oleh musuh jika dibaca ketika bertempur.

kesimpulannya di sini, Shamsiah Fakeh bukan bodoh. beliau adalah seorang wanita Melayu yang berpendidikan tinggi. jadi, kenapa dan mengapa gerakan komunis yang menjadi pilihan?

Nasionalis? Feminis? Reformis? Komunis?

buat sementara waktu, tolak ke tepi tentang hakikat beliau menyertai gerakan komunis. despite of that, aku sangat mengagumi perjuangan beliau. zaman ini di mana nak cari wanita Melayu yang benar-benar berjuang demi negara? macam tak ada saja aku rasa. Shamsiah Fakeh bukan berjuang demi kerajaan, bukan berjuang menentang kerajaan, bukan berjuang demi mempertahankan suami. Shamsiah Fakeh berjuang demi menuntut kemerdekaan. kemerdekaan yang menjadi isu paling dibenci British semasa peralihan tampuk kuasa selepas kekalahan tentera Jepun.

"Sebenarnya aku bukanlah pemimpin wanita Parti Komunis Malaya atau seorang tokoh wanita yang terkemuka. Aku hanya seorang pejuang wanita yang berjuang melawan British untuk kemerdekaan tanahair dan untuk emansipasi (kebebasan) wanita. "


ini adalah kata-kata Shamsiah Fakeh yang sangat popular. Shamsiah Fakeh pada mulanya merupakan ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berjuang bersama Angkatan Pemuda Insaf (API), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan lain-lain. kesemua parti ini mempunyai satu tujuan; yakni untuk menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu daripada cengkaman British. kemudian AWAS yang merupakan salah satu organisasi di bawah PKMM bergabung pula dengan PUTERA untuk membentuk pakatan PKMM-PUTERA.

Kontroversi dan Konspirasi

Shamsiah Fakeh dilanda pelbagai kontroversi tentang kisah kematian anaknya semasa dalam gerakan PKM (Parti Komunis Malaya). antara kontroversi yang popular ialah kisah di mana beliau mencampakkan anaknya sendiri ke dalam sungai untuk mengelakkan mereka dikesan oleh pihak musuh. ada juga kisah di mana beliau didakwa menghempaskan anaknya itu ke batu kerana anak itu melambatkan gerakan mereka di dalam hutan. tetapi semua dakwaan ini disangkal oleh Shamsiah Fakeh dalam buku Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke Rejimen ke-10 yang ditulis oleh beliau sendiri.

Ditulis dalam buku tersebut, apabila pihak komunis di'ambush' sehingga memaksa Shamsiah Fakeh dan bayinya yang berumur 1 bulan setengah basah kuyup di dalam hujan:

"...ada masanya badan anakku itu telah digigit oleh pacat sampai 20 ekor. aku membuang pacat itu seekor demi seekor yang sudah kenyang makan darah anakku..."

dan bidasan beliau tentang dakwaan beliau membunuh anaknya sendiri:

“Sebagai seorang ibu yang telah menyelamatkan anaknya di tengah-tengah hujan peluru tentera penjajah dan bersama-sama pula dengan anak sesat selama empat hari tiga malam dengan penuh sengsara, dan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, tergamakkah seorang ibu membunuh anaknya sendiri?”

sudah tentu kita tidak tahu siapa yang betul, siapa yang salah. tetapi membaca buku tersebut sememangnya amat membuatkan fikiran aku terganggu. aku faham, keadaan adalah terlalu getir dan situasi politik yang kucar-kacir pada waktu itu tidak membenarkan Shamsiah Fakeh untuk bergiat dalam saluran yang betul, tetapi memilih komunis juga merupakan satu fakta yang membuatkan aku rasa sangat disturb. tambahan pula bila aku membaca bahawa rupa-rupanya anaknya itu telah dibunuh tanpa pengetahuannya oleh anggota Parti Komunis Malaya itu sendiri!

Shamsiah Fakeh juga dikecam hebat kerana menentang askar Melayu sendiri dalam banyak siri pertempuran. Shamsiah Fakeh dikatakan menjadi pengkhianat bangsa Melayu kerana berperang dengan kaumnya sendiri. Umum juga mempersoalkan tindakan PKM yang tidak bersetuju dengan Perjanjian Baling dan penentangan mereka terhadap askar Melayu walaupun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Menurut Shamsiah Fakeh:

"Dalam perang adil dan tak adil memang sukar dielakkan pertumpahan darah. Barangsiapa yang berdiri di pihak penjajah dengan bersenjata sudah tentu akan dibalas, itu salah mereka kerana berdiri di pihak penjajah."

"Sebenarnya anggota Polis dan tentera memang tak perlu berdendam dengan aku kerana sepucuk pistol dan sebutir bom tangan yang aku pakai dalam hutan dahulu itu tidak pernah meletup dan tak sebutir peluru pun yang membunuh polis atau tentera kerajaan. Sebaliknya akulah yang terkena hujan peluru mereka."

Sejarah Menipu Kita?

untuk melawan usul Federation Constitution yang dibentangkan oleh pentadbiran British, PKMM-PUTERA came out with Perlembagaan Rakyat. setelah membaca isi kandungan Perlembagaan Rakyat, bagi aku perlembagaan ini adalah sangat obvious manfaatnya untuk Tanah Melayu. tetapi macam biasa, ditolak oleh British. kemudian PKMM-PUTERA diharamkan oleh British, dan ini termasuklah parti AWAS.

disebabkan suara parti berhaluan kiri ini ditolak, maka Shamsiah Fakeh memilih untuk menyertai gerakan komunis. maka di sini aku melihat bahawa Shamsiah Fakeh sudah tidak ada pilihan lain untuk menentang British, melainkan gerakan komunis semata-mata. jadi adakah wajar sejarah menggelar Shamsiah Fakeh sebagai wanita komunis, sedangkan beliau sepanjang hidupnya berjuang demi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu?

Shamsiah Fakeh menulis:

"Bagi orang-orang yang memperjuangkan Kemerdekaan maka tidak ada pilihan lain lagi melainkan berjuang mengangkat senjata untuk menggulingkan penjajah apabila jalan damai sudah ditutup.Bukan kita yang menutupnya tetapi penjajah British."

"Situasi ketika itu sudah mulai tegang. Kami telah diperintahkan masuk hutan di kawasan Lubuk Kawah. Aku pun masuk hutan dan bermulalah era aku berjuang mengangkat senjata. Semangat cintakan tanahair dan Kemerdekaan serta kesetiaan kepada perjuangan telah mebuat aku teguh dan sanggup masuk hutan. Yang penting ialah mencapai Kemerdekaan. Pada fikiranku setelah Merdeka maka segala-galanya akan dapat diselesaikan."

aku masih ingat lagi, aku membaca dalam buku teks Sejarah Tingkatan 3 tentang bagaimana UMNO berjuang menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, bagaimana Allahyarham Tunku Abdul Rahman terbang ke London bersama-sama ahli-ahli Suruhanjaya untuk berbincang dengan kerajaan British tentang pembebasan Tanah Melayu, dan lain-lain. tetapi yang menghairankan aku, kenapa Shamsiah Fakeh berulang-ulang kali menyatakan keputusannya untuk menyertai PKM adalah berikutan situasinya yang terdesak? kenapa beliau tidak menyertai gerakan parti UMNO? di mana suara UMNO ketika parti-parti berhaluan kiri ini diharamkan? kenapa tiada bantahan dari UMNO ketika British menolak usul Perlembagaan Rakyat? kenapa UMNO tidak bersama-sama PKMM-PUTERA dalam usaha mereka menuntut kemerdekaan? adakah itu bermaksud UMNO adalah tali barut British pada waktu tersebut?

"history is written by the winner." maka adakah kita sedang ditipu oleh sejarah?

aku tidak ada pengetahuan yang menyeluruh tentang hakikat peristiwa yang berlaku sebenar-benarnya, maka aku tidak mampu membuat keputusan.

To Be Pengganas or Not To Be Pengganas: That Is Never The Question

menurut Shamsiah Fakeh lagi:

"kami sebenarnya bukan pengganas, kami berjuang untuk membebaskan Negara untuk memerdekakan Negara. Pengganas yang sebenarnya adalah British kerana mereka menentang usaha ini dan bertindak membakar rumah rakyat dan tenteranya telah memperkosa ramai wanita Melayu di kampung-kampung."

satu kisah yang popular ialah kisah pertembungan Pak Minhat dengan Shamsiah Fakeh dalam sebuah hutan bersama sekumpulan anggota gerakan komunis:

"Pernah seorang tua bernama Pak Minhat di Kampung Chomomoi, Pahang memberi tahu saya iaitu beliau pernah keluar memburu di hutan ( tidak dinyatakan lokasi hutan). Orang tua ini ditangkap oleh 2 komunis berbangsa China yang mendakwa beliau telah menceroboh kawasan mereka. Orang tua ini begitu terkejut apabila ketua gerombolan komunis diketuai seorang wanita melayu yang amat dikenalinya. Itulah Shamsiah Fakeh rakan seperguruannya yang berkain batik dan di pinggangnya ada sepucuk pistol dan tersangkut dua grenade. Mereka saling mengenali dan Shamsiah yang dipanggilnya 'Kakak' membebaskannya dan menunjukkan kawasan perburuan yang banyak binatang buruan.


Beliau dibawa melawat sebuah gua penginapan mereka yang menyimpan stok makanan. Apabila ditanya, tidakkah dia bermasalah mengawasi kesemua lelaki bukan bangsanya di bawah kawalannya, Shamsiah dikatakan berkata 'perkara' itu cukup mudah baginya apabila cita-citanya tercapai. Shamsiah menyuruh Pak Minhat melaporkan kepada pihak keselamatan tentang pertemuan mereka apabila keluar dari hutan tersebut. Pak Minhat tidak pasti apakah tujuan Shamsiah memberi arahan tersebut. Dengar khabar bila dilakukan serbuan ke lokasi tersebut, gua itu telah diletupkan (dimusnahkan)."


Wanita Melayu berkain batik bersama sepucuk pistol memimpin segerombolan lelaki komunis di dalam hutan. how impressive.

adakah Shamsiah Fakeh sengaja menyuruh Pak Minhat membongkar lokasi persembunyian mereka untuk memusnahkan komunis itu sendiri?

selain daripada itu, bukan Shamsiah Fakeh seorang sahaja orang Melayu yang menyertai komunis. Shamsiah Fakeh menyertai Rejimen ke-10 di mana kebanyakan anggotanya terdiri daripada orang Melayu. disebut bahawa ketika operasi penangkapan komunis dilaksanakan secara besar-besaran di seluruh Tanah Melayu, hampir 10,000 orang Melayu telah ditangkap. ada juga pihak yang mendakwa operasi tersebut adalah 'topeng' pihak British semata-mata, kerana motif sebenar operasi tersebut bukan untuk memberkas komunis tetapi adalah untuk menjejak dan menghapuskan gerakan anggota parti haluan kiri hingga ke lubang cacing.

adakah salah PKMM-PUTERA jika ada yang memilih komunis untuk meneruskan perjuangan apabila kebebasan politik mereka disekat? lebih men'disturb'kan aku ialah, Perlembagaan Rakyat oleh PKMM-PUTERA mendapat sokongan dari segenap ceruk Tanah Melayu dari pelbagai bangsa dan agama. malah kaum China dan India bersetuju untuk bergabung bersama kaum Melayu dan sanggup dilabel sebagai 'Melayu' seperti mana yang diusahakan oleh kerajaan masa kini yang ingin mewujudkan 'bangsa Malaysia'! salah merekakah jika mereka memilih komunis apabila pahit jerih mereka ditolak oleh kerajaan, malah diburu bagaikan binatang oleh British di tanah tumpah air sendiri? adakah kita memahami kekecewaan mereka apabila usaha mereka secara damai itu ditolak walaupun seruan Hartal mereka mendapat sambutan besar-besaran dari seluruh negara?

ke'disturb'an aku bertambah apabila aku membaca satu komen di sebuah blog di mana penulis komen tersebut telah mengecam Shamsiah Fakeh sekecam-kecamnya kerana menurut kata beliau:

"komunis dah bunuh dua orang datuk aku. tiada apa yang boleh membalas kekejaman komunis melainkan darah."

aku bertambah-tambah mengeluh. aduhai Shamsiah Fakeh, kenapa komunis?

Allahyarham Ustaz Abdul Jalil Salim yang merupakan rakan seguru Shamsiah Fakeh semasa hayatnya ketika masih berkhidmat sebagai anggota polis berpangkat koperal pernah didatangi oleh Shamsiah Fakeh . Menurut arwah:

"Shamsiah mendakwa masih menaruh harapan tinggi untuk perjuangan memerdekakan negeri sepenuhnya dan bermatlamatkan agama. Beliau beranggapan kemerdekaan negara masih separuh masak."


Siapa Shamsiah Fakeh? Wanita Komunis atau Srikandi Melayu?

walau bagaimanapun, bagi aku arwah Shamsiah Fakeh adalah simbol wanita Melayu yang bersemangat jitu, hebat dan optimis.

akhir kata, al-Fatihah aku sedekahkah buat arwah Shamsiah Fakeh.

wallahualam

rujukan:
1. http://www.geocities.com/ummahonline/telaahbuku/041230roslamsms-fakeh.htm
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Shamsiah_Fakeh
3. http://amirmu.blogspot.com/2007/11/back-in-print-shamsiah-fakehs-memoirs.html
4. http://www.allfreeessays.com/essays/Shamsiah-Fakeh/5250.html
5. http://ahmadsaid.blogdrive.com/
6. http://kakibuku.blogdrive.com/

Read more ►

Saturday, October 18, 2008

Oh! Chentaku Siri 1: Mencari Belas di Alam Maya

8 comments
bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t.

haa...aku menulis tentang cinta, akhirnya!

jika anda para pembaca yang budiman perasan, kebanyakan entry2 aku sangat berkait rapat dengan perkembangan forum2 yang aku baca di internet. ya, aku suka membaca forum. tak membalas mungkin, dek kesibukan yang melanda. tetapi aku tetap baca. sekadar nak mengikuti arus isu2 yang hangat dibincangkan.

seingat aku, sejak tahun lepas lagi, isu yang tidak putus2 dibincangkan ialah isu cinta. cinta dan remaja. isu couple. atau dalam bahasa melayunya isu 'berpasangan'. ahaks macam lawak pulak bunyinye.


aku masih ingat semasa aku mula2 aktif dengan kegiatan berforum ini, aku amat meluat dan tidak gemar dengan thread2 berkenaan cinta atau couple. aku boleh terima kalau sethread dua, tapi bila mula mencecah 3, 4, 5 thread, dah mula rimas aku dibuatnya.

aku dahulunya memang benci dengan forum2 yang sedemikian. nampak saja tajuk forum seperti 'saya couple..' atau 'abang saya couple..' atau 'nenek saya couple..' atau yang paling aku benci, 'couple haram..', aku pasti akan mencebikkan bibir. bila aku fikir2 kembali, sungguh aku tidak berlaku adil pada fitrah manusia yang semula jadi.

jangan salah faham. aku tidak membenci cinta. aku bukannya orang yang anti-cinta. bagi aku cinta itu adalah sesuatu yang murni dan mententeramkan. kenapa perlu dimarah pada cinta yang tidak bersalah itu. tetapi forum2 cinta itu yang aku tidak gemar. dan bukannya semua aku tidak suka. ada juga yang memang bermanfaat dan memberi keinsafan.

dan kini setelah hampir setahun aku melibatkan diri di dalam dunia forum, aku rasa aku telah belajar sedikit sebanyak tentang apa itu toleransi, apa itu privacy, apa itu prejudice dan sebagainya. aku belajar untuk bertoleransi. aku sendiri rasa2nya masih lagi di peringkat umur remaja (mungkin remaja yang dah agak senja agaknya hehe), maka aku faham sangat apa yang remaja rasakan. bukannya aku tak pernah remaja.

pernah suatu ketika dulu, aku bersembang2 dengan seorang rakan aku tentang bagaimana isu cinta dan couple ini begitu popular di kalangan anak2 muda zaman ini. rakanku itu kata, 'akan tiba satu tahap dalam hidup sesetengah remaja di mana mereka rasa masalah cinta itu adalah masalah dunia yang paling besar lagi maha dahsyat bagi mereka.'

aku hanya tersengih.

bagi aku, manusia yang mempunyai masalah cinta selalunya akan memilih antara 3 pilihan. pertama, memendam rasa dan takkan ceritakan masalahnya itu pada sesiapa pun. kedua, memilih untuk menceritakannya pada rakan2 terdekat. ketiga, lebih selesa berkongsi masalah dengan total strangers yang tidak dikenali.

pada hemat aku, mereka yang memilih untuk berkongsi masalah cinta di internet adalah mereka yang termasuk dalam golongan yang ketiga.

di sini aku cuba memahami keadaan. cuba meletakkan diri aku dalam situasi mereka.

sudah tentu tidak ada salahnya berkongsi masalah dengan orang lain. sesetengah orang lebih suka berkongsi masalah dengan mereka yang tidak dikenali. simply because they dont know each others. si pencerita tak perlu rasa risau diejek atau dipermainkan rakan sekelas atau sekolej, tidak perlu risau akan pandangan mereka yang mendengar terhadap dirinya sebab mereka tidak kenal satu sama lain. hakikat kewujudan si pendengar yang mengetahui rahsia si pencerita itu juga tidak memberi impak yang terlalu significant dalam hidup si pencerita. et cetera et cetera.

mungkin juga si pencerita tidak ada kawan untuk berkongsi masalah. mungkin ada kawan, tetapi tidak ada yang memahami. mungkin ada yang memahami, tetapi tiada buah fikiran yang baik. or maybe they are just lonely.

aku tidak membenci mereka yang ingin berkongsi masalah cinta di internet. setiap manusia ada masalah. cuma masalahnya itu lain2. aku punya masalah malas nak siapkan assignment, while for certain other people, it just happened that the problem is nothing else but LOVE. apa nak buat kan. takkan la itu pun tak boleh minta tolong dari sahabat2 maya yang baik hati.

sudah tentu boleh. tetapi pernahkah kita terfikir, kenapa kita ada masalah, kenapa kita perlu meminta pertolongan untuk menyelesaikan masalah, sejauh manakah kita boleh meminta pertolongan atau lebih penting lagi, wajarkah masalah itu dikongsi di khalayak ramai?


aku sebenarnya tidak pasti bagaimana harus aku suarakan pandangan aku berkenaan hal ni. takut akan melukakan mana2 hati yang halus jiwanya. bahasa aku kasar, dan aku memang tidak tahu bagaimana nak melembutkan intonasi kata-kata aku. hentam sajalah ya, aku teruskan saja.

kejamkah jika aku kata, ada sesetengah masalah itu terlalu remeh untuk dikongsi, dan ada juga yang terlalu sulit untuk dihebahkan?

sebelum aku teruskan, izinkan aku memohon sejuta kemaafan terlebih dahulu jika ada yang bakal terasa hati dengan apa yang aku tulis.

tetapi sejujurnya, anda boleh fikir sendiri, sama ada masalah anda itu adalah masalah serius yang perlu dibincangkan bersama atau masalah remeh cinta monyet budak sekolah menengah form 3 yang belum pun ambil SPM.

di sini aku bukannya nak mengeji sesiapa. tetapi hanya kali ini saja, aku pohon untuk kita semua supaya tarik nafas panjang2, lepas pelan2, tenangkan hati dan fikiran, dan tanya pada diri, 'adakah aku telah mengirim satu soalan remeh yang sangat kebudak2an yang tidak patut wujud di sesebuah laman web itu?'

aku pinta kita semua berlaku jujurlah pada diri kita buat kali ini!

fikirlah betul2. sekali. dua kali. tiga kali. rasa2nya masalah kita itu cukup beratkah, cukup seriuskah untuk kita kongsi supaya berbaloi bagi pembaca lain sama2 duduk memerah otak di hadapan laptop demi membantu kita, atau adakah itu hanya luahan hati cinta monyet yang tidak kesampaian semata2?

maafkan aku sekali lagi jika aku terlalu kejam, tetapi sesungguhnya, tiada siapa yang mahu tahu tentang kisah cinta monyet kita!

pernahkah kita terfikir bahawa kiriman masalah kita itu hanya menambahkan traffic, melambatkan loading atau menyemakkan server dengan sesuatu yang tidak ilmiah yang kalau tak ada pun langsung tak akan merugikan pengguna2 lain?

kata-kata ini bukan hanya untuk kalian para pembaca saja, tetapi peringatan untuk diri sendiri juga!

bukanlah aku nak kata tidak patut ada masalah cinta langsung yang harus dikongsi di internet. ada yang patut dikongsi, ada yang tidak patut. sama ada masalah itu patut dan berbaloi dikongsi atau tidak, itu terpulang pada budi pertimbangan si penulis sendiri. sekali lagi, seperti yang aku nyatakan di atas, berlaku jujurlah pada diri kita sendiri. tanyalah diri dengan ikhlas, 'kiriman aku ni kiriman yang bermanfaat, atau kiriman 'sampah' yang layak didelete oleh moderator tetapi pasti tidak akan didelete kerana tidak ada moderator yang sampai hati untuk mendelete kiriman ini?'

pandangan aku kali ini juga aku tulis kerana cinta. aku cinta pada sahabat2 semua, aku risau akan rentetan peristiwa yang bakal terjadi dek luahan rasa di internet ini.

aku beri satu contoh. si A baru saja putus cinta, lalu meluahkan kekecewaan hatinya yang retak di internet.

si B membaca kiriman tersebut. ditakdirkan Allah si B ini pula jenis yang ada 'belang.' lalu dihampirinya si A ini, dipujuknya dengan kata-kata manis, diberinya segala kata2 semangat yang dia tahu, dikoreknya segala2 tazkirah yang disimpan di dalam handphone. lama2 kemudian di'ayat'nya pula dengan 'ayat2 cinta' yang menyimpang. kononnya nak mengubat kekecewaan hati. kemudian makin jauh pula dia melencong.

aku risau kerana selalunya lah, pihak A ni pastinya perempuan. pihak B pula dah tentulah lelaki. of course, ada kemungkinan si B ini tak punya niat jahat seperti yang digambarkan di atas. tetapi aku risau kerana manusia ni macam2 ragam dan peelnya. tambah2 di internet. dan aku lebih risau lagi memikirkan kemungkinan gadis2 yang baik2 di'ayat' dan di'pujuk' dengan kata2 manis yang tidak sepatutnya daripada lelaki asing yang tidak dikenali yang muncul entah dari lubuk mana itu.

ini sudah tentunya bukanlah satu gejala yang sihat. aku tidak gemar akan kemungkinan berlakunya peristiwa seperti ini. aku beranggapan gadis2 ini patutnya baik2 belaka. aku ingin melindungi mereka, tak mahu mereka diganggu oleh pihak2 yang tidak sepatutnya.

tapi dalam masa yang sama juga, pihak A itu juga janganlah membuka peluang untuk diganggu!

satu lagi yang aku concernkan di sini ialah sesetengah cerita yang terlalu sulit untuk dikongsi secara terbuka di internet. bagi aku yang tidak seberapa ini, mungkin lebih wajar jika masalah yang terlalu private ini dibawa kepada pihak yang lebih layak. contohnya kaunselor atau ustaz dan ustazah. atau mungkin ibu bapa anda sendiri. bukannya kepada budak hingusan belasan tahun yang dia sendiri pun baru merangkak2 mencari erti hidup!

seterusnya, kisah yang berkisarkan tentang peristiwa hitam yang ingin dilupakan.

pernah dengar tak ungkapan ini: 'mengingati untuk melupakan sesuatu sebenarnya adalah satu bentuk mengingati dengan cara melupakan.'

secara logiknya, jika peristiwa hitam itu mahu dilupakan, kenapa harus kita ungkit2kan pula, lalu disebarkan pula di khalayak ramai di segenap antero alam maya ini?

bukankah lebih elok jika kita lontar saja peristiwa pahit itu jauh2, buat2 tak tahu dan duduk senyap2 saja?

bagaimana kita boleh melupakan peristiwa hitam tersebut jika saban hari kita duduk di hadapan laptop, login dalam iluvislam.com dan berbicara tentang peristiwa itu setiap minit setiap waktu?

if you want to forget something, why did u bring it up in the first place?

kalau nak lupa, buatlah cara nak lupa. nak lupa apa kalau tiap2 hari asyik berbalas2 kiriman tentang cerita yang sama. sampai bila2lah tak lupa kalau begitu.

satu lagi perkara, andai kata dengan izin Allah kenangan pahit itu akhirnya dapat disingkirkan dari kotak fikiran kita, akan tenangkah hati kita apabila melihat peristiwa hitam kita itu masih lagi dibincangkan secara terbuka di khalayak ramai, dalam satu forum, oleh mereka yang tidak dikenali pula?

mahukah kita kenangan pahit kita itu dibicarakan berulang2 kali oleh mereka yang membaca selagi forum itu masih wujud? mahukah kita cebisan hidup kita itu kekal ditatap di laman web, boleh diakses oleh seantero dunia tanpa mengira siapakah batang tubuh yang membaca, lalu dibahaskan pula ke sana ke mari tiada penghujungnya?

sanggupkah kita melihat kisah peribadi kita dibaca oleh 23, 602 ahli iluvislam.com, mungkin 40,000 dalam 2 tahun lagi, mungkin 60,000 pembaca dalam 4 tahun lagi?

setakat itu dulu bahagian pertama Siri Oh! Chentaku.

to be continued (kalau ada masa =P)

wallahualam
Read more ►

Saturday, October 11, 2008

The 'Bajetness' of 'Ahli Syurga'

8 comments
bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum

pernah dengar tak istilah 'bajet' ni?

owh tidak-tidak, ini bukanlah bajet seperti belanjawan negara yang disiarkan di TV1, TV2, TV3 mahupun NTV7 itu. ini ialah bajet yang 'bajet'. you got what i mean rite?

hmm baiklah. sebagai mukaddimah, aku kemukakan satu contoh yang paling senang. apabila anda melihat seorang lelaki yang memakai sunglasses pada hari yang tidak panas, rambut ber'dyed' lagi spiky, memakai bangles yang chunky lagi bling bling, anda katakan dia 'bajet'. dalam erti kata lain, perasan bagus.

aku tidak kisah dengan 'kebajetan' yang seumpama ini. i mean, you can be as 'bajet' as you want, i dont really mind. so what if you coloured your hair sampai serupa traffic light sekali pun. i simply dont care.

tapi apa yang aku kisahkan ini ialah fenomena 'ahli syurga' yang merasakan dirinya itu betul lagi mulia, orang lain semuanya rosak akhlak.

dah lama fenomena serupa ini terjadi. rasanya dah berakar umbi dah pun. cuma aku malas nak ulas saja. tapi kebelakangan ini aku lihat makin menjadi2 pula ya. makin dalam bulan ramadhan dan syawal ini, makin bercambah2 pula kemunculan 'ahli syurga' yang bajet ini dapat ku lihat.

aku sebenarnya tidak begitu faham, kenapa orang yang sedemikian bersikap sebegini. adakah kerana dia rasa dirinya itu sudah cukup bagus? atau apa?

sebagai contoh, 'ahli syurga' yang selalu bersembahyang jemaah di masjid mengutuk mereka yang asyik main bola. akhowat2 (betul ke eja ni?) yang memakai tudung labuh mengutuk mereka yang tak bertudung. sesetengah ahli sesuatu jemaah yang merasakan perjuangan mereka itu saja yang betul sampaikan tak nak dengar langsung pendapat orang lain.

dah tentulah bukan semuanya macam itu. aku menulis ini pun bukannya nak mengutuk. mengata mungkin. haha.

apa anda fikir anda selalu baca Quran, anda sudah cukup bagus? apa anda fikir anda pakai tudung labuh, anda lebih mulia daripada orang lain? alamak, janganlah begitu saudara saudari. aku tak tahu tentang pahala anda, mungkin anda lebih banyak pahala daripada mereka yang biasa2 saja, mungkin anda lebih mulia di sisi Allah daripada orang lain, itu aku tidak tahu. dan aku tidak mahu ambil tahu pun. tapi itu adalah hak Allah untuk menentukan darjat kemuliaan anda, bukan tugas anda untuk meletakkan darjat kemuliaan anda mengikut kesukaan hati anda sendiri!

tersedak jantung aku apabila aku membaca satu forum yang dengan sesuka hati kepala lututnya sahaja melabelkan manusia lain sebagai 'makhluk Allah yang paling murah maruah lagi berdosa'. wah wah wah, hebat sungguh golongan 'ahli syurga' ini ya. mengambil alih tugas Allah pula untuk menghukum seseorang.

tak kira lah se'salah' mana pun satu manusia itu di mata anda, sehina mana pun satu makhluk itu di hati anda, tugas seorang muslim yang beragama islam adalah untuk mengajak ke arah kebaikan. cuba membaiki keadaan. jika tak mampu, doakan untuk yang paling baik di dalam hati. bukannya sesedap mulut anda melabelkan orang itu tak bermaruah, orang ini tak bermaruah! apa anda fikir anda itu sudah cukup bermaruahkah? apa anda fikir anda sudah cukup banyak pahala untuk sesuka tempurung lutut anda melabel orang lain sebagai 'makhluk Allah yang paling berdosa'?

aku tidak faham. sepatutnya golongan 'ahli syurga' seperti ini pastilah tinggi ilmu agamanya. tinggi akhlaknya. tinggi adabnya. tapi bila bertembung dengan mereka yang 'rosak akhlak' ini, entah ke mana semua ilmu dan adab sebagai seorang muslim itu dicampakkan!

pernah terjadi di hadapan mata kepala aku sendiri di mana seorang ustazah mencemuh seorang gadis yang memakai skirt pendek yang bertanyakan kepadanya bagaimana cara hendak bersembahyang dengan kata-kata 'perempuan GRO takde maruah masuk neraka lagi bagus.'

kenapa begitu?

kenapa mudah sangat golongan 'ahli syurga' yang tinggi ilmu agama, yang sempurna auratnya, yang cukup sembahyang 5 waktunya ini mencerca makhluk Allah yang lain dengan kata-kata hinaan yang menyakitkan hati?

kenapa ada ilmu tetapi tidak diamalkan?

adakah pernah islam mengajar kita mem'bajetkan' diri seperti ini?

setiap kata haruslah disertai dengan tindakan. jangan hanya pandai membajetkan diri dengan kata-kata kosong berbau longkang sahaja!

wallahualam

p/s: semoga Allah mengampunkan dosa aku kerana aku sendiri telah melabel orang dengan panggilan 'bajet'. eheh.
Read more ►

Wednesday, September 17, 2008

"dah memang bodoh..nak buat macam mana..."

8 comments
kata-kata itu acap kali aku dengar apabila aku dan rakan-rakan lain memberi sedikit teguran kepada sahabat-sahabat lain yang ada sedikit tersilap dalam kerja mereka atau tindakan mereka. tak kiralah dari segi apa pun; keagamaan mahupun perkara duniawi.

aku tidak marah dihamburkan dengan kata-kata demikian. walaupun sering kali kata-kata ini akan disertai dengan mata yang menjeling tajam, bibir yang muncung dan muka yang mencebik. macam satu pakej pula. tapi aku tidak marah. sebaliknya aku kasihan pada insan yang mempunyai mentaliti seperti ini.

pada mulanya aku beranggapan mungkin itu salah aku yang tidak pandai menegur. mungkin aku ada terkasar bahasa, mungkin aku ada tersilap cakap di mana-mana. tetapi apabila melihat peristiwa serupa ini bukan saja dialami oleh aku tapi jua rakan-rakan aku yang lemah lembut lagi gemalai bak helaian sutera, maka ini telah menimbulkan kegusaran dan kerisauan dalam hati dan akal aku ini.

kenapa begini?

aku faham benar, perempuan ni memang cepat merajuk. cepat terasa. cepat kecik hati. walaupun aku ini perempuan, terkadang aku memang tak bley blah juga dengan sikap seperti ini. kenapa perlu ada kecil hati bila bercakap tentang ilmu? kenapa perlu emosional bila bercakap tentang fakta?

ini bukan saja benar untuk perempuan, yang lelaki pun ada juga yang begitu. cuma reaksinya lain pula. kalau yang perempuan biasanya akan tarik muka masam 44, yang lelaki pula selalunya ini yang diucapkan, "ala tu pun nak kecoh!"

fenomena ini selalu saja aku saksikan dan alami sendiri. selalu pula ia melibatkan remaja-remaja melayu yang beragama islam. sudah tentu ada saja 'black sheep' dari bangsa-bangsa lain yang mungkin bersikap seperti ini, tetapi di sini aku mahu fokus pada remaja ISLAM sahaja. kerana disebabkan mereka ini orang ISLAM lah yang membuatkan aku berasa amat jengkel dan gusar.

gusar aku gusar.

kenapa mesti ada sikap tidak peduli?

tiada manusia yang dilahirkan bodoh dalam dunia ini. tahap kecerdasan IQ berbeza mungkin, tetapi akal itu boleh diasah menjadi tajam. tidak ada manusia yang dilahirkan bodoh dan menjadi bodoh sepanjang hayatnya sampai mati!

aku sendiri bukanlah tahu semua benda. ada banyak sangat perkara yang masih perlu diteliti, masih perlu dipelajari. jika ada salah, silakan, tegurlah aku dengan berhemah. kalau tak berhemah pun, insyaAllah akan aku terima. kerana kita selalu tak nampak kesalahan diri, jadi teguran membina inilah yang dapat membantu kita membaiki diri.

tak salah aku, Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, "sesungguhnya manusia yang paling rugi dalam dunia ini adalah manusia yang tahu dia mempunyai kekurangan tetapi tidak mahu membaiki kekurangannya itu."

kalau tak tahu, belajarlah. kalau salah, betulkan lah. kenapa mesti ada cakap-cakap yang tidak berguna seperti, "ala kami ni memang dah bodoh..nak buat macam mana..."

kata-kata yang lebih kasar dari aku (hanya dinyatakan di sini tetapi tidak pernah diucapkan di alam realiti), "kalau dah tahu bodoh, berusahalah untuk jadi pandai!"

kenapa aku gusar dengan fenomena seperti ini?

ini bukan perkara baru. selalu saja di sekolah-sekolah hatta universiti sekali pun, akan ada golongan seperti ini. tetapi aku gusar kerana sikap sebegini tidak akan bawa kita ke mana. lebih penting lagi, sikap ini tidak membawa umat islam ke mana-mana.

keegoan, menganggap orang lain perasan bagus atau nak tunjuk hebat tidak akan membuatkan kita jadi lebih baik dari orang itu. aku gusar, kerana sikap serupa ini menyekat perkembangan ilmu sekali gus memundurkan umat islam itu sendiri!

eh eh, takkan lah sebegitu besar kesannya?

aku kata, ya.

sikap ini hanya membuatkan kita tak ambil pusing dengan teguran yang diberi. akibatnya, tiada kemajuan yang dicapai, tiada proses naik-taraf yang berlaku. kita masih lagi di situ; dengan segala kesilapan, dengan segala kesalahan dan lebih kasar lagi, dengan segala kebodohan; tidak berganjak ke mana-mana hatta seinci.

kita terus di takuk lama!

agaknya kejam sangatkah jika aku kata inilah yang dimaksudkan dengan 'bodoh sombong'? sudahlah bodoh, sombong pula. diberi nasihat dicampakkan pula ke tepi seolah-olah dia tak punya apa-apa yang perlu dibaiki.

yang lebih membuatkan aku gusar ialah apabila keluar pula kata-kata hikmat seperti, "ala..tau la dia budak oversea..kita ni sape la.."

sekali lagi, aku tidak marah. cuma hairan. apa kena mengena point-point aku dengan aku belajar di mana?

bila bercakap tentang sesuatu isu dengan sesiapa sekali pun, aku tidak pernah kisah hamba Allah yang dibawa bercakap itu belajar di mana. kenapa sesetengah manusia perlu kisah pula tentang tempat aku belajar?

tak payah cakap di luar, di iluvislam pun dah cukup. dah berapa kali aku diserang dengan kata-kata sedemikian. "ye la saye ni budak kampung je..bukannya student oversea mcm saudari.." "ye la sye ni budak kukum je..bukannye budak new zealand mcm die tu.."

apa kena mengena semua ini?

satu 'tuduhan' dari aku, 'adakah anda sudah kekeringan idea lalu mula mengalih topik kepada tempat saya belajar? dan apa kena mengena semua ini dengan isu yang dibincangkan?'

jika tuduhan ini tidak benar, maka buktikan pada aku. nyatakan idea-idea anda tanpa perlu kisah tentang aku belajar di new zealand, di zimbabwe, antartica atau planet pluto sekali pun!

terkadang tersenyum sendiri aku membaca kata-kata mereka yang mengaku diri sebagai orang kampung ini. untuk mengelakkan diri daripada bersangka buruk dan membuat fitnah, maka aku andaikan saja mereka yang berkata ini memang asalnya orang kampung pun.

teringin pula aku nak tengok kampung mereka. agaknya rupanya macam taman perumahan atau rumah papan betul-betul di tepi sawah macam rumah aku? haha.

terus terang aku mengaku; aku ini bodoh. dah tentulah bodoh. sedangkan sepandai-pandai manusia dalam dunia ini pun ilmunya hanyalah bagaikan setitis air daripada selautan ilmu milik Allah. inikan pula aku yang sengal lagi sangap ini.

tetapi sekurang-kurangnya, tak perlulah jadi sombong!

tidak malukah kita kepada Allah, menolak ilmu dari orang lain seolah-olah ilmu kita itu sudah cukup banyak lagi melimpah ruah?

tidak malukah kita pada Imam Shafie yang telah betah menghafaz Quran sejak berumur 6 tahun? kita ini yang baca Quran pun terketar-ketar, ada hati pula memalingkan muka pada orang yang memberi teguran pada kita?

alamak, cermin lah diri dulu wahai tuan!

buangkanlah sikap cepat kecik hati, cepat terasa ini dalam proses mencari ilmu. dalam situasi remaja islam yang semacam nazak ini (di Malaysia), ini bukan masanya lagi untuk bersikap kebudak-budakan seperti ini. tiada siapa yang ada masa nak memujuk kita. kerana ketika kita; umat islam; sedang merajuk dan mencebikkan muka, bangsa-bangsa lain sudah jauh meninggalkan kita di belakang.

sesungguhnya tiada siapa yang boleh mengubah diri kita jika kita sendiri tidak mengubahnya!

p/s: maafkan segala kekasaran bahasa dalam entri ini.

wallahualam
Read more ►

Tuesday, September 02, 2008

pada suatu Ramadhan

3 comments
assalamualaikum.

haihh, tengah cuti ni boleh la mengupdate blog dgn kadar yang tinggi, tengok la lps skola dah start nanti sure blog nih berhabuk 8 inci nyer.

umat islam di bumi new zealand mula berpuasa pada hari ini, hari selasa 2 september 2008. terlewat sehari daripada australia dan malaysia. agaknya crescent tu maen sorok2 kot. haha.

aku masih ingat, bagaimana aku menghabiskan Ramadhan tahun lepas.

Ramadhan bermula dengan baik, hampir setiap malam aku berjalan kaki meredah kegelapan ke white pavillion di Ilam Field untuk bersama-sama berjemaah menunaikan solat sunat terawih dengan rakan-rakan yang lain. walaupun acap kali juga diganggu mamat-mamat mabuk yang memanggil aku dengan panggilan 'afghanistan', 'israel' (what da heck?) dan bermacam-macam lagi. aku tidak kisah pun, alah bisa tegar biasa. semua pelajar malaysia di sini pun rasanya sudah immune terserempak dengan kaki-kaki mabuk ini di waktu malam.

tetapi menjelang minggu-minggu terakhir, aku dilanda kesibukan yang melampau. assignment yang berlambak-lambak, test, lab report dan sebagainya. aku mula panik, aku harus dan mesti menyiapkan semua kerja ini, atau aku tidak akan memperoleh portion markah yg diperuntukkan untuk kerja-kerja tersebut. akhirnya, aku terpaksa mengorbankan malam-malam terakhir ramadhanku untuk menyiapkan kerja-kerja itu.

kemudian syawal pun tiba. aku sama sekali tidak mahu meninggalkan sembahyang sunat Aidil Fitri pada pagi syawal tersebut, maka aku pun bersiap-siap, memakai baju kurung yang dipos oleh ibu bapa aku dari Malaysia, dan pergi ke masjid yang terletak agak jauh dari tempat kediamanku (kena pergi dengan kereta atau bus) lalu menunaikan sembahyang sunat raya bersama-sama umat islam yang lain di padang berhadapan masjid (tak buat dalam masjid sebab terlampau ramai yang datang, tak muat)

selesai menunaikan solat sunat aidil fitri, aku memandang ke sekelilingku dan hati aku sedikit terusik. melihat kepelbagaian bangsa dan negara berkumpul di satu tempat atas satu tujuan yang sama, yakni mengabdikan diri mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah yang Maha Esa, kerana atas limpah kurnia dan kasih sayang dariNya, maka hamba-hambaNya ini telah selamat menjalani ibadah puasa selama sebulan, masih dipanjangkan umur sehingga ke pagi syawal untuk meraikan kemenangan perjuangan jihad melawan nafsu, dan sekaligus dapat berkumpul megeratkan ukhuwah sesama muslim tanpa mengira warna kulit.

tersenyum sendiri aku melihat kanak-kanak berlari riang di padang tersebut, mungkin masih belum mengerti nikmat Aidil Fitri ini. terasa satu kebahagiaan menyelinap di dalam hati melihat segala macam manusia - hitam, putih, cokelat teh susu, cokelat teh susu tapi susu dia kurang sket, dan macam-macam lagi berkumpul dengan pakaian yang bermacam-macam cara dan gaya juga-skirt labuh, jubah, baju kurung, yang berpurdah, yang berserban, yang berkopiah, yang berbaju biru, merah, hijau kuning, segala-galanya ada. semuanya bersalaman antara satu sama lain, senyuman mesra terukir di bibir, tangan ditadah tanda kegembiraan, pelukan saling bertukar tanda penghargaan. aku yang tidak dapat balik ke tanah air untuk bersama-sama keluarga menyambut hari kebesaran ini, amat menghargai warna-warni sambutan di bumi christchurch ini. tersengih aku bila seorang mak cik dari pakistan memuji kami pelajar malaysia. katanya dalam banyak-banyak baju, baju kurung pelajar malaysia lah yang paling cantik dan menyerlah. terima kasih banyak wahai mak cik yang tidak ku ingat namanya.

kemudian aku pergi pula memenuhi jemputan teman-teman, ke rumah-rumah terbuka pelajar undergrad dan postgrad. menikmati juadah yang lazat-lazat, saling memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan sama-sama ketawa riang menonton video klip lagu-lagu raya, membasuh pinggan mangkuk dan bertukar-tukar khabar bagi yang dah lama tak jumpa (mungkin kerana terlalu lama memonteng kelas. haha).

apa tujuan aku menceritakan semua ini? adakah aku ingin berkongsi kegembiraan menyambut hari raya Aidil Fitri di luar negara?

tidak. aku ceritakan semua ini untuk memberi satu pengajaran. pengajaran yang membuatkan aku rasa terpukul dan menyesal hingga ke hari ini.

apabila aku pulang ke rumah, dengan senyuman masih terukir di bibir, mata aku tertangkap kelibat buku-buku dan kertas-kertas assignment yang bergelimpangan di atas meja.

lantas senyumanku pudar.

kerja aku masih tidak habis!

maka aku pun bertungkus lumus menyiapkan kerja pada sebelah malamnya. tetapi pada malam tersebut ada pula jemputan makan-makan dari seniorku. amatlah tidak manis untuk aku menolak jemputan tersebut, maka aku pun pergi ke rumah senior aku yang begitu bersemangat menghias rumah dengan lampu lip-lap lip-lap.

maka, kerjaku tidak habis lagi!

esok ku sambung lagi kerjaku. tapi ada pula jemputan rumah terbuka dari kelab pelajar malaysia University of Canterbury. alamak, takkan tak nak pergi pula. tak sporting lah kalau begitu. jadi aku gagahkah diri, pergi memenuhi jemputan dan menyenangkan hati tuan rumah yang menjemput.

maka, sekali lagi, kerjaku masih belum habis!

petang itu aku sekali lagi berhempas pulas menyiapkan segala tugasan. akhirnya berjaya juga ku siapkan. tetapi akibatnya, aku telah sehari lewat menghantar assignment daripada tarikh yang sepatutnya.

balik ke rumah, aku termenung seorang diri. apa yang telah aku buat?

kenapa aku sanggup mengabaikan kerja-kerja aku, semata-mata kerana ingin menyambut Hari Raya Aidil Fitri?

lebih teruk lagi, kenapa aku lebih sanggup mengorbankan malam-malam terakhir Ramadhanku dan memilih untuk menyiapkan tugasan pada waktu tersebut semata-mata kerana ingin meluangkan masa bergembira di pagi raya?

sungguh aku menyesal!

aku sudah tersilap. tersilap kerana gagal membahagikan masa, tersilap kerana gagal menentukan apa yang patut diutamakan, apa yang patut dibelakangkan, tersilap kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar, tersilap kerana tidak menghargai peluang yang dikurniakan Tuhan untuk membersihkan hati pada malam kebaikan seribu bulan, tersilap kerana terlalu tertarik kepada kegembiraan pagi syawal hingga terlupa pada kemuliaan malam ramadhan.

malam itu aku tertidur dengan penuh penyesalan sambil memeluk bantal busuk.

kadang-kadang kita terlupa, bahawa ada yang lebih penting daripada apa yang significant. aku, pada waktu itu, memandang sembahyang sunat hari raya sebagai satu ibadah yang paling significant yang sudah pasti perlu aku laksanakan, sehingga aku terlupa bahawa ada ibadah yang jauh lebih significant daripada itu, iaitu ibadah menunaikan amanah sebagai seorang pelajar dan ibadah menghambakan diri memungut pahala di bulan ramadhan.

maka pada saat ini aku mengenang kembali kesilapan yang telah berlalu, aku berharap agar Ramadhan kali ini tidak akan lagi diperlakukan sedemikian rupa. aku berharap agar Allah dengan sifat Maha Pengasih lagi Maha PenyayangNya memberi kekuatan hati dan minda supaya dapat aku manfaatkan Ramadhan ini dengan sepenuhnya tanpa ada penyesalan, insyaAllah.

wallahualam.
Read more ►

Monday, September 01, 2008

kesayuan sebuah merdeka

6 comments
assalamualaikum.

rasanya masih tidak terlalu lewat untuk berbicara tentang merdeka ya?

setiap tahun apabila datangnya tarikh 31 Ogos, akan timbul suatu perasaan yang aneh dalam hati aku. terasa sedikit bangga dan gembira, dan aku dapat rasakan, semangat patriotik semacam melompat-lompat dan meluap-luap dalam hati aku. semasa aku masih berada di malaysia, saban tahun aku mengheret ibu melihat perarakan sempena hari kemerdekaaan, melihat kereta-kereta berhias, pertunjukan silat dan macam-macam lagi. hati aku berbunga-bunga melihat kehebatan askar-askar wataniah bermain pencak, mengendalikan senapang dan mempersembahkan aksi payung terjun.

aku rasa tidak terlalu keterlaluan atau riak jika aku katakan, aku adalah seorang yang patriotik. aku punya rasa cinta pada negara, punya rasa kagum pada perjuangan demi negara dan semangat kebangsaan; dan kerana itu aku amat berminat dengan novel Pahlawan Pasir Salak dan Tragedi Bukit Kepong yang terpilih sebagai novel kajian bagi matapelajaran KOMSAS (Komponen Sastera) semasa di Tingkatan 2 dan 4. tak kira berapa tebal pun buku itu atau sebanyak mana rakan-rakan aku yang lain mencemuhnya, aku tetap suka. buku-buku itu dan juga buku-buku lain yang sama waktu dengannya itulah juga yang menjadi pilihan sebagai bahan bacaan sambil berguling-guling di atas katil memeluk bantal busuk.

setibanya aku di new zealand, semangat apabila tarikh 31 Ogos hampir menjelang itu masih tidak pudar. akan ada SMS-SMS dari sahabat-sahabat, mengucapkan Selamat Hari Merdeka, Happy Independence Day dan sebagainya. SMS-SMS tersebut datangnya dari semua rakan, tak kira yang berbangsa Melayu, Cina mahupun India. Saban tahun pun begitu.

namun tidak tahun ini. tiada SMS yang diterima. tiada siapa yang mengucapkan selamat hari merdeka kepada sesiapa. tiada apa pun. yang ada hanyalah sambutan Malam Malaysia yang diadakan saban tahun juga, bertujuan untuk menyambut hari kemerdekaan. tapi bukan itu. bukan itu yang aku maksudkan. bukan majlis makan malam yang aku maksudkan di sini. yang tiada lagi itu ialah kegembiraan menyambut hari kemerdekaan itu sendiri. yang hilang itu ialah semangat itu sendiri. ke mana perginya spirit hari merdeka? adakah sememangnya begini keadaannya, atau hanya aku sahaja yang terlalu sensitif, terlalu emotional, padahal orang lain semua ok dan gembira saja?

tetapi aku tidak gembira. aku tidak gembira melihat keadaan malaysia lewat hari ini.

aku masih ingat, ketika masih di malaysia, pada hari ahad ibu aku akan terkocoh-kocoh mencapai remote control, menukar siaran television ke saluran TV3. apa lagi kalau bukan Melodi. dalam rancangan tersebut wartawan-wartawan menemuramah artis-artis tanah air kita. antara soalan-soalan yang dikemukakan, adalah seperti: sudah berapa tahunkah kita merdeka? apakah tema kemerdekaan kita pada tahun ini? bagaimanakah malaysia mencapai kemerdekaan?

aku sememangnya tidak mahu menonton segmen tersebut, kerana aku tahu tiada faedah yang aku boleh dapat, hanya mendatangkan amarah saja. tapi kelangsungan ibu aku dah pun membuka siaran tersebut, mahu tak mahu terpaksa jugalah aku menontonnya. dan jangkaan aku tepat sekali. terasa seperti ingin menghadiahkan pelempang pada artis-artis yang tidak tahu apa tema kemerdekaan pada tahun tersebut. tambah tersirap darah aku apabila seorang artis kita yang saban tahun asyik mukanya saja yang bertempek di konsert-konsert sempena merdeka itu menjawab tarikh merdeka bagi tanah melayu jatuh pada 30 Ogos. dan ada juga yang terkebil-kebil biji mata bagaikan cicak tertelan mikrofon, berkira-kira, '1957 ke 1958 ek?'lebih menyakitkan hati lagi, ialah apabila mereka tidak tahu, mereka menjawab, 'alamak..tak tahulah! hikhikhik!' sambil tersengih-sengih bagaikan kerang basi, tergelak-gelak kecil, termengilai-mengilai, terkinja-kinja, tergedik-gedik serupa budak kurang akal.

apa yang kelakar sangat dengan tak tahu tarikh kemerdekaan? apa yang lawak sangat dengan tak tahu tema kemerdekaan? ini bukan sesuatu yang lawak. ini MEMALUKAN!!

begitu juga bila aku lihat berita-berita di television. tergaru-garu, tersengih-sengih, terkelipot-kelipot remaja melayu kita nak mencari jawapan untuk soalan yang maha senang lagi menyenangkan ini. bertambah-tambah mendidih darah aku melihat remaja melayu seperti ini. sungguh aku geram. jika mereka ada di depan mata aku pada waktu itu insyaAllah tanpa ragu-ragu akan ku layangkan penyepak sesepak dua.

apa ini? apa ini semua?

aku tidak kata semua pun begitu. aku tidak kata remaja di Malaysia semuanya tidak tahu menghargai erti kemerdekaan. aku tidak kata dalam malaysia ini cuma aku seorang saja remaja yang tahu menilai sebuah kemerdekaan. aku tidak kata itu. tetapi aku sedih. apa erti merdeka ini sebenarnya? konsert? parti? keluar malam tak balik2? melepak sampai pukul 4, 5 pagi?

sedih. sungguh aku sedih. bukan sedih semata-mata betapa kurangnya nilai kemerdekaan di mata remaja, tetapi sedih juga memikirkan apa yang akan terjadi pada masa akan datang. sedih memikirkan bagaimanakah agaknya rupa generasi yang akan menerajui malaysia, yang seharusnya menjadi golongan pemimpin yang bakal memegang tampuk pemerintahan malaysia pada 10 tahun akan datang. pada waktu itu nanti, akan adakah generasi muda malaysia yang akan bangun sebagai generasi yang berkaliber yang berupaya membawa malaysia ke arah yang lebih baik? persoalan-persoalan tersebut bermain-main dalam kotak fikiran aku, ketika aku berbaring-baring di dalam bilik; telingaku menangkap jeritan 'merdeka2!' dilaungkan mat-mat rempit yang memecut motosikal laju mengalahkan bomba nak hantar perempuan beranak ke hospital memecah keheningan malam.

aku tidak ingin berburuk sangka pada sesiapa. agak-agaknya, remaja yang ditemuramah yang tidak tahu bila tarikh tanah melayu mencapai kemerdekaan itu jauh di halus hatinya lebih menghargai nikmat kemerdekaan itu sendiri daripada aku. agak-agaknya, mat-mat rempit yang sedang merempit itu patriotismenya jauh lebih tinggi daripada aku. siapa tahu. tapi aku tidak dapat singkirkan kerisauan dan kebimbangan daripada benakku yang semakin senak itu.

dan tika lewat malam ini, aku hanya mengeluh, menatap skrin komputer ribaku dengan penuh kekecewaan.

kenapa semua ini berlaku?

apakah yang telah terjadi pada malaysia sekarang?

semalam aku membaca lagi berita tentang kenyataan daripada 'seorang' Ketua Umno 'sesuatu' bahagian yang memanggil masyarakat cina sebagai pendatang.

aku selalu mendengar ungkapan-ungkapan seperti ini: 'janganlah berikan sesuatu yang kita sendiri tidak mahu kepada orang lain, jangan ucapkan sesuatu yang kita sendiri tak mahu orang ucapkan pada kita.'

bayangkanlah jika kita ini yang berada di tempat masyarakat cina dan lain-lain bukan bumiputera. bayangkanlah jika kita ini yang dipanggil pendatang secara terbuka di khalayak ramai walaupun telah dilahirkan di sini dan seumur hidup kita dihabiskan di sini. apakah tidak sakit hati kita?

aku sungguh tidak faham. bila masa islam mengajar kita menyakitkan hati orang dengan kata-kata kesat seperti ini?

bila masa islam mengajar kita berkelakuan kurang ajar seperti ini?

demi Allah, jika anda terlalu terdesak untuk memenuhi kepentingan diri anda, janganlah sampai memalukan nama Islam!

islam tidak pernah memberi lesen kepada seorang muslim untuk mencaci bukan muslim!

aku tidak tahu siapa lagi di malaysia yang masih 'lalu' nak menyambut hari kemerdekaan. setelah segala caca merba yang berlaku-Forum Memeluk Islam, cadangan pembukaan kuota 10% kepada bukan bumiputera bagi UiTM, pengakuan sumpah oleh sesumpah, dan yang terbaru cina itu pendatang.

ya Allah, merdekakah kita ini? merdekakah Malaysia ini?

tetapi aku tidak mahu putus harapan.

aku sememangnya kecewa. kecewa dengan segala-gala yang terjadi pada malaysia lewat kebelakangan ini. kecewa melihat rakan-rakan aku yang berbangsa cina yang bertungkus lumus ke hulu ke hilir cuba menjadikan Malam Malaysia sebagai malam yang dapat memberikan satu kenangan manis kepada pelajar-pelajar Malaysia di bumi christchurch. kecewa apabila mengenangkan sahabatku, Deffie yang amat manis senyumannya dan senantiasa berbalah denganku tentang siapakah yang lebih kacak antara Hideiki Takizawa dan Toru Nakamura. kecewa mengenangkan bagaimana mereka ini dianggap sebagai tidak lebih daripada 'pendatang' di mata sesetengah orang Melayu.

tetapi ini semua tidak harus menjadikan aku, dan mungkin anda yang membaca, atau mungkin sesiapa saja di luar sana berasa putus asa pada Malaysia. ya, Malaysia kini sememangnya mengalami pergolakan yang semakin membimbangkan. ya, Malaysia kini sememangnya bagaikan ikan yang bernyawa-nyawa ikan. dan kerana keadaan Malaysia yang seperti inilah, maka kita sebagai rakyat Malaysia harus bangun menyelamatkan keadaan, harus nekad dalam tekad, harus mapan dalam tindakan, harus utuh menjadi jaguh yang membawa arus kesedaran dan perubahan kepada trend politik semasa Malaysia dan seterusnya ke seluruh Malaysia secara amnya. kerana Malaysia yang tenat lagi nazak seperti inilah, maka kita tidak harus lari bersembunyi di sebalik tiang elektrik mahupun langsir mahupun pohon bonsai tetapi kembali kepada diri, tanya diri apakah kita mahu biarkan saja malaysia terus hanyut dalam ketidakseimbangannya, dalam krisis perkauman dan kekotoran politiknya atau menyumbangkan idea dan tenaga untuk merubah keadaan sekaligus membawa kebaikan bersama di Malaysia, di dunia secara amnya dan di akhirat secara khususnya.

dengan itu, Selamat Hari Merdeka buat semua rakyat Malaysia.

wallahualam.
Read more ►

Sunday, August 31, 2008

Selamat Berpuasa! (^_^)

0 comments
assalamualaikum.

according to FIANZ (Federation of Islamic Associations of New Zealand), we would start fasting on Tuesday. so guyz, just wanna wish you all selamat berpuasa tak kira pada hari apa anda mula berpuasa dan di mana jua anda berada sekarang. semoga Ramadhan yg bakal menjelang ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya, insyaAllah. salam ramadhan!! =)


Atas: gambar 'raya' yg ditangkap sebelum raya tahun lepas



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Promote jangan tak promote =P
Read more ►
 

Copyright © Shairah Ahmad Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger