Monday, September 01, 2008

kesayuan sebuah merdeka

assalamualaikum.

rasanya masih tidak terlalu lewat untuk berbicara tentang merdeka ya?

setiap tahun apabila datangnya tarikh 31 Ogos, akan timbul suatu perasaan yang aneh dalam hati aku. terasa sedikit bangga dan gembira, dan aku dapat rasakan, semangat patriotik semacam melompat-lompat dan meluap-luap dalam hati aku. semasa aku masih berada di malaysia, saban tahun aku mengheret ibu melihat perarakan sempena hari kemerdekaaan, melihat kereta-kereta berhias, pertunjukan silat dan macam-macam lagi. hati aku berbunga-bunga melihat kehebatan askar-askar wataniah bermain pencak, mengendalikan senapang dan mempersembahkan aksi payung terjun.

aku rasa tidak terlalu keterlaluan atau riak jika aku katakan, aku adalah seorang yang patriotik. aku punya rasa cinta pada negara, punya rasa kagum pada perjuangan demi negara dan semangat kebangsaan; dan kerana itu aku amat berminat dengan novel Pahlawan Pasir Salak dan Tragedi Bukit Kepong yang terpilih sebagai novel kajian bagi matapelajaran KOMSAS (Komponen Sastera) semasa di Tingkatan 2 dan 4. tak kira berapa tebal pun buku itu atau sebanyak mana rakan-rakan aku yang lain mencemuhnya, aku tetap suka. buku-buku itu dan juga buku-buku lain yang sama waktu dengannya itulah juga yang menjadi pilihan sebagai bahan bacaan sambil berguling-guling di atas katil memeluk bantal busuk.

setibanya aku di new zealand, semangat apabila tarikh 31 Ogos hampir menjelang itu masih tidak pudar. akan ada SMS-SMS dari sahabat-sahabat, mengucapkan Selamat Hari Merdeka, Happy Independence Day dan sebagainya. SMS-SMS tersebut datangnya dari semua rakan, tak kira yang berbangsa Melayu, Cina mahupun India. Saban tahun pun begitu.

namun tidak tahun ini. tiada SMS yang diterima. tiada siapa yang mengucapkan selamat hari merdeka kepada sesiapa. tiada apa pun. yang ada hanyalah sambutan Malam Malaysia yang diadakan saban tahun juga, bertujuan untuk menyambut hari kemerdekaan. tapi bukan itu. bukan itu yang aku maksudkan. bukan majlis makan malam yang aku maksudkan di sini. yang tiada lagi itu ialah kegembiraan menyambut hari kemerdekaan itu sendiri. yang hilang itu ialah semangat itu sendiri. ke mana perginya spirit hari merdeka? adakah sememangnya begini keadaannya, atau hanya aku sahaja yang terlalu sensitif, terlalu emotional, padahal orang lain semua ok dan gembira saja?

tetapi aku tidak gembira. aku tidak gembira melihat keadaan malaysia lewat hari ini.

aku masih ingat, ketika masih di malaysia, pada hari ahad ibu aku akan terkocoh-kocoh mencapai remote control, menukar siaran television ke saluran TV3. apa lagi kalau bukan Melodi. dalam rancangan tersebut wartawan-wartawan menemuramah artis-artis tanah air kita. antara soalan-soalan yang dikemukakan, adalah seperti: sudah berapa tahunkah kita merdeka? apakah tema kemerdekaan kita pada tahun ini? bagaimanakah malaysia mencapai kemerdekaan?

aku sememangnya tidak mahu menonton segmen tersebut, kerana aku tahu tiada faedah yang aku boleh dapat, hanya mendatangkan amarah saja. tapi kelangsungan ibu aku dah pun membuka siaran tersebut, mahu tak mahu terpaksa jugalah aku menontonnya. dan jangkaan aku tepat sekali. terasa seperti ingin menghadiahkan pelempang pada artis-artis yang tidak tahu apa tema kemerdekaan pada tahun tersebut. tambah tersirap darah aku apabila seorang artis kita yang saban tahun asyik mukanya saja yang bertempek di konsert-konsert sempena merdeka itu menjawab tarikh merdeka bagi tanah melayu jatuh pada 30 Ogos. dan ada juga yang terkebil-kebil biji mata bagaikan cicak tertelan mikrofon, berkira-kira, '1957 ke 1958 ek?'lebih menyakitkan hati lagi, ialah apabila mereka tidak tahu, mereka menjawab, 'alamak..tak tahulah! hikhikhik!' sambil tersengih-sengih bagaikan kerang basi, tergelak-gelak kecil, termengilai-mengilai, terkinja-kinja, tergedik-gedik serupa budak kurang akal.

apa yang kelakar sangat dengan tak tahu tarikh kemerdekaan? apa yang lawak sangat dengan tak tahu tema kemerdekaan? ini bukan sesuatu yang lawak. ini MEMALUKAN!!

begitu juga bila aku lihat berita-berita di television. tergaru-garu, tersengih-sengih, terkelipot-kelipot remaja melayu kita nak mencari jawapan untuk soalan yang maha senang lagi menyenangkan ini. bertambah-tambah mendidih darah aku melihat remaja melayu seperti ini. sungguh aku geram. jika mereka ada di depan mata aku pada waktu itu insyaAllah tanpa ragu-ragu akan ku layangkan penyepak sesepak dua.

apa ini? apa ini semua?

aku tidak kata semua pun begitu. aku tidak kata remaja di Malaysia semuanya tidak tahu menghargai erti kemerdekaan. aku tidak kata dalam malaysia ini cuma aku seorang saja remaja yang tahu menilai sebuah kemerdekaan. aku tidak kata itu. tetapi aku sedih. apa erti merdeka ini sebenarnya? konsert? parti? keluar malam tak balik2? melepak sampai pukul 4, 5 pagi?

sedih. sungguh aku sedih. bukan sedih semata-mata betapa kurangnya nilai kemerdekaan di mata remaja, tetapi sedih juga memikirkan apa yang akan terjadi pada masa akan datang. sedih memikirkan bagaimanakah agaknya rupa generasi yang akan menerajui malaysia, yang seharusnya menjadi golongan pemimpin yang bakal memegang tampuk pemerintahan malaysia pada 10 tahun akan datang. pada waktu itu nanti, akan adakah generasi muda malaysia yang akan bangun sebagai generasi yang berkaliber yang berupaya membawa malaysia ke arah yang lebih baik? persoalan-persoalan tersebut bermain-main dalam kotak fikiran aku, ketika aku berbaring-baring di dalam bilik; telingaku menangkap jeritan 'merdeka2!' dilaungkan mat-mat rempit yang memecut motosikal laju mengalahkan bomba nak hantar perempuan beranak ke hospital memecah keheningan malam.

aku tidak ingin berburuk sangka pada sesiapa. agak-agaknya, remaja yang ditemuramah yang tidak tahu bila tarikh tanah melayu mencapai kemerdekaan itu jauh di halus hatinya lebih menghargai nikmat kemerdekaan itu sendiri daripada aku. agak-agaknya, mat-mat rempit yang sedang merempit itu patriotismenya jauh lebih tinggi daripada aku. siapa tahu. tapi aku tidak dapat singkirkan kerisauan dan kebimbangan daripada benakku yang semakin senak itu.

dan tika lewat malam ini, aku hanya mengeluh, menatap skrin komputer ribaku dengan penuh kekecewaan.

kenapa semua ini berlaku?

apakah yang telah terjadi pada malaysia sekarang?

semalam aku membaca lagi berita tentang kenyataan daripada 'seorang' Ketua Umno 'sesuatu' bahagian yang memanggil masyarakat cina sebagai pendatang.

aku selalu mendengar ungkapan-ungkapan seperti ini: 'janganlah berikan sesuatu yang kita sendiri tidak mahu kepada orang lain, jangan ucapkan sesuatu yang kita sendiri tak mahu orang ucapkan pada kita.'

bayangkanlah jika kita ini yang berada di tempat masyarakat cina dan lain-lain bukan bumiputera. bayangkanlah jika kita ini yang dipanggil pendatang secara terbuka di khalayak ramai walaupun telah dilahirkan di sini dan seumur hidup kita dihabiskan di sini. apakah tidak sakit hati kita?

aku sungguh tidak faham. bila masa islam mengajar kita menyakitkan hati orang dengan kata-kata kesat seperti ini?

bila masa islam mengajar kita berkelakuan kurang ajar seperti ini?

demi Allah, jika anda terlalu terdesak untuk memenuhi kepentingan diri anda, janganlah sampai memalukan nama Islam!

islam tidak pernah memberi lesen kepada seorang muslim untuk mencaci bukan muslim!

aku tidak tahu siapa lagi di malaysia yang masih 'lalu' nak menyambut hari kemerdekaan. setelah segala caca merba yang berlaku-Forum Memeluk Islam, cadangan pembukaan kuota 10% kepada bukan bumiputera bagi UiTM, pengakuan sumpah oleh sesumpah, dan yang terbaru cina itu pendatang.

ya Allah, merdekakah kita ini? merdekakah Malaysia ini?

tetapi aku tidak mahu putus harapan.

aku sememangnya kecewa. kecewa dengan segala-gala yang terjadi pada malaysia lewat kebelakangan ini. kecewa melihat rakan-rakan aku yang berbangsa cina yang bertungkus lumus ke hulu ke hilir cuba menjadikan Malam Malaysia sebagai malam yang dapat memberikan satu kenangan manis kepada pelajar-pelajar Malaysia di bumi christchurch. kecewa apabila mengenangkan sahabatku, Deffie yang amat manis senyumannya dan senantiasa berbalah denganku tentang siapakah yang lebih kacak antara Hideiki Takizawa dan Toru Nakamura. kecewa mengenangkan bagaimana mereka ini dianggap sebagai tidak lebih daripada 'pendatang' di mata sesetengah orang Melayu.

tetapi ini semua tidak harus menjadikan aku, dan mungkin anda yang membaca, atau mungkin sesiapa saja di luar sana berasa putus asa pada Malaysia. ya, Malaysia kini sememangnya mengalami pergolakan yang semakin membimbangkan. ya, Malaysia kini sememangnya bagaikan ikan yang bernyawa-nyawa ikan. dan kerana keadaan Malaysia yang seperti inilah, maka kita sebagai rakyat Malaysia harus bangun menyelamatkan keadaan, harus nekad dalam tekad, harus mapan dalam tindakan, harus utuh menjadi jaguh yang membawa arus kesedaran dan perubahan kepada trend politik semasa Malaysia dan seterusnya ke seluruh Malaysia secara amnya. kerana Malaysia yang tenat lagi nazak seperti inilah, maka kita tidak harus lari bersembunyi di sebalik tiang elektrik mahupun langsir mahupun pohon bonsai tetapi kembali kepada diri, tanya diri apakah kita mahu biarkan saja malaysia terus hanyut dalam ketidakseimbangannya, dalam krisis perkauman dan kekotoran politiknya atau menyumbangkan idea dan tenaga untuk merubah keadaan sekaligus membawa kebaikan bersama di Malaysia, di dunia secara amnya dan di akhirat secara khususnya.

dengan itu, Selamat Hari Merdeka buat semua rakyat Malaysia.

wallahualam.

6 comments:

  1. deffie7:28 PM

    "Deffie yang amat manis senyumannya.."

    awww..i know that already ;P

    btw,i did followed this one thread about UiTM,i think it is under bicara mahasiswa at iluvislam.really felt like replying to d comments,but i thought it would do us no good.i would just stirring things up,make it even worst.haha, maybe they never thought that actually there was a chinese reading all their comments! ;P

    but,yeah..i think of malays as friends and they think of me as pendatang..bekas pendatang..and what else after this?

    but i know not all malays are like that.at least u'r not :)

    ReplyDelete
  2. OMG. deff. u r so 'masuk bakul angkat sendiri' (hope u still remember the meaning of this peribahaa ahaks)

    like what i always told u before,different people has different view on something.i did felt frustrated, but whatever it is, i have to respect other's opinion as well.and i think they have their own reasons too;i mean, if u look at this issue in a different way, whatever we did was out of love. they think the way they think out of love,and i think the way i think out of love as well.u got what i mean rite?=)

    ReplyDelete
  3. deffie5:02 PM

    i understand.but u malays,moslems;i thought that moslems (actually all of us) should respect other people, be it moslems or not.how come the moslems would have the heart to call us with such insulting words like 'pendatang' or 'bekas pendatang'?i mean,most of chinese are non-moslems,very well,but why would a moslem treat us like we worth no more than garbages in our own country?

    i never hate malays or moslems before.i always thought that it was lucky for a malay to be born as a moslem. it is not easy to find and to choose which path r u gonna take, like what happened to me.now u guys already have it,but destroyed it with such attitude towards us non-moslems. this is so sad =(

    i said before that i'm very much aware,not all moslems are like that.but by just reading that thread,made me realized how many malays out there who actually do think of us as 'enemies' that would eventually take over 'ur' country.

    arent we humans should live together in peace,regardless of what religions or races we are?

    ReplyDelete
  4. i think i would write about this issue in much details later.now had been quite busy with reports (cuti dh nk abes bru terketar2 nak wat repot.haha)

    ReplyDelete
  5. takde idea4:16 PM

    It is indeed a very sad fact that Islam has been terribly abused by its so-called followers and non-muslims simply take them as a conclusion of what Islam is all about.

    ReplyDelete
  6. Anonymous11:57 PM

    pendatang?

    heh..kalau mcm tu melayu ni pun pendatang jugak la.

    sepatutnya bukan melayu yg dapat hak istimewa tpi orang asli.

    "melayu mudah lupa". how true.

    ReplyDelete

 

Copyright © Shairah Ahmad Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger