Thursday, July 10, 2008

no more sirap kenduri

1 comments
assalamualaikum

aku xtahu andai kata aku seorang saja yg berperasaan sebegini, tpi sunggoh, bagi aku, sirap kenduri kawen luar biasa benar kesedapannya. adakah sebab sirap tersebut dibancuh menggunakan air paip? haha. dan begitu juga dgn bunga telur. rasa telur rebus yg direbus sendiri untuk mengisi perut semacam laen rasanye dri telur rebus yg diperoleh dari kenduri kawen. kata makcik ku, itulah berkat mendirikan masjid namanye. yeke?


pulang ke malaysia, sebenarnya bnyk isu dan peristiwa panas yg berlaku. kes liwat anwar ibrahim, protes kenaikan harga minyak yg berakhir dgn peristiwa penyanyi londeh seluar tunjukkan punggung dan bermacam2 lagi. rasa nak tergelak, rasa diperbodohkan pon ada. kenapa malaysia selalu benar dihidangkan dgn berita2 yg kurang akal seperti ini?

kadang2 orang kata, orang yg tidak berpendirian itulah yg paling bodoh dan malang. kerana dirinya tersepit di tengah2, tak berkata ya dan tak juga berkata tidak. tak mengangguk, tak menggeleng. tak bersetuju, tak juga membantah. tak menyokong, tak juga membangkang. dan bermacam2 tak dan tak lagi.

aku adalah salah seorang yg jatuh di dalam kategori orang yg 'malang' itu. ya, aku tidak berpendirian dan tidak menyebelahi sesiapa. kerana aku tidak tahu, siapa yg bersalah sebenarnya. banyak sungguh spekulasi yg ditimbul dan diprovokasikan.

'adakah anwar benar2 bersalah atau tidak?'

'mana ada..tu semua fitnah!'

'logik ke, dua kali kene tuduh liwat? kalo ye pon nak aniaya orang gune la crite laen!'

'ye..anwar salah...tak baca blog che det ke?'

aku tidak berpendirian. kerana aku sungguh tidak tahu wahai tuan. kerana politik malaysia ini terlalu kotor. lebeh kotor lagi dari kasut sport aku yg tidak dibasuh hampir sebulan itu.

pernah dengar tak lagu 'i dont wanna miss a thing', yg menjadi soundtrack filem Armageddon? ya Tuhan, andai kata anda tak pernah mendengarnya..ok lah malas aku nak komen.

lagu ini mengikut kata kakak aku, adalah tema mereka. lagu tema mereka. tema apa aku sendiri tak pasti. tema percintaan mereka agaknya. oleh sebab terlalu kerap kakakku berulang2 kali menyanyikan lagu ini, aku sendiri udah terkena sampuk, lagu ini bagaikan terngiang2 di telingaku walaupun aku sedang berada di bumi christchurch yg tiba2 ku rasakan amat sejuk lagi menyejukkan ini.

kadang kala aku terfikir, bagaimana seseorang itu boleh mengambil keputusan untuk berkahwin? jika bertanya tentang relevan perkahwinan, mudah saja kita menjawab. dari segi agamanya, untuk mengelakkan maksiat, untuk membina masjid, menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan dan memenuhi fitrah manusia yg semula jadi. meramaikan lagi bilangan umat islam dengan kelahiran zuriat. tetapi aku secara jujurnya merasakan, mengambil keputusan utk berkahwin adalah sesuatu yg 'magik'.

aku pernah bertanya kepada mamaku, kenapa mama kawen? kenapa mama nak anak? mama tak rase ke anak (termasuk diri aku) itu menyusahkan?

mama aku hanya tergelak kecil dan menggeleng2kan kepala. abahku yg tumpang mendengar turut ketawa. abahku berkata, 'tahu tak..perasaan ada anak ni satu benda yg takde gantinya dlm dunia ni.'

masa itu aku darjah empat rasanya. kurang faham apa maksud abah aku. actually, sampai hari ini pun aku maseh tidak faham. mungkin kerana aku maseh belum berkahwin dan belum mempunyai anak.

satu soalan yg sering timbul di fikiranku ialah, 'tidak bosankah?'

aku ambil contoh kakak aku. berkapel sejak tingkatan 2 dgn orang yg sama, sampailah mencecah umur 27 tahun, dan berkahwin pula dgn orang yg sama, dan akan menghabiskan sepanjang hayatnya dgn orang yg sama juga!

tidak bosankah? masyaAllah, aku menatap henpon yg baru aku beli hujung tahun lepas ini pun dah mula rasa bosan, apatah lagi cinta yg dah berbelas2 tahun, dan sekarang masuk fasa sepanjang hayat pula!

kata2 itu yg aku lontarkan kpd kakak aku, dan dia menjawab, 'hang ni bodo ka apa? nama ja engineer tpi sghupa tak skolah.'

ya, mula2 begitulah jawapannya. kemudian dia menyambung lagi,

'itu semua sebab cinta lah. kalo cinta tak bosan lah.'

jawapan kali ini lebih menjawab persoalan. ringkas saja, tapi aku mengerutkan kening.

sebab cinta, maka tidak bosan.

yakah?

kenapa aku kata mengambil keputusan utk berkahwin itu sesuatu yg magik?

kerana ia adalah seperti sengaja mencari masalah. takde masalah, nak cari masalah. takde keje, nak cari keje. takde tanggungjwb, nak cari tanggungjwb.

pelik bukan? manusia selalu merungut dan kadang2 hilang sabar dgn beban semasa belajar, bekerja, hutang dan lain2.

tetapi kenapa manusia dgn senang hatinya ingin mencari kerja, masalah dan tanggungjwb dgn berkahwin?kalau tak kahwin, bukankah mudah hidup. tak ada masalah dan tanggungjwb.

bukan saja berkahwin, tetapi bagi aku, menemui pasangan atau soulmate juga adalah salah satu perkara yg sgt magik.

magik tak, apabila anda suka pada seseorang, dan tiba2 si dia juga mempunya perasaan suka yg sama pada anda?

bagi aku itu mmg sangat magik lagi ajaib. bagaimana kita boleh jatuh cinta pada orang yg juga jatuh cinta pada kita? mcm tau2 je. mcm secara tak sengaja, tepat pulak sasarannya.

kerana bagi aku, bukan semua orang se'bertuah' itu. ada yang tidak suka pada orang yg suka pada dia, dan ada juga yg suka pada orang yg tidak suka pada dia.

jadi perasaan saling mencintai itu bagi aku, sangat bermakna dan ajaib.

maka kerana bukan mudah nak memperoleh keajaiban itu, ia diakhiri dgn sebuah ikatan yg berlandaskan syarak yakni perkahwinan.

kadang2 aku rasa sedih juga, dgn orang yg tidak menghargai keajaiban ini. aku sebenarnya tidak faham, bagaimana kadang2 manusia ini mudah benar jatuh cinta. seolah2 keajaiban ini baginya satu benda yg langsung tak ajaib. bukan saja tak ajaib, ia adalah satu permainan pula. senang2 saja suka orang ini, rasa tak sesuai sikit, clash. suka pula pada orang itu, rase tak sesuai sikit, clash. dan seterusnya dan seterusnya. ya Tuhan, murah sungguh harga sebuah perasaan yg ajaib itu. ingin sekali aku tanya orang sebegini, bagaimana ya dgn mudah sekali ia jatuh cinta, berkali2 dlm masa yg sungguh singkat pula?

ada juga yg tidak menghargai keajaiban ini dgn cara yg lain pula. Allah sudah kurniakan keajaiban bertemu pasangan yg juga menyayangi seadanya, dicemarkan pula dgn perbuatan sumbang yg tidak menyumbang apa2 faedah pada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara. wahai tuan, kenapa mudah benar tuan tidak hargai keajaiban yg Allah anugerahkan dgn melakukan perbuatan yg tidak direhaiNya?

pelik sungguh ya manusia ini.

apa2 pun, sirap kenduri kawen best.

aku sebenarnye domam ni. asyik bertukar2 angin dan cuaca. sampai saja ke bumi christchurch, masyaAllah, aku rasakan sangat sejuk bangat la pulak. biar benar christchurch sesejuk ini. terus pening2 lalu meleleh2 hingus aku.

ok chow. nak tido. wallahualam.




Read more ►

Wednesday, May 21, 2008

i dont see what anyone can see in anyone else,but you.

3 comments
assalamualaikum dan salam sejahtera.

wah mcm pembaca berita.

anyway.

ade yg bertnya,kenape aku jarang2 post psl cinta?

erm,ade.rujuk post 'first love'.

tpi aku mmg agak jarang berbicara psl chenta nih.

why eh?

haha.sonang sajo.pasal aku tak becinta la.harharhar.

tpi ade gak yg bertnye...since aku x stuju ngan statement 'kapel itu haram', means sumhow aku membenarkan kapel dlm islam.so ape mksud kapel dlm islam?

hmm....cmni la.aku tak stuju dlm menjatuhkan hukum couple tu haram, tpi tu x bermakna aku stuju dgn konsep 'couple'. suke kalo aku katekan, istilah couple ni x wujud pon dlm islam. tunang ade.

ni cume pendapat personal aku....bukan hujah or hukum or watever eh.

aku actually lebeh prefer konsep 'couple tpi x couple.'

haha.menatang apekah itu.

aku slalu came across forum2 sperti, cmne nak lawan prasaan cinta?cmne nak elakkan diri dri suke kat seseorang?

bagi aku la kan, bwat ape nak elak.kalo dh ske kat somebody tu,biar je la.perasaan suke tu mmg fitrah pon.normal la tuh. nama pon manusia bukannye beskal.

yg penting camne nak kawal.

sebab cinta yg x terkawal ni la yg bwk kpd maksiat, depression, suicide dan kawasan2 yg sewaktu dengannya.

hmm. aku slalu wonder.kenapa bile kite suke kat sesowang, kite mesti kapel ngan die?

kalo x kapel xleh ke?

situation yg typical di kalangan remaja ialah, bile sesowang tuh dh mula berbunga2 hati dan prasaan pd seseoang yg len, maka akan bermula episod2 SMS yg tak putus2, chatting yg x ghenti2, pergayutan yg tak abes2.

bercakap pon mulalah jadik manja semacam, romantik semacam. laki yg x gentleman pon bleh jadik gentleman. pompuan yg x lemah lembut pon leh jadik lemah lembut.

persoalannye kat sini, perlu ke?

kenape bile ade perasaan suke, kite slalu ade tendency ntuk berbalas SMS, walopun psl bende2 paling bongok dlm dunia, sperti, 'awak awak, awak rase, ketam ade telinga tak?'

'saye pun x taww la awak...awak rase??'

aku slalu wonder. kalo x SMS, dudok je senyap2, x bley ke?

maka tak akan timbul perkara2 yg menghampiri zina.

dan kenapa gak kalo kite confess, 'awak...sye suke kat awak...'

'emm...saye pon..'

'awak...jom couple nak?'

err. aku x tau ape ayat yg slalu digunakan ntuk declare. since aku tak penah couple spanjang aku hidup ni. mayb ayat yg lebeh romantik dari contoh di atas. but u get my point.

aku slalu wonder.kenape kene couple? kalo suke, confess, tapi tak couple, bleh x?

lalu aku cube berfikir dri perspective seorang perempuan.

bagi aku, normal kalo seseorang perempuan prefer couple, sebab perempuan suka pd sesuatu yg secure. declare ntuk 'couple' memberikan satu 'sense of secure' bg seseorang pompuan tu. kirenye die rase secure, konpem la mamat ni nak kat aku. dan perempuan gak suke dilayan. so bile dah kapel, slalunye si mamat akan melayan si awek dgn care yg manis lagi romantik. disayangi bagai menatang minyak yg penoh. pompuan mane tak suke. dan pompuan gak suke dengan rase di'protect' dan di'concern' oleh si mamat. err. aku rase kebanyakan pompuan cmtu la.

dri perspective laki lak...hmm x bape sure, since aku bukan laki. tpi aku rase, emm sbb nak rase secure gak kot...in the sense of 'jangan kaco minah ni, ni awek aku.' cmtu la kot lebey kurang. dan laki slalunye rase best kalo dpt protect orang yg die ske. diorg suke kalo pompuan tu jadikan die sumber reference ntuk mintak pendapat, or ape2 pertolongan, hatta tolong tukar mentol lampu yg dah sewel skali pon.aku rase, laki suke dgn rase 'superior' and 'possesive' ni. aku agak la.

so, sumhow, aku mcm nampak logik di sebalik declare nih.

of coz, kite bukan tau kalo kite declare ngn die pon, konpem ke x die akan setia ngan kite. bleh je kalo die nak cari oang len kan, regardless of declare or x. tpi, kawan aku penah cakap, at least bile dh kapel ni, die mcm satu usaha ntuk 'mencegah drpd orang yg disukai dirampas orang len'. 'salah ke kalo brusaha?' camtu le claim kawan aku nih.

erm, aku rase cam agak logik reasoning die.

tpi looking at this thing from religious view, erm...kapel cenderung ke arah maksiat.

agak aa.

rasenye, itu mmg xleh deny kot.

so, ni adelah ape yg aku pikir pasal bende nih.

1) kalo suke kat sesowang, tak perlu gatal2 dok SMS, chatting dan sebagainya. dok umah senyap2.

2) walopun tak SMS bende2 yg tak perlu, rasenye macam ok gak kalo nak confess. err, rasenye bende ni kalo simpan lama2 bley meletop gak nih. so xyah merepek bende2 bodoh, confess jeh.

3) kalo si dia pon suke kat kite, then orite la. tunggu je la satu sama lain. sambil2 tunggu tu, pandai2 la jaga feeling tu, jangan sampai hilang. bile dah sampai masanya, kawin. rasenye tak yah couple pon xpe kan? kalo couple pon sama gak la dgn tunggu. bukannye kalo couple mksudnye kite dah kawen or bleh cepat2 kawen. still kene tunggu mase yg sesuai, srupa mcm yg tak kapel nih. since kapel dan x kapel = tunggu mase yg seswai sblom kawen, bleh je kalo x kapel kan?

4) nak kapel gak?hmm...since aku rase aku bley trima reason nakkan 'sense of secure' tu, hmm aku rase ok je kot. TAPI...kene pikir dulu ape tujuan nak kapel nih. kalo stakat nak sronok2, nak try2, nak bermanja2, nak ber'concern2', baek xyah. aku rase, kalo kapel dgn tujuan nak kawen...emm aku tanak komen dri segi agama, tpi bagi aku, aku rase ok kot....cmne nak tau kite nak kawen ngan die ke x? haa tu kene tanya diri sindri la beb. ko btol2 sayang minah ni tak? ade rase nak kawen ngan die ke tak? ade nampak future ngan mamat ni x? kalo rase cam xleh imagine sume tuh, xyah le cik abang cik adik. buang mase jeh.

dan yg paling important skali, tanya diri: kalo aku couple, bleh tak aku tahan diri drpd bwat bende2 maksiat or yg menjurus ke arah maksiat? ni kene jujur ngan diri sendiri...cuma kite (ngan Tuhan) je yg tau ape yg kite mampu ape yg kite x mampu. kalo rase cm x leh, TAK PAYAH. JANGAN MIMPI. BLEY BRAMBUS.

5) kalo dh declare lak, bley x kalo kite behave seolah2 mcm kite ni still xde ape2, still macam kawan biasa? kirenye, kapel juz sbb nak gtau orang, 'die ni awek/balak aku.jangan kaco.' dah aa. kenape kalo couple je musti nak kuar dating, gi mana2 ke sana ke mari pon nak berdua2, macam dah melekat, musti SMS berjuta2 dlm sehari, musti call berjuta2 dlm sehari? kalo dah couple, KENE ke bwat sume tu? x perlu pon tak pe kan? kalo tak bwat camtu, nampak mcm tak concern ke?kalo ade masalah tu xpe la....tpi agak2 aa, bende yg x perlu xyah aa kot. asal kalo couple, kite slalu expect orang tu concern kat kite lebeh2? bukannye laki or bini ko nak concern lebey2 sgt. kalo couple tapi still rilex dan cool mcm kawan besa, bleh x?

so ni la yg aku maksudkan, couple tapi x couple.

satu bende yg kite kene ingat.

bile kite sayangkan seseorang, jangan sampai kite sayangkan dia lebeh dari kita sayangkan Allah.

rasenye sume orang pon tahu bende nih.

tpi kene pikir balek, ape yg kite bwat, selari tak dengan ape yg kite paham dari konsep ni?

kadang2, kite terlampau sayangkan seseorang tu sampai kita sanggup menimbulkan kemurkaan Tuhan yg mencipta orang yang kita sayang tu.

terlalu cintakan orang sampai kita terlupa nak check, cinta kita pada orang tu lebeh lagi dari cinta kita kat pencipta kita ke? kalo kite cakap, 'of coz aku cinta Tuhan lebeh dari aku cinta manusia', betul ke bile kite pegang tangan die, bile kite sentuh rambut die...tu maksudnye kite lagi cinta Allah dari cinta manusia ke?kalo betol kite cinta Allah, kenapa kite buat bende yg menimbulkan kemurkaan Allah? kenapa kita sanggup bwat macam2 asalkan kita tak sakitkan hati dia, tapi kita terlupa nak fikir, ape yg kite buat tu memurkakan Allah atau tidak?

kadang2, kita terlampau sayangkan seseorang sampai kita sanggup melakukan apa saja untuk orang tu sampaikan kita terlupa pada yg mengurniakan perasaan sayang dalam diri kita tu.

kalo xde Tuhan, orang yg kite sayang tu mungkin tak wujud pon dalam dunia ni. mungkin perasaan sayang kite kat orang tu tak wujud pon dalam hati kita.

orang yg kita sayang sangat2 tu, Allah yg bagi dia nyawa sampai die boleh bercakap dgn kita, senyum kat kita, sampai hari ni.

Allah punya kuasa tu.

Tanpa Allah, semua tu mungkin tak penah terjadi pon.

kemanisan cinta tu mungkin takkan wujud pon.

kalo Allah nak, bile2 masa je orang yg kite sayang sangat2 tu boleh jadi tak bernyawa.bila2 masa je kita boleh kehilangan orang yg kita sayang.

jadi jika kita hargai kemanisan cinta ni, kembalilah pada Dia yg mengurniakan perasaan ni pada kita.

i dont see what anyone can see in anyone else, but you.

cinta tu buta.

tapi jangan butakan hati pada Dia yg mencipta kita.

wallahualam.

p/s: post ini adalah pendapat peribadi si penulis, yang hanya berdasarkan pertimbangan logik tanpa merujuk kepada sebarang dalil atau hujah2 keagamaan. post ini juga langsung tak ada niat untuk mengkondem mana2 couple yg sedang bercouple di luar sana.
Read more ►

Wednesday, August 01, 2007

FiRSt LoVe

9 comments
assalamualaikum.

udah mnjadik habitat (menciplak ayat cikgu fizik) aku ntuk menonton muvie semasa makan.setelah aku mencampakkn diriku di unihall dn memiliki hub, laptop aku penoh ngn muvie2 yg aku blom sempat tgk lagik.tapi ntah apesal, aku tetibe rase cam nk tgk skali lagi muvie yg aku dh tgk sblom ni, yg brtajok Mukhsin. Mukhsin mengisahkn cinta pertama Orked pada budak lelaki berusia 11 tahun bernama Mukhsin, of coz.bley tahan gak budak tuh.aku bajet die akn membesar menjadik sowang lelaki dn pelakon yg diminati ramai.mungkin aku bakal mnjadik salah sowang drpd golongan tersebot.tpi bukanlah pelakon kanak2 itu yg mnjadik kupasan entri kali ini.



menonton Mukhsin bwat kali ke-dua mengingatkn aku pada kisah silam.cinta pertama aku semasa di bangku sekolah.atau bangku tadika,lebeh tepat lagi.tadika di mana aku mule belajar ABC itu bergelar Tadika Perpaduan.itulah tadika yg menjadik saksi pertemuan aku dengannya.adoi.x bley bla.

nama budak tuh bermula ngn huruf 'H'.bkn niat aku ntuk mencipta ke'poyo'an sperti dlm majalah Mangga(yg dibeli oleh kakak aku), contohnya: 'Rita Rudaini dilamar Mr.A'. Kerna hakikatnya,aku memang x igt nama penoh budak trsebot.

aku x igt jugak cam mane aku bley suka pada budak itu. tpi ape yg aku igt, aku pernah tanye pada kakak aku cmne nak eja nama die.and lepas tuh aku tulis nama die kat atas kertas and aku lukis corak2 love kt keliling nama dia.lps tu kakak aku tlah menghebohkn pada seluruh familiku bahwa aku minat pada budak tersebut.siot.

di tadika aku itu plak,budak2 kt situ pon slalu mengusik aku dengannya.diorg slalu kate bdk itu pon minat aku jugak.actually aku pon rase cmtu.haha.(bile tringat balek terasa diri ini sunggoh 'Lol!' bak kate mun).tetapi stiap assumption pasti ada reason di sebaleknya.bile kitorg maen plastisin, die musti dudok satu meja ngn aku.dan die akn kasi sparuh plastisin die kat aku.

of coz, aku x igt exactly camne rupa die.tpi yg pastinye,die berkulit sawo matang dan rambut die curly2 sket.jauh berbeza ngn taste aku skarang; yakni mamat chinese looking ngn rambut cacak yg bley mmbunoh cicak yg jatuh di atasnye. si 'H' bwk beg yg mcm nobita bwk gi skolah tuh.tpi beg die kaler cokelet and besar sket.

ade lagi sowang bdk nih yg bley dikatakn watak utama gak aa dlm kisah aku ni.bdk ni aku x igt name die. disbbkn aku x igt, kasik die nama Labu sudah.

satu hari dlm stiap minggu, cikgu akn bwk kitorg kuar gi maen kt playground.playground tu xde la jauh pon. eh jap. x sure. xpe la. kitorg jalan ntuk smpi ke sane and spanjang prjalanan tuh, kitorg musti jalan in pair (berpegangan tangan), and once cikgu dh tentukn partner kite,dh xbley tuka2. al-kisahnye, aku ditakdirkn ntuk pair ngn si Labu nih.

first time kuar,Labu ni dh bwat hal.mmg x bley bla.sepanjang2 perjalanan tuh,die pegang tangan aku kuat2.aku tarik tngn aku tapi die pegang lagi kuat.pastu bile dh smpi playground, aku nak gi maen ngn bdk2 laen tpi die x kasik.die suh maen ngn die jeh and xnak lps tgn aku.pastu on da way balek pon die pgang tgn aku kuat2.x bley bla.naseb baek ko kecik lagi.

lps pristiwa trsebot,bdk yg aku ske tuh dh x ddk satu meja ngn aku lagik.kalo ddk satu meja pon,die dh x kasi plastisin die kt aku mcm dlu.aku sedey gile.

akhirnye aku graduate.haha.graduate tadika.pki jubah ngn topi benang gantung.aku dpt no1, die dpt no2.aku naek stage amek hadiah,pastu gi kat parents aku.mase tuh die supposedly ade kt blakang stage gak la since die bratur blakang aku.tpi aku tgk die xde pon kt situ.

itu la kali terakhir aku jumpe die.

ntah cmne die skng ek.xtau cmne rupa die.xtau die kt mane skng.ntah2 aku penah jumpe die.juz aku xtau dia adelah 'H' yg pernah aku sukai.mase di tadika.ahaks.

kepada H, smoga anda bahgia di mana jua anda berada.

cinta pertama bley dikategorikn kpd dua.cinta semasa belum mumayyiz.cinta bila dh baligh.

bagi aku,cinta zaman kanak-kanak sungguh innocent.kenapa?mmg kite sbnanyeh xtau pon ape tu cinta mase tuh.tpi kita takkan mempertimbangkn ape2 faktor laen yg bley mempengaruhi prasaan kite itu.kita takkan pikir, adekah die pandai mcm Einstein?adekah die jambu macam Kyle XY? adekah die kaya mcm Sultan Brunei?adekah die gentleman mcm Asou-kun dlm One Litre of Tears?

tidak.kite suke die juz sbb die yg mcm tu.dlm erti kate laen, menerima dgn seadenye.

bile dh besar,kite akn ade prasaan yg innocent cmni lagi ke?

kalo kt manusia, mungkin ye, mungkin tidak.

tapi yg pastinye, cinta suci yg tak kenal rupa mestilah pada Dia yg mencipta kita.

of coz, cinta yg ini haruslah lebeh2 lagi. xkn sama ngn cinta pada bdk 6 thn kot.

quote drpd kwn aku di aussie (dlm blog beliau kalo x silap):

"Yang terbaik bagi seorang lelaki ialah cinta pertama seorang perempuan; yang terbaik bagi seorang perempuan ialah cinta terakhir seorang lelaki."

betul ke?wallahualam.

yg penting,cinta pada Dia tu mesti la ikhlas.pringatan ntuk diri sindri gak.

tpi aku rase quote tu xleh pki kot ntuk cinta pertama masa tadika.ngahngah.

asal aku tetibe tulis pasal cinta pertama aku ni?slalunye seowang perempuan mustilah berasa malu ntuk mendedahkn kisah personalnye di khalayak ramai.

pointnye di sini, bukanlah aku ini perempuan x tau malu.

juz ign membuktikn pada saudara renu, "aku bkn lesbian aa...aku ade minat sowang mamat ni mase kt tadika dlu."

sekian.

[out]





Read more ►
 

Copyright © Shairah Ahmad Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger