siapa tak kenal Allahyarhamah Shamsiah Fakeh, wanita komunis yang bergelar 'Ratu Rimba Malaya'? Arwah Shamsiah Fakeh menghembuskan nafas terakhir pada 20 October 2008 lalu. wanita bernama Shamsiah Fakeh ini hidup dalam pembuangan di China setelah peristiwa penangkapan besar-besaran mereka yang terlibat dalam gerakan komunis dan hanya dibenarkan pulang ke Malaysia setelah mendapat kebenaran dari kerajaan pada 23 Julai 1994.
kenapa aku kisah benar dengan wanita bernama Shamsiah Fakeh ini? aku kisah kerana aku rasa arwah dan perjalanan hidup arwah sangat menarik dan menimbulkan pelbagai konspirasi dan persoalan bagi aku.
apa yang pelik sangat dengan wanita ini?
persoalan pertama:
Kenapa wanita Islam dengan didikan agama yang tinggi menyertai gerakan komunis yang anti-agama?
aku membaca tentang latar belakang beliau, dan hasilnya aku sangat impressed. Shamsiah Fakeh menerima pendidikan di Sekolah Tinggi Islam, Pelangai, Negeri Sembilan dan kemudian ke Madrasah Tuddimiah in Padang Panjang, Sumatera. Ada juga meriwayatkan bahawa Shamsiah Fakeh melanjutkan pelajaran di Sekolah Agama Rahmah Al-Yunusiah di Padang Panjang, Sumatra. Shamsiah Fakeh juga pernah berguru dengan Lebai Maadah di Pelangai. antara rakan2 Shamsiah Fakeh adalah Ustaz Abdul Jalil Salim, Haji Abd Aziz dan Hambiah. kita semua tahu, Lebai Maadah bukan calang2 orang. Lebai Maadah adalah satu 'fenomena' bagi aku kerana merupakan pelopor Gerakan Kaum Muda yang berjaya mendirikan sekolah Islam atau madrasah secara formal dan sistematik. mengajar subjek Islam dan Bahasa Inggeris pula tu.
berbalik kepada Shamsiah Fakeh, nama 'Fakeh' itu sendiri diberi oleh ayahnya kerana pengetahuannya yang mendalam tentang agama Islam. menurut kisah dari beberapa sumber, Shamsiah Fakeh mempunyai ilmu mempertahankan diri yang tinggi, dan dikatakan mampu mengaburkan penglihatan pihak musuh ketika dalam keadaan terdesak. diriwayatkan bahawa Shamsiah Fakeh pernah berkata ada beberapa potong ayat Quran yang boleh memutarkan peluru yang ditembak oleh musuh jika dibaca ketika bertempur.
kesimpulannya di sini, Shamsiah Fakeh bukan bodoh. beliau adalah seorang wanita Melayu yang berpendidikan tinggi. jadi, kenapa dan mengapa gerakan komunis yang menjadi pilihan?
Nasionalis? Feminis? Reformis? Komunis?
buat sementara waktu, tolak ke tepi tentang hakikat beliau menyertai gerakan komunis. despite of that, aku sangat mengagumi perjuangan beliau. zaman ini di mana nak cari wanita Melayu yang benar-benar berjuang demi negara? macam tak ada saja aku rasa. Shamsiah Fakeh bukan berjuang demi kerajaan, bukan berjuang menentang kerajaan, bukan berjuang demi mempertahankan suami. Shamsiah Fakeh berjuang demi menuntut kemerdekaan. kemerdekaan yang menjadi isu paling dibenci British semasa peralihan tampuk kuasa selepas kekalahan tentera Jepun.
"Sebenarnya aku bukanlah pemimpin wanita Parti Komunis Malaya atau seorang tokoh wanita yang terkemuka. Aku hanya seorang pejuang wanita yang berjuang melawan British untuk kemerdekaan tanahair dan untuk emansipasi (kebebasan) wanita. "
ini adalah kata-kata Shamsiah Fakeh yang sangat popular. Shamsiah Fakeh pada mulanya merupakan ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berjuang bersama Angkatan Pemuda Insaf (API), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan lain-lain. kesemua parti ini mempunyai satu tujuan; yakni untuk menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu daripada cengkaman British. kemudian AWAS yang merupakan salah satu organisasi di bawah PKMM bergabung pula dengan PUTERA untuk membentuk pakatan PKMM-PUTERA.
Kontroversi dan Konspirasi
Shamsiah Fakeh dilanda pelbagai kontroversi tentang kisah kematian anaknya semasa dalam gerakan PKM (Parti Komunis Malaya). antara kontroversi yang popular ialah kisah di mana beliau mencampakkan anaknya sendiri ke dalam sungai untuk mengelakkan mereka dikesan oleh pihak musuh. ada juga kisah di mana beliau didakwa menghempaskan anaknya itu ke batu kerana anak itu melambatkan gerakan mereka di dalam hutan. tetapi semua dakwaan ini disangkal oleh Shamsiah Fakeh dalam buku Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke Rejimen ke-10 yang ditulis oleh beliau sendiri.
Ditulis dalam buku tersebut, apabila pihak komunis di'ambush' sehingga memaksa Shamsiah Fakeh dan bayinya yang berumur 1 bulan setengah basah kuyup di dalam hujan:
"...ada masanya badan anakku itu telah digigit oleh pacat sampai 20 ekor. aku membuang pacat itu seekor demi seekor yang sudah kenyang makan darah anakku..."
dan bidasan beliau tentang dakwaan beliau membunuh anaknya sendiri:
“Sebagai seorang ibu yang telah menyelamatkan anaknya di tengah-tengah hujan peluru tentera penjajah dan bersama-sama pula dengan anak sesat selama empat hari tiga malam dengan penuh sengsara, dan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, tergamakkah seorang ibu membunuh anaknya sendiri?”
sudah tentu kita tidak tahu siapa yang betul, siapa yang salah. tetapi membaca buku tersebut sememangnya amat membuatkan fikiran aku terganggu. aku faham, keadaan adalah terlalu getir dan situasi politik yang kucar-kacir pada waktu itu tidak membenarkan Shamsiah Fakeh untuk bergiat dalam saluran yang betul, tetapi memilih komunis juga merupakan satu fakta yang membuatkan aku rasa sangat disturb. tambahan pula bila aku membaca bahawa rupa-rupanya anaknya itu telah dibunuh tanpa pengetahuannya oleh anggota Parti Komunis Malaya itu sendiri!
Shamsiah Fakeh juga dikecam hebat kerana menentang askar Melayu sendiri dalam banyak siri pertempuran. Shamsiah Fakeh dikatakan menjadi pengkhianat bangsa Melayu kerana berperang dengan kaumnya sendiri. Umum juga mempersoalkan tindakan PKM yang tidak bersetuju dengan Perjanjian Baling dan penentangan mereka terhadap askar Melayu walaupun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Menurut Shamsiah Fakeh:
"Dalam perang adil dan tak adil memang sukar dielakkan pertumpahan darah. Barangsiapa yang berdiri di pihak penjajah dengan bersenjata sudah tentu akan dibalas, itu salah mereka kerana berdiri di pihak penjajah."
"Sebenarnya anggota Polis dan tentera memang tak perlu berdendam dengan aku kerana sepucuk pistol dan sebutir bom tangan yang aku pakai dalam hutan dahulu itu tidak pernah meletup dan tak sebutir peluru pun yang membunuh polis atau tentera kerajaan. Sebaliknya akulah yang terkena hujan peluru mereka."
Sejarah Menipu Kita?
untuk melawan usul Federation Constitution yang dibentangkan oleh pentadbiran British, PKMM-PUTERA came out with Perlembagaan Rakyat. setelah membaca isi kandungan Perlembagaan Rakyat, bagi aku perlembagaan ini adalah sangat obvious manfaatnya untuk Tanah Melayu. tetapi macam biasa, ditolak oleh British. kemudian PKMM-PUTERA diharamkan oleh British, dan ini termasuklah parti AWAS.
disebabkan suara parti berhaluan kiri ini ditolak, maka Shamsiah Fakeh memilih untuk menyertai gerakan komunis. maka di sini aku melihat bahawa Shamsiah Fakeh sudah tidak ada pilihan lain untuk menentang British, melainkan gerakan komunis semata-mata. jadi adakah wajar sejarah menggelar Shamsiah Fakeh sebagai wanita komunis, sedangkan beliau sepanjang hidupnya berjuang demi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu?
Shamsiah Fakeh menulis:
"Bagi orang-orang yang memperjuangkan Kemerdekaan maka tidak ada pilihan lain lagi melainkan berjuang mengangkat senjata untuk menggulingkan penjajah apabila jalan damai sudah ditutup.Bukan kita yang menutupnya tetapi penjajah British."
"Situasi ketika itu sudah mulai tegang. Kami telah diperintahkan masuk hutan di kawasan Lubuk Kawah. Aku pun masuk hutan dan bermulalah era aku berjuang mengangkat senjata. Semangat cintakan tanahair dan Kemerdekaan serta kesetiaan kepada perjuangan telah mebuat aku teguh dan sanggup masuk hutan. Yang penting ialah mencapai Kemerdekaan. Pada fikiranku setelah Merdeka maka segala-galanya akan dapat diselesaikan."
aku masih ingat lagi, aku membaca dalam buku teks Sejarah Tingkatan 3 tentang bagaimana UMNO berjuang menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, bagaimana Allahyarham Tunku Abdul Rahman terbang ke London bersama-sama ahli-ahli Suruhanjaya untuk berbincang dengan kerajaan British tentang pembebasan Tanah Melayu, dan lain-lain. tetapi yang menghairankan aku, kenapa Shamsiah Fakeh berulang-ulang kali menyatakan keputusannya untuk menyertai PKM adalah berikutan situasinya yang terdesak? kenapa beliau tidak menyertai gerakan parti UMNO? di mana suara UMNO ketika parti-parti berhaluan kiri ini diharamkan? kenapa tiada bantahan dari UMNO ketika British menolak usul Perlembagaan Rakyat? kenapa UMNO tidak bersama-sama PKMM-PUTERA dalam usaha mereka menuntut kemerdekaan? adakah itu bermaksud UMNO adalah tali barut British pada waktu tersebut?
"history is written by the winner." maka adakah kita sedang ditipu oleh sejarah?
aku tidak ada pengetahuan yang menyeluruh tentang hakikat peristiwa yang berlaku sebenar-benarnya, maka aku tidak mampu membuat keputusan.
To Be Pengganas or Not To Be Pengganas: That Is Never The Question
menurut Shamsiah Fakeh lagi:
"kami sebenarnya bukan pengganas, kami berjuang untuk membebaskan Negara untuk memerdekakan Negara. Pengganas yang sebenarnya adalah British kerana mereka menentang usaha ini dan bertindak membakar rumah rakyat dan tenteranya telah memperkosa ramai wanita Melayu di kampung-kampung."
satu kisah yang popular ialah kisah pertembungan Pak Minhat dengan Shamsiah Fakeh dalam sebuah hutan bersama sekumpulan anggota gerakan komunis:
"Pernah seorang tua bernama Pak Minhat di Kampung Chomomoi, Pahang memberi tahu saya iaitu beliau pernah keluar memburu di hutan ( tidak dinyatakan lokasi hutan). Orang tua ini ditangkap oleh 2 komunis berbangsa China yang mendakwa beliau telah menceroboh kawasan mereka. Orang tua ini begitu terkejut apabila ketua gerombolan komunis diketuai seorang wanita melayu yang amat dikenalinya. Itulah Shamsiah Fakeh rakan seperguruannya yang berkain batik dan di pinggangnya ada sepucuk pistol dan tersangkut dua grenade. Mereka saling mengenali dan Shamsiah yang dipanggilnya 'Kakak' membebaskannya dan menunjukkan kawasan perburuan yang banyak binatang buruan.
Beliau dibawa melawat sebuah gua penginapan mereka yang menyimpan stok makanan. Apabila ditanya, tidakkah dia bermasalah mengawasi kesemua lelaki bukan bangsanya di bawah kawalannya, Shamsiah dikatakan berkata 'perkara' itu cukup mudah baginya apabila cita-citanya tercapai. Shamsiah menyuruh Pak Minhat melaporkan kepada pihak keselamatan tentang pertemuan mereka apabila keluar dari hutan tersebut. Pak Minhat tidak pasti apakah tujuan Shamsiah memberi arahan tersebut. Dengar khabar bila dilakukan serbuan ke lokasi tersebut, gua itu telah diletupkan (dimusnahkan)."
Wanita Melayu berkain batik bersama sepucuk pistol memimpin segerombolan lelaki komunis di dalam hutan. how impressive.
adakah Shamsiah Fakeh sengaja menyuruh Pak Minhat membongkar lokasi persembunyian mereka untuk memusnahkan komunis itu sendiri?
selain daripada itu, bukan Shamsiah Fakeh seorang sahaja orang Melayu yang menyertai komunis. Shamsiah Fakeh menyertai Rejimen ke-10 di mana kebanyakan anggotanya terdiri daripada orang Melayu. disebut bahawa ketika operasi penangkapan komunis dilaksanakan secara besar-besaran di seluruh Tanah Melayu, hampir 10,000 orang Melayu telah ditangkap. ada juga pihak yang mendakwa operasi tersebut adalah 'topeng' pihak British semata-mata, kerana motif sebenar operasi tersebut bukan untuk memberkas komunis tetapi adalah untuk menjejak dan menghapuskan gerakan anggota parti haluan kiri hingga ke lubang cacing.
adakah salah PKMM-PUTERA jika ada yang memilih komunis untuk meneruskan perjuangan apabila kebebasan politik mereka disekat? lebih men'disturb'kan aku ialah, Perlembagaan Rakyat oleh PKMM-PUTERA mendapat sokongan dari segenap ceruk Tanah Melayu dari pelbagai bangsa dan agama. malah kaum China dan India bersetuju untuk bergabung bersama kaum Melayu dan sanggup dilabel sebagai 'Melayu' seperti mana yang diusahakan oleh kerajaan masa kini yang ingin mewujudkan 'bangsa Malaysia'! salah merekakah jika mereka memilih komunis apabila pahit jerih mereka ditolak oleh kerajaan, malah diburu bagaikan binatang oleh British di tanah tumpah air sendiri? adakah kita memahami kekecewaan mereka apabila usaha mereka secara damai itu ditolak walaupun seruan Hartal mereka mendapat sambutan besar-besaran dari seluruh negara?
ke'disturb'an aku bertambah apabila aku membaca satu komen di sebuah blog di mana penulis komen tersebut telah mengecam Shamsiah Fakeh sekecam-kecamnya kerana menurut kata beliau:
"komunis dah bunuh dua orang datuk aku. tiada apa yang boleh membalas kekejaman komunis melainkan darah."
aku bertambah-tambah mengeluh. aduhai Shamsiah Fakeh, kenapa komunis?
Allahyarham Ustaz Abdul Jalil Salim yang merupakan rakan seguru Shamsiah Fakeh semasa hayatnya ketika masih berkhidmat sebagai anggota polis berpangkat koperal pernah didatangi oleh Shamsiah Fakeh . Menurut arwah:
"Shamsiah mendakwa masih menaruh harapan tinggi untuk perjuangan memerdekakan negeri sepenuhnya dan bermatlamatkan agama. Beliau beranggapan kemerdekaan negara masih separuh masak."
Siapa Shamsiah Fakeh? Wanita Komunis atau Srikandi Melayu?
walau bagaimanapun, bagi aku arwah Shamsiah Fakeh adalah simbol wanita Melayu yang bersemangat jitu, hebat dan optimis.
akhir kata, al-Fatihah aku sedekahkah buat arwah Shamsiah Fakeh.
wallahualam
rujukan:
1. http://www.geocities.com/ummahonline/telaahbuku/041230roslamsms-fakeh.htm
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Shamsiah_Fakeh
3. http://amirmu.blogspot.com/2007/11/back-in-print-shamsiah-fakehs-memoirs.html
4. http://www.allfreeessays.com/essays/Shamsiah-Fakeh/5250.html
5. http://ahmadsaid.blogdrive.com/
6. http://kakibuku.blogdrive.com/
kisah nih lebih kurg r dengan dokumentari nih: LINK.
ReplyDeleteKekadang terpikir gaks ape betul.
benarlah kata-kata Ustat Hasrizal, subjek Sejarah skrg nih matlamat dye: menanamkan semangat patriotik, sehingga mngenepikan kebenaran.
Sy baca kisah samsiah fakeh..memang sedih coretan beliau.perjuangan beliau sama seperti mat kilau dan lain2.
DeleteSy baca kisah samsiah fakeh..memang sedih coretan beliau.perjuangan beliau sama seperti mat kilau dan lain2.
DeleteSeperti yang kau katakan, 'sejarah cuma ditulis oleh si pemenang', jadi aku sekadar baca dan menambah pengetahuan entrimu ini. Tidak lebih dari itu.
ReplyDeleteCuma ingin aku katakan, bagus, jarang ada blog yang menyentuh akar-akar sejarah yang tidak terdapat dalam buku teks di sekolah.
Seorang wanita berjiwa kental. Seperti kamu, aku juga terasa kenapa harus memilih Komunis?
p/s: Aku inginkan sumber nama buku, (terbitan dan cetakan tahun berapa adalah optional) Ingin mencari sendiri. Wikipedia masih belum cukup.
Erm...
ReplyDeleteKak su juga terfikir, kenapa komunis yg dipilih? Sedangkan dgn ilmu agama yang ada pd dirinya, dia seharusnya lebih berhati-hati dlm segala tindakan dan keputusan yg mahu diambil. Dan rasanya komunis bukan satu-satunya pilihan yg ada.
Entahlah... Sesungguhnya hanya Allah yang tahu siapa Shamsiah Fakeh sebenarnya.
Sape yg nk dengar pendapat die agaknye mase tu... Laki kne tangkap hilang sampai kesudah xjumpe... Itu ade nye pepatah alang2 mandi biar basah...itu lah akibat apabila berpolitik yg baik boleh dianggap jahat yg xtahu memanjang kene tipu
Deletehafizadam-i watched the video.mmg sgt interesting. haihh, history is written by the winner. sbb tu kot dlm buku teks sume 'parti tu' je yg best. ke? or mayb kebenaran ni diketepikan skjap sbb x seswai didedahkan pd peringkat sekolah? takut it would just stir things up? wallahualam
ReplyDeletesang pelangi-buku Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke Rejimen ke-10. terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, cetakan 2004. cetakan yg terbaru tak salah aku 2007. rakanku kata buku ini susah nak dapat di malaysia sekarang. tak diharamkan, tapi entahlah..mungkin menimbulkan kontroversi agaknya. tapi kalau kau cari di toko2 buku besar macam Kinokurniya, MPH, insyaAllah ada
suara-hmm...wallahualam. apa2 pun, beliau pasti ada sebab yg cuma beliau dan Tuhan saja yg tahu. semoga rohnya tenang di sana. amin.
syamsiah masuk komunisme?
ReplyDelete-kita semua xtahu hakikat sebenar..
syamsiah bunuh anak?
-hahaa..remaja perempuan zaman sekarang jerk yang rajin bunuh baby setelah ditinggalkan balak yang bongok..
thankss..
hurm..
ReplyDeletemenarik gak cite nih...
best! jzkk.. tulis lagi, ya! mgkn shamsiah ikut komunis, mungkin dia masih muslim at heart.. wallahua'lam..
ReplyDeletedia sekolah agama tidak benjadikan dia seorang yg benar-benar beriman kepada Allah SWT. kita tak judge orang ikut apa yang di belajar tapi apa yang di amalkan. dan komunis sememangnya kejam. atuk2 aku yang askar kata, dia jadi askar bukan sebab berkhidmat dengan british. tapi sebab nak hapuskan komunis yg membunuh org melayu dulu kala
ReplyDeleteDia tak mengaku sebagai seorang komunis, tapi kenapa dia dan pasangannya ditangkap di Indonesia semasa nak promosi idealogi komunis disana. Dia ada pelajaran pandailah memberi alasan. Askar melayu byk yg terkorban boleh salahkan lagi dgn alasan menyokong penjajah, kalau pihak dia menang dah lama Malaysia ni jadi negara komunis, dialah puncanya.
ReplyDeleteShairah, sayalah penulis yg bertemu dgn pak minhat dan pernah bercakap dgn ust Jalil yg kebetulan datuk saudara saya, ustazah Hanbiah, ust Abd Aziz juga memberitau saya lokasi apartment terakhir Shamsiah di Jln Kuchai Lama. Masa menziarahinya, ibu tua sgt uzur terlantar di katil. Anaknya lelakinya yg menguruskannya tetapi kami menghadapi masalah bahasa. Anaknya bercakap mandarin. Suasana dlm rumahnya persis rumah keluarga cina..pakai kasut dlm rumah. Ada cina berasal dari Tampin yg menjadi jurubahasa kami. Tujuan saya bertemu shamsiah adalah utk bertanya sesuatu iaitu tentang ayat alQuran yg dikatakan boleh memutarkan peluru..bercakap ttg gurunya Lebai Maadah, rakan seperguruannya iaitu Jalil, Abd Aziz dan Ustazah Hambiah yg sempat saya wawancara sebelum mrk meninggal dunia. Malangnya dia terlalu uzur dan airliurnya kerap meleleh ke pipi. Apabila saya cuba menarik perhatiannya, saya menyebut nama Lebai Maadah..saya perhati dia membuka mata dan tersenyum, pernah belajar sana? Dia tetiba bertanya..saya rasa sgt teruja dan beritau tidak..saya sebut nama kwn2 lamanya tetapi dia tak ingat. Kemudian dia batuk2 dan melelapkan mata.
ReplyDeletetiadat@gmail.com