bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
haa...aku menulis tentang cinta, akhirnya!
jika anda para pembaca yang budiman perasan, kebanyakan entry2 aku sangat berkait rapat dengan perkembangan forum2 yang aku baca di internet. ya, aku suka membaca forum. tak membalas mungkin, dek kesibukan yang melanda. tetapi aku tetap baca. sekadar nak mengikuti arus isu2 yang hangat dibincangkan.
seingat aku, sejak tahun lepas lagi, isu yang tidak putus2 dibincangkan ialah isu cinta. cinta dan remaja. isu couple. atau dalam bahasa melayunya isu 'berpasangan'. ahaks macam lawak pulak bunyinye.
aku masih ingat semasa aku mula2 aktif dengan kegiatan berforum ini, aku amat meluat dan tidak gemar dengan thread2 berkenaan cinta atau couple. aku boleh terima kalau sethread dua, tapi bila mula mencecah 3, 4, 5 thread, dah mula rimas aku dibuatnya.
aku dahulunya memang benci dengan forum2 yang sedemikian. nampak saja tajuk forum seperti 'saya couple..' atau 'abang saya couple..' atau 'nenek saya couple..' atau yang paling aku benci, 'couple haram..', aku pasti akan mencebikkan bibir. bila aku fikir2 kembali, sungguh aku tidak berlaku adil pada fitrah manusia yang semula jadi.
jangan salah faham. aku tidak membenci cinta. aku bukannya orang yang anti-cinta. bagi aku cinta itu adalah sesuatu yang murni dan mententeramkan. kenapa perlu dimarah pada cinta yang tidak bersalah itu. tetapi forum2 cinta itu yang aku tidak gemar. dan bukannya semua aku tidak suka. ada juga yang memang bermanfaat dan memberi keinsafan.
dan kini setelah hampir setahun aku melibatkan diri di dalam dunia forum, aku rasa aku telah belajar sedikit sebanyak tentang apa itu toleransi, apa itu privacy, apa itu prejudice dan sebagainya. aku belajar untuk bertoleransi. aku sendiri rasa2nya masih lagi di peringkat umur remaja (mungkin remaja yang dah agak senja agaknya hehe), maka aku faham sangat apa yang remaja rasakan. bukannya aku tak pernah remaja.
pernah suatu ketika dulu, aku bersembang2 dengan seorang rakan aku tentang bagaimana isu cinta dan couple ini begitu popular di kalangan anak2 muda zaman ini. rakanku itu kata, 'akan tiba satu tahap dalam hidup sesetengah remaja di mana mereka rasa masalah cinta itu adalah masalah dunia yang paling besar lagi maha dahsyat bagi mereka.'
aku hanya tersengih.
bagi aku, manusia yang mempunyai masalah cinta selalunya akan memilih antara 3 pilihan. pertama, memendam rasa dan takkan ceritakan masalahnya itu pada sesiapa pun. kedua, memilih untuk menceritakannya pada rakan2 terdekat. ketiga, lebih selesa berkongsi masalah dengan total strangers yang tidak dikenali.
pada hemat aku, mereka yang memilih untuk berkongsi masalah cinta di internet adalah mereka yang termasuk dalam golongan yang ketiga.
di sini aku cuba memahami keadaan. cuba meletakkan diri aku dalam situasi mereka.
sudah tentu tidak ada salahnya berkongsi masalah dengan orang lain. sesetengah orang lebih suka berkongsi masalah dengan mereka yang tidak dikenali. simply because they dont know each others. si pencerita tak perlu rasa risau diejek atau dipermainkan rakan sekelas atau sekolej, tidak perlu risau akan pandangan mereka yang mendengar terhadap dirinya sebab mereka tidak kenal satu sama lain. hakikat kewujudan si pendengar yang mengetahui rahsia si pencerita itu juga tidak memberi impak yang terlalu significant dalam hidup si pencerita. et cetera et cetera.
mungkin juga si pencerita tidak ada kawan untuk berkongsi masalah. mungkin ada kawan, tetapi tidak ada yang memahami. mungkin ada yang memahami, tetapi tiada buah fikiran yang baik. or maybe they are just lonely.
aku tidak membenci mereka yang ingin berkongsi masalah cinta di internet. setiap manusia ada masalah. cuma masalahnya itu lain2. aku punya masalah malas nak siapkan assignment, while for certain other people, it just happened that the problem is nothing else but LOVE. apa nak buat kan. takkan la itu pun tak boleh minta tolong dari sahabat2 maya yang baik hati.
sudah tentu boleh. tetapi pernahkah kita terfikir, kenapa kita ada masalah, kenapa kita perlu meminta pertolongan untuk menyelesaikan masalah, sejauh manakah kita boleh meminta pertolongan atau lebih penting lagi, wajarkah masalah itu dikongsi di khalayak ramai?
aku sebenarnya tidak pasti bagaimana harus aku suarakan pandangan aku berkenaan hal ni. takut akan melukakan mana2 hati yang halus jiwanya. bahasa aku kasar, dan aku memang tidak tahu bagaimana nak melembutkan intonasi kata-kata aku. hentam sajalah ya, aku teruskan saja.
kejamkah jika aku kata, ada sesetengah masalah itu terlalu remeh untuk dikongsi, dan ada juga yang terlalu sulit untuk dihebahkan?
sebelum aku teruskan, izinkan aku memohon sejuta kemaafan terlebih dahulu jika ada yang bakal terasa hati dengan apa yang aku tulis.
tetapi sejujurnya, anda boleh fikir sendiri, sama ada masalah anda itu adalah masalah serius yang perlu dibincangkan bersama atau masalah remeh cinta monyet budak sekolah menengah form 3 yang belum pun ambil SPM.
di sini aku bukannya nak mengeji sesiapa. tetapi hanya kali ini saja, aku pohon untuk kita semua supaya tarik nafas panjang2, lepas pelan2, tenangkan hati dan fikiran, dan tanya pada diri, 'adakah aku telah mengirim satu soalan remeh yang sangat kebudak2an yang tidak patut wujud di sesebuah laman web itu?'
aku pinta kita semua berlaku jujurlah pada diri kita buat kali ini!
fikirlah betul2. sekali. dua kali. tiga kali. rasa2nya masalah kita itu cukup beratkah, cukup seriuskah untuk kita kongsi supaya berbaloi bagi pembaca lain sama2 duduk memerah otak di hadapan laptop demi membantu kita, atau adakah itu hanya luahan hati cinta monyet yang tidak kesampaian semata2?
maafkan aku sekali lagi jika aku terlalu kejam, tetapi sesungguhnya, tiada siapa yang mahu tahu tentang kisah cinta monyet kita!
pernahkah kita terfikir bahawa kiriman masalah kita itu hanya menambahkan traffic, melambatkan loading atau menyemakkan server dengan sesuatu yang tidak ilmiah yang kalau tak ada pun langsung tak akan merugikan pengguna2 lain?
kata-kata ini bukan hanya untuk kalian para pembaca saja, tetapi peringatan untuk diri sendiri juga!
bukanlah aku nak kata tidak patut ada masalah cinta langsung yang harus dikongsi di internet. ada yang patut dikongsi, ada yang tidak patut. sama ada masalah itu patut dan berbaloi dikongsi atau tidak, itu terpulang pada budi pertimbangan si penulis sendiri. sekali lagi, seperti yang aku nyatakan di atas, berlaku jujurlah pada diri kita sendiri. tanyalah diri dengan ikhlas, 'kiriman aku ni kiriman yang bermanfaat, atau kiriman 'sampah' yang layak didelete oleh moderator tetapi pasti tidak akan didelete kerana tidak ada moderator yang sampai hati untuk mendelete kiriman ini?'
pandangan aku kali ini juga aku tulis kerana cinta. aku cinta pada sahabat2 semua, aku risau akan rentetan peristiwa yang bakal terjadi dek luahan rasa di internet ini.
aku beri satu contoh. si A baru saja putus cinta, lalu meluahkan kekecewaan hatinya yang retak di internet.
si B membaca kiriman tersebut. ditakdirkan Allah si B ini pula jenis yang ada 'belang.' lalu dihampirinya si A ini, dipujuknya dengan kata-kata manis, diberinya segala kata2 semangat yang dia tahu, dikoreknya segala2 tazkirah yang disimpan di dalam handphone. lama2 kemudian di'ayat'nya pula dengan 'ayat2 cinta' yang menyimpang. kononnya nak mengubat kekecewaan hati. kemudian makin jauh pula dia melencong.
aku risau kerana selalunya lah, pihak A ni pastinya perempuan. pihak B pula dah tentulah lelaki. of course, ada kemungkinan si B ini tak punya niat jahat seperti yang digambarkan di atas. tetapi aku risau kerana manusia ni macam2 ragam dan peelnya. tambah2 di internet. dan aku lebih risau lagi memikirkan kemungkinan gadis2 yang baik2 di'ayat' dan di'pujuk' dengan kata2 manis yang tidak sepatutnya daripada lelaki asing yang tidak dikenali yang muncul entah dari lubuk mana itu.
ini sudah tentunya bukanlah satu gejala yang sihat. aku tidak gemar akan kemungkinan berlakunya peristiwa seperti ini. aku beranggapan gadis2 ini patutnya baik2 belaka. aku ingin melindungi mereka, tak mahu mereka diganggu oleh pihak2 yang tidak sepatutnya.
tapi dalam masa yang sama juga, pihak A itu juga janganlah membuka peluang untuk diganggu!
satu lagi yang aku concernkan di sini ialah sesetengah cerita yang terlalu sulit untuk dikongsi secara terbuka di internet. bagi aku yang tidak seberapa ini, mungkin lebih wajar jika masalah yang terlalu private ini dibawa kepada pihak yang lebih layak. contohnya kaunselor atau ustaz dan ustazah. atau mungkin ibu bapa anda sendiri. bukannya kepada budak hingusan belasan tahun yang dia sendiri pun baru merangkak2 mencari erti hidup!
seterusnya, kisah yang berkisarkan tentang peristiwa hitam yang ingin dilupakan.
pernah dengar tak ungkapan ini: 'mengingati untuk melupakan sesuatu sebenarnya adalah satu bentuk mengingati dengan cara melupakan.'
secara logiknya, jika peristiwa hitam itu mahu dilupakan, kenapa harus kita ungkit2kan pula, lalu disebarkan pula di khalayak ramai di segenap antero alam maya ini?
bukankah lebih elok jika kita lontar saja peristiwa pahit itu jauh2, buat2 tak tahu dan duduk senyap2 saja?
bagaimana kita boleh melupakan peristiwa hitam tersebut jika saban hari kita duduk di hadapan laptop, login dalam iluvislam.com dan berbicara tentang peristiwa itu setiap minit setiap waktu?
if you want to forget something, why did u bring it up in the first place?
kalau nak lupa, buatlah cara nak lupa. nak lupa apa kalau tiap2 hari asyik berbalas2 kiriman tentang cerita yang sama. sampai bila2lah tak lupa kalau begitu.
satu lagi perkara, andai kata dengan izin Allah kenangan pahit itu akhirnya dapat disingkirkan dari kotak fikiran kita, akan tenangkah hati kita apabila melihat peristiwa hitam kita itu masih lagi dibincangkan secara terbuka di khalayak ramai, dalam satu forum, oleh mereka yang tidak dikenali pula?
mahukah kita kenangan pahit kita itu dibicarakan berulang2 kali oleh mereka yang membaca selagi forum itu masih wujud? mahukah kita cebisan hidup kita itu kekal ditatap di laman web, boleh diakses oleh seantero dunia tanpa mengira siapakah batang tubuh yang membaca, lalu dibahaskan pula ke sana ke mari tiada penghujungnya?
sanggupkah kita melihat kisah peribadi kita dibaca oleh 23, 602 ahli iluvislam.com, mungkin 40,000 dalam 2 tahun lagi, mungkin 60,000 pembaca dalam 4 tahun lagi?
setakat itu dulu bahagian pertama Siri Oh! Chentaku.
to be continued (kalau ada masa =P)
wallahualam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
menarik2..baru bace sikit dah bes..tapi panjang sangat la...patut wat bersiri...kan blogspot ade function baru...yang boleh atur tarikh bile muncul pos2 kite...just new idea...eh silap2...haha
ReplyDeleteyeah i agree that it is a bit too long (rasenye sume my posts pon panjang berjela x hehe).am thinking to cut it here and there; make it shorter hehe.and yeah,i'm planning to make this lovey thingy as so-called 'series'-this is 'Siri 1', if u noticed hehe
ReplyDeletep/s: i always admire people who can write short article yet concise. i want that skill!!haha =P
p/s/s: tengok,bagi komen pon panjang berjela.i'm cursed =P
wahhh aku setuju..rase2 che ah sudah kene disease bru.. aku namakan anonstopwritting disease..panjang bebenor..hilang semangat bace bila tiba lain ke 5..kihkih
ReplyDeleteAku sebutkan ia sebagai Teori Shairah. Sungguh membidik tepat kepada batang-batang hidung yang menghidu aromanya. Aku membalas entri ini di SangPelangi kerana bimbang terlalu panjangnya komentarku di sini.
ReplyDeleteKau banyak idea, tiada salahnya menulis panjang, atau kau pecahkan entri ini kepada dua. Episod satu dan dua. Atau kau buat jadual, bila kau akan sambung, akan ada yang follow.
Huahaha... kak su jumpa geng. Geng tak boleh dan tak reti nak tulis pendek. :D
ReplyDelete'akan tiba satu tahap dalam hidup sesetengah remaja di mana mereka rasa masalah cinta itu adalah masalah dunia yang paling besar lagi maha dahsyat bagi mereka.'
kak su rasa org yg ckp begitu ialah org yg pernah mengalami masalah cinta. Tapt tak semua org akan alami masalah cinta, terutama zaman remaja. Erm... mungkin 40% kot. (statistik sendiri ni.. hehe)
Tapi dalam hidup setiap insan (tua atau muda, belum kahwin atau dah kawin) akan ada masalah ttg hati dan cinta, ttg pasangan dan perasaan. Mungkin 85% kot.
Kak su bukan pakar dlm cinta, tapi sbg seorang kakak (yg kononnya lebih dulu makan garam dan gula), bila ada adik2 mintak pandangan, kak su akan berikan. Kalau boleh, kak su harap biarlah semua org bercinta lepas kawin, sbb itu adalah cinta yg bersih dan halal.
Bukan suka sgt nak melayan masalah cinta ni, tapi bila ingatkan yg mungkin dgn sedikit kata-kata, mampu menyelamatkan jiwa dari terus hanyut, apa salahnya. Selebihnya serahkan pd Allah.
Tapi sungguh, kak su pun tak suka dgr masalah yg sama berulang kali. Dah bagi nasihat tp tak nak dgr! Geram gak. Namun bila fikirkan yg hanya Allah mampu mengubah hati, geram tu dah kurang. Doa je lah...
salam...
ReplyDeletettg mslh salah tmpt aduan itu :
1. kte sndri kne fhm bhw xsemua manusia itu sama. cara kita dan cara dia mungkin berbeza. jd, give n take kne ada
2. kdg2 kta terlupa, perkara yg remeh tu mungkin boleh jd barah kalau dibiarkan begitu shj. mungkin kta xdpt bntu sepenuhnya, cukuplah sekadar sepatah dua. rasanya itu pun cukup melegakan
3. bagus entri ni. agar mrk berfikir kembali sebelum mengadu domba di alam maya..
faisal-hehe..ape ubatnya utk disease ni ek? =P
ReplyDeletep/s: ni faisal hussein ke faisal tehrani ke faisal Hot FM? hehe
sang pelangi-teori shairah?haha.nampaknya lepas ini mungkin patut dijalankan satu eksperimen untuk membuktikan benar atau palsunya hehe. owh episod ya. betul juga. sekarang baru aku faham maksud saudara pemenang. episod rupanya hehe. akan aku aplikasikan utk entri mendatang insyaAllah. terima kasih atas idea!
suara-pasti kak su punya kelebihan-mungkin kak su seorang pendengar yg baik atau punya nasihat yg bernas, hingga mereka suka meluahkan rasa pd kak su. bg saya itu adalah lebih baik drpd mencari strangers yg tidak dikenali di alam maya utk berkongsi masalah. sekurang2nya kita kenal siapa dia, dan dia kenal siapa kita. mudah2an bertambah pahala kita jika dpt menolong, dan ringan beban hatinya dgn meluahkan =)
e-leeyana-sedap nama ni ya =)sya kira ada baiknya kita memberi nasihat,nak dengar taknak dengar, terpulanglah. cumanya jgn masalah ini dijadikan penentu hidup pula; makan tak lalu, tidur tak lena. smpi aktiviti2 lain terus dipinggirkan. hehe.
tidak salah sebenarnya nak berkongsi masalah di alam maya, cuma berhati2lah. sya cuma harap muslimin dan muslimah supaya jgn terlalu hanyut dlm dunia cinta, terlalu melayan perasaan. takut nnti semakin parah. harap2 kita semua dikurniakan kekuatan dari Ilahi untuk menghadapi segala ranjau dlm hidup =) amin.
entry ini telah memberikan aku semangat.
ReplyDeleteaku suka dengan nada tegasnya.
kadang2 orang yg 'ter'khayal ni perlu disergah utk bangun.
* aku cakap untuk diri sendiri.