Monday, January 05, 2009

Oh! Chentaku Siri 2: Satu Perasaan yang Menipu

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah

Bertemu kita kembali dalam Oh! Chentaku Siri 2. terlalu lama aku diam di Malaysia, jauh dari jangkauan kecanggihan dunia maya. Al-maklumlah, internet memang susah sikit nak disambung di kampung aku ini. Apa-apa pun, pertama-tama sekali, syukur ke hadrat Ilahi diucapkan atas keizinanNya memberikan kudrat kepada aku untuk terus berleter lagi meleterkan diri di laman kesayanganku ini.

Satu perasaan yang menipu. Apa itu ya? Boleh aku kata, satu perasaan yang palsu. Tidak benar. Wrong. Salah.

Perasaan yang menipu ini boleh wujud daripada dua kemungkinan. Yakni pihak kedua menipu diri kita dan juga kita memilih untuk menipu diri sendiri. Ya, kita sememangnya diberi pilihan untuk menipu diri sendiri. Cuma perlu tanya hati dan akal saja.

Aku cuma fikir, kalau pihak kedua ingin menipu kita, mungkin agak sukar untuk kita elakkan. Kerana kita bukan ahli nujum, kita tidak tahu apa yang bermain dalam hati dan batang tubuh seseorang itu. Ada cara untuk menghalang, tapi tak usahlah aku bincangkan di sini. Terkeluar dari topik hehe. Tapi apa yang pasti, sebagai manusia yang dikurniakan akal, aku kira kita mempunyai keupayaan untuk mengenal diri sendiri dan juga memastikan apa sebenarnya perasaan yang dirasai kita sebenar-benarnya.

Terlalu ramai manusia yang berkeluh kesah dengan masalah cinta. Termasuklah aku. Aku kini sedang obsess memikirkan alangkah bagusnya kalau ada lelaki seperti Laksamana Sunan hidup di zaman ini. Oh, sudah tentu aku akan pergi meminang dia awal-awal. Kalau ada perempuan yang berani-berani berebut dengan aku, akan aku tempeleng mereka ke kiri ke kanan. ehem. anyway. aku fikir, apa kata sebelum kita menjerumuskan diri dan menyusahkan diri sendiri memikirkan suatu masalah yang begitu mengerutkan dahi bagaikan masalah dunia yang dihadapi Barack Obama, kita cuba tanya hati kita, 'apakah benar kita sedang menghadapi sesuatu yang dinamakan cinta?'

Macam soalan bodoh pula ya. Tapi bagi aku soalan inilah yang paling penting sebelum kita memeningkan diri dengan masalah2 selanjutnya seperti, 'dia suka kat aku tapi aku tak suka kat dia', 'aku suka kat dia tapi dia tak suka kat aku', 'aku dah break tapi dia nak kat aku balik', atau 'aku sungguh rindu padanya, hati ini sudah tak dapat ditahan-tahan lagi', dan lain-lain.

Cinta. Emm. Siapa boleh bagi definition cinta pada aku? Ada orang kata, kalau dah angau, cinta lah tu. Tapi bagi aku, tidak semestinya. Kerana kadang-kadang, kita terlalu taksub, ghairah mahu pun terlebih excited dek hambatan adrenalin muda remaja yang bagaikan dipam-pam hinggakan kita anggap kalau ada yang terkesan di hati sikit, haa cinta lah itu. Kita terlupa, bagaimana pula dengan istilah minat? suka?

Maka di sinilah datangnya peranan kita untuk menganalisis lalu bertanya pada diri sendiri, 'betul-betul cintakah kita pada seseorang itu?'

Apa bezanya minat, suka dan cinta? Aku beri contoh mudah. Aku minat Johnny Depp. Aku minat Pierre Andre juga. Aku suka seorang senior lelaki aku. Aku suka seorang lagi senior lelaki aku. Actually, aku ada beberapa senior lelaki yang aku sukai. Aku cinta Laksamana Sunan (contoh yang tidak begitu meyakinkan, i know).

So apa bezanya? Aku minat, so kalau ada apa-apa berita dan perkembangan terkini tentang Johnny Depp, aku akan berminat nak baca. Filem2 lakonan Pierre Andre, aku akan berminat nak tengok. Tapi cuma setakat itu sajalah. Kalau 5 tahun aku tak mendengar sebarang khabar berita tentang mereka, insyaAllah tak mati pun aku.

Aku suka beberapa orang senior lelaki aku. Aku suka sebab ada yang pandai, ada yang hensem, ada yang kelakar, ada yang pemalu. Aku suka lepak atau berbual-bual dengan mereka. Tapi cuma setakat itu saja. Kalau mereka kahwin dengan perempuan lain sekali pun, I won’t give a damn.

Aku cinta Laksamana Sunan. Seperti yang disebut di atas, aku akan tempeleng sesiapa yang cuba memotong jalan aku. Oh, mungkin aku akan tarik-tarik rambut mereka sampai tercabut. Or maybe i would hit them and try to make it looks like an accident. Macam tu la lebih kurang.

Katalah aku kejam, tak ada hati perut, sarkastik, sinis atau apa sahaja. Tetapi terus terang aku katakan, percintaan antara budak lelaki Form 2 dengan budak perempuan Form 1 yang ada kemungkinan belum period pun lagi adalah sesuatu yang picisan. Cinta monyet dalam bahasa ringkasnya. Atau mungkin tak layak pun dipanggil cinta. Bagi aku, perasaan semasa mula-mula nak berjinak-jinak dengan kaum berlawanan jenis pada waktu-waktu begitu adalah lebih menjurus kepada 'suka', dan bukannya 'cinta'. apa buktinya? Ya, tentu saja couple 2 bulan kemudian break dan tak sampai seminggu kemudian couple pula dengan orang lain. Alamak. Cinta kah itu? Janganlah menipu diri sendiri wahai adik-adik. tak perlulah berlagak seperti pujangga cinta sejati. Belajarlah dulu sampai habis SPM.

Di sini aku jauh sekali untuk menghina sesiapa. Perasaan ingin disayangi dan menyayangi itu adalah sesuatu yang sangat normal. Anak-anak muda tentu sekali ingin mencuba dan rasa teruja dengan 'satu perasaan yang baru' itu. Apalah salahnya jika budak tingkatan 3 ingin abang Form 6 menyayangi mereka? Apalah salahnya jika senior fakulti sains ingin mengambil junior fakulti kejuruteraan sebagai adik angkat mereka? Salah sangatkah? Hina sangatkah? Apa kerana mereka ini budak-budak yang masih hingusan, maka mereka tidak layak merasa kemanisan bercinta dan sayang menyayangi?

Sudah tentu tidak. Aku sendiri tidak bersetuju jika dikatakan, semua cinta remaja muda-mudi itu adalah picisan. Kerna kadang kala, ada juga remaja yang jauh lebih matang dan masuk akal daripada orang dewasa itu sendiri. Aku boleh katakan di sini, ia bergantung pada tahap pemikiran dan kematangan seseorang.

Seorang remaja yang masih muda tetapi jika matang pemikiran dan sikapnya, aku kira tidak mustahil untuk dia mencapai cinta sejati pada usia sebegitu. Cuma yang aku khuatirkan, apa yang aku nampak yang terlalu banyak terjadi di depan mata ialah fenomena seperti yang aku sebut di atas. Berkapel 2, 3 bulan kemudian kapel pula dengan orang lain. Kemudian dengan bangganya mendabik dada memanggil itu sebagai cinta sejati. Ptuihh. Janganlah menjatuhkan martabat diri sendiri sahabat-sahabatku.

Orang lain bercinta, kita pun nak bercinta. Tengok orang lain bahagia dilamun cinta, bergelak manja dengan kekasih, kita rasa cemburu. Kita juga mahu semua itu. Akibatnya, satu rasa yang menipu itu akhirnya dilayan. Satu rasa yang picisan itu diangkat darjatnya ke tempat yang lebih tinggi hanya semata-mata kerana diri ini terlalu desperate untuk merasa apa yang indahnya sangat dengan dunia percintaan. Sampaikan kita tutup mata hati kita untuk menilai ketulusan sebuah cinta. Sampaikan kita sanggup membohongi diri sendiri. Perasaan 'minat' dan 'suka' sudah tidak dipedulikan lagi. Semuanya dipukul rata menjadi satu taraf dengan sesuatu suci yang dipanggil 'cinta'. Aduh. Keterburu-buruan apakah ini. Ke ‘desperate’an apakah ini?

Ada mamat yang meminati kita, kita yang sebenarnya takdelah minat sangat pun, melayan juga perasaan itu. Tak minat pun minat-minatkan juga. Semata-mata kerana ingin mencuba. Teruja. Excited. Ada orang minat kat aku! Eiii seronoknya ada orang minat kat aku! Yay orang lain ada boyfriend sekarang aku pun dah ada boyfriend! Dan seterusnya dan seterusnya.

Perempuan lawa sikit, cun sikit, mulalah masuk jarum. Jarum tak cukup tajam, cari pula perempuan lain.

Cukup cinta kah itu? Cukup sayangkah itu?

Lelaki mengusik sikit, menjeling sikit, berdebar-debar hati kita. Teringat-ingat pula kita sambil berguling-guling di atas katil. Terus dikatakan itu rindu. Itu cinta.

Apa benarkah itu cinta? Cinta yang benar? Cinta sejati?

Aku mempunyai satu cara yang pelik untuk memastikan sama ada itu adalah cinta sejati atau sekadar satu perasaan yang menipu. Aku akan tanya pada diri aku sendiri:

Adakah aku sanggup berkahwin dengannya? Adakah aku sanggup bersama dengannya waktu susah dan senang? Adakah dia sanggup bersama aku waktu susah dan senang? Adakah aku sanggup bersama dengannya di waktu sihat dan sakit? Adakah dia sanggup bersama aku di waktu sihat dan sakit? Andai kata dia ditakdirkan lumpuh seumur hidup, adakah aku sanggup melihat dirinya yang jelik? Adakah aku sanggup memandikan dia? Menukar lampinnya yang meleleh-leleh dengan najis? Membasuh tahinya, air kencingnya, hingusnya, air liurnya? Menggosok daki-dakinya? Mengelap muntahnya yang membusuk di lantai? Menyeka air matanya yang tumpah apabila dia tidak mampu bergerak lagi?

Jika jawapannya ya, maka bagi aku, cinta sejati aku sudah datang.

Rasa gelikah? Jijikkah dengan kata-kata aku di atas? Masalahnya, kita selalu terlupa. Cinta itu indah tetapi selalu diiringi dengan pelbagai onar. Kita selalu terlupa pada kemungkinan dugaan yang akan mendatang kerana terlalu berkhayal dengan segala-galanya yang indah-indah belaka. Dan kerana itulah, kita selalu menyalah tafsirkan cinta. Bukan salah sesiapa, tetapi diri sendiri yang menipu seketul daging bernama hati. Meletakkan cinta sebaris dengan suka-suka dan nafsu.

Terus terang aku katakan, aku sendiri tidak tahu sama ada aku mampu beristiqamah seperti itu. Cakap senang, buatnya susah. Betulkah aku sanggup bersama-sama dengan lelaki yang aku cinta sampai begitu sekali? Sesungguhnya, aku tidak tahu wahai tuan. Siapa tahu pada masa hadapan aku mungkin menjadi perempuan sundal paling celaka yang pernah anda temui. Nauzubillah. Semoga dijauhkan Allah. Tapi buat masa sekarang, insyaAllah. Mudah-mudahan Allah menetapkan hati pada jalan yang baik.

Seorang sahabat pernah berkata pada aku, 'jika nak ditunggu cinta sejati benar-benar datang, alamatnya sampai bila-bila kita tidak akan dapat apa-apa'.

Masalahnya sekarang, jika perasaan itu bukanlah satu cinta yang sejati, apa relevankah kita melayan perasaan tersebut?

Jika itu hanya sekadar suka dan bukannya cinta, adakah relevan kita menyakitkan otak dan hati untuk memikirkan sesuatu yang sebenarnya langsung tidak membawa apa-apa makna?

Apa relevenkah kita membuang waktu berendam air mata menangisi terputusnya satu hubungan yang langsung tidak dibina atas dasar cinta sejati sekali pun?

Apa relevankah kita berasa khuatir jika si dia tidak membalas hasrat kita jika kita sendiri sebenarnya bukan benar-benar cinta?

Apa relevankah kita bercinta?

Aku tinggalkan tanda tanya pada kalian untuk menjawab.

Wallahualam.

nota kaki: selamat menyambung persekolahan kepada adik-adik yang masih bersekolah. belajar rajin-rajin ya.

8 comments:

  1. sangat teruja membaca entry ini..
    eh the series rupenye..
    pesal no satu belum dibace ekk?
    search2..

    ReplyDelete
  2. Peminat laksamana sunan rupanya. Bagi saya, cinta tak pernah salahnya selagi ada batasan diri.Pasakkan cinta kepada Tuhan sebagai dasar.Insyaallah kita akan dapat cinta hakiki.

    p/s Pertama kali saya sampai di sini, salam ziarah dari cairo

    ReplyDelete
  3. Salam Shairah...
    Teringat perbualan dgn seorang adik blogger. Ramai yg skrg ni mengalami masalah ketakutan. Takut tak ada org nak, takut tak dapat nak kawin, takut hidup sendiri, takut jadi andartu... dsb lagi. Takut yg boleh dikaitkan serba sedikit dgn cinta.

    Cinta bagi kak su, boleh dpupuk dan boleh dikikis. Boleh terbentuk dan boleh terhakis. Dasyat kedengarannya kan? Tapi mmg itulah hakikatnya.

    Ada teman yg bercinta bagai nak rak, putus dan sambung berkali-kali, akhirnya kawin jugak slps terlalu banyak dugaan yg dilalui. Syukur... Tapi rupanya ia tak terhenti di situ. Hubungan yg dah terpatri pun, terputus bila ada yg lupa untuk kembali pd formula yg diberikan Allah dan Rasul junjungan.

    Ada jugak yg tak pernah kenal, tak pernah bercinta, kawin dulu baru belajar menyayangi tapi sehingga kini hidup bahagia dgn seadanya.

    Ini semua berlaku di zaman skrg, bukan zaman datuk nenek dan mak ayah kita dulu. Kalau zaman mereka, lagilah hubungan yg dibina itu dijaga. Banyak garisan, banyak petua, banyak panduan dan banyak sekali pantang larangnya.

    Jadi dimana silapnya? Teringat kata-kata Dr Fadilah Kamsah. Seawal usia remaja, anak-anak dan adik-adik perlu berdoa untuk mendapatkan jodoh yg baik. Bukan saja untuk dunia, tapi juga untuk akhirat. Dia yg kita sukai dan sayangi, memang diketahui baik orgnya, tapi mungkin dia bukan yg terbaik untuk kita dan kita juga bukan terbaik untuk dia.

    Lalu berdoalah agar ditemukan dgn jodoh pd masa yg sesuai, jodoh yg baik untuk dunia dan baik juga untuk akhirat, jodoh yang menyintai kita kerana Allah. Doakan agar cinta muncul hanya pada yg berhak.

    InsyaAllah. Segalanya boleh berlaku dgn izin Allah.

    ReplyDelete
  4. Heh. Rentetan cinta lagi. Aku tak tahu nak komen apa. Tulisan pro dan kontra terlalu banyak di mana-mana. Jawapannya masih tetap di dada pembaca.

    p/s: Aku cadang kau tukar tajuk, supaya ketika membaca tajuk, pembacanya sudah lari. Kena pandai pancing sikit. Hehe.

    ReplyDelete
  5. "Apa relevankah kita bercinta?"

    Menjawab persoalan,
    pada pandangan saya adalah relevan untuk kita bercinta apabila sudah relevan waktunya mengikut kata Allah & Rasul-Nya.

    Hmm, agak2 ye..'suka dan minat itu boleh bertukar kepada cintakah?'=p

    ReplyDelete
  6. one of my friends SMS me and ask me,
    "apa beza kasih, sayang dan cinta?"

    i feel very funny tho, she is at my age, and we are already 'old' but yet asking..erm..erm..

    apa nk di kata? haih..

    ReplyDelete
  7. salam...
    oh chentaku siri 1 aku xbc lg,hehehe

    cinta muda-mudi?
    jawapannya tidak releven...
    dan abang angkat kakak terangkt semua ini mengarut..
    ini pandanganku dari pengalaman lampau dan pengajaran hidup...
    selama aku hidup..
    kawan2x aku yg dulu bercouple..
    kini hilang dara..
    inikah namanya matang?
    kawan aku yg bertudung labuh dah reti main ringan2x..
    dan selepas itu menjadi fitnah kepada semua muslimah yg bertudung labuh...
    inikah matang??
    ishk2x..
    bukan menghina tetapi mengingatkan..
    kawan aku sanggup melawan ibu sendiri kerana ibunya menegur aweknya yg bertudung singkat..
    inikah namanya matang?
    cinta itu buta dan sengal andai tidak bersulamkan keimanan..
    cinta+iman=kawin...lalala~~

    "ketika bermain sms dgn kekasih/bermain chating/friendster.. kita akan merasa 1jam ibarat 10 minit..
    tetapi
    ketika baca quran 10 minit drasakan sudah sejam..ishk2x kotornya hati kita.."
    -hukama..

    owhh..jika kita mempunyai abang angkat jgn sedey jika laki kita ada kakak angkat dan bila rumah tangga ada masalah(kalau kahwin) mula mencari angkat masing2x or kawan lain jantina..ishk2x..bahagia kah keluarga begini?

    sang mentari
    -wahhh!!!pasakan cinta kepada tuhan sebagai dasar that means
    cinta hakiki yg dibina bila kita ikutt apa yg islam ajar..
    quran dah terang..
    or
    pasakan cinta kepada tuhan and then chatting dgn perempuan,bercinta dll??

    aku percaya cinta sejati..
    cinta sejati wujud bila suami dan isteri memahamami konsep yang dibawa quran dan dilengkapkan dengan sunnah..

    ps:syukurlah...orang yg merokok susah nak bercinta kerana xnak kena bebel dek kaum hawa,lalalaa~~~

    ReplyDelete

 

Copyright © Shairah Ahmad Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger