Monday, January 05, 2009

Oh! Chentaku Siri 2: Satu Perasaan yang Menipu

8 comments

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah

Bertemu kita kembali dalam Oh! Chentaku Siri 2. terlalu lama aku diam di Malaysia, jauh dari jangkauan kecanggihan dunia maya. Al-maklumlah, internet memang susah sikit nak disambung di kampung aku ini. Apa-apa pun, pertama-tama sekali, syukur ke hadrat Ilahi diucapkan atas keizinanNya memberikan kudrat kepada aku untuk terus berleter lagi meleterkan diri di laman kesayanganku ini.

Satu perasaan yang menipu. Apa itu ya? Boleh aku kata, satu perasaan yang palsu. Tidak benar. Wrong. Salah.

Perasaan yang menipu ini boleh wujud daripada dua kemungkinan. Yakni pihak kedua menipu diri kita dan juga kita memilih untuk menipu diri sendiri. Ya, kita sememangnya diberi pilihan untuk menipu diri sendiri. Cuma perlu tanya hati dan akal saja.

Aku cuma fikir, kalau pihak kedua ingin menipu kita, mungkin agak sukar untuk kita elakkan. Kerana kita bukan ahli nujum, kita tidak tahu apa yang bermain dalam hati dan batang tubuh seseorang itu. Ada cara untuk menghalang, tapi tak usahlah aku bincangkan di sini. Terkeluar dari topik hehe. Tapi apa yang pasti, sebagai manusia yang dikurniakan akal, aku kira kita mempunyai keupayaan untuk mengenal diri sendiri dan juga memastikan apa sebenarnya perasaan yang dirasai kita sebenar-benarnya.

Terlalu ramai manusia yang berkeluh kesah dengan masalah cinta. Termasuklah aku. Aku kini sedang obsess memikirkan alangkah bagusnya kalau ada lelaki seperti Laksamana Sunan hidup di zaman ini. Oh, sudah tentu aku akan pergi meminang dia awal-awal. Kalau ada perempuan yang berani-berani berebut dengan aku, akan aku tempeleng mereka ke kiri ke kanan. ehem. anyway. aku fikir, apa kata sebelum kita menjerumuskan diri dan menyusahkan diri sendiri memikirkan suatu masalah yang begitu mengerutkan dahi bagaikan masalah dunia yang dihadapi Barack Obama, kita cuba tanya hati kita, 'apakah benar kita sedang menghadapi sesuatu yang dinamakan cinta?'

Macam soalan bodoh pula ya. Tapi bagi aku soalan inilah yang paling penting sebelum kita memeningkan diri dengan masalah2 selanjutnya seperti, 'dia suka kat aku tapi aku tak suka kat dia', 'aku suka kat dia tapi dia tak suka kat aku', 'aku dah break tapi dia nak kat aku balik', atau 'aku sungguh rindu padanya, hati ini sudah tak dapat ditahan-tahan lagi', dan lain-lain.

Cinta. Emm. Siapa boleh bagi definition cinta pada aku? Ada orang kata, kalau dah angau, cinta lah tu. Tapi bagi aku, tidak semestinya. Kerana kadang-kadang, kita terlalu taksub, ghairah mahu pun terlebih excited dek hambatan adrenalin muda remaja yang bagaikan dipam-pam hinggakan kita anggap kalau ada yang terkesan di hati sikit, haa cinta lah itu. Kita terlupa, bagaimana pula dengan istilah minat? suka?

Maka di sinilah datangnya peranan kita untuk menganalisis lalu bertanya pada diri sendiri, 'betul-betul cintakah kita pada seseorang itu?'

Apa bezanya minat, suka dan cinta? Aku beri contoh mudah. Aku minat Johnny Depp. Aku minat Pierre Andre juga. Aku suka seorang senior lelaki aku. Aku suka seorang lagi senior lelaki aku. Actually, aku ada beberapa senior lelaki yang aku sukai. Aku cinta Laksamana Sunan (contoh yang tidak begitu meyakinkan, i know).

So apa bezanya? Aku minat, so kalau ada apa-apa berita dan perkembangan terkini tentang Johnny Depp, aku akan berminat nak baca. Filem2 lakonan Pierre Andre, aku akan berminat nak tengok. Tapi cuma setakat itu sajalah. Kalau 5 tahun aku tak mendengar sebarang khabar berita tentang mereka, insyaAllah tak mati pun aku.

Aku suka beberapa orang senior lelaki aku. Aku suka sebab ada yang pandai, ada yang hensem, ada yang kelakar, ada yang pemalu. Aku suka lepak atau berbual-bual dengan mereka. Tapi cuma setakat itu saja. Kalau mereka kahwin dengan perempuan lain sekali pun, I won’t give a damn.

Aku cinta Laksamana Sunan. Seperti yang disebut di atas, aku akan tempeleng sesiapa yang cuba memotong jalan aku. Oh, mungkin aku akan tarik-tarik rambut mereka sampai tercabut. Or maybe i would hit them and try to make it looks like an accident. Macam tu la lebih kurang.

Katalah aku kejam, tak ada hati perut, sarkastik, sinis atau apa sahaja. Tetapi terus terang aku katakan, percintaan antara budak lelaki Form 2 dengan budak perempuan Form 1 yang ada kemungkinan belum period pun lagi adalah sesuatu yang picisan. Cinta monyet dalam bahasa ringkasnya. Atau mungkin tak layak pun dipanggil cinta. Bagi aku, perasaan semasa mula-mula nak berjinak-jinak dengan kaum berlawanan jenis pada waktu-waktu begitu adalah lebih menjurus kepada 'suka', dan bukannya 'cinta'. apa buktinya? Ya, tentu saja couple 2 bulan kemudian break dan tak sampai seminggu kemudian couple pula dengan orang lain. Alamak. Cinta kah itu? Janganlah menipu diri sendiri wahai adik-adik. tak perlulah berlagak seperti pujangga cinta sejati. Belajarlah dulu sampai habis SPM.

Di sini aku jauh sekali untuk menghina sesiapa. Perasaan ingin disayangi dan menyayangi itu adalah sesuatu yang sangat normal. Anak-anak muda tentu sekali ingin mencuba dan rasa teruja dengan 'satu perasaan yang baru' itu. Apalah salahnya jika budak tingkatan 3 ingin abang Form 6 menyayangi mereka? Apalah salahnya jika senior fakulti sains ingin mengambil junior fakulti kejuruteraan sebagai adik angkat mereka? Salah sangatkah? Hina sangatkah? Apa kerana mereka ini budak-budak yang masih hingusan, maka mereka tidak layak merasa kemanisan bercinta dan sayang menyayangi?

Sudah tentu tidak. Aku sendiri tidak bersetuju jika dikatakan, semua cinta remaja muda-mudi itu adalah picisan. Kerna kadang kala, ada juga remaja yang jauh lebih matang dan masuk akal daripada orang dewasa itu sendiri. Aku boleh katakan di sini, ia bergantung pada tahap pemikiran dan kematangan seseorang.

Seorang remaja yang masih muda tetapi jika matang pemikiran dan sikapnya, aku kira tidak mustahil untuk dia mencapai cinta sejati pada usia sebegitu. Cuma yang aku khuatirkan, apa yang aku nampak yang terlalu banyak terjadi di depan mata ialah fenomena seperti yang aku sebut di atas. Berkapel 2, 3 bulan kemudian kapel pula dengan orang lain. Kemudian dengan bangganya mendabik dada memanggil itu sebagai cinta sejati. Ptuihh. Janganlah menjatuhkan martabat diri sendiri sahabat-sahabatku.

Orang lain bercinta, kita pun nak bercinta. Tengok orang lain bahagia dilamun cinta, bergelak manja dengan kekasih, kita rasa cemburu. Kita juga mahu semua itu. Akibatnya, satu rasa yang menipu itu akhirnya dilayan. Satu rasa yang picisan itu diangkat darjatnya ke tempat yang lebih tinggi hanya semata-mata kerana diri ini terlalu desperate untuk merasa apa yang indahnya sangat dengan dunia percintaan. Sampaikan kita tutup mata hati kita untuk menilai ketulusan sebuah cinta. Sampaikan kita sanggup membohongi diri sendiri. Perasaan 'minat' dan 'suka' sudah tidak dipedulikan lagi. Semuanya dipukul rata menjadi satu taraf dengan sesuatu suci yang dipanggil 'cinta'. Aduh. Keterburu-buruan apakah ini. Ke ‘desperate’an apakah ini?

Ada mamat yang meminati kita, kita yang sebenarnya takdelah minat sangat pun, melayan juga perasaan itu. Tak minat pun minat-minatkan juga. Semata-mata kerana ingin mencuba. Teruja. Excited. Ada orang minat kat aku! Eiii seronoknya ada orang minat kat aku! Yay orang lain ada boyfriend sekarang aku pun dah ada boyfriend! Dan seterusnya dan seterusnya.

Perempuan lawa sikit, cun sikit, mulalah masuk jarum. Jarum tak cukup tajam, cari pula perempuan lain.

Cukup cinta kah itu? Cukup sayangkah itu?

Lelaki mengusik sikit, menjeling sikit, berdebar-debar hati kita. Teringat-ingat pula kita sambil berguling-guling di atas katil. Terus dikatakan itu rindu. Itu cinta.

Apa benarkah itu cinta? Cinta yang benar? Cinta sejati?

Aku mempunyai satu cara yang pelik untuk memastikan sama ada itu adalah cinta sejati atau sekadar satu perasaan yang menipu. Aku akan tanya pada diri aku sendiri:

Adakah aku sanggup berkahwin dengannya? Adakah aku sanggup bersama dengannya waktu susah dan senang? Adakah dia sanggup bersama aku waktu susah dan senang? Adakah aku sanggup bersama dengannya di waktu sihat dan sakit? Adakah dia sanggup bersama aku di waktu sihat dan sakit? Andai kata dia ditakdirkan lumpuh seumur hidup, adakah aku sanggup melihat dirinya yang jelik? Adakah aku sanggup memandikan dia? Menukar lampinnya yang meleleh-leleh dengan najis? Membasuh tahinya, air kencingnya, hingusnya, air liurnya? Menggosok daki-dakinya? Mengelap muntahnya yang membusuk di lantai? Menyeka air matanya yang tumpah apabila dia tidak mampu bergerak lagi?

Jika jawapannya ya, maka bagi aku, cinta sejati aku sudah datang.

Rasa gelikah? Jijikkah dengan kata-kata aku di atas? Masalahnya, kita selalu terlupa. Cinta itu indah tetapi selalu diiringi dengan pelbagai onar. Kita selalu terlupa pada kemungkinan dugaan yang akan mendatang kerana terlalu berkhayal dengan segala-galanya yang indah-indah belaka. Dan kerana itulah, kita selalu menyalah tafsirkan cinta. Bukan salah sesiapa, tetapi diri sendiri yang menipu seketul daging bernama hati. Meletakkan cinta sebaris dengan suka-suka dan nafsu.

Terus terang aku katakan, aku sendiri tidak tahu sama ada aku mampu beristiqamah seperti itu. Cakap senang, buatnya susah. Betulkah aku sanggup bersama-sama dengan lelaki yang aku cinta sampai begitu sekali? Sesungguhnya, aku tidak tahu wahai tuan. Siapa tahu pada masa hadapan aku mungkin menjadi perempuan sundal paling celaka yang pernah anda temui. Nauzubillah. Semoga dijauhkan Allah. Tapi buat masa sekarang, insyaAllah. Mudah-mudahan Allah menetapkan hati pada jalan yang baik.

Seorang sahabat pernah berkata pada aku, 'jika nak ditunggu cinta sejati benar-benar datang, alamatnya sampai bila-bila kita tidak akan dapat apa-apa'.

Masalahnya sekarang, jika perasaan itu bukanlah satu cinta yang sejati, apa relevankah kita melayan perasaan tersebut?

Jika itu hanya sekadar suka dan bukannya cinta, adakah relevan kita menyakitkan otak dan hati untuk memikirkan sesuatu yang sebenarnya langsung tidak membawa apa-apa makna?

Apa relevenkah kita membuang waktu berendam air mata menangisi terputusnya satu hubungan yang langsung tidak dibina atas dasar cinta sejati sekali pun?

Apa relevankah kita berasa khuatir jika si dia tidak membalas hasrat kita jika kita sendiri sebenarnya bukan benar-benar cinta?

Apa relevankah kita bercinta?

Aku tinggalkan tanda tanya pada kalian untuk menjawab.

Wallahualam.

nota kaki: selamat menyambung persekolahan kepada adik-adik yang masih bersekolah. belajar rajin-rajin ya.

Read more ►

Saturday, October 18, 2008

Oh! Chentaku Siri 1: Mencari Belas di Alam Maya

8 comments
bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t.

haa...aku menulis tentang cinta, akhirnya!

jika anda para pembaca yang budiman perasan, kebanyakan entry2 aku sangat berkait rapat dengan perkembangan forum2 yang aku baca di internet. ya, aku suka membaca forum. tak membalas mungkin, dek kesibukan yang melanda. tetapi aku tetap baca. sekadar nak mengikuti arus isu2 yang hangat dibincangkan.

seingat aku, sejak tahun lepas lagi, isu yang tidak putus2 dibincangkan ialah isu cinta. cinta dan remaja. isu couple. atau dalam bahasa melayunya isu 'berpasangan'. ahaks macam lawak pulak bunyinye.


aku masih ingat semasa aku mula2 aktif dengan kegiatan berforum ini, aku amat meluat dan tidak gemar dengan thread2 berkenaan cinta atau couple. aku boleh terima kalau sethread dua, tapi bila mula mencecah 3, 4, 5 thread, dah mula rimas aku dibuatnya.

aku dahulunya memang benci dengan forum2 yang sedemikian. nampak saja tajuk forum seperti 'saya couple..' atau 'abang saya couple..' atau 'nenek saya couple..' atau yang paling aku benci, 'couple haram..', aku pasti akan mencebikkan bibir. bila aku fikir2 kembali, sungguh aku tidak berlaku adil pada fitrah manusia yang semula jadi.

jangan salah faham. aku tidak membenci cinta. aku bukannya orang yang anti-cinta. bagi aku cinta itu adalah sesuatu yang murni dan mententeramkan. kenapa perlu dimarah pada cinta yang tidak bersalah itu. tetapi forum2 cinta itu yang aku tidak gemar. dan bukannya semua aku tidak suka. ada juga yang memang bermanfaat dan memberi keinsafan.

dan kini setelah hampir setahun aku melibatkan diri di dalam dunia forum, aku rasa aku telah belajar sedikit sebanyak tentang apa itu toleransi, apa itu privacy, apa itu prejudice dan sebagainya. aku belajar untuk bertoleransi. aku sendiri rasa2nya masih lagi di peringkat umur remaja (mungkin remaja yang dah agak senja agaknya hehe), maka aku faham sangat apa yang remaja rasakan. bukannya aku tak pernah remaja.

pernah suatu ketika dulu, aku bersembang2 dengan seorang rakan aku tentang bagaimana isu cinta dan couple ini begitu popular di kalangan anak2 muda zaman ini. rakanku itu kata, 'akan tiba satu tahap dalam hidup sesetengah remaja di mana mereka rasa masalah cinta itu adalah masalah dunia yang paling besar lagi maha dahsyat bagi mereka.'

aku hanya tersengih.

bagi aku, manusia yang mempunyai masalah cinta selalunya akan memilih antara 3 pilihan. pertama, memendam rasa dan takkan ceritakan masalahnya itu pada sesiapa pun. kedua, memilih untuk menceritakannya pada rakan2 terdekat. ketiga, lebih selesa berkongsi masalah dengan total strangers yang tidak dikenali.

pada hemat aku, mereka yang memilih untuk berkongsi masalah cinta di internet adalah mereka yang termasuk dalam golongan yang ketiga.

di sini aku cuba memahami keadaan. cuba meletakkan diri aku dalam situasi mereka.

sudah tentu tidak ada salahnya berkongsi masalah dengan orang lain. sesetengah orang lebih suka berkongsi masalah dengan mereka yang tidak dikenali. simply because they dont know each others. si pencerita tak perlu rasa risau diejek atau dipermainkan rakan sekelas atau sekolej, tidak perlu risau akan pandangan mereka yang mendengar terhadap dirinya sebab mereka tidak kenal satu sama lain. hakikat kewujudan si pendengar yang mengetahui rahsia si pencerita itu juga tidak memberi impak yang terlalu significant dalam hidup si pencerita. et cetera et cetera.

mungkin juga si pencerita tidak ada kawan untuk berkongsi masalah. mungkin ada kawan, tetapi tidak ada yang memahami. mungkin ada yang memahami, tetapi tiada buah fikiran yang baik. or maybe they are just lonely.

aku tidak membenci mereka yang ingin berkongsi masalah cinta di internet. setiap manusia ada masalah. cuma masalahnya itu lain2. aku punya masalah malas nak siapkan assignment, while for certain other people, it just happened that the problem is nothing else but LOVE. apa nak buat kan. takkan la itu pun tak boleh minta tolong dari sahabat2 maya yang baik hati.

sudah tentu boleh. tetapi pernahkah kita terfikir, kenapa kita ada masalah, kenapa kita perlu meminta pertolongan untuk menyelesaikan masalah, sejauh manakah kita boleh meminta pertolongan atau lebih penting lagi, wajarkah masalah itu dikongsi di khalayak ramai?


aku sebenarnya tidak pasti bagaimana harus aku suarakan pandangan aku berkenaan hal ni. takut akan melukakan mana2 hati yang halus jiwanya. bahasa aku kasar, dan aku memang tidak tahu bagaimana nak melembutkan intonasi kata-kata aku. hentam sajalah ya, aku teruskan saja.

kejamkah jika aku kata, ada sesetengah masalah itu terlalu remeh untuk dikongsi, dan ada juga yang terlalu sulit untuk dihebahkan?

sebelum aku teruskan, izinkan aku memohon sejuta kemaafan terlebih dahulu jika ada yang bakal terasa hati dengan apa yang aku tulis.

tetapi sejujurnya, anda boleh fikir sendiri, sama ada masalah anda itu adalah masalah serius yang perlu dibincangkan bersama atau masalah remeh cinta monyet budak sekolah menengah form 3 yang belum pun ambil SPM.

di sini aku bukannya nak mengeji sesiapa. tetapi hanya kali ini saja, aku pohon untuk kita semua supaya tarik nafas panjang2, lepas pelan2, tenangkan hati dan fikiran, dan tanya pada diri, 'adakah aku telah mengirim satu soalan remeh yang sangat kebudak2an yang tidak patut wujud di sesebuah laman web itu?'

aku pinta kita semua berlaku jujurlah pada diri kita buat kali ini!

fikirlah betul2. sekali. dua kali. tiga kali. rasa2nya masalah kita itu cukup beratkah, cukup seriuskah untuk kita kongsi supaya berbaloi bagi pembaca lain sama2 duduk memerah otak di hadapan laptop demi membantu kita, atau adakah itu hanya luahan hati cinta monyet yang tidak kesampaian semata2?

maafkan aku sekali lagi jika aku terlalu kejam, tetapi sesungguhnya, tiada siapa yang mahu tahu tentang kisah cinta monyet kita!

pernahkah kita terfikir bahawa kiriman masalah kita itu hanya menambahkan traffic, melambatkan loading atau menyemakkan server dengan sesuatu yang tidak ilmiah yang kalau tak ada pun langsung tak akan merugikan pengguna2 lain?

kata-kata ini bukan hanya untuk kalian para pembaca saja, tetapi peringatan untuk diri sendiri juga!

bukanlah aku nak kata tidak patut ada masalah cinta langsung yang harus dikongsi di internet. ada yang patut dikongsi, ada yang tidak patut. sama ada masalah itu patut dan berbaloi dikongsi atau tidak, itu terpulang pada budi pertimbangan si penulis sendiri. sekali lagi, seperti yang aku nyatakan di atas, berlaku jujurlah pada diri kita sendiri. tanyalah diri dengan ikhlas, 'kiriman aku ni kiriman yang bermanfaat, atau kiriman 'sampah' yang layak didelete oleh moderator tetapi pasti tidak akan didelete kerana tidak ada moderator yang sampai hati untuk mendelete kiriman ini?'

pandangan aku kali ini juga aku tulis kerana cinta. aku cinta pada sahabat2 semua, aku risau akan rentetan peristiwa yang bakal terjadi dek luahan rasa di internet ini.

aku beri satu contoh. si A baru saja putus cinta, lalu meluahkan kekecewaan hatinya yang retak di internet.

si B membaca kiriman tersebut. ditakdirkan Allah si B ini pula jenis yang ada 'belang.' lalu dihampirinya si A ini, dipujuknya dengan kata-kata manis, diberinya segala kata2 semangat yang dia tahu, dikoreknya segala2 tazkirah yang disimpan di dalam handphone. lama2 kemudian di'ayat'nya pula dengan 'ayat2 cinta' yang menyimpang. kononnya nak mengubat kekecewaan hati. kemudian makin jauh pula dia melencong.

aku risau kerana selalunya lah, pihak A ni pastinya perempuan. pihak B pula dah tentulah lelaki. of course, ada kemungkinan si B ini tak punya niat jahat seperti yang digambarkan di atas. tetapi aku risau kerana manusia ni macam2 ragam dan peelnya. tambah2 di internet. dan aku lebih risau lagi memikirkan kemungkinan gadis2 yang baik2 di'ayat' dan di'pujuk' dengan kata2 manis yang tidak sepatutnya daripada lelaki asing yang tidak dikenali yang muncul entah dari lubuk mana itu.

ini sudah tentunya bukanlah satu gejala yang sihat. aku tidak gemar akan kemungkinan berlakunya peristiwa seperti ini. aku beranggapan gadis2 ini patutnya baik2 belaka. aku ingin melindungi mereka, tak mahu mereka diganggu oleh pihak2 yang tidak sepatutnya.

tapi dalam masa yang sama juga, pihak A itu juga janganlah membuka peluang untuk diganggu!

satu lagi yang aku concernkan di sini ialah sesetengah cerita yang terlalu sulit untuk dikongsi secara terbuka di internet. bagi aku yang tidak seberapa ini, mungkin lebih wajar jika masalah yang terlalu private ini dibawa kepada pihak yang lebih layak. contohnya kaunselor atau ustaz dan ustazah. atau mungkin ibu bapa anda sendiri. bukannya kepada budak hingusan belasan tahun yang dia sendiri pun baru merangkak2 mencari erti hidup!

seterusnya, kisah yang berkisarkan tentang peristiwa hitam yang ingin dilupakan.

pernah dengar tak ungkapan ini: 'mengingati untuk melupakan sesuatu sebenarnya adalah satu bentuk mengingati dengan cara melupakan.'

secara logiknya, jika peristiwa hitam itu mahu dilupakan, kenapa harus kita ungkit2kan pula, lalu disebarkan pula di khalayak ramai di segenap antero alam maya ini?

bukankah lebih elok jika kita lontar saja peristiwa pahit itu jauh2, buat2 tak tahu dan duduk senyap2 saja?

bagaimana kita boleh melupakan peristiwa hitam tersebut jika saban hari kita duduk di hadapan laptop, login dalam iluvislam.com dan berbicara tentang peristiwa itu setiap minit setiap waktu?

if you want to forget something, why did u bring it up in the first place?

kalau nak lupa, buatlah cara nak lupa. nak lupa apa kalau tiap2 hari asyik berbalas2 kiriman tentang cerita yang sama. sampai bila2lah tak lupa kalau begitu.

satu lagi perkara, andai kata dengan izin Allah kenangan pahit itu akhirnya dapat disingkirkan dari kotak fikiran kita, akan tenangkah hati kita apabila melihat peristiwa hitam kita itu masih lagi dibincangkan secara terbuka di khalayak ramai, dalam satu forum, oleh mereka yang tidak dikenali pula?

mahukah kita kenangan pahit kita itu dibicarakan berulang2 kali oleh mereka yang membaca selagi forum itu masih wujud? mahukah kita cebisan hidup kita itu kekal ditatap di laman web, boleh diakses oleh seantero dunia tanpa mengira siapakah batang tubuh yang membaca, lalu dibahaskan pula ke sana ke mari tiada penghujungnya?

sanggupkah kita melihat kisah peribadi kita dibaca oleh 23, 602 ahli iluvislam.com, mungkin 40,000 dalam 2 tahun lagi, mungkin 60,000 pembaca dalam 4 tahun lagi?

setakat itu dulu bahagian pertama Siri Oh! Chentaku.

to be continued (kalau ada masa =P)

wallahualam
Read more ►
 

Copyright © Shairah Ahmad Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger