bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
selamat tahun baru 2009 diucapkan kepada diri sendiri dan juga para pembaca yang budiman. salam maal hijrah juga diucapkan walaupun telah agak terlewat melepasi tarikh yang sewajarnya. maka pada 1 Januari 2009, bermulalah satu tahun lagi menandakan beranjaknya usia yang menjadi bukti semakin hampir kita kepada kematian. mudah-mudahan dikurniakan kemudahan untuk kita meninggalkan jasad dalam keimanan.
pada tahun 2009, insyaAllah akan menjadi tahun terakhir aku di New Zealand untuk menghabiskan jurusan Kejuruteraan Mekanikal yang telah aku hadapi selama 3 tahun yang lalu. tahun ini sememangnya menimbulkan kerisauan yang agak menggusarkan pada diri aku. aku selalu rasa takut untuk menghadapi tahun terakhir. andai kata aku memiliki seorang Doraemon, ingin saja aku meminta untuk melompat ke tahun seterusnya tanpa perlu menghadapi tahun ini. tetapi tentu saja itu semua takkan berlaku. suka atau tidak, haruslah aku menguatkan diri dan cuba menjalani tahun terakhirku, insyaAllah dengan tenang sebaik mungkin. semoga dipermudahkan Allah.
aku seketika berasa sedikit jengkel dengan sambutan tahun baru Ambang 2009 yang diadakan pada malam semalam. sekadar kelemahan aku sebagai manusia biasa yang mudah berasa sinis atas sesuatu tindakan. setelah satu dunia (mungkin) dikejutkan dengan tragedi pengeboman oleh rejim Zionis di Gaza yang memusnahkan penempatan rakyat Palestin sekali gus meragut nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa, hati aku yang mudah sekali berasa jengkel tertanya-tanya apakah relevan kita di Kuala Lumpur terkinja-kinja dengan persembahan konsert menyambut tahun baru.
aku mengerti dan cuba memahami sebab di sebalik penganjuran konsert tersebut. sebagai negara yang berbilang kaum dan agama, konsert tersebut bukan sahaja semata-mata untuk masyarakat melayu, malah untuk masyarakat india dan juga cina. aku kira konsert semalam juga ada baiknya. ya, aku sendiri telah menonton konsert tersebut dari kaca televisyen. artis-artis dari sabah sarawak, dan juga artis-artis berbangsa sikh, cina, india dan tentunya melayu turut diundang untuk memeriahkan sambutan.
aku ingat semalam aku ada menonton satu simfoni yang menggabungkan bunyi-bunyian alat muzik tradisional dari pelbagai bangsa yang disatukan dalam satu gubahan muzik yang cukup merdu. apabila aku lihat melayu, cina dan india bersama-sama berdiri di atas pentas memainkan alat muzik, saling bertukar senyuman dan mengangguk kegembiraan, tertegun juga aku. buat seketika aku dapat merasakan kebenaran pada lagu kumpulan indonesia kegemaranku, Project Pop di mana 'muzik itu dapat menyatukan manusia'. entah kenapa aku dapat merasakan keikhlasan kemesraan di antara kaum semasa simfoni tersebut dipersembahkan dengan penuh semangat. malah yang datang menyaksikan konsert tersebut turut terdiri daripada pelbagai kaum juga. ya, mungkin ada yang saling bercampur dan mungkin juga tidak. tapi siapa tahu, di sebalik konsert tersebut, ada juga kemesraan yang terjalin?
tentang kemaksiatan yang timbul, itu aku tidak tahu. aku tidak nampak dengan mata kasar sendiri, maka lebih baik aku tidak mengomel apa-apa daripada pandai-pandai menabur cerca. dah tentu, lazimnya, konsert-konsert serupa itu akan diikuti oleh remaja-remaja yang mabuk, rempit dan mungkin juga seks bebas. tapi kerana aku tidak nampak, maka, wallahualam. tidak mahulah aku menuduh yang bukan-bukan. dalam pada itu, aku tidak dapat mengelak daripada menaruh harapan agar kerajaan Malaysia akan lebih sensitif terhadap penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin yang merupakan saudara seIslam kita. aku juga berharap mungkin kerajaan boleh mengambil inisiatif untuk mengutip tabung derma atau apa saja untuk disalurkan kepada mereka. mudah-mudahan dapat juga rakyat Malaysia berbuat amal.
berlalu juga tahun dua ribu lapan. pelbagai isu yang telah berlalu yang menarik perhatian aku sepanjang tahun tersebut. antaranya dah tentu isu kenaikan peratus biasiswa JPA untuk bukan bumiputera kepada 40%, cadangan pembukaan kuota sebanyak 10% kepada bukan bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM), kes liwat Anwar Ibrahim dan Saiful, 16 September yang berlalu begitu saja tanpa sebarang rombakan dalam kerajaan, Forum Memeluk Islam oleh Majlis Peguam Negara, kemenangan Barack Obama sebagai bakal President of United States, penghebahan fatwa pengharaman pengkid dan yoga, pembebasan Razak Baginda dan 'pramugara terlampau', pengakuan video seks Datuk Chua, Teresa Kok dituduh menghina azan, Raja Petra dimasukkan dalam tahanan ISA, dan banyak lagi.
peristiwa-peristiwa ini jika diteliti, ada juga keburukan dan juga kebaikannya. keburukannya sudah pasti segala keributan, chaos yang timbul berikutan dari mulut-mulut yang suka berkata bohong. kebaikan? semoga rakyat Malaysia lebih bijak berfikir dan membuat pilihan. bijak mentafsir sesuatu isu dan situasi.
kadang kala apa yang aku kesalkan ialah kewujudan segelintir golongan muda yang terlalu tidak kisah dengan segala pergolakan yang berlaku di sekeliling mereka. mereka seolah-olah hidup dalam dunia sendiri yang tidak dapat ditembus. atau lebih tepat lagi, tiada usaha untuk menembus dunia luar. kelihatannya the world revolves around them. hmm. tiada komen yang selanjutnya. harap kita semua, termasuklah aku, sama-samalah memperbaiki diri kita agar menjadi lebih baik. insyaAllah. kerana terlalu banyak kelemahan yang dapat aku kesan sebelum ini. jadi di sini juga ingin aku meminta maaf kepada anda semua jika ada sebarang kesilapan yang telah aku lakukan secara sengaja mahupun tidak sepanjang tahun 2008 ini. kerana kesilapan yang dilakukan sesama manusia ini, kepada sesama manusia jugalah selayaknya pengampunan itu dipohon selain bertaubat pada yang Maha Mengasihani.
di sini juga, i would like to declare my love and admiration towards Laksamana Sunan. if only he really exist, i would be the first one to propose to him. or maybe i would force him to marry me. and surely as a good and respectable man, he would accept me for religious sake. or else i would cling to him like hell. and i am more than willing to face any women who dare to take him away from me. you wanna fight? oh yeah. come on. bring it on bebeh.
ehem. anyway. let us just hope for the very best in the year of 2009. insyaAllah.
wallahualam.
p/s: masih berusaha memantapkan internet. tak tahu apa cara lagi yang harus dibuat ya? hmm..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment