Friday, July 03, 2009

things that made me went waddaf**k

10 comments
hari ini aku terpanggil untuk berbicara tentang satu isu yakni 'tabarruj'.

dipetik dari usrah-online.com:

Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras,sama ada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain.

satu lagi point dari website tersebut yang ingin aku highlight di sini ialah:

Termasuk dalam istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian.

Fesyen-fesyen pakaian yang dimaksudkan di sini ialah fesyen yang berlebih-lebihan dan juga fesyen yang tidak menutup aurat.

sebelum ini aku tidak pernah berminat untuk menyentuh hal-hal aurat. kerana bagi aku, ini semua orang dah tahu.

tetapi aku terlupa bahawa isu di sini bukan TIDAK TAHU, tetapi TIDAK SEDAR.

1) perempuan menutup aurat, bertudung labuh, berpurdah itu semestinya wanita yang baik lagi mulia

2) perempuan yang tidak menutup aurat, berpakaian dedah sana dedah sini itu semestinya wanita yang rosak akhlak


Dua ayat di atas SAMA SEKALI BUKAN PRINSIP AKU apabila bercakap tentang seseorang wanita. Bagi aku, keluhuran budi pekerti seseorang adalah tidak logik sama sekali untuk diukur daripada cara berpakaian seseorang.

ya, bagi aku, perempuan bogel yang memberi makan pada kucing kelaparan adalah lebih baik daripada perempuan bertudung labuh yang mengerat-ngerat kucing itu kepada 18 bahagian.

aku tidak pernah menghormati perempuan bertudung labuh lebih daripada perempuan yang berskirt pendek. sebaliknya, kedua-dua mereka harus diberi penghormatan yang baik yang sama taraf. kerana kedua-duanya adalah makhluk Allah, kedua-duanya adalah wanita yang mempunyai rahim yang harus dihormati dengan cara yang paling bagus.

takkan bila kita tak sanggup meraba perempuan berpurdah dalam LRT, kita sanggup pula raba perempuan bermini skirt?

padahal kedua-duanya adalah wanita yang sama sekali tidak berhak untuk disentuh tak kira bagaimana koyak-rabaknya cara mereka berpakaian.

Allah suruh jaga pandangan, dude. so jaga la pandangan. tak payah bagi banyak alasan.

Allah suruh tutup aurat, gurls. so tutup la aurat. tak payah bagi banyak alasan.

jadi kenapa ya aku tiba-tiba sibuk-sibuk nak mengomel tentang aurat ni?

kerana aku baru sedar betapa ramainya wanita yang tidak sedar akan betapa beratnya perintah Tuhan yang satu ini.

wanita adalah kaum yang paling senang nak masuk syurga. Allah redha, suami redha, jalan.

wanita juga kaum yang paling senang nak masuk neraka. nampak rambut sehelai, doom.

isu yang ingin aku timbulkan di sini ialah apabila wanita menganggap:

1) menutup aurat = menutup rambut di kepala
2) menutup aurat = menutup kulit

waddafish?

aku mengaku aku bukan perempuan yang 100% menutup aurat. dan aku tidak bangga dengan kenyataan ini. aku tidak akan menggunakan alasan paling dajal dalam dunia seperti, "saya tak mahu jadi hipokrit, ini diri saya yang sebenar", atau "saya belum sedia." ini semua alasan bangang yang tidak boleh diterima akal.

sembahyang itu wajib. menutup aurat itu wajib. logik ke kalau kita cakap, "saya memang malas sembahyang, saya tak mahu jadi hipokrit", atau "saya tak mahu sembahyang, saya belum sedia lagi." macam bodoh benar bunyi nya kan? jadi apa yang boleh aku katakan di sini ialah, aku mahu berubah, aku sedang berubah dan insyaAllah akan berusaha untuk istiqamah ke arah yang lebih baik supaya akan ada peningkatan bagi setiap hari yang berlalu.

aku tidak tahu ini hadis sahih atau tidak, tetapi setahu aku Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:

"manusia yang paling rugi dalam dunia ini adalah manusia yang tahu dia mempunyai kekurangan tetapi tidak memperbaiki kekurangannya itu."

jadi di sini aku ingin mengajak diri sendiri dan juga wanita-wanita di luar sana supaya sama-sama kita renungkan tentang hakikat menutup aurat yang sebenar.

pertama,

1) menutup aurat = menutup rambut di kepala adalah satu kefahaman tentang aurat yang salah.



aurat itu adalah tidak mendedahkan bentuk badan, rambut dan kulit kecuali bahagian-bahagian yang lazimnya dilihat (muka dan tapak tangan) kepada tatapan yang bukan muhrim. kalau dengan yang muhrim ada pula garisan-garisan aurat yang lain pula.

jadi apa kejadahnya jika kita mengaku, "ya kami telah menutup aurat!" tetapi semua mata dalam dunia dapat melihat bentuk nasik lemak RM 1.50 dua ketul yang terpampang di khalayak ramai itu?

apa kejadahnya bila kita mengaku, "ya kami telah menutup aurat!" tetapi leher yang jinjang dan telinga yang putih bersih itu dinampakkan pula bergantungan dengan rantai dan anting-anting?

apa kejadahnya bila kita mengaku, "ya kami telah menutup aurat!" tetapi baju yang dipakai sama saiz dengan baju budak tadika umur 6 tahun dengan lengan pendek menampakkan daging yang gebu-gebu montok-montok itu?

susah sangatkah nak melabuhkan tudung hingga menutup dada?

apa boleh mati kah kalau kita pakai tudung yang sempurna menutup leher dan telinga?

wang dalam akaun anda tiba-tiba hilang lesap semuanya kah kalau kita beli baju berlengan panjang?

tudung itu menutup rambut. tudung itu menutup dada. tudung itu tidak jarang.

menutup aurat itu menutup seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan.

apa yang kita masih tak faham dengan ayat di atas? apa maha sukar sangatkah maksudnya sampai kita tak faham atau buat-buat tak faham?

2) menutup aurat = menutup kulit adalah satu kefahaman tentang aurat yang salah, salah lagi menyalahkan

ehh betul2. kami telah menutup semua kulit tak seinci pun dinampakkan kepada pandangan yang bukah mahram.

tapi baju yang dipakai pulak mengalahkan sarung nangka sendatnya!

ditambah-tambah lagi dengan trend terbaru "muslimah" zaman millennium ini yang merupakan fesyen muslimah paling bangang pernah aku jumpa sepanjang aku hidup di dunia ini:

disclaimer: gambar-gambar di bawah disertakan hanya sebagai contoh, sama sekali tidak berniat untuk menjatuhkan air muka tuan punya gambar.






i cant help but go waddaf**k when i see these pictures.

fashion? style? "muslimah" style? whadda f*** was that?

so this is all about fashion? wearing legging? nampak bentuk kaki terang lagi bersuluh? and you proudly called it as 'style'?

WADDA F!

ada seorang gadis ini yang memberi respon terhadap teguran aku dengan jawapan ini: "pakai legging lagi baik daripada pakai tudung tapi tshirtnye body-shirt lengan pendek nampak tangan."

apa yang aku nak cakap di sini ialah, cik adik, tidak ada konsep 'hollier than thou' yang diamalkan dalam Islam.

pakai legging = salah sebab nampak bentuk kaki trang tang tang


pakai baju shortsleeve = salah sebab nampak lengan trang tang tang


it's as simple as that. where d f* did you got the concept such as "i'm better than you because i wear legging instead of shortsleeve" ni?

i am no better than you. you are no better than me. those girls wearing tudung labuh are no better than those who wear mini skirt. those who wear shortsleeve are no better than those who wear baju kurung. why? because it is not our job to judge who's better than who. it is Allah's job. we, as a human, just do the best than we can do, including doing our best in covering our aurat. it is THAT simple.

just do our BEST. as the 'khalifah' of the world. as the slave of the Almighty.

insyaAllah.

hidayah itu milik Allah. tapi hidayah itu jugak boleh dicari, dude. jadi aku tidak akan men'judge' sesiapa di sini, kerana aku sendiri masih dalam proses membetulkan diri. aku faham kesediaan untuk menutup aurat itu penting, ikhlas itu lebih-lebih lagi la penting, tetapi ikhlas dalam menutup aurat itu tidak akan datang jika kita tidak mahu berusaha untuk mendapatkannya.

aku sedar bahasa yang aku gunakan di sini adalah bahasa yang kasar. kerana apa? kerana ini adalah bahasa yang aku gunakan untuk menegur diri sendiri. aku telah pun terasa pedasnya. jadi kepada sesiapa yang terasa jugak kepedasannya sama seperti aku, nasib lah ye. haha.

ini adalah peringatan untuk semua muslimah di luar sana, lebih-lebih lagi kepada diri sendiri.

wallahualam.





































Read more ►

Sunday, June 07, 2009

Kau Bikin Jiwa Aku Kacau

6 comments
referring to the title above, what exactly yang bikin my jiwa kacau ni?

owh no, no, this is not something about love or anything near to love.

my jiwa is kacau because of this one theory.

Big Bang Theory.

eh not the TV show la. the 'real' Big Bang Theory.

owh by the way that series is kinda nice.

anyway.

i came across this one ayat in..alamak terlupa ayat berapa. but it goes like this:

"Do not the Unbelievers see that the heavens and the earth were joined together (as one unit of creation), before we clove them asunder? We made from water every living thing. Will they not then believe?"

i have no sort of objection watsoever regarding the portion that states 'the life is made from water' thingy. but i kind of skeptical about the ayat 'Do not the Unbelievers see that the heavens and the earth were joined together (as one unit of creation), before we clove them asunder?' tu. of course la i'm not being skeptical with the ayat itself, but rather on how people interpret that ayat.

we know that living things are made from cell, cell plak memang banyak air, so it makes sense ok fine full stop. the point is, that portion of ayat is making sense because it is at par with the scientific fact that we know nowadays thanks to all scientific research and stuff.

and then, we all muslims go like, 'owh yeah, you see, there are scientific facts in the Quran you know, which confirmed that Quran is a compilation of words from God, because thousand of years ago there's no way ade orang yang boleh tau that kinda fact without the help of canggih manggih punye technology and research.'

i have no problem with that.

but last week, i found this video (actually, a hell lot of videos) showing some stuff about the scientific facts in the Quran. I personally am interested in this kinda stuff, this stuff is alluring really, i found that there's no other subject that is more..'magical' and amusing than the Holy Quran. seriously.

but engaging ourselves in a debate to prove that Quran is correct because there are scientifically proven scientific facts in it, is DAMAGING.

seriously.

i mean, Quran IS correct as the way it is, why are we struggling so much to show that, 'there are scientific facts in the Quran, so it is correct?'

back to my point of that quoted ayat. this ayat, according to some scholars, is referring to Big Bang Theory, a well known theory about the birth of the universe. for more information about Big Bang Theory, make full use of Encik Google and Abang Wikipedia. or kalau you lagi rajin, go to the library, bukak buku. you'll find lots of cool stuff, tak rugi punye.

actually i kinda follow jugak la this development of 'Islam and Big Bang Theory' ni. mula2, we said that, 'owh, this ayat is actually referring to the Big Bang theory.' then came la this one group claiming something like 'owh, the heaven and earth were not joined together, they were actually separated from the start, hence Quran is wrong.' then Muslims pon struggle la debating itu debating ini, saying that, 'no, no, Quran is right, that theory is wrong', and have the whole world laughing at us. like, 'you see that? how extreme the Muslims are? they even rejecting the knowledge found using high-tech equipments just because they believe in their old book'.

and now, we know that the heaven and earth were indeed joined together as one unit of creation (which is scientificallly called 'singularity' if i'm not mistaken) and we all go, 'haha, so you see, sape yang salah skarang? in the end, Quran won, scientists lost.' and of course, we continue to use this 'scientific fact' mentioned in the Quran to prove the authenticity of Quran.

and now, ade la beberapa group of scientiest punye latest foundings, they actually found that there might be a possibility where the theory itself is COMPLETELY WRONG, where the whole concept of the birth of the universe is not actually came from a point of singularity but something else. something like they found some plasmas connecting the two old stars in the universe, something like that. i dont want to indulge myself in details about the whole new concept, as it is not the main point that i want to talk about.

my point is, why are we muslims struggling to prove that that ayat is referring to the Big Bang theory, and we are so confident that IT IS ABOUT BIG BANG?

first thing first, WE HUMAN interpreted the ayat according to our own 'humanly' understanding. for the arabians thousand of years ago, they heard this ayat with not a single idea about the Big Bang theory in their head, because at that time, the theory was not even existed yet, and yet they have not a single problem with that.

and now, we had established a theory about the birth of the universe, which coincidentally matching up with that particular ayat in the Quran. so we claimed that 'this ayat IS about Big Bang theory.'

have we ever actually stop and think for a while, 'what if it is NOT about the Big Bang Theory?'

what if that ayat referring to something else, something we dont know of yet, that have NOTHING to do with the Big Bang theory?

honestly, the way we claimed it, as if we are 100% sure, konpem punye, that ayat is about Big Bang. my point is, who the hell are we? who are we to claim such thing like 'yes it is about Big Bang', while the only one who knows what actually that ayat is all about is Allah, the Almighty God, the All Knowing?

we act like we know everything, and even struggle to prove that that ayat is about Big Bang. somehow, it seems like we are trying to prove the Big Bang theory is correct because it is mentioned in the Quran!

and the funny thing is, for God sake, Big Bang is a THEORY, it is not even an established fact. it has many flaws, not 100% correct, even Albert Einstein was in doubt with this theory.

so, why the hell are we muslims trying to prove that this theory is correct because it is mentioned in the Quran, and Quran is correct because it mentioned Big Bang theory in one of its surahs, when everybody knows that Big Bang theory is not even 100% scientifically proven as correct?

it seems like, we believe in Big Bang theory more than we believe in the Quran!

we believe that Heaven and Earth were joined together in one unit of creation, and then were separated later on. enough said. what's so hard about it bro? why do we have to relate this ayat with something else that sounds 'scientific'?

i have came across NO VIDEO that mentioned, 'this ayat might be referring to Big Bang theory'. i repeat, NONE. all the videos and articles that i found, most of them saying the same line that goes like, 'this ayat tells us about the heaven and earth were joined together and then were separated later on, which REFER TO the Big Bang theory.'

can you see the difference in both lines? the first line saying that 'it might be', which means, that ayat might be referring to the Big Bang theory, and might be not. which i have no problem with that.

but the 2nd line (which had been used EXTENSIVELY IN ALL VIDEOS AND ARTICLES AVAILABLE IN THE WORLD) saying that 'it is referring to Big Bang theory.'

ahh. how easy. senang je kite quote an ayat from the Quran and use it like we know everything that lies in the heaven and the earth.

the difference in both lines cuma satu perkataan je: might. or 'mungkin'.

but the impact of that word itself is HUGE.

and how many of we muslims who have already been brainwashed by this theory?

how many of us had actually 100% believe that the Big Bang theory is correct, the ayat in the Quran is really referring to the Big Bang theory, and simply use it in our preach or in our effort to try to impress the non-muslims about the holiness of our Quran?

dont get me wrong. i'm not blaming the theory for all that had happened. i didn't say that the theory is wrong. hell, i know nothing about the birth of the universe to begin with, and up until now, this theory is, so far, the most acceptable theory la compare to others.

but it is just a theory. a theory is subject to change. it is not 'unchangeable'.

but Quran is correct and unchangeable. dulu, kini dan selamanya.

what if in the future, it may be scientifically proven pulak that the Big Bang theory is actually wrong, and the whole concept collapse just like that? are we muslims going to take back our words, and saying something like, 'owh, actually, that ayat is referring to something else which we dont know of yet', or choose to behave like an idiot, rejecting all the scientific research (which we are so proud of before) and say, 'no! Big Bang theory is correct! the scientists are all wrong!! wrongggggggggggggggg' and have all in the whole world, including Eskimos and polar bears, laughing at us?

please, muslims. don't make fool of yourselves. you're more than that.

i have no objection in using scientific facts in the Quran as a medium to attract the non-muslims or even muslims in our effort of dakwah. i love those scientific facts as well. they are really, really cool, no doubt about that. but just use our head for a while, think before we speak, dont simply use everything that have been spoon-feeded into our mouth and blindly claiming this and that without even knowing what are we talking about.

just leave that ayat and the Big Bang theory alone. we don't have to fuse them together. or if we want to stimulate a good discussion, just use it together with the word 'might' or 'mungkin'. because if we still have not notice it yet, guess what, Quran is a Holy Book, it is not a science text book!

you might claim that, 'what's so wrong about using this Big Bang theory in our dakwah? there's no harm as long as they can accept it, or actually amused by it, as long as our dakwah jalan, ok la tu. why are you making things so complicated?'

but remember, dakwah is about guiding people towards the truth. what is there 'so true' about telling people something that is not even 100% true? do you think it is a good start for our dakwah?

be wise, be nice.

wallahualam














Read more ►

Sunday, May 03, 2009

Kau Memang Gampang

6 comments
ini satu komen yang aku baca dari satu laman web yang menentang PPSMI:

"maner bleh ajar sains lam bse inggris..bse mlayu nk campak maner?? kitew mesti pertahan bse mlayu kitew..kalo bkn kitew saper g nk gune bse mlayu..nnti bse mlayu dh ilang bru nk sdar keww?? kitew jeww la yg tgl..nk arap saper g???"

macam gampang.

