Tuesday, December 28, 2010

Mencari

0 comments
Sejak beberapa bulan yang lepas, aku bertungkus-lumus mencari wang. Berusaha dengan cara itu, cara ini, jalan itu, jalan ini. Dari itu aku sedar betapa duit itu tidak jatuh dari langit. Dengan itu aku rasakan sendiri betapa susahnya mencari duit. Betapa susahnya menghadapi makhluk bernama manusia dan satu sen itu perlu dikira.

Nabi kata, punca rezeki yang paling luas ialah berniaga. Aku yakin itu memang betul. Tapi dalam masa yang sama, ada tak sesiapa pernah katakan punca kelalaian yang paling nombor 1 juga adalah berniaga? Gila duit, gila harta. Obsesi memikirkan duit masuk, macam mana nak cari duit, macam mana nak kembangkan perniagaan, hatta dalam sembahyang. Betapa pencarian duit begitu menghanyutkan hingga membawa hati jauh dari Tuhan, jauh dari Quran, jauh dari langit.

Dan akhirnya setelah penat mencari dan mencari, akhirnya kau rasa lelah dan bila kau toleh ke belakang, kau akan sedar, it means nothing.

Nothing.

Jadi kepada manusia-manusia yang sibuk bercakap tentang wang, tentang duit, tentang idea bisnes kau yang bernas, tentang saham, untung rugi, satu saja yang boleh aku katakan.

Aku kesian sama kau.

Chow.
Read more ►

Friday, December 24, 2010

Coming Back To You

0 comments
Soothing breeze gently caressed my face through the window, while the sun rays penetrated onto my reddish skin. Haha intro macam haprak. I am sitting in my unofficial room - a room where I always sleep when I stayed at my sis's house. It feels a bit cold but I like it very much.

It is always like this; once I wrote an entry, I will continue writing another entry in a short interval, and once I don't feel like writing, I will abandon my blog for a looong time. Not just leaving it silence without words; I don't even view it or check to see if there's any comment or whatnot. In fact, I don't really care if this blog got any reader; as I always believe that a blog is a medium to express my thought, not to flaunt myself to the world. That alone explains why I never really promote my blog, or give it a frequent admin touch-ups. Sorry, blog. I know you know me well.

I'm going back to Perlis to pack up my stuff. My home. My home is in Perlis. But since I got the job in KLCC, alhamdulillah, I have to move out. And so I have to pack all my belongings and move to, perhaps, Ampang, or if it doesn't work, Putrajaya.

I've always love Perlis. I mean, yeah, it is the smallest state in the country. Some of my friends even haven't set their foot in Perlis yet. Yes it doesn't have Midvel, 1Utama, Pavillion. Yes it doesn't have any cinema. But still, Perlis is my home. And no other place feels like it.

Perlis is my home.

Not Ampang. Not Putrajaya.

And now that I kinda have to move out, like, permanently, it strikes me that I might not be coming back to Perlis again, after this.

There's a silence in my heart.

And now I feel like sitting in a coffee shop, rain drops wetting the sidewalk, and me starring out of the window, purposeless.

God, please let things run smoothly. I don't want to worry about something in the future, as it might not happen the way I think it will be. It might be not too bad. Maybe I think too much. Maybe it will be completely different. Who knows what will happened?

God knows.

God only gives the best to His servant.

I trust You.
Read more ►

Saturday, August 28, 2010

Overwhelming Presence

1 comments
Itu adalah apa yang saya rasa daripada pengalaman membaca Tafsir al-Quran.

Saya mula membaca Tafsir secara serius bermula pada tahun lepas. Terima kasih kepada saudari Aziemah Abdul Rahman aka Azie aka adik naqibah saya (ya, naqibah saya ialah seorang junior yang jauh lebih muda dari saya. Ingat ya kawan-kawan, ilmu itu tidak mengira usia hehe) yang menghadiahkan saya Tafsir comel berbalut kertas kaler pink. Saya sayang sangat Tafsir ini, harap-harap ia akan terus bersama saya sampai bila-bila.


Sebelum dapat Tafsir ini, mula-mula saya mula (apekah ayat ini?) dengan Tafsir bahasa Inggeris dulu. Best bila baca, dan senang nak rujuk kalau nak cakap pasal Quran dengan international people. Tapi baca Tafsir English ni kurang feel, ayat-ayat dia kurang menusuk kalbu haha. Dan ada juga certain ayat yang kita tak dapat tangkap maksudnya dengan mendalam berbanding kalau baca Tafsir bahasa Melayu. Biasa la, kan orang kata, ayat-ayat Quran ni surat cinta dari Allah. Jadi kena la baca dalam bahasa ibunda, baru tangkap jiwang bro, haha.

Oleh sebab itu, saya baca Tafsir pun sekadar baca je la. Baca lepas tu angguk-angguk, "oooo" lepas tu bertahan la dalam 2 hari lepas tu lupa. Ada jugak orang yang baca main-main macam ni kan. Saya la tu orangnya. Haihh.

Lepas dah dapat Tafsir ni, saya pun bersemangat nak baca secara serius. Mentang-mentang la kaler dia pink, haha. Baca secara serius (kalau saya la), macam ni:

  • Sediakan bahan-bahan seperti dalam gambar di bawah: Tafsir, pen, penanda kaler-kaler tuh (lupa pulak apa nama dia, adoi), highlighter, laptop/komputer berinternet sebijik (kalau takde laptop pun takpe, jangan tensi, tapi kalau ada lagi senang nak google apa-apa yang kita rasa nak further info)
Tafsir pink, laptop pink, cadar pink. Oops terkantoi wallpaper laptop gambar jejaka Korea di situ. Haha.

  • Mulakan baca Tafsir dengan Bismillah (standard procedure)

  • Baca dan fahamkan. Cuba fahamkan dengan mendalam, kalau tak berapa faham, Google atau rujuk mana-mana kitab lain yang berkaitan yang kita ada. Dalam masa yang sama, cuba relate ayat-ayat tu dengan kehidupan harian kita - dengan apa yang kita fikir, kita buat, etc.

  • Warning: Kalau nak google tu, make sure website yang kita rujuk tu adalah website yang BENAR ye kawan-kawan, jangan termasuk website yang sesat pulak. Dan dalam proses memahamkan tu jugak, jangan la sampai pening-pening. Kalau tak berapa faham jugak , tinggalkan dulu, baca ayat lain pulak. Jangan sampai kita pandai-pandai menafsir sendiri, bahaya tu.

  • Mana-mana point penting atau point menarik yang kita suka atau rasa macam nak rujuk in the future, tanda dengan penanda kaler-kaler tu (kalau nak highlight dengan highlighter pun boleh). Tulis la kat tepi kat atas penanda tu, ayat yang kita tanda ni pasal ape sebenarnye. Nanti bila-bila nak refer, senang nak cari, rujuk je kat penanda tepi-tepi tu, dengan pantasnye boleh jumpa ayat yang kita nak tu.

  • Selalu la jugak buat revision, supaya kita ingat balik benda-benda yang kita baca.

Tafsir ni kalau nak dibaca secara 'santai' pun boleh jugak, tak semestinya kena baca dengan serius. Sambil-sambil baring atas katil sementara nak tunggu mata terlelap tu, boleh je baca Tafsir jap. Tak pun letak je Tafsir tu dalam beg, sambil-sambil tunggu LRT ke bas ke bole la bukak baca jap. Baca macam tu saje pun takpe, tak perlu tanda-tanda dengan pen pun takpe.

Nak baca Tafsir ni jangan la sampai kita rasa leceh atau terbeban pulak, rileks-rileks sudeyh. Saya sendiri pun baca Tafsir ni ikut situasi; kalau ada masa lapang lebih sikit, saya baca cara serius. Kalau rasa macam nak rileks-rileks, nak tenangkan hati, nak baca sambil-sambil, saya bukak Tafsir dan baca direct macam tu je. Senang saje kawan-kawan.


Pendapat saya bila baca Tafsir:


Sebelum ni bila baca Tafsir english, rasa macam 'wow' la jugak tapi kesan dia tak 'kebabom' sangat. Tapi bila baca Tafsir bahasa melayu ni, baru la betul-betul BACA dan betul-betul faham. Masa tu baru betul-betul fikir dengan mendalam maksud sesuatu ayat tu, dan cuba relate dengan kehidupan diri sendiri. Bila saya baca, rasa macam 'ya Allah, banyak gile bende dalam ni.' Rasa macam semua benda pun penting, takde benda yang tak penting dalam tu. Semua ayat pun ada maksud yang mendalam yang boleh relate dengan diri. Ada sangat banyak kisah dalam tu yang saya tak pernah tau sebelum ni, sampai bila baca tu rasa sangat overwhelmed, macam, "Whew!" haa macam tu la.

Jadi cuba la baca Tafsir, memang best. Pilih la Tafsir dalam mana-mana bahasa yang anda suka; bahasa Melayu ke English ke Chinese ke Tamil, yang penting faham. Beli dari kedai yang bertauliah ye. Baca la dengan mana-mana method yang sesuai dengan jiwa kita; cara santai ke serius ke atau dua-dua sekali bergantung pada masa. Yang penting cuba baca dulu, belum cuba belum tauuu~ =P


Read more ►

Tuesday, August 24, 2010

Adakah Anda Syok Sendiri? Cuba Try Test Tengok!

0 comments
Nak tahu sama ada anda mempunyai sindrom syok sendiri di Facebook/Friendster/Twitter/Myspace/Blogger dan sebagainya? Haa cuba buat ujian ringkas ni (rileks ye jangan cuak, anda cuma perlu memilih Ya/Tidak je hehe)

Soalannya ialah....
  1. Adakah anda meng'upload' gambar di Facebook dengan harapan ada orang yang 'komen' gambar anda? (Ya/Tidak)
  2. Adakah komen-komen di Facebook/Twitter mempengaruhi mood anda? (Ya/ Tidak)
  3. Adakah anda berasa tak best/kecewa/ malu/ terabai jika tiada siapa yang 'komen' status Facebook anda? (Ya/ Tidak)
  4. Adakah anda kisah berapa orang 'kawan' yang anda ada di Facebook? (Ya/ Tidak)
  5. Adakah anda membanding-bandingkan jumlah 'kawan' anda dan 'kawan' kawan anda di Facebook/ Myspace? (Ya/ Tidak)
  6. Adakah anda membandingkan jumlah pelawat (visitor) atau 'number of hits' di blog anda dengan blog kawan anda? (Ya/ Tidak)
Jika anda menjawab 'Ya' sebanyak 2 kali atau lebih, maka anda mempunyai sindrom syok sendiri!

Ape kebende sebenarnya sindrom syok sendiri ni? Wujud ke?

Ya, memang wujud. Nama sindrom ni ialah Narcissism. Nak dipendekkan cerita, sindrom ni bermaksud:

"Seseorang yang terlebih yakin dengan diri sendiri; di mana dia mungkin 'overestimate' (terlebih ukur) kebolehan diri sendiri, atau dengan kata lain, anda terlalu admire diri sendiri (atau dalam bentuk yang lebih senang difahami, lu memang perasan bagus)."

Asal-usul istilah 'Narcissism' ni menarik jugak sebenarnya. Pada suatu hari, ketika angin sedang bertiup sepoi-sepoi bahasa, di kalangan bangsa Greek, tersebutlah lagenda seorang arjuna yang sedang mencari cinta bernama Narcissus. Ewah. Dalam dia tengah mengembara, seorang dewi yang jelita bernama Echo telah jatuh cinta pada dia. Tapi boleh pulak dia reject. Biasa la kan, kata perasan bagus. Dia terus mengembara dan mengembara dan mencari dan mencari lagi. Sampai la suatu hari dia ternampak bayang-bayang diri dia sendiri dalam air. Dia jatuh cinta dengan bayang-bayang dirinya sendiri (what the heck?) lalu terus-menerus merenung bayang-bayang tu sampai la dia reput kat situ (mati la maksudnya).


Walaupun bunyi macam tragik, sadis, 'apa punya mamat daa' dan lain-lain, ada banyak persoalan di sebalik cerita ni. Antaranya, self-admiration (contoh ayat: 'awek cun in the house~ muah muahh') dan menunjukkan bagaimana sindrom terlalu obsess dengan diri sendiri ni boleh mempengaruhi hubungan anda dengan orang lain (contohnya mamat Narcissus tu, boleh pulak dia reject dewi jelita kebabom macam Echo tu. Haihh). Dan sekarang dalam dunia serba canggih ni, lagenda ni boleh jadi realiti!

Perasan tak, sebelum ni kan, takde la kita macam senang-senang sangat nak bagitau orang apa yang kita buat hari-hari, tambah-tambah kat khalayak ramai. Pernah tak korang naik atas pentas masa perhimpunan sekolah pagi-pagi tu, pastu tiba-tiba jerit, 'Weh! Tadi pagi aku makan nasik goreng!' (Kecuali anda memang suka dibaling dengan selipar). Tapi dengan teknologi sekarang, tiba-tiba je kita nak bagitau semua benda kat semua orang (termasuk la yang remeh-temeh yang takde orang nak tahu pun). Contohnya, sekarang kita boleh update status kita kat Facebook, 'Pagi tadi saya tak sempat mandi, so saya gi kelas tak mandi, haha!' Benda macam ni adalah benda yang kita takkan sanggup bagitau kat dalam kelas kat semuaaaaaaa orang (ya termasuk lelaki/ gadis idaman anda) di alam realiti, tapi di alam maya, hah klik je dah satu dunia tau kau tak mandi pagi.

Sebenarnya sifat nak 'menarik perhatian' orang ni tak salah sebenarnya. Yelah biasa la kan, semua orang pun nak diberi perhatian, normal la tu. Tapi bila kita 'perlu dan mesti diberi perhatian', dan bila tak dapat 'perhatian' yang dikehendaki kita mula rasa marah, tak puas hati, bad mood, haa, itu agak BAHAYA.

Bila kita luangkan banyak masa untuk 'menarik perhatian', sebab bila 'perhatian berjaya ditarik' itu buat kita rasa bangga, confident dengan diri, menaikkan 'self-esteem', sebenarnya kita ada sedikit problem dengan diri sendiri. Masalahnya, habit tersebut menunjukkan yang kita sedang me'maksimum'kan ke'obsess'an kita dengan diri sendiri, which is tak bagus. Terlalu bergantung kepada orang luar untuk berasa dihargai, diberi perhatian adalah tak sihat. Lagi tak sihat, bila rasa bangga diri mula dipupuk, rasa 'owh aku memang bagus' semakin tinggi, maka memang ada masalah di situ.


Bukannya semua pengguna Facebook ada masalah macam ni. Walaupun ada yang update status Facebook kerap-kerap, publish gambar banyak-banyak, ada jugak yang bukannya berniat nak perasan bagus atau nak tarik perhatian. Ada jugak yang memang bukak akaun Facebook/Myspace semata-mata untuk 'keep in touch' dengan kawan-kawan, just nak tengok apa update kawan-kawan yang jauh dari kita. Bukanlah semuanya patut dilabel sebagai 'syok sendiri'.

Tapi dalam masa yang sama, sindrom 'syok sendiri' ni pun bukan satu isu yang boleh dipandang remeh. Cuba bayangkan, apa akan jadi pada masyarakat yang 'obsess' dengan diri sendiri, asyik sibuk dan peduli pasal diri sendiri, tak peduli pasal orang lain dan mengukur populariti diri dia bergantung pada komen-komen kawan di status Facebook? Masyarakat akan dimanfaatkan oleh orang yang confident, tapi orang yang terlebih confident lagi perasan bagus takkan membantu perkembangan masyarakat pun!

Tak perlu risau, tak perlu la sampai tahap nak delete akaun Facebook, cuma perlu kawal diri je. Gunakan Facebook/Myspace etc setakat yang perlu sahaja, tak perlu memuji memuja diri sendiri di Facebook. Moh pakat-pakat muhasabah diri moh, termasuk la diri saya yang tengah berleter nih!

The most important thing is, be yourself, jangan pura-pura dan jadi orang lain di internet. Kalau rasa macam internet ni dah menggangu hidup sosial kita dengan orang sekeliling di alam realiti, tutup kejap laptop tu! Pegi la tolong mak kat dapur ke, keluar main futsal ke, sembahyang jemaah kat masjid ke. Enjoy life sikit bro, jangan tercegat kat depan laptop je 24 hours!

Wallahualam~
Read more ►

Wednesday, September 17, 2008

"dah memang bodoh..nak buat macam mana..."

8 comments
kata-kata itu acap kali aku dengar apabila aku dan rakan-rakan lain memberi sedikit teguran kepada sahabat-sahabat lain yang ada sedikit tersilap dalam kerja mereka atau tindakan mereka. tak kiralah dari segi apa pun; keagamaan mahupun perkara duniawi.

aku tidak marah dihamburkan dengan kata-kata demikian. walaupun sering kali kata-kata ini akan disertai dengan mata yang menjeling tajam, bibir yang muncung dan muka yang mencebik. macam satu pakej pula. tapi aku tidak marah. sebaliknya aku kasihan pada insan yang mempunyai mentaliti seperti ini.

pada mulanya aku beranggapan mungkin itu salah aku yang tidak pandai menegur. mungkin aku ada terkasar bahasa, mungkin aku ada tersilap cakap di mana-mana. tetapi apabila melihat peristiwa serupa ini bukan saja dialami oleh aku tapi jua rakan-rakan aku yang lemah lembut lagi gemalai bak helaian sutera, maka ini telah menimbulkan kegusaran dan kerisauan dalam hati dan akal aku ini.

kenapa begini?

aku faham benar, perempuan ni memang cepat merajuk. cepat terasa. cepat kecik hati. walaupun aku ini perempuan, terkadang aku memang tak bley blah juga dengan sikap seperti ini. kenapa perlu ada kecil hati bila bercakap tentang ilmu? kenapa perlu emosional bila bercakap tentang fakta?

ini bukan saja benar untuk perempuan, yang lelaki pun ada juga yang begitu. cuma reaksinya lain pula. kalau yang perempuan biasanya akan tarik muka masam 44, yang lelaki pula selalunya ini yang diucapkan, "ala tu pun nak kecoh!"

fenomena ini selalu saja aku saksikan dan alami sendiri. selalu pula ia melibatkan remaja-remaja melayu yang beragama islam. sudah tentu ada saja 'black sheep' dari bangsa-bangsa lain yang mungkin bersikap seperti ini, tetapi di sini aku mahu fokus pada remaja ISLAM sahaja. kerana disebabkan mereka ini orang ISLAM lah yang membuatkan aku berasa amat jengkel dan gusar.

gusar aku gusar.

kenapa mesti ada sikap tidak peduli?

tiada manusia yang dilahirkan bodoh dalam dunia ini. tahap kecerdasan IQ berbeza mungkin, tetapi akal itu boleh diasah menjadi tajam. tidak ada manusia yang dilahirkan bodoh dan menjadi bodoh sepanjang hayatnya sampai mati!

aku sendiri bukanlah tahu semua benda. ada banyak sangat perkara yang masih perlu diteliti, masih perlu dipelajari. jika ada salah, silakan, tegurlah aku dengan berhemah. kalau tak berhemah pun, insyaAllah akan aku terima. kerana kita selalu tak nampak kesalahan diri, jadi teguran membina inilah yang dapat membantu kita membaiki diri.

tak salah aku, Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, "sesungguhnya manusia yang paling rugi dalam dunia ini adalah manusia yang tahu dia mempunyai kekurangan tetapi tidak mahu membaiki kekurangannya itu."

kalau tak tahu, belajarlah. kalau salah, betulkan lah. kenapa mesti ada cakap-cakap yang tidak berguna seperti, "ala kami ni memang dah bodoh..nak buat macam mana..."

kata-kata yang lebih kasar dari aku (hanya dinyatakan di sini tetapi tidak pernah diucapkan di alam realiti), "kalau dah tahu bodoh, berusahalah untuk jadi pandai!"

kenapa aku gusar dengan fenomena seperti ini?

ini bukan perkara baru. selalu saja di sekolah-sekolah hatta universiti sekali pun, akan ada golongan seperti ini. tetapi aku gusar kerana sikap sebegini tidak akan bawa kita ke mana. lebih penting lagi, sikap ini tidak membawa umat islam ke mana-mana.

keegoan, menganggap orang lain perasan bagus atau nak tunjuk hebat tidak akan membuatkan kita jadi lebih baik dari orang itu. aku gusar, kerana sikap serupa ini menyekat perkembangan ilmu sekali gus memundurkan umat islam itu sendiri!

eh eh, takkan lah sebegitu besar kesannya?

aku kata, ya.

sikap ini hanya membuatkan kita tak ambil pusing dengan teguran yang diberi. akibatnya, tiada kemajuan yang dicapai, tiada proses naik-taraf yang berlaku. kita masih lagi di situ; dengan segala kesilapan, dengan segala kesalahan dan lebih kasar lagi, dengan segala kebodohan; tidak berganjak ke mana-mana hatta seinci.

kita terus di takuk lama!

agaknya kejam sangatkah jika aku kata inilah yang dimaksudkan dengan 'bodoh sombong'? sudahlah bodoh, sombong pula. diberi nasihat dicampakkan pula ke tepi seolah-olah dia tak punya apa-apa yang perlu dibaiki.

yang lebih membuatkan aku gusar ialah apabila keluar pula kata-kata hikmat seperti, "ala..tau la dia budak oversea..kita ni sape la.."

sekali lagi, aku tidak marah. cuma hairan. apa kena mengena point-point aku dengan aku belajar di mana?

bila bercakap tentang sesuatu isu dengan sesiapa sekali pun, aku tidak pernah kisah hamba Allah yang dibawa bercakap itu belajar di mana. kenapa sesetengah manusia perlu kisah pula tentang tempat aku belajar?

tak payah cakap di luar, di iluvislam pun dah cukup. dah berapa kali aku diserang dengan kata-kata sedemikian. "ye la saye ni budak kampung je..bukannya student oversea mcm saudari.." "ye la sye ni budak kukum je..bukannye budak new zealand mcm die tu.."

apa kena mengena semua ini?

satu 'tuduhan' dari aku, 'adakah anda sudah kekeringan idea lalu mula mengalih topik kepada tempat saya belajar? dan apa kena mengena semua ini dengan isu yang dibincangkan?'

jika tuduhan ini tidak benar, maka buktikan pada aku. nyatakan idea-idea anda tanpa perlu kisah tentang aku belajar di new zealand, di zimbabwe, antartica atau planet pluto sekali pun!

terkadang tersenyum sendiri aku membaca kata-kata mereka yang mengaku diri sebagai orang kampung ini. untuk mengelakkan diri daripada bersangka buruk dan membuat fitnah, maka aku andaikan saja mereka yang berkata ini memang asalnya orang kampung pun.

teringin pula aku nak tengok kampung mereka. agaknya rupanya macam taman perumahan atau rumah papan betul-betul di tepi sawah macam rumah aku? haha.

terus terang aku mengaku; aku ini bodoh. dah tentulah bodoh. sedangkan sepandai-pandai manusia dalam dunia ini pun ilmunya hanyalah bagaikan setitis air daripada selautan ilmu milik Allah. inikan pula aku yang sengal lagi sangap ini.

tetapi sekurang-kurangnya, tak perlulah jadi sombong!

tidak malukah kita kepada Allah, menolak ilmu dari orang lain seolah-olah ilmu kita itu sudah cukup banyak lagi melimpah ruah?

tidak malukah kita pada Imam Shafie yang telah betah menghafaz Quran sejak berumur 6 tahun? kita ini yang baca Quran pun terketar-ketar, ada hati pula memalingkan muka pada orang yang memberi teguran pada kita?

alamak, cermin lah diri dulu wahai tuan!

buangkanlah sikap cepat kecik hati, cepat terasa ini dalam proses mencari ilmu. dalam situasi remaja islam yang semacam nazak ini (di Malaysia), ini bukan masanya lagi untuk bersikap kebudak-budakan seperti ini. tiada siapa yang ada masa nak memujuk kita. kerana ketika kita; umat islam; sedang merajuk dan mencebikkan muka, bangsa-bangsa lain sudah jauh meninggalkan kita di belakang.

sesungguhnya tiada siapa yang boleh mengubah diri kita jika kita sendiri tidak mengubahnya!

p/s: maafkan segala kekasaran bahasa dalam entri ini.

wallahualam
Read more ►

Friday, August 29, 2008

of underground, nasyid and foreign language

0 comments
assalamualaikum.

i just finished watching Dae Jang Geum aka Jewel in The Palace last week. i happened to like the ending song of this drama. the song is classic (classic in the korean way. wait, what am i saying? ok let's put it this way. it is somewhat traditional..like the 'canggung' or the 'makyong' but in korean version. something like that).

i dont know the title of the song, but the lyrics are superb. i think i read somewhere that this song is actually a poem. patut la, the lyrics are indeed beautifully composed.

i dont remember exactly all the lyrics, but it sounds something like this:

i dont know when was my love lady had gone

i dont know when was my love lady returned

i fly with the wind but i still cant find you

this shouldnt be happening

my love lady, if you're not coming back

please take me away with you...

there are a lot of good songs out there, whether in japanese, korean, chinese, english, france, russian or whatever.

hence, i dont understand why would some people saying something like, 'alah buat ape dengar lagu orang kafir ni. dengar nasyid lagi bagus.'

i understand that nasyid is good. full of messages and a way to preach to people. but, why does it MUST be nasyid?

is it wrong to hear other songs than nasyid? good song doesnt necessarily means it has to be nasyid, it has to be about theology, it has to be about God and all. a good song is GOOD, doesnt matter in what language or what genre. even an underground piece could be a good song as well. despite of all the 'jerit2' and 'terpekik terlolong'.

what's wrong with other song, which might not contained any word of 'Allah' or 'Rasul', but at the same time, it still has some good values in it?

people always use the same old reasoning, 'dengar lagu bukan nasyid ni lagho. melalaikan. buat kita lupa pada Allah.'

i would smile to myself when i heard that.

good song with good message would educate people with good advice. how would such song make us forget about Allah? why, because it is not from raihan or rabbani? because the instrument is not rebana or kompang but rather piano, drum and guitar?

how should a song being categorized? how should one set a standard to a song?

it is for sure an individual decision and perspective.

wallahualam.

p/s: i rather listen to kopratasa 'permata buat isteriku' rather than 'kasih kekasih' by inteam. it made me feel like throwing up. uwekkss.
Read more ►
 

Copyright © Shairah Ahmad Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger