assalamualaikum.
sejak akhir-akhir ini, aku semakin lemas perut melihat satu fenomena yang menguasai impulse saraf dan otak sesetengah manusia di muka bumi Malaysia. fenomena 'mengharamkan, diharamkan dan terharamkan.'
aku tidak tahu bagaimana harus aku mulakan bicara kali ini. bimbang kalau menyinggung mana-mana hati, risau jika tersalah kata dan bahasa. ahh persetankan itu semua. aku lontarkan juga apa yg tersimpan di dalam keras tempurung kepala aku.
Kisah 1: Chopstick Haram
aku sering kali dihujankan dengan isu-isu fanatik yang amat menjengkelkan luas hati dan jiwa aku ini. fanatik. fanatik itu apa ya? di sini aku beri definisi berdasarkan logik pemikiran aku sendiri, bukan definisi dari Kamus Dewan ya. fanatik itu bagi aku ialah melampau-lampau. atau terlampau-lampau. fanatik yg paling aku benci ialah fanatik yang berkaitan dengan agama. yakni fanatik tentang hukum hakam islam. hypothesis fanatik dalam konteks ini ialah:
"semakin banyak suatu benda itu diharamkan, maka semakin alimlah kita." (Saifuddin, 2008)
satu contoh yg amat menggelegakkan darah muda aku ialah 'chopstick haram'. ya Allah, kegilaan apakah ini. ya, anda boleh lontarkan pada aku bom atom sekalipun dek mulut aku yg terlalu lancang. tapi aku tidak akan tarik balik kata-kata aku. ini adalah satu kegilaan. gila apa ini. mengharamkan chopstick semata-mata chopstick itu adalah medium memasukkan makanan ke dalam mulut yang secara tradisinya digunakan oleh 'orang kafir', yakni mereka yang berbangsa Cina. logik di sebalik pengharaman ialah, 'menyerupai amalan orang kafir.'
tidak dapat aku bayangkan bagaimana rakan-rakan aku yang baru masuk islam terketar-ketar menyuapkan nasi ke dalam mulut menggunakan tangan dek penangan chopstick itu haram!
gila betul!
apa jika kita mengharamkan itu mengharamkan ini, semakin islamikkah kita? semakin alimkah kita? ya Tuhan, sabarkanlah hati aku ini.
Kisah 2: Sekolah Haram
sekolah agenda yahudi. ini lagi satu kegilaan yang teramat-amatlah menaikkan darah aku. logik di sebalik pengharaman: percampuran antara lelaki dan perempuan. Masya Allah. point pertama: apa kena-mengena percampuran lelaki dan wanita di sekolah dengan agenda yahudi? kedua: mungkin pembawa usul ini patut hidup di sebuah planet di mana habitantnya terdiri daripada single sex; yakni lelaki sahaja mahupun perempuan sahaja.
tak perlu cakap banyak. tunjukkan pada aku di mana ayat Quran yang mengharamkan pergaulan antara lelaki dan wanita.
gila!
Kisah 3: Pengkid Haram
ini pula kisah suatu yang memang patut diharamkan tapi dibantah pengharamannya. ini memang cerita lawak ni. marilah kita ikuti bersama.
Arakian tersebutlah alkisah Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan golongan 'pengkid'. maka timbul beberapa isu di sebalik pengharaman ini:
Pertama: Definisi Pengkid
Apa itu pengkid? pengkid yang bagaimanakah patut dikategorikan sebagai haram? bagaimana pula dengan tomboy? dan lain-lain kecelaruan identiti yang sama waktu dengannya? pendek kata, apakah definisi dan spesifikasi 'pengkid' yang sebenar?
Kedua: Apa itu Fatwa
Apa itu fatwa? adakah satu undang-undang yang wajib dipatuhi oleh umat Islam SeMalaysia? atau sekadar satu hebahan hukum yang diwartakan kepada umum? bagaimanakah suatu fatwa patut dilaksanakan? bagaimana suatu fatwa patut disebarkan? apakah sebab musabab atau tujuan di sebalik sesuatu fatwa? apakah logik atau justifikasi di sebalik pewartaan sesuatu fatwa? apakah kesan sesuatu fatwa? apakah keperluan sesuatu fatwa itu diwartakan? bagaimanakah satu fatwa boleh disampaikan kepada khalayak? melalui televisionkah? radiokah? surat khabar kah? internetkah? kah kah kah?
Ketiga: Tindakan Susulan
Baiklah. Pengkid haram. kemudian? apakah tindakan susulan yang perlu diambil? langkah-langkah membendung gejala pengkid yang wajar dilaksanakan demi menyelamatkan generasi muda Malaysia? apa yang patut dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat dalam menangani masalah pengkid? apakah tanggungjawab Majlis Fatwa Kebangsaan, Badan-badan dan Jabatan-jabatan Agama Islam dalam menghadapi golongan pengkid? bagaimana pula dengan langkah pencegahan oleh pihak keluarga, sekolah, universiti? perlukah diwujudkan badan kounseling, pusat pemulihan, gerakan tarbiyah dan sebagainya?
Keempat: Campur Tangan Komuniti Bukan Islam
haa ni yang lawak ni. terima kasih encik HafizAdam atas video yang dikongsi. aku menonton video di atas dengan penuh rasa simpati. simpati dengan kebodohan tuan empunya badan yang bercakap tanpa sedikit ilmu pun tentang hukum hakam islam di dalam kepala. ini memang satu kegilaan tahap tinggi ni. bercakap tanpa tahu menahu tentang perkara yang dicakapkan. gila lah tu. bagi aku, perbuatan tak tahu tapi buat-buat tahu ini memang sangat bodoh lagi membodohkah diri sendiri. bodoh kerana tidak memenuhkan ilmu di dada sebelum membuka mulut. akhirnya mulut yang dibuka berbau longkang. longkang kerana kata-kata yang keluar itu serupa sampah. langsung tidak ada fakta melainkan kebodohan semata-mata.
aku langsung tidak kisah jika ada wakil dari komuniti bukan islam yang ingin mempersoalkan fatwa pengharaman pengkid. anda ada soalan? silakan. kemukakan soalan anda. anda ada ketidakpuasan hati? silakan. luahkan ketidakpuasan hati anda. anda ada bantahan? maka usulkan bantahan anda. usulkan sebab-musabab bantahan anda. lakukan dengan cara yang betul lagi tertib. lakukan dengan cara yang berotak.
bantahan dikemukakan kerana kita tidak bersetuju dengan sesuatu cadangan. kenapa kita tidak setuju? sebabnya harus dikemukakan. tetapi yang lebih terlebih-lebih penting lagi, adalah menjadi tanggungjawab pihak yang mengemukakan bantahan untuk meneliti terlebih dahulu sebab musabab di sebalik pelaksanaan cadangan tersebut. kemudian barulah buat keputusan untuk setuju atau tak setuju. nak bantah atau tak nak bantah.
orang islam haram makan babi. sekumpulan orang bukan islam mengadakan demonstrasi membantah pengharaman ini dengan alasan melanggar hak dan kebebasan asasi manusia. kemudian kita tanya pada mereka, 'tau tak kenapa orang islam tak boleh makan babi ni?' dijawabnya, 'entah.'
nah, siapa yang bodoh sekarang ni? mempersoalkan sesuatu yang mereka sendiri tak tahu dari mana timbulnya pokok pangkal persoalan!
disebabkan manusia-manusia ini malas nak pergi library untuk buat research sendiri berkenaan hukum hakam islam lalu mengambil keputusan untuk memalukan diri sendiri dengan melaungkan slogan picisan 'stupid fatwa everywhere', maka aku rasa di sinilah terletaknya tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memberi pencerahan. kerana mereka tidak tahu atau malas nak ambil tahu, maka aku rasa tidak adil juga untuk kita hanya melenting tetapi dalam masa yang sama duduk goyang kaki dalam pejabat pasang air-cond. adalah tanggungjawab seorang islam untuk memberi tahu kepada yang tak tahu.
maka langkah yang terbaik ialah jelaskan tentang segala-galanya yang boleh dijelaskan dengan sejelas-jelasnya hingga tiada apa lagi yang boleh diperjelaskan. gunakanlah segala-gala wadah dan medium yang ada dengan cara yang halal lagi berhikmah. jika selepas itu ada juga muka yang membantah, ada lagi yang melaungkan kata-kata biadab 'stupid fatwa everywhere' maka di sini barulah tepat aku kira untuk kategorikan isu ini di bawah tajuk 'memprovokasikan sensiviti agama'. aku tidak pernah ada apa-apa masalah dengan komuniti bukan islam. tetapi mempersoalkan tentang hukum yang termaktub di dalam Quran dan menghina suatu fatwa dengan mengatakan ia sebagai sesuatu yang 'bodoh' adalah perlakuan yang amat melampaui batasan. ini memang menghina sekaligus mencabar kewibawaan islam. kalau nak masukkan mereka dalam tahanan ISA pun dengan segala hormatnya dipersilakan.
ternyatalah isu haram, pengharaman lagi mengharamkan ini adalah satu isu yang amat berat lagi memberatkan bukan saja melibatkan umat islam, malah kaum bukan islam juga. masalah-masalah yang berikutan daripada isu-isu ini bukanlah salah agama Islam atau terletak pada kecacatcelaan hukum hakam Islam, tetapi berpunca daripada kelemahan manusia sendiri, termasuklah aku, yang serba kekurangan lagi tidak sempurna dalam segala tindakan. hasilnya wujudlah permasalahan yang tidak ada logika. merepek.
aku memang risau, kerana mentaliti yang fanatik, jumud lagi sempit adalah satu pemikiran yang langsung tidak membawa Islam ke arah kemajuan, malah merugikan dan menjatuhkan maruah islam ke tahap yang lebih-lebih rendah lagi. kenapa mentaliti yang jumud lagi fanatik sedemikian wujud? kekurangan ilmu agama? atau disebabkan pengaruh persekitaran? cara dibesarkan? pengaruh keluarga? guru? rakan-rakan sebaya? media cetak dan media elektronik? kenapa masih ada segolongan umat islam yang berpandangan serong terhadap budaya masyarakat bukan islam, baik di Malaysia mahupun dari Barat? kenapa tidak diasimilasikan yang baik dan dicampak yang tak baik? adakah setiap yang dihalalkan dalam islam adalah segala-galanya yang 'islamik' belaka?
dalam masa yang sama, aku kira ada baiknya jika badan authority agama islam supaya bertegas dalam melaksanakan hukum hakam islam. jadikan ia sebagai sebahagian daripada undang-undang rasmi negara. kuatkuasakan fatwa dan peraturan islam ke atas umat islam Malaysia. sebarkan dan laksanakan fatwa dengan cara yang terbaik. perbaiki keadaan dengan segala hikmah dan kebijaksanaan yang ada. perjelaskan fungsi dan peranan setiap badan-badan agama islam dengan terperinci, supaya setiap jabatan tahu apa yang patut dibuat, dan dapat saling bekerjasama berkhidmat untuk rakyat demi kesejahteraan bersama. para khalayak (termasuklah aku) juga harus sama-sama memainkan peranan dalam membentuk mentaliti dan sahsiah akidah yang sihat. dengan cara bagaimana? perbanyakkanlah ilmu dan amalkanlah ilmu. itulah cara yang paling asas yang dapat aku fikirkan.
wallahualam.
Berkenaan dengan isu pengkid ni apabila diharamkan masyarakat hendaklah di sampaikan dengan jelas tujuan diharamkan...sebenarnye bile sebut pengkid dalam pikiran kita dah tergambar seorang perempuan yang berpakaian seumpama lelaki, berperawakan seperti lelaki juga....bila saja kite menggambarkan seorang perempuan itu bersifat seperti sifatnya lelaki secara fizikal atau rohaninya, di situ sudah jelas haram kerana die tidak menunaikan hak ke atas dirinya yang tuhan dah jadikan dalam lain-lain perkataan die telah menzalimi dirinya dan tidak adil kepada dirinya kerana maksud adil itu meletakkan sesuatu ditempatnya. Bila seorang perempuan tak berperanan sebagai seorang perempuan maka zalimlah perempuan itu.
ReplyDeleteJelaslah hukum itu sangat sesuai jatuh pada diri individu tersebut walaupun dipertikaikan oleh ramai orang.
Seorang wanita diwajibkan mentutup aurat ke seluruh tubuhnya.. disini adalah jelas kenapa selayaknya pengkid tu diharamkan kerana dengan jelas ramai pengkid tidak menutup aurat malah menyerupai lelaki pula.
Kisah 1 : Agaknya umat Islam di negara China makan dgn apa ye?
ReplyDeleteKisah 2 : Lebih baik diubah sedikit ayat meminta pembuktian tu. Kedengaran agak keras dan mungkin boleh menyebabkan salah faham sesetengah pembaca. Al-Quran mmg ada menyebut ttg pengharaman 'pergaulan bebas' antara lelaki dan perempuan, tetapi bukan mengharamkan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kalau mengharamkan pergaulan, bukankah ia boleh ditafsirkan sebagai menghalang perkahwinan!
Surah An-Nisa' antara surah yg banyak menggariskan ttg perihal lelaki dan perempuan.
Kisah 3 : Setuju dgn ulasan rozina. Banyak perlakuan manusia yg menjurus kepada pembuktian yg menyesakkan dada. Kita sekarang sedang berada di kalangan umat akhir zaman yg mana segala yg berlaku begitu menakutkan! Tanda-tanda kiamat sudah begitu banyak kelihatan.
Kisah 4 : Mereka semakin berani menyuarakan sesuatu yg mrk tak fahami. Agaknya inilah penangan demokrasi yg mengamalkan prinsip 'kebebasan bercakap'. Siapa agaknya yg memberikan hak kepada mereka untuk bersuara tanpa berfikir, berkata tanpa memahami? Ada 'kebocoran' diperingkat kepimpinan yg mungkin menyebabkan ini terjadi.
Dan mrk semakin melampau bila ada antara kita yg 'tak berdaya' nak menerangkan, mungkin sbb kekurangan ilmu dan mungkin juga sbb byk halangan...
salam ziarah....
ReplyDeletesaya dapat mengerti 'kepanasan' anda. saya juga 'panas' mendengarnya. Islam bagi mereka lebih selesa jika 'itu, tak boleh, ini tak boleh,itu haram, ini bdosa. semuanya negativ dan tiada diberi alternative. seolah-olah islam itu menyusahkan.
islam itu mudah.
kalau ianya sangat rumit dan memberatkan mana mungkin golongan2 awal yang masuk islam adalah hamba-hamba yang kurang segala-galanya.
kalau ada disekitar kita orang yang mempersoalkan tentang 'fatwa yang tak patut difatwakan' - sebab semua orang dah tau hukum pengkid), maka kitalah yang bertanggungjawab menerangkannya.
islam agama rahmat. islam itu mudah. islam untuk semua
rozina-ya, sye setuju jika diterangkan dengan jelas akan sebab pengharaman itu.sudah tentu ilmu itu sepatutnya dicari, tetapi ada baiknya juga jika pihak yang mengetahui (seperti Jabatan Agama Islam atau MFK sendiri) menyebarkan akan kebenaran hukum ini. kerana bukan semua orang 'lucky enough' untuk memperoleh pengetahuan agama seperti ini. ada yg hidupnya terlalu terumbang-ambing,mungkin tiada didikan yang sempurna dari keluarga. jadi penjelasan itu perlu. terima kasih atas kesudian menyinggah =)
ReplyDeletesuara-ya, sbb itu sya menulis 'mengharamkan pergaulan antara lelaki dan wanita', bukan 'mengharamkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.' kerana ada sesetengah pihak yg menyalah tafsirkan konsep tersebut hingga menganggap lelaki dan wanita langsung tidak boleh berhubung atas apa situasi sekali pun. tapi sya juga setuju dgn kak su, pernyataan tersebut mungkin terlalu keras; lebih bnyk menimbulkan syak drpd kebaikan. akan sya perbetulkan kemudian insyaAllah. terima kasih atas teguran =)
dr.radzi-'kalau ianya sangat rumit dan memberatkan mana mungkin golongan2 awal yang masuk islam adalah hamba-hamba yang kurang segala-galanya.'
sgt setuju dgn pernyataan ini.terima kasih atas buah fikiran yg baik =)
Hasil pembentangan seorang pengkaji trend perkembangan forum. Hihi. Kau ini memang betul rajin menyelongkar forum. Tak hairanlah banyak poin penting kau utarakan, dan boleh tahan kuat isinya.
ReplyDeleteAku sebenarnya sangat takut, bila kata-kata ahli ilmu sudah tidak dipandang mulia nanti.
p/s: Kali ini balasan pendek. Sebab kau dah makan waktuku dengan entri yang panjang lebar. Haha.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletedulu sy ada taip isu pengkid..tp, tbaksa membatalkan niat utk d'postkn sbb ada golongan itu yg membaca blog sy (demi menjaga hati..ke mmg ptt sy postkn je?)..
ReplyDeletebg sy, pengkid ni t'lalu berani smpaikan mencabar kembali..kata mereka :
"nk d'tahan atas dasar apa? adakah hanya dgn faktor pemakaian semata2?"
"nk ckp kami slh bla tidur b'sama x juga, sbb mmg kami x slh"
"mungkin kami boleh tukar cara pemakaian kami, tp bukan sifat kami"
ahhh~ sungguh membingungkn bukan?
pengharaman sek.? sy rse, kalau mcm tu, baik d'bahagi dua shj Bumi ni..
apa pun, bg sy, pd zaman global skrg ni, penghayatan itu lbh penting dr tindakan. ltkkan undang2 sekeras mana sekalipun, lepas dihukum mungkin berulang lagi. sbb kurangnya penghayatan..
p/s:nak tahu apa yang agak gila di Malaysia sekarang? ada sekumpulan manusia yg membuat ugutan (di selangor) untuk berbogel beramai2 di depan bangunan persekutuan kalau kerajaan tak turunkan harga..
rediculous!
pelik
ReplyDeletetapi itulah serangan ke atas umat muttakhir...jikalau menjadi melayu..anda akan diserang dengan kemelayuan yg melayukan negara... ada serangan yg bagus...tapi biasalah.. masih melayu...
sedangkan mereka mengeji perbuatan dan amalan homoseksual (walaupun pada awalnya tak merujuk pengkid kepada homoseksual) seperti golongan lelaki mahu jadi perempuan yg secara lahirnya, mengamalkan seks bersama lelaki jugak. Gay. lelaki lembut. terang2 mereka marah dan tak suka dengan golongan ini... ini pulak golongan perempuan kasar..pengkid... apa bezanya?
rancangan 360 bakal bongkar aktiviti gay di malaysia...lepas ni aktiviti pengkid pula
pedih!!!
Ramai yang nak jadi tukang bagi fatwa..
ReplyDeletemanghalalkan yang haram..
aduyai..
wahH..hebat arr akk nih..
ReplyDeletetp kan..
bkn remaje jeh..
budak skola rendah pon dah pandai ikowt trend nih..
haila~
ape nak jd tah..
p/s:girl yg pakai t-shirt hitam dlm video tuh cam knl~
"semakin banyak suatu benda itu diharamkan, maka semakin alimlah kita." (Saifuddin, 2008)
ReplyDeleteOh God, what is he thinking? Alim? Grow up.
Kalau begitulah katanya, apakah muslim haramkan kehidupan sekali? Alim kah? Nampak sangat ini teori yang amat tidak berasas.
Secara jujurnya, saya melihat fatwa kini macam 'disalahgunakan'. Banyak aje benda merapu yg mereka cadangkan.
(liveuptilldeath.blogspot.com)
hahaha.....
ReplyDeletemaybe isu chopstick haram tue dimainkan budak2x yg baru nak up..
br ada sikit ilmu dah tunjuk alim,wakaka..
isu pengkid..
haahha,kenapa kita perlu terangkan islam kepada mereka?
xterfikir ker dalam benak otak cik..
dorang nie xder kawan islam ker?
sebenarnya orang islam sendiri xmenghormati islam sebab tue mereka nie jadi macam nie..
dan ada juga orang islam sendiri menyuruh mufti2x bermuhasabah sebelum mengeluarkan hukum..
adesss,
ulama2x tueh dah habis muhasabah diri dah..
cuba duduk dengan ulama baru korang akan tahu..
adakah setiap yang dihalalkan dalam islam adalah segala-galanya yang 'islamik' belaka?
per makna ayat nie?