Tuhan, kalau aku jumpa budak ni, boleh tak aku tampar dia kuat-kuat?

sekian.
Read more ►

Tuesday, April 21, 2009

Lagi dan Lagi

3 comments
*me rambling to myself again. don't bother to read. unless you have nothing else to do other than stalking my blog. haha*

i have some things and issues to discuss, but don't really have the time to write them down. owh bukan, it's not that i have no time. i have plenty of time actually. that's just how students are. they act like they are the busiest human beings in the world and yet still have the time to eat popcorn, watching youtube. i am one of them. but i'm really quite busy tho, nowadays, since i am in my final year now. but i will openly admit, that it is just me who is too lazy to do stuff. but one thing for sure, when i want to discuss about something 'serious', i will put a lot of thoughts, and actually, do some research about it, before i finally come to my own point of view. so my point is, i rather not to write at all than writing a piece of shit. except these kind of rambles. it is 'ramble' anyway, what do you expect?

i've rambled and babbled about this before. in one of my post, Antara Mahu dan Harus. about how i don't really have the opportunity, chance, or whatever, to do what i really want to do. but now i would like to pour my heart out about this again.

i've found this one person, that i admire so much. i'm practically stalking her, read all her blog entries (yes i can be that creepy), add her to my fb and obsessingly play her songs again and again in my iTunes.

she's a lecturer. she's a singer. she's also a poetess. nak perfek macam mana lagi?

but she's the same like me. in one aspect. she wants to study Bahasa Melayu literature in Bandung, while her parents want her to study English literature in England.

i dont know what is her final decision tho.

but i still think that she's lucky. i mean, be a singer, and study literature. it's not that i want to be a singer or majoring in literature tho. my point is, there are people out there who can actually be the person that they wanna be.

i actually fell into a deep thought about this. few weeks ago, i even came to a point where i felt like giving up all that i've done so far, escape to somewhere far and do things that i like the most.

i want to repeat this again. i dont hate engineering. you know when people said something like 'you're not a complete person until you found your true love, who is your other half', something like that. engineering 'is' my other half. i can be as geeky as those guys in Big Bang Theory. i went to Gorebay last week, and while soothing my eyes with the beauty of blue sky and sea, i talked about wavelength, frequency, air pressure and stuff.

but the things that i really wanna do; they are my soul.

my life.

ahh. well, thank God i'm still sensible enough to put 'responsibility' as my topmost priority. i think about responsibilities above all matters. responsibility to my sponsor, my parents, my family, myself, and my Lord.

thank God as I am fated to be a person with such tremendous patience. yes, i think i had been patient before, and i will be patient in the future, i'll be patient throughout my life.

"sometimes what you like the most is not the best for you, and sometimes what you hate the most is the best for you."

God knows it better than me. i'm thankful for what and where i've been now, really.

Thank You.

lately, my patience had been tested again. even today, right now. i've been patient for years, and now i think i am that close to a point of bursting out. i'm on the verge of being unreasonable and regretting it later. i prayed hard to God to not letting it happens. being ridiculous, unreasonable and unlogical are the least things that i wanna do in my life. and i'm not blaming my situation on anyone. it is my fault, my very own fault. it is my weakness to be such a good masquearader.

i blame myself for not letting my four walls to fall.

but as i said before, i'm a person with such tremendous patience. so, yeah, i'll make use of them shamelessly.

wallahualam.

p/s: besides Oh! Chentaku the series, i promised to myself, no more 'ah. girls. there she goes talking about feelings again' after this. at least, not in 6 months ahead. haha.
Read more ►

Sunday, February 22, 2009

Hanya Aku Bercakap dengan Diri Sendiri

8 comments
Amaran: entry kali ini adalah sekadar aku meluahkan perasaan sendiri ketika sedang demam sementara semester masih belum bermula a.k.a. entry syok sendiri. anda dinasihatkan supaya tidak meneruskan pembacaan. Harap maklum.

Entah apasal, aku banyak berfikir tentang hidup aku sepanjang 21 tahun ini dalam masa aku melepakkan diri di rumah sekepulanganku ke Malaysia tempoh hari.

Pulang ke Malaysia sentiasa membuatkan aku gembira. Gembira juga walaupun negeri Perlis seterusnya Kampung Salang sentiasa panas berembang. Tak ada 4 musim yang aku sukai seperti di New Zealand. Tak ada internet connection yang maha pantas seperti di Ilam Village. Tak ada bubble tea yang best seperti di Teasme (bersama abang pembancuh teh yang boleh tahan kacak. But that’s not the main point here). Yang penting aku gembira.

Gembira kerana balik ke kepompong keselesaan. Bukannya tak selesa duduk di New Zealand. Terus terang aku katakan, hidup aku di New Zealand adalah lebih selesa. Jauh lebih selesa berbanding di Kampung Salang. di New Zealand aku dapat duit elaun. Duit sendiri. takde duit boleh kerja. di Kampung Salang aku tak dapat elaun. Mak bapak aku mana kasi duit elaun. Tapi aku gembira juga. Gembira sebab kembali ke sisi ibu bapa.

Bunyinya macam terlalu kebudak-budakan. Macam budak manja yang tak matang. Haha, percayalah cakap aku, aku langsung tidak manja. Aku tidak merengek nak balik kampung dan aku tak pernah menangis teresak-esak walaupun terpaksa berhari Raya Aidil Fitri sambil menjawab soalan exam Mathematical and Computation Modelling. Aku rasa itu semua normal, alah bisa tegal biasa. Tidak pula aku rasa itu adalah satu 'big deal' sangat pun bagi aku (aku yakin ramai pelajar-pelajar di luar sana bersetuju dengan aku).

Tapi tak payah la nak cover-cover malu, nak cuba tunjuk macho. Berada di sisi ibu bapa adalah sesuatu yang sangat memberi comfort. At least bagi aku. kerana itulah bila aku balik kampung, secara automatik aku akan menjadi seorang yang sangat tak independent. Masak pun suruh emak buatkan, minum pun suruh emak buatkan. Pendek kata semua pun suruh mak bapak buatkan. Bukannya nak jadi anak derhaka yang suka memerintah atau si pemalas yang bergoyang kaki (walaupun hakikatnya aku memang pemalas), tetapi itu adalah satu cara (cara aku) untuk merasakan betapa ibu bapa boleh memberikan satu comfort dalam hidup. Membuatkan hidup aku menjadi organize dengan sendirinya tanpa aku perlu bersusah payah mengorganizekannya.

Hidup aku takde la susah sangat pun kat New Zealand ni. tapi hidup aku sangat tak organize. Sangat bersepah. Sangat tak teratur. Bukannya bilik aku bersepah, tapi urutan tatacara dalam hidup aku tunggang terbalik.

'Normal la tu!' Mesti itu yang akan dikatakan jika ada student lain yang membaca blog aku ini. Kehidupan yang tidak terurus adalah sesuatu yang normal bagi seorang pelajar (rasenye lagi obvious bagi pelajar oversea). Malah mungkin juga ada pelajar yang merasakan itu adalah sesuatu yang cool. Tapi bagi aku itu tidak cool. Dan percaya atau tidak, kadang kala ketidakterurusan membuatkan anda berasa sunyi.

Owh tidak-tidak. Aku bukannya cuba untuk menjadi melankolik di sini. Seperti yang aku katakan tadi, no big deal, aku ok je hidup macam ni. seriously. Tapi ada satu perasaan aneh sebesar kuman yang wujud dalam hati aku dalam keadaan yang seperti ini. Tanyalah sesiapa pun, pasti pernah rasa macam yang aku rasa ini.

Kehidupan yang normal ini kadang-kadang membuatkan hati kita berdetik pada sesuatu. Seperti pada tahun lepas, di mana aku telah jatuh sakit yang amat teruk selama 3 minggu. Aku rasa itu sememangnya satu benda yang 'no big deal', makan je la ubat. Pastu baik la. Ape yang nak kecoh sangat. Bukannya budak kecik. Tapi actually aku rasa satu perasaan pelik dalam hati aku. perasaan itu wujud bila masa aku terbaring keseorangan di dalam bilik. Owh jangan salah faham lagi. Aku bukannya nerd yang tak ada kawan nak menjenguk. But, you know what I mean.

Tiba-tiba saja aku rasa macam bagus kalau mak bapak aku ada dengan aku. sebab mereka akan kalut-kalut membelikan ubat untuk aku, kalut-kalut mengingatkan aku untuk makan ubat. Walhal di sini, aku masih ingat, aku harus menggagahkan diri untuk bangun, berdiri, berjalan meredah hujan untuk pergi ke klinik. Just for that instance, even once in a lifetime pun, tiba-tiba kita akan merasa betapa berseorangannya kita dalam dunia ini. Dan ia sangat menyakitkan hati aku untuk melihat mereka yang tidak menghargai ibu bapa yang sentiasa berada di sisi mereka ketika sakit dan demam. Sebab mereka tidak tahu bagaimana rasanya apabila kita sangat inginkan ibu bapa kita di sisi tetapi mereka tidak ada.

Kehidupan yang tidak terurus kadangkala boleh membuatkan kita berfikir. Makan tak terurus, tidur tak terurus. Tercampak di New Zealand membuatkan (aku rasa) aku telah menjadi lebih matang. Sangat-sangat terasa kesannya. Aku dulu boleh dikatakan sangat berjaya. Di tadika aku berjaya, di sekolah rendah aku berjaya, di sekolah menengah boleh tahan la. Tapi melangkah masuk ke alam universiti ini pernah membuatkan aku berasa aku berada at the lowest point of my life.

Aku tidak pernah berasa kegagalan itu adalah sesuatu yang tidak adil. Adil belaka, kerana aku yang memilih untuk gagal.

Berada dalam kekecewaan bukanlah sesuatu yang seluruhnya tidak elok. Gagal membuatkan kita berada dalam keadaan yang the most fragile, the most vulnerable. Breaking down adalah keadaan di mana aku tidak mahu melihat muka sesiapa pun hatta muka aku sendiri. berkurung seorang diri tak keluar-keluar bilik kadangkala essential, depends on that person. Dalam keadaan yang fragile, macam-macam boleh terjadi. Daripada yang maha bodoh seperti membunuh diri sendiri hinggalah ke yang maha pelik seperti jatuh cinta pada orang yang tidak sepatutnya.

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita perlu bercakap. Memendamkan perasaan adalah sesuatu yang ok; depends on keadaan. Tapi kadang-kadang kita perlu bercakap. Dan kadang-kadang kita sendiri tidak akan terjangka apa impaknya bila kita bercakap dengan seseorang tentang apa yang kita fikir. Sebab kadang-kadang, kita perlu menolong orang lain untuk menolong diri sendiri. Ia sama ada kita sudi ditolong atau tidak saja. Selepas ditolong, aku rasa aku pula mahu menolong.

Berada dalam keadaan yang terlalu desperate juga membuatkan aku sedar, betapa Tuhan telah berkali-kali memberikan aku peluang kedua. Terlalu banyak kali. Banyak kali. Dan manusia yang bongkak sentiasa lupa untuk berterima kasih. Selalu terlupa untuk menebus kembali kesalahan. Sebaliknya mengulang-ulang lagi kesilapan yang sama. Dan lagi dan lagi. Tapi cinta itu baik. Ia memberikan kita peluang kedua. Berkali-kali. Setiap kali pun aku bersyukur walaupun dalam sedar atau tak sedar, aku mungkin akan mensia-siakannya lagi. Betapa Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku selalu rasa takut bila aku diberi peluang kedua buat entah keberapa kalinya. Tapi dalam takut itu juga aku masih lagi berani mengingkari kata-kata Tuhan. Manusia durjana apakah aku ini aku sendiri tidak tahu. Aku cuma rasa terlalu takut dengan kasih sayang Tuhan terhadap aku, dan dalam masa yang sama aku tidak henti-henti berdoa semoga kasih sayang Tuhan itu tidak akan terhenti sampai bila-bila. aku terlalu takut dengan diri aku sendiri yang terlalu bodoh sehingga sanggup menzalimi diri sendiri. aku juga terlalu takut dengan apa balasan yang aku bakal terima di masa depan. Jadi buat masa sekarang, aku cuma berharap agar Tuhan beri aku sekali lagi kekuatan buat kesekian kalinya untuk aku terus berdiri tegak dan tidak goyang-goyang lagi.

Aku selalu rasa aku ada masalah besar. Tanggungjawab besar. Aku seriously rasa memang besar pun. Tiada sesiapa pun yang memberi aku tanggungjawab tersebut, aku yang cari sendiri. tapi ia adalah satu tanggungjawab yang mesti aku penuhi, tidak boleh tidak. Ia dah jadi semacam satu vow dalam hidup aku. dan disebabkan itulah aku terlalu takut untuk gagal. Aku tidak mahu gagal. Aku tidak boleh gagal. Aku tidak henti-henti berdoa kepada Tuhan supaya melancarkan perjalanan aku. tapi dalam masa yang sama juga aku rasa malu sebab aku selalu melakukan dosa. Dosa yang ada-ada saja.

Disebabkan tanggungjawab ini kadang kala aku dirasuk syaitan. Kadang kala pembuluh darah aku tidak dapat terlepas daripada bisikan yang membuatkan aku memandang picisan pada masalah orang lain. Terutamanya masalah cinta yang remeh temeh. Bagi aku orang yang memikirkan masalah cinta adalah orang yang paling bahagia. Bahagia kerana masalah itu menjadi masalah yang paling berat baginya dan dia tidak ada masalah lain yang lebih berat untuk difikirkan. Bertuahnya badan. Masalah dia cuma nak pilih mana satu boyfriend yang paling sesuai untuk dia. Sedangkan aku memikirkan tentang macam-macam.

Sehinggakan aku terlupa, setiap masalah itu adalah berat. Sehinggakan aku terlupa, ada orang yang ada masalah yang lebih berat daripada aku. sehingga kadang-kadang aku menjadi pesimis dengan diri sendiri dan juga orang lain.

Masalah apa pun berat. Boyfriend mana yang sesuai adalah satu masalah yang berat bagi dia. Mungkin ia adalah masalah paling remeh dalam dunia yang aku pernah dengar, tapi ia adalah berat bagi dia. Bagi dia.

Aku terlupa. Aku terlupa bahawa aku ini bukan siapa-siapa. Aku tidak tahu sejak bila aku mula mendevelop sikap suka mempicisankan orang lain. Aku tidak tahu sejak bila aku mula menjadi sarkastik dan sinis. Aku tidak tahu sejak bila aku mula merasa orang lain adalah pathetic tetapi aku tidak sedar bahawa masalah aku ini mungkin pathetic bagi orang yang jauh lebih bermasalah daripada aku.

sejak itu aku cuba untuk berubah. Apabila aku mula terfikir sesuatu yang ala-ala 'yeah right', aku akan cuba berhenti. At least, cuba untuk tidak bercakap. At least, cuba untuk tidak menzahirkan kesarkastikan aku. cuba untuk tidak melahirkan kesinisan aku. atau lebih tepat lagi, cuba untuk tidak menyakitkan hati orang lain. Buruk bagi mata aku mungkin baik bagi mata orang lain. Mungkin aku saja yang tidak nampak hikmahnya. Tapi yang penting aku sedang cuba untuk berubah.

Aku sering kali membebel-bebel tentang bagaimana tidak bertamadunnya suatu prejudis, tentang bagaimana sempit mindanya suatu diskriminasi, hingga aku sendiri tidak sedar, aku sendiri kadang kala mendiskriminasikan orang lain di luar sedar. Aku sendiri mempunyai tendency untuk prejudice terhadap orang lain. Aku tidak prejudis terhadap skin colour, religion, education, segala-galanya yang normal untuk diprejudiskan. Tetapi aku menjadi prejudis terhadap mereka yang prejudis.

Adilkah itu?

Manusia adalah satu ciptaan yang sangat kompleks. Tuhan mencipta manusia dengan berbagai-bagai emosi. Emosi itu jugalah yang membuatkan kita terus hidup. Aku beremosi dengan mengharapkan agar orang lain memahami emosi aku. aku beremosi dengan mengharapkan orang lain menurut kehendak aku yang memang tidak logik. Aku beremosi dengan mengharapkan sesuatu yang memang tidak patut tetapi aku masih mahu juga.

Kadang kala aku terfikir, adakah manusia ini memang diberi peluang untuk beremosi? Adakah kita diberi hak untuk beremosi? Emo yang berlebihan adalah sesuatu yang annoying dan irritating. Yalah bila kita jumpa budak yang emo tak tentu pasal, kita rasa macam nak sepak je. tapi adakah budak itu sememangnya berhak untuk beremosi hanya kerana dia seorang manusia biasa? Atau adakah dia harus mengawal emosinya untuk menghormati emosi orang lain? Akhir sekali, emosi siapa yang harus diturutkan? Kita atau mereka? Atau kedua-duanya sekali?

Aku selalu rasa orang-orang yang berfikiran sempit adalah orang yang paling menyusahkan. Menyusahkan sebab rata-rata mereka yang orthodox ini terlalu degil, keras kepala, rasa mereka saja yang betul, annoying, irritating, perasan bagus dan sebagainya. Tapi aku terlupa bahawa aku sendiri adalah degil dan keras kepala dalam keopenmindedan aku ini, kononnya. Ada beza antara menjadi tegas dan tetap pendirian dengan keras kepala. Akhirnya aku menjadi extremist sama seperti mereka. Mereka menjadi extremist dengan kenarrowmindedan mereka, dan aku juga menjadi extremist dengan keopenmindedan aku.

Apa beza aku dengan mereka?

Aku tidak pasti sama ada aku boleh menjadi seorang engineer yang cemerlang atau tidak. Aku harap sangat-sangat aku boleh jadi. Tapi aku rasa aku pretty much sure yang aku secara perlahan-lahan telah mula menjadi seorang manusia.

wallahualam
Read more ►

Monday, January 05, 2009

Oh! Chentaku Siri 2: Satu Perasaan yang Menipu

8 comments

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah

Bertemu kita kembali dalam Oh! Chentaku Siri 2. terlalu lama aku diam di Malaysia, jauh dari jangkauan kecanggihan dunia maya. Al-maklumlah, internet memang susah sikit nak disambung di kampung aku ini. Apa-apa pun, pertama-tama sekali, syukur ke hadrat Ilahi diucapkan atas keizinanNya memberikan kudrat kepada aku untuk terus berleter lagi meleterkan diri di laman kesayanganku ini.

Satu perasaan yang menipu. Apa itu ya? Boleh aku kata, satu perasaan yang palsu. Tidak benar. Wrong. Salah.

Perasaan yang menipu ini boleh wujud daripada dua kemungkinan. Yakni pihak kedua menipu diri kita dan juga kita memilih untuk menipu diri sendiri. Ya, kita sememangnya diberi pilihan untuk menipu diri sendiri. Cuma perlu tanya hati dan akal saja.

Aku cuma fikir, kalau pihak kedua ingin menipu kita, mungkin agak sukar untuk kita elakkan. Kerana kita bukan ahli nujum, kita tidak tahu apa yang bermain dalam hati dan batang tubuh seseorang itu. Ada cara untuk menghalang, tapi tak usahlah aku bincangkan di sini. Terkeluar dari topik hehe. Tapi apa yang pasti, sebagai manusia yang dikurniakan akal, aku kira kita mempunyai keupayaan untuk mengenal diri sendiri dan juga memastikan apa sebenarnya perasaan yang dirasai kita sebenar-benarnya.

Terlalu ramai manusia yang berkeluh kesah dengan masalah cinta. Termasuklah aku. Aku kini sedang obsess memikirkan alangkah bagusnya kalau ada lelaki seperti Laksamana Sunan hidup di zaman ini. Oh, sudah tentu aku akan pergi meminang dia awal-awal. Kalau ada perempuan yang berani-berani berebut dengan aku, akan aku tempeleng mereka ke kiri ke kanan. ehem. anyway. aku fikir, apa kata sebelum kita menjerumuskan diri dan menyusahkan diri sendiri memikirkan suatu masalah yang begitu mengerutkan dahi bagaikan masalah dunia yang dihadapi Barack Obama, kita cuba tanya hati kita, 'apakah benar kita sedang menghadapi sesuatu yang dinamakan cinta?'

Macam soalan bodoh pula ya. Tapi bagi aku soalan inilah yang paling penting sebelum kita memeningkan diri dengan masalah2 selanjutnya seperti, 'dia suka kat aku tapi aku tak suka kat dia', 'aku suka kat dia tapi dia tak suka kat aku', 'aku dah break tapi dia nak kat aku balik', atau 'aku sungguh rindu padanya, hati ini sudah tak dapat ditahan-tahan lagi', dan lain-lain.

Cinta. Emm. Siapa boleh bagi definition cinta pada aku? Ada orang kata, kalau dah angau, cinta lah tu. Tapi bagi aku, tidak semestinya. Kerana kadang-kadang, kita terlalu taksub, ghairah mahu pun terlebih excited dek hambatan adrenalin muda remaja yang bagaikan dipam-pam hinggakan kita anggap kalau ada yang terkesan di hati sikit, haa cinta lah itu. Kita terlupa, bagaimana pula dengan istilah minat? suka?

Maka di sinilah datangnya peranan kita untuk menganalisis lalu bertanya pada diri sendiri, 'betul-betul cintakah kita pada seseorang itu?'

Apa bezanya minat, suka dan cinta? Aku beri contoh mudah. Aku minat Johnny Depp. Aku minat Pierre Andre juga. Aku suka seorang senior lelaki aku. Aku suka seorang lagi senior lelaki aku. Actually, aku ada beberapa senior lelaki yang aku sukai. Aku cinta Laksamana Sunan (contoh yang tidak begitu meyakinkan, i know).

So apa bezanya? Aku minat, so kalau ada apa-apa berita dan perkembangan terkini tentang Johnny Depp, aku akan berminat nak baca. Filem2 lakonan Pierre Andre, aku akan berminat nak tengok. Tapi cuma setakat itu sajalah. Kalau 5 tahun aku tak mendengar sebarang khabar berita tentang mereka, insyaAllah tak mati pun aku.

Aku suka beberapa orang senior lelaki aku. Aku suka sebab ada yang pandai, ada yang hensem, ada yang kelakar, ada yang pemalu. Aku suka lepak atau berbual-bual dengan mereka. Tapi cuma setakat itu saja. Kalau mereka kahwin dengan perempuan lain sekali pun, I won’t give a damn.

Aku cinta Laksamana Sunan. Seperti yang disebut di atas, aku akan tempeleng sesiapa yang cuba memotong jalan aku. Oh, mungkin aku akan tarik-tarik rambut mereka sampai tercabut. Or maybe i would hit them and try to make it looks like an accident. Macam tu la lebih kurang.

Katalah aku kejam, tak ada hati perut, sarkastik, sinis atau apa sahaja. Tetapi terus terang aku katakan, percintaan antara budak lelaki Form 2 dengan budak perempuan Form 1 yang ada kemungkinan belum period pun lagi adalah sesuatu yang picisan. Cinta monyet dalam bahasa ringkasnya. Atau mungkin tak layak pun dipanggil cinta. Bagi aku, perasaan semasa mula-mula nak berjinak-jinak dengan kaum berlawanan jenis pada waktu-waktu begitu adalah lebih menjurus kepada 'suka', dan bukannya 'cinta'. apa buktinya? Ya, tentu saja couple 2 bulan kemudian break dan tak sampai seminggu kemudian couple pula dengan orang lain. Alamak. Cinta kah itu? Janganlah menipu diri sendiri wahai adik-adik. tak perlulah berlagak seperti pujangga cinta sejati. Belajarlah dulu sampai habis SPM.

Di sini aku jauh sekali untuk menghina sesiapa. Perasaan ingin disayangi dan menyayangi itu adalah sesuatu yang sangat normal. Anak-anak muda tentu sekali ingin mencuba dan rasa teruja dengan 'satu perasaan yang baru' itu. Apalah salahnya jika budak tingkatan 3 ingin abang Form 6 menyayangi mereka? Apalah salahnya jika senior fakulti sains ingin mengambil junior fakulti kejuruteraan sebagai adik angkat mereka? Salah sangatkah? Hina sangatkah? Apa kerana mereka ini budak-budak yang masih hingusan, maka mereka tidak layak merasa kemanisan bercinta dan sayang menyayangi?

Sudah tentu tidak. Aku sendiri tidak bersetuju jika dikatakan, semua cinta remaja muda-mudi itu adalah picisan. Kerna kadang kala, ada juga remaja yang jauh lebih matang dan masuk akal daripada orang dewasa itu sendiri. Aku boleh katakan di sini, ia bergantung pada tahap pemikiran dan kematangan seseorang.

Seorang remaja yang masih muda tetapi jika matang pemikiran dan sikapnya, aku kira tidak mustahil untuk dia mencapai cinta sejati pada usia sebegitu. Cuma yang aku khuatirkan, apa yang aku nampak yang terlalu banyak terjadi di depan mata ialah fenomena seperti yang aku sebut di atas. Berkapel 2, 3 bulan kemudian kapel pula dengan orang lain. Kemudian dengan bangganya mendabik dada memanggil itu sebagai cinta sejati. Ptuihh. Janganlah menjatuhkan martabat diri sendiri sahabat-sahabatku.

Orang lain bercinta, kita pun nak bercinta. Tengok orang lain bahagia dilamun cinta, bergelak manja dengan kekasih, kita rasa cemburu. Kita juga mahu semua itu. Akibatnya, satu rasa yang menipu itu akhirnya dilayan. Satu rasa yang picisan itu diangkat darjatnya ke tempat yang lebih tinggi hanya semata-mata kerana diri ini terlalu desperate untuk merasa apa yang indahnya sangat dengan dunia percintaan. Sampaikan kita tutup mata hati kita untuk menilai ketulusan sebuah cinta. Sampaikan kita sanggup membohongi diri sendiri. Perasaan 'minat' dan 'suka' sudah tidak dipedulikan lagi. Semuanya dipukul rata menjadi satu taraf dengan sesuatu suci yang dipanggil 'cinta'. Aduh. Keterburu-buruan apakah ini. Ke ‘desperate’an apakah ini?

Ada mamat yang meminati kita, kita yang sebenarnya takdelah minat sangat pun, melayan juga perasaan itu. Tak minat pun minat-minatkan juga. Semata-mata kerana ingin mencuba. Teruja. Excited. Ada orang minat kat aku! Eiii seronoknya ada orang minat kat aku! Yay orang lain ada boyfriend sekarang aku pun dah ada boyfriend! Dan seterusnya dan seterusnya.

Perempuan lawa sikit, cun sikit, mulalah masuk jarum. Jarum tak cukup tajam, cari pula perempuan lain.

Cukup cinta kah itu? Cukup sayangkah itu?

Lelaki mengusik sikit, menjeling sikit, berdebar-debar hati kita. Teringat-ingat pula kita sambil berguling-guling di atas katil. Terus dikatakan itu rindu. Itu cinta.

Apa benarkah itu cinta? Cinta yang benar? Cinta sejati?

Aku mempunyai satu cara yang pelik untuk memastikan sama ada itu adalah cinta sejati atau sekadar satu perasaan yang menipu. Aku akan tanya pada diri aku sendiri:

Adakah aku sanggup berkahwin dengannya? Adakah aku sanggup bersama dengannya waktu susah dan senang? Adakah dia sanggup bersama aku waktu susah dan senang? Adakah aku sanggup bersama dengannya di waktu sihat dan sakit? Adakah dia sanggup bersama aku di waktu sihat dan sakit? Andai kata dia ditakdirkan lumpuh seumur hidup, adakah aku sanggup melihat dirinya yang jelik? Adakah aku sanggup memandikan dia? Menukar lampinnya yang meleleh-leleh dengan najis? Membasuh tahinya, air kencingnya, hingusnya, air liurnya? Menggosok daki-dakinya? Mengelap muntahnya yang membusuk di lantai? Menyeka air matanya yang tumpah apabila dia tidak mampu bergerak lagi?

Jika jawapannya ya, maka bagi aku, cinta sejati aku sudah datang.

Rasa gelikah? Jijikkah dengan kata-kata aku di atas? Masalahnya, kita selalu terlupa. Cinta itu indah tetapi selalu diiringi dengan pelbagai onar. Kita selalu terlupa pada kemungkinan dugaan yang akan mendatang kerana terlalu berkhayal dengan segala-galanya yang indah-indah belaka. Dan kerana itulah, kita selalu menyalah tafsirkan cinta. Bukan salah sesiapa, tetapi diri sendiri yang menipu seketul daging bernama hati. Meletakkan cinta sebaris dengan suka-suka dan nafsu.

Terus terang aku katakan, aku sendiri tidak tahu sama ada aku mampu beristiqamah seperti itu. Cakap senang, buatnya susah. Betulkah aku sanggup bersama-sama dengan lelaki yang aku cinta sampai begitu sekali? Sesungguhnya, aku tidak tahu wahai tuan. Siapa tahu pada masa hadapan aku mungkin menjadi perempuan sundal paling celaka yang pernah anda temui. Nauzubillah. Semoga dijauhkan Allah. Tapi buat masa sekarang, insyaAllah. Mudah-mudahan Allah menetapkan hati pada jalan yang baik.

Seorang sahabat pernah berkata pada aku, 'jika nak ditunggu cinta sejati benar-benar datang, alamatnya sampai bila-bila kita tidak akan dapat apa-apa'.

Masalahnya sekarang, jika perasaan itu bukanlah satu cinta yang sejati, apa relevankah kita melayan perasaan tersebut?

Jika itu hanya sekadar suka dan bukannya cinta, adakah relevan kita menyakitkan otak dan hati untuk memikirkan sesuatu yang sebenarnya langsung tidak membawa apa-apa makna?

Apa relevenkah kita membuang waktu berendam air mata menangisi terputusnya satu hubungan yang langsung tidak dibina atas dasar cinta sejati sekali pun?

Apa relevankah kita berasa khuatir jika si dia tidak membalas hasrat kita jika kita sendiri sebenarnya bukan benar-benar cinta?

Apa relevankah kita bercinta?

Aku tinggalkan tanda tanya pada kalian untuk menjawab.

Wallahualam.

nota kaki: selamat menyambung persekolahan kepada adik-adik yang masih bersekolah. belajar rajin-rajin ya.

Read more ►

Thursday, January 01, 2009

selamat datang dua ribu sembilan

0 comments
bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

selamat tahun baru 2009 diucapkan kepada diri sendiri dan juga para pembaca yang budiman. salam maal hijrah juga diucapkan walaupun telah agak terlewat melepasi tarikh yang sewajarnya. maka pada 1 Januari 2009, bermulalah satu tahun lagi menandakan beranjaknya usia yang menjadi bukti semakin hampir kita kepada kematian. mudah-mudahan dikurniakan kemudahan untuk kita meninggalkan jasad dalam keimanan.

pada tahun 2009, insyaAllah akan menjadi tahun terakhir aku di New Zealand untuk menghabiskan jurusan Kejuruteraan Mekanikal yang telah aku hadapi selama 3 tahun yang lalu. tahun ini sememangnya menimbulkan kerisauan yang agak menggusarkan pada diri aku. aku selalu rasa takut untuk menghadapi tahun terakhir. andai kata aku memiliki seorang Doraemon, ingin saja aku meminta untuk melompat ke tahun seterusnya tanpa perlu menghadapi tahun ini. tetapi tentu saja itu semua takkan berlaku. suka atau tidak, haruslah aku menguatkan diri dan cuba menjalani tahun terakhirku, insyaAllah dengan tenang sebaik mungkin. semoga dipermudahkan Allah.

aku seketika berasa sedikit jengkel dengan sambutan tahun baru Ambang 2009 yang diadakan pada malam semalam. sekadar kelemahan aku sebagai manusia biasa yang mudah berasa sinis atas sesuatu tindakan. setelah satu dunia (mungkin) dikejutkan dengan tragedi pengeboman oleh rejim Zionis di Gaza yang memusnahkan penempatan rakyat Palestin sekali gus meragut nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa, hati aku yang mudah sekali berasa jengkel tertanya-tanya apakah relevan kita di Kuala Lumpur terkinja-kinja dengan persembahan konsert menyambut tahun baru.

aku mengerti dan cuba memahami sebab di sebalik penganjuran konsert tersebut. sebagai negara yang berbilang kaum dan agama, konsert tersebut bukan sahaja semata-mata untuk masyarakat melayu, malah untuk masyarakat india dan juga cina. aku kira konsert semalam juga ada baiknya. ya, aku sendiri telah menonton konsert tersebut dari kaca televisyen. artis-artis dari sabah sarawak, dan juga artis-artis berbangsa sikh, cina, india dan tentunya melayu turut diundang untuk memeriahkan sambutan.

aku ingat semalam aku ada menonton satu simfoni yang menggabungkan bunyi-bunyian alat muzik tradisional dari pelbagai bangsa yang disatukan dalam satu gubahan muzik yang cukup merdu. apabila aku lihat melayu, cina dan india bersama-sama berdiri di atas pentas memainkan alat muzik, saling bertukar senyuman dan mengangguk kegembiraan, tertegun juga aku. buat seketika aku dapat merasakan kebenaran pada lagu kumpulan indonesia kegemaranku, Project Pop di mana 'muzik itu dapat menyatukan manusia'. entah kenapa aku dapat merasakan keikhlasan kemesraan di antara kaum semasa simfoni tersebut dipersembahkan dengan penuh semangat. malah yang datang menyaksikan konsert tersebut turut terdiri daripada pelbagai kaum juga. ya, mungkin ada yang saling bercampur dan mungkin juga tidak. tapi siapa tahu, di sebalik konsert tersebut, ada juga kemesraan yang terjalin?

tentang kemaksiatan yang timbul, itu aku tidak tahu. aku tidak nampak dengan mata kasar sendiri, maka lebih baik aku tidak mengomel apa-apa daripada pandai-pandai menabur cerca. dah tentu, lazimnya, konsert-konsert serupa itu akan diikuti oleh remaja-remaja yang mabuk, rempit dan mungkin juga seks bebas. tapi kerana aku tidak nampak, maka, wallahualam. tidak mahulah aku menuduh yang bukan-bukan. dalam pada itu, aku tidak dapat mengelak daripada menaruh harapan agar kerajaan Malaysia akan lebih sensitif terhadap penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin yang merupakan saudara seIslam kita. aku juga berharap mungkin kerajaan boleh mengambil inisiatif untuk mengutip tabung derma atau apa saja untuk disalurkan kepada mereka. mudah-mudahan dapat juga rakyat Malaysia berbuat amal.

berlalu juga tahun dua ribu lapan. pelbagai isu yang telah berlalu yang menarik perhatian aku sepanjang tahun tersebut. antaranya dah tentu isu kenaikan peratus biasiswa JPA untuk bukan bumiputera kepada 40%, cadangan pembukaan kuota sebanyak 10% kepada bukan bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM), kes liwat Anwar Ibrahim dan Saiful, 16 September yang berlalu begitu saja tanpa sebarang rombakan dalam kerajaan, Forum Memeluk Islam oleh Majlis Peguam Negara, kemenangan Barack Obama sebagai bakal President of United States, penghebahan fatwa pengharaman pengkid dan yoga, pembebasan Razak Baginda dan 'pramugara terlampau', pengakuan video seks Datuk Chua, Teresa Kok dituduh menghina azan, Raja Petra dimasukkan dalam tahanan ISA, dan banyak lagi.

peristiwa-peristiwa ini jika diteliti, ada juga keburukan dan juga kebaikannya. keburukannya sudah pasti segala keributan, chaos yang timbul berikutan dari mulut-mulut yang suka berkata bohong. kebaikan? semoga rakyat Malaysia lebih bijak berfikir dan membuat pilihan. bijak mentafsir sesuatu isu dan situasi.

kadang kala apa yang aku kesalkan ialah kewujudan segelintir golongan muda yang terlalu tidak kisah dengan segala pergolakan yang berlaku di sekeliling mereka. mereka seolah-olah hidup dalam dunia sendiri yang tidak dapat ditembus. atau lebih tepat lagi, tiada usaha untuk menembus dunia luar. kelihatannya the world revolves around them. hmm. tiada komen yang selanjutnya. harap kita semua, termasuklah aku, sama-samalah memperbaiki diri kita agar menjadi lebih baik. insyaAllah. kerana terlalu banyak kelemahan yang dapat aku kesan sebelum ini. jadi di sini juga ingin aku meminta maaf kepada anda semua jika ada sebarang kesilapan yang telah aku lakukan secara sengaja mahupun tidak sepanjang tahun 2008 ini. kerana kesilapan yang dilakukan sesama manusia ini, kepada sesama manusia jugalah selayaknya pengampunan itu dipohon selain bertaubat pada yang Maha Mengasihani.

di sini juga, i would like to declare my love and admiration towards Laksamana Sunan. if only he really exist, i would be the first one to propose to him. or maybe i would force him to marry me. and surely as a good and respectable man, he would accept me for religious sake. or else i would cling to him like hell. and i am more than willing to face any women who dare to take him away from me. you wanna fight? oh yeah. come on. bring it on bebeh.

ehem. anyway. let us just hope for the very best in the year of 2009. insyaAllah.

wallahualam.

p/s: masih berusaha memantapkan internet. tak tahu apa cara lagi yang harus dibuat ya? hmm..
Read more ►

Monday, November 10, 2008

Satu Kegilaan

12 comments
bismillahirrahmanirrahim.

assalamualaikum.

sejak akhir-akhir ini, aku semakin lemas perut melihat satu fenomena yang menguasai impulse saraf dan otak sesetengah manusia di muka bumi Malaysia. fenomena 'mengharamkan, diharamkan dan terharamkan.'

aku tidak tahu bagaimana harus aku mulakan bicara kali ini. bimbang kalau menyinggung mana-mana hati, risau jika tersalah kata dan bahasa. ahh persetankan itu semua. aku lontarkan juga apa yg tersimpan di dalam keras tempurung kepala aku.

Kisah 1: Chopstick Haram

aku sering kali dihujankan dengan isu-isu fanatik yang amat menjengkelkan luas hati dan jiwa aku ini. fanatik. fanatik itu apa ya? di sini aku beri definisi berdasarkan logik pemikiran aku sendiri, bukan definisi dari Kamus Dewan ya. fanatik itu bagi aku ialah melampau-lampau. atau terlampau-lampau. fanatik yg paling aku benci ialah fanatik yang berkaitan dengan agama. yakni fanatik tentang hukum hakam islam. hypothesis fanatik dalam konteks ini ialah:

"semakin banyak suatu benda itu diharamkan, maka semakin alimlah kita."
(Saifuddin, 2008)

satu contoh yg amat menggelegakkan darah muda aku ialah 'chopstick haram'. ya Allah, kegilaan apakah ini. ya, anda boleh lontarkan pada aku bom atom sekalipun dek mulut aku yg terlalu lancang. tapi aku tidak akan tarik balik kata-kata aku. ini adalah satu kegilaan. gila apa ini. mengharamkan chopstick semata-mata chopstick itu adalah medium memasukkan makanan ke dalam mulut yang secara tradisinya digunakan oleh 'orang kafir', yakni mereka yang berbangsa Cina. logik di sebalik pengharaman ialah, 'menyerupai amalan orang kafir.'

tidak dapat aku bayangkan bagaimana rakan-rakan aku yang baru masuk islam terketar-ketar menyuapkan nasi ke dalam mulut menggunakan tangan dek penangan chopstick itu haram!

gila betul!

apa jika kita mengharamkan itu mengharamkan ini, semakin islamikkah kita? semakin alimkah kita? ya Tuhan, sabarkanlah hati aku ini.

Kisah 2: Sekolah Haram

sekolah agenda yahudi. ini lagi satu kegilaan yang teramat-amatlah menaikkan darah aku. logik di sebalik pengharaman: percampuran antara lelaki dan perempuan. Masya Allah. point pertama: apa kena-mengena percampuran lelaki dan wanita di sekolah dengan agenda yahudi? kedua: mungkin pembawa usul ini patut hidup di sebuah planet di mana habitantnya terdiri daripada single sex; yakni lelaki sahaja mahupun perempuan sahaja.

tak perlu cakap banyak. tunjukkan pada aku di mana ayat Quran yang mengharamkan pergaulan antara lelaki dan wanita.

gila!

Kisah 3: Pengkid Haram


ini pula kisah suatu yang memang patut diharamkan tapi dibantah pengharamannya. ini memang cerita lawak ni. marilah kita ikuti bersama.

Arakian tersebutlah alkisah Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan golongan 'pengkid'. maka timbul beberapa isu di sebalik pengharaman ini:

Pertama: Definisi Pengkid

Apa itu pengkid? pengkid yang bagaimanakah patut dikategorikan sebagai haram? bagaimana pula dengan tomboy? dan lain-lain kecelaruan identiti yang sama waktu dengannya? pendek kata, apakah definisi dan spesifikasi 'pengkid' yang sebenar?

Kedua: Apa itu Fatwa

Apa itu fatwa? adakah satu undang-undang yang wajib dipatuhi oleh umat Islam SeMalaysia? atau sekadar satu hebahan hukum yang diwartakan kepada umum? bagaimanakah suatu fatwa patut dilaksanakan? bagaimana suatu fatwa patut disebarkan? apakah sebab musabab atau tujuan di sebalik sesuatu fatwa? apakah logik atau justifikasi di sebalik pewartaan sesuatu fatwa? apakah kesan sesuatu fatwa? apakah keperluan sesuatu fatwa itu diwartakan? bagaimanakah satu fatwa boleh disampaikan kepada khalayak? melalui televisionkah? radiokah? surat khabar kah? internetkah? kah kah kah?

Ketiga: Tindakan Susulan

Baiklah. Pengkid haram. kemudian? apakah tindakan susulan yang perlu diambil? langkah-langkah membendung gejala pengkid yang wajar dilaksanakan demi menyelamatkan generasi muda Malaysia? apa yang patut dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat dalam menangani masalah pengkid? apakah tanggungjawab Majlis Fatwa Kebangsaan, Badan-badan dan Jabatan-jabatan Agama Islam dalam menghadapi golongan pengkid? bagaimana pula dengan langkah pencegahan oleh pihak keluarga, sekolah, universiti? perlukah diwujudkan badan kounseling, pusat pemulihan, gerakan tarbiyah dan sebagainya?

Keempat: Campur Tangan Komuniti Bukan Islam



haa ni yang lawak ni. terima kasih encik HafizAdam atas video yang dikongsi. aku menonton video di atas dengan penuh rasa simpati. simpati dengan kebodohan tuan empunya badan yang bercakap tanpa sedikit ilmu pun tentang hukum hakam islam di dalam kepala. ini memang satu kegilaan tahap tinggi ni. bercakap tanpa tahu menahu tentang perkara yang dicakapkan. gila lah tu. bagi aku, perbuatan tak tahu tapi buat-buat tahu ini memang sangat bodoh lagi membodohkah diri sendiri. bodoh kerana tidak memenuhkan ilmu di dada sebelum membuka mulut. akhirnya mulut yang dibuka berbau longkang. longkang kerana kata-kata yang keluar itu serupa sampah. langsung tidak ada fakta melainkan kebodohan semata-mata.

aku langsung tidak kisah jika ada wakil dari komuniti bukan islam yang ingin mempersoalkan fatwa pengharaman pengkid. anda ada soalan? silakan. kemukakan soalan anda. anda ada ketidakpuasan hati? silakan. luahkan ketidakpuasan hati anda. anda ada bantahan? maka usulkan bantahan anda. usulkan sebab-musabab bantahan anda. lakukan dengan cara yang betul lagi tertib. lakukan dengan cara yang berotak.

bantahan dikemukakan kerana kita tidak bersetuju dengan sesuatu cadangan. kenapa kita tidak setuju? sebabnya harus dikemukakan. tetapi yang lebih terlebih-lebih penting lagi, adalah menjadi tanggungjawab pihak yang mengemukakan bantahan untuk meneliti terlebih dahulu sebab musabab di sebalik pelaksanaan cadangan tersebut. kemudian barulah buat keputusan untuk setuju atau tak setuju. nak bantah atau tak nak bantah.

orang islam haram makan babi. sekumpulan orang bukan islam mengadakan demonstrasi membantah pengharaman ini dengan alasan melanggar hak dan kebebasan asasi manusia. kemudian kita tanya pada mereka, 'tau tak kenapa orang islam tak boleh makan babi ni?' dijawabnya, 'entah.'

nah, siapa yang bodoh sekarang ni? mempersoalkan sesuatu yang mereka sendiri tak tahu dari mana timbulnya pokok pangkal persoalan!

disebabkan manusia-manusia ini malas nak pergi library untuk buat research sendiri berkenaan hukum hakam islam lalu mengambil keputusan untuk memalukan diri sendiri dengan melaungkan slogan picisan 'stupid fatwa everywhere', maka aku rasa di sinilah terletaknya tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memberi pencerahan. kerana mereka tidak tahu atau malas nak ambil tahu, maka aku rasa tidak adil juga untuk kita hanya melenting tetapi dalam masa yang sama duduk goyang kaki dalam pejabat pasang air-cond. adalah tanggungjawab seorang islam untuk memberi tahu kepada yang tak tahu.

maka langkah yang terbaik ialah jelaskan tentang segala-galanya yang boleh dijelaskan dengan sejelas-jelasnya hingga tiada apa lagi yang boleh diperjelaskan. gunakanlah segala-gala wadah dan medium yang ada dengan cara yang halal lagi berhikmah. jika selepas itu ada juga muka yang membantah, ada lagi yang melaungkan kata-kata biadab 'stupid fatwa everywhere' maka di sini barulah tepat aku kira untuk kategorikan isu ini di bawah tajuk 'memprovokasikan sensiviti agama'. aku tidak pernah ada apa-apa masalah dengan komuniti bukan islam. tetapi mempersoalkan tentang hukum yang termaktub di dalam Quran dan menghina suatu fatwa dengan mengatakan ia sebagai sesuatu yang 'bodoh' adalah perlakuan yang amat melampaui batasan. ini memang menghina sekaligus mencabar kewibawaan islam. kalau nak masukkan mereka dalam tahanan ISA pun dengan segala hormatnya dipersilakan.

ternyatalah isu haram, pengharaman lagi mengharamkan ini adalah satu isu yang amat berat lagi memberatkan bukan saja melibatkan umat islam, malah kaum bukan islam juga. masalah-masalah yang berikutan daripada isu-isu ini bukanlah salah agama Islam atau terletak pada kecacatcelaan hukum hakam Islam, tetapi berpunca daripada kelemahan manusia sendiri, termasuklah aku, yang serba kekurangan lagi tidak sempurna dalam segala tindakan. hasilnya wujudlah permasalahan yang tidak ada logika. merepek.

aku memang risau, kerana mentaliti yang fanatik, jumud lagi sempit adalah satu pemikiran yang langsung tidak membawa Islam ke arah kemajuan, malah merugikan dan menjatuhkan maruah islam ke tahap yang lebih-lebih rendah lagi. kenapa mentaliti yang jumud lagi fanatik sedemikian wujud? kekurangan ilmu agama? atau disebabkan pengaruh persekitaran? cara dibesarkan? pengaruh keluarga? guru? rakan-rakan sebaya? media cetak dan media elektronik? kenapa masih ada segolongan umat islam yang berpandangan serong terhadap budaya masyarakat bukan islam, baik di Malaysia mahupun dari Barat? kenapa tidak diasimilasikan yang baik dan dicampak yang tak baik? adakah setiap yang dihalalkan dalam islam adalah segala-galanya yang 'islamik' belaka?

dalam masa yang sama, aku kira ada baiknya jika badan authority agama islam supaya bertegas dalam melaksanakan hukum hakam islam. jadikan ia sebagai sebahagian daripada undang-undang rasmi negara. kuatkuasakan fatwa dan peraturan islam ke atas umat islam Malaysia. sebarkan dan laksanakan fatwa dengan cara yang terbaik. perbaiki keadaan dengan segala hikmah dan kebijaksanaan yang ada. perjelaskan fungsi dan peranan setiap badan-badan agama islam dengan terperinci, supaya setiap jabatan tahu apa yang patut dibuat, dan dapat saling bekerjasama berkhidmat untuk rakyat demi kesejahteraan bersama. para khalayak (termasuklah aku) juga harus sama-sama memainkan peranan dalam membentuk mentaliti dan sahsiah akidah yang sihat. dengan cara bagaimana? perbanyakkanlah ilmu dan amalkanlah ilmu. itulah cara yang paling asas yang dapat aku fikirkan.

wallahualam.
Read more ►
 

Copyright © Shairah Ahmad Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger