bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum
pernah dengar tak istilah 'bajet' ni?
owh tidak-tidak, ini bukanlah bajet seperti belanjawan negara yang disiarkan di TV1, TV2, TV3 mahupun NTV7 itu. ini ialah bajet yang 'bajet'. you got what i mean rite?
hmm baiklah. sebagai mukaddimah, aku kemukakan satu contoh yang paling senang. apabila anda melihat seorang lelaki yang memakai sunglasses pada hari yang tidak panas, rambut ber'dyed' lagi spiky, memakai bangles yang chunky lagi bling bling, anda katakan dia 'bajet'. dalam erti kata lain, perasan bagus.
aku tidak kisah dengan 'kebajetan' yang seumpama ini. i mean, you can be as 'bajet' as you want, i dont really mind. so what if you coloured your hair sampai serupa traffic light sekali pun. i simply dont care.
tapi apa yang aku kisahkan ini ialah fenomena 'ahli syurga' yang merasakan dirinya itu betul lagi mulia, orang lain semuanya rosak akhlak.
dah lama fenomena serupa ini terjadi. rasanya dah berakar umbi dah pun. cuma aku malas nak ulas saja. tapi kebelakangan ini aku lihat makin menjadi2 pula ya. makin dalam bulan ramadhan dan syawal ini, makin bercambah2 pula kemunculan 'ahli syurga' yang bajet ini dapat ku lihat.
aku sebenarnya tidak begitu faham, kenapa orang yang sedemikian bersikap sebegini. adakah kerana dia rasa dirinya itu sudah cukup bagus? atau apa?
sebagai contoh, 'ahli syurga' yang selalu bersembahyang jemaah di masjid mengutuk mereka yang asyik main bola. akhowat2 (betul ke eja ni?) yang memakai tudung labuh mengutuk mereka yang tak bertudung. sesetengah ahli sesuatu jemaah yang merasakan perjuangan mereka itu saja yang betul sampaikan tak nak dengar langsung pendapat orang lain.
dah tentulah bukan semuanya macam itu. aku menulis ini pun bukannya nak mengutuk. mengata mungkin. haha.
apa anda fikir anda selalu baca Quran, anda sudah cukup bagus? apa anda fikir anda pakai tudung labuh, anda lebih mulia daripada orang lain? alamak, janganlah begitu saudara saudari. aku tak tahu tentang pahala anda, mungkin anda lebih banyak pahala daripada mereka yang biasa2 saja, mungkin anda lebih mulia di sisi Allah daripada orang lain, itu aku tidak tahu. dan aku tidak mahu ambil tahu pun. tapi itu adalah hak Allah untuk menentukan darjat kemuliaan anda, bukan tugas anda untuk meletakkan darjat kemuliaan anda mengikut kesukaan hati anda sendiri!
tersedak jantung aku apabila aku membaca satu forum yang dengan sesuka hati kepala lututnya sahaja melabelkan manusia lain sebagai 'makhluk Allah yang paling murah maruah lagi berdosa'. wah wah wah, hebat sungguh golongan 'ahli syurga' ini ya. mengambil alih tugas Allah pula untuk menghukum seseorang.
tak kira lah se'salah' mana pun satu manusia itu di mata anda, sehina mana pun satu makhluk itu di hati anda, tugas seorang muslim yang beragama islam adalah untuk mengajak ke arah kebaikan. cuba membaiki keadaan. jika tak mampu, doakan untuk yang paling baik di dalam hati. bukannya sesedap mulut anda melabelkan orang itu tak bermaruah, orang ini tak bermaruah! apa anda fikir anda itu sudah cukup bermaruahkah? apa anda fikir anda sudah cukup banyak pahala untuk sesuka tempurung lutut anda melabel orang lain sebagai 'makhluk Allah yang paling berdosa'?
aku tidak faham. sepatutnya golongan 'ahli syurga' seperti ini pastilah tinggi ilmu agamanya. tinggi akhlaknya. tinggi adabnya. tapi bila bertembung dengan mereka yang 'rosak akhlak' ini, entah ke mana semua ilmu dan adab sebagai seorang muslim itu dicampakkan!
pernah terjadi di hadapan mata kepala aku sendiri di mana seorang ustazah mencemuh seorang gadis yang memakai skirt pendek yang bertanyakan kepadanya bagaimana cara hendak bersembahyang dengan kata-kata 'perempuan GRO takde maruah masuk neraka lagi bagus.'
kenapa begitu?
kenapa mudah sangat golongan 'ahli syurga' yang tinggi ilmu agama, yang sempurna auratnya, yang cukup sembahyang 5 waktunya ini mencerca makhluk Allah yang lain dengan kata-kata hinaan yang menyakitkan hati?
kenapa ada ilmu tetapi tidak diamalkan?
adakah pernah islam mengajar kita mem'bajetkan' diri seperti ini?
setiap kata haruslah disertai dengan tindakan. jangan hanya pandai membajetkan diri dengan kata-kata kosong berbau longkang sahaja!
wallahualam
p/s: semoga Allah mengampunkan dosa aku kerana aku sendiri telah melabel orang dengan panggilan 'bajet'. eheh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
The Bajetness of Ahli Syurga.. bes gile tajuk hehe
ReplyDeletehttp://one-g.blogspot.com/2008/10/aku-bukan-ahli-politik-tetapi.html
ReplyDeletebace link nih....susane yang melande sebilangan anggota PMRAM dan PAS ulasan oleh seorang ahli PAS..hehe
same seperti awak alami
memang bajet 2009 ni kena buat balik sebab ekonomi sekarang dah tak sama dengan dulu.
ReplyDeletelagi pun bajet tu paklah yang buat.
heh?
uhuu~ mengenai post sepi saya... btol tu wahai saudara shairah ap yang saudari utarakan.. tetapi maksud ana dari statement "kita janganlah berusaha untuk mencari pasanagn yang terbaik tetapi kita mestilah berusaha untuk menjadi yang terbaik" adalah kerana sesetengah orang terlalu pasrah untuk mencari pasangan yang sempurna sedangkan diri sendiri tidak ada keinginan untuk berubah,so dari statement itu jika kita berusaha untuk menjadi yang terbaik, insyaAllah Allah akan pertemukan kita dengan jodoh yang baik untuk kita di samping itu kita berusaha dan tawakal ;) "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
ReplyDeletesaya panggil ni "sindrom orang2 terlebih alim" hehe
ReplyDeletemantap r ko nye bebalan dan leteran ko...tabik spring roll aku kasik!
ReplyDeletejackster-tajuk je ke?hehe =P thanx
ReplyDeletepemenang-dh bace blog die.walaupun situation die lebeh menjurus ke politik,tpi lebey krg sama.huhu. masalah berat ni.
bumilangit-err..hehe
khalif mujahid-yup insyaAllah =)
leokid-sindrom? hmm menarek.x terpikir perkataan tu. nice idea hehe
cubetekasapekahdaku-xnak teka boleh? ngahngah
mmng ader pun orng yg cik ckp..
ReplyDeleteaku dah boring jumpa..kukuuuu
tp cik silap gak..
bila orang warna rambut,u dont care?
mana amar maaruf nahi mungkar??
lalalaa..