Sunday, September 19, 2010

Kerok Kerok Crocs

0 comments
Warning: Nonsense rambling from a girl who is still in kemalasan mood after lots of lemangs and ketupats.

I never like Crocs before. It's like a lump of rubber being mould to the shape of sampan berlubang (no offense to anyone wearing Crocs ya. Citarasa kita nyata berbeza-beza, kata KRU). Hence even though there was a time when everybody was crazy about Crocs, I never once thought of buying it.

Not until I wore high heels to go beraya last Aidil Fitri, and started to feel a little discomfort. As I was a bit annoyed by the heels, I just rembat my sister's shoes and bila pakai, rasa macam, 'eh, sedap jugak pakai.' To my horror, it is Crocs. But still, the shoes feels nice.

So I asked my sister and she told me that it is the cetak rompak one, only 20hengget. Then I thought to myself, 'hmm kalau Crocs loker pun sedap pakai, Crocs ori lagi best tak? Ke Crocs loker lagi best dari ori?'

My sister said that she once tried the original Crocs and of course it feels wayyy nicer than the cheap one. Plus the fake one my sister said, it has some sort of chemical thingy inside its pad, which is not very healthy for our feet. Macam tu la lebih kurang.

Mesti korang heran kan, bunyinye macam aku ni tak pernah cuba try pakai Crocs langsung. Pernahhhh, tapi ntah la mase tu takde pulak rasa comfortable ke ape ke. Maybe mindset waktu tu kot, haha.

And then I discover these whole ranges of cute and stylish Crocs, lagi la I nak beli! Yayy! So that my kaki will not sakit-sakit lagi! Senantiasa lembut dan selesa!

Cube tengok kat bawah ni, these designs are very cute and stail:

I am sooo into the gold and white one at the bottom. But I think this range tak available lagi (kot?) kat Malaysia. Ke dah ade? Sape-sape tau sila maklumkan pada saya ya!

Ini lagi la super cute and funky. I loikeeeeeee.


So I nak beliiiiiii!!! Kira-kira duit raya, haihh index telah merudum dengan kadar mencemaskan. Bak kata kawan saye, kutipan duit raya adalah exponential with umur. Dem. Takpe my mama and abah still tak bagi duit raya lagi (so busy beraya sampai terlupa nak bagi la tu. Ke buat-buat lupa?) so I plan to claim my duit raya or just force them to buy a pair of Crocs for me. Muahahhaha yes I adelah budak grad yang takde keje so tepaksa menagih simpati dari ibu bapa. Sekian.
Read more ►

Saturday, August 28, 2010

Overwhelming Presence

1 comments
Itu adalah apa yang saya rasa daripada pengalaman membaca Tafsir al-Quran.

Saya mula membaca Tafsir secara serius bermula pada tahun lepas. Terima kasih kepada saudari Aziemah Abdul Rahman aka Azie aka adik naqibah saya (ya, naqibah saya ialah seorang junior yang jauh lebih muda dari saya. Ingat ya kawan-kawan, ilmu itu tidak mengira usia hehe) yang menghadiahkan saya Tafsir comel berbalut kertas kaler pink. Saya sayang sangat Tafsir ini, harap-harap ia akan terus bersama saya sampai bila-bila.


Sebelum dapat Tafsir ini, mula-mula saya mula (apekah ayat ini?) dengan Tafsir bahasa Inggeris dulu. Best bila baca, dan senang nak rujuk kalau nak cakap pasal Quran dengan international people. Tapi baca Tafsir English ni kurang feel, ayat-ayat dia kurang menusuk kalbu haha. Dan ada juga certain ayat yang kita tak dapat tangkap maksudnya dengan mendalam berbanding kalau baca Tafsir bahasa Melayu. Biasa la, kan orang kata, ayat-ayat Quran ni surat cinta dari Allah. Jadi kena la baca dalam bahasa ibunda, baru tangkap jiwang bro, haha.

Oleh sebab itu, saya baca Tafsir pun sekadar baca je la. Baca lepas tu angguk-angguk, "oooo" lepas tu bertahan la dalam 2 hari lepas tu lupa. Ada jugak orang yang baca main-main macam ni kan. Saya la tu orangnya. Haihh.

Lepas dah dapat Tafsir ni, saya pun bersemangat nak baca secara serius. Mentang-mentang la kaler dia pink, haha. Baca secara serius (kalau saya la), macam ni:

  • Sediakan bahan-bahan seperti dalam gambar di bawah: Tafsir, pen, penanda kaler-kaler tuh (lupa pulak apa nama dia, adoi), highlighter, laptop/komputer berinternet sebijik (kalau takde laptop pun takpe, jangan tensi, tapi kalau ada lagi senang nak google apa-apa yang kita rasa nak further info)
Tafsir pink, laptop pink, cadar pink. Oops terkantoi wallpaper laptop gambar jejaka Korea di situ. Haha.

  • Mulakan baca Tafsir dengan Bismillah (standard procedure)

  • Baca dan fahamkan. Cuba fahamkan dengan mendalam, kalau tak berapa faham, Google atau rujuk mana-mana kitab lain yang berkaitan yang kita ada. Dalam masa yang sama, cuba relate ayat-ayat tu dengan kehidupan harian kita - dengan apa yang kita fikir, kita buat, etc.

  • Warning: Kalau nak google tu, make sure website yang kita rujuk tu adalah website yang BENAR ye kawan-kawan, jangan termasuk website yang sesat pulak. Dan dalam proses memahamkan tu jugak, jangan la sampai pening-pening. Kalau tak berapa faham jugak , tinggalkan dulu, baca ayat lain pulak. Jangan sampai kita pandai-pandai menafsir sendiri, bahaya tu.

  • Mana-mana point penting atau point menarik yang kita suka atau rasa macam nak rujuk in the future, tanda dengan penanda kaler-kaler tu (kalau nak highlight dengan highlighter pun boleh). Tulis la kat tepi kat atas penanda tu, ayat yang kita tanda ni pasal ape sebenarnye. Nanti bila-bila nak refer, senang nak cari, rujuk je kat penanda tepi-tepi tu, dengan pantasnye boleh jumpa ayat yang kita nak tu.

  • Selalu la jugak buat revision, supaya kita ingat balik benda-benda yang kita baca.

Tafsir ni kalau nak dibaca secara 'santai' pun boleh jugak, tak semestinya kena baca dengan serius. Sambil-sambil baring atas katil sementara nak tunggu mata terlelap tu, boleh je baca Tafsir jap. Tak pun letak je Tafsir tu dalam beg, sambil-sambil tunggu LRT ke bas ke bole la bukak baca jap. Baca macam tu saje pun takpe, tak perlu tanda-tanda dengan pen pun takpe.

Nak baca Tafsir ni jangan la sampai kita rasa leceh atau terbeban pulak, rileks-rileks sudeyh. Saya sendiri pun baca Tafsir ni ikut situasi; kalau ada masa lapang lebih sikit, saya baca cara serius. Kalau rasa macam nak rileks-rileks, nak tenangkan hati, nak baca sambil-sambil, saya bukak Tafsir dan baca direct macam tu je. Senang saje kawan-kawan.


Pendapat saya bila baca Tafsir:


Sebelum ni bila baca Tafsir english, rasa macam 'wow' la jugak tapi kesan dia tak 'kebabom' sangat. Tapi bila baca Tafsir bahasa melayu ni, baru la betul-betul BACA dan betul-betul faham. Masa tu baru betul-betul fikir dengan mendalam maksud sesuatu ayat tu, dan cuba relate dengan kehidupan diri sendiri. Bila saya baca, rasa macam 'ya Allah, banyak gile bende dalam ni.' Rasa macam semua benda pun penting, takde benda yang tak penting dalam tu. Semua ayat pun ada maksud yang mendalam yang boleh relate dengan diri. Ada sangat banyak kisah dalam tu yang saya tak pernah tau sebelum ni, sampai bila baca tu rasa sangat overwhelmed, macam, "Whew!" haa macam tu la.

Jadi cuba la baca Tafsir, memang best. Pilih la Tafsir dalam mana-mana bahasa yang anda suka; bahasa Melayu ke English ke Chinese ke Tamil, yang penting faham. Beli dari kedai yang bertauliah ye. Baca la dengan mana-mana method yang sesuai dengan jiwa kita; cara santai ke serius ke atau dua-dua sekali bergantung pada masa. Yang penting cuba baca dulu, belum cuba belum tauuu~ =P


Read more ►

Tuesday, August 24, 2010

Adakah Anda Syok Sendiri? Cuba Try Test Tengok!

0 comments
Nak tahu sama ada anda mempunyai sindrom syok sendiri di Facebook/Friendster/Twitter/Myspace/Blogger dan sebagainya? Haa cuba buat ujian ringkas ni (rileks ye jangan cuak, anda cuma perlu memilih Ya/Tidak je hehe)

Soalannya ialah....
  1. Adakah anda meng'upload' gambar di Facebook dengan harapan ada orang yang 'komen' gambar anda? (Ya/Tidak)
  2. Adakah komen-komen di Facebook/Twitter mempengaruhi mood anda? (Ya/ Tidak)
  3. Adakah anda berasa tak best/kecewa/ malu/ terabai jika tiada siapa yang 'komen' status Facebook anda? (Ya/ Tidak)
  4. Adakah anda kisah berapa orang 'kawan' yang anda ada di Facebook? (Ya/ Tidak)
  5. Adakah anda membanding-bandingkan jumlah 'kawan' anda dan 'kawan' kawan anda di Facebook/ Myspace? (Ya/ Tidak)
  6. Adakah anda membandingkan jumlah pelawat (visitor) atau 'number of hits' di blog anda dengan blog kawan anda? (Ya/ Tidak)
Jika anda menjawab 'Ya' sebanyak 2 kali atau lebih, maka anda mempunyai sindrom syok sendiri!

Ape kebende sebenarnya sindrom syok sendiri ni? Wujud ke?

Ya, memang wujud. Nama sindrom ni ialah Narcissism. Nak dipendekkan cerita, sindrom ni bermaksud:

"Seseorang yang terlebih yakin dengan diri sendiri; di mana dia mungkin 'overestimate' (terlebih ukur) kebolehan diri sendiri, atau dengan kata lain, anda terlalu admire diri sendiri (atau dalam bentuk yang lebih senang difahami, lu memang perasan bagus)."

Asal-usul istilah 'Narcissism' ni menarik jugak sebenarnya. Pada suatu hari, ketika angin sedang bertiup sepoi-sepoi bahasa, di kalangan bangsa Greek, tersebutlah lagenda seorang arjuna yang sedang mencari cinta bernama Narcissus. Ewah. Dalam dia tengah mengembara, seorang dewi yang jelita bernama Echo telah jatuh cinta pada dia. Tapi boleh pulak dia reject. Biasa la kan, kata perasan bagus. Dia terus mengembara dan mengembara dan mencari dan mencari lagi. Sampai la suatu hari dia ternampak bayang-bayang diri dia sendiri dalam air. Dia jatuh cinta dengan bayang-bayang dirinya sendiri (what the heck?) lalu terus-menerus merenung bayang-bayang tu sampai la dia reput kat situ (mati la maksudnya).


Walaupun bunyi macam tragik, sadis, 'apa punya mamat daa' dan lain-lain, ada banyak persoalan di sebalik cerita ni. Antaranya, self-admiration (contoh ayat: 'awek cun in the house~ muah muahh') dan menunjukkan bagaimana sindrom terlalu obsess dengan diri sendiri ni boleh mempengaruhi hubungan anda dengan orang lain (contohnya mamat Narcissus tu, boleh pulak dia reject dewi jelita kebabom macam Echo tu. Haihh). Dan sekarang dalam dunia serba canggih ni, lagenda ni boleh jadi realiti!

Perasan tak, sebelum ni kan, takde la kita macam senang-senang sangat nak bagitau orang apa yang kita buat hari-hari, tambah-tambah kat khalayak ramai. Pernah tak korang naik atas pentas masa perhimpunan sekolah pagi-pagi tu, pastu tiba-tiba jerit, 'Weh! Tadi pagi aku makan nasik goreng!' (Kecuali anda memang suka dibaling dengan selipar). Tapi dengan teknologi sekarang, tiba-tiba je kita nak bagitau semua benda kat semua orang (termasuk la yang remeh-temeh yang takde orang nak tahu pun). Contohnya, sekarang kita boleh update status kita kat Facebook, 'Pagi tadi saya tak sempat mandi, so saya gi kelas tak mandi, haha!' Benda macam ni adalah benda yang kita takkan sanggup bagitau kat dalam kelas kat semuaaaaaaa orang (ya termasuk lelaki/ gadis idaman anda) di alam realiti, tapi di alam maya, hah klik je dah satu dunia tau kau tak mandi pagi.

Sebenarnya sifat nak 'menarik perhatian' orang ni tak salah sebenarnya. Yelah biasa la kan, semua orang pun nak diberi perhatian, normal la tu. Tapi bila kita 'perlu dan mesti diberi perhatian', dan bila tak dapat 'perhatian' yang dikehendaki kita mula rasa marah, tak puas hati, bad mood, haa, itu agak BAHAYA.

Bila kita luangkan banyak masa untuk 'menarik perhatian', sebab bila 'perhatian berjaya ditarik' itu buat kita rasa bangga, confident dengan diri, menaikkan 'self-esteem', sebenarnya kita ada sedikit problem dengan diri sendiri. Masalahnya, habit tersebut menunjukkan yang kita sedang me'maksimum'kan ke'obsess'an kita dengan diri sendiri, which is tak bagus. Terlalu bergantung kepada orang luar untuk berasa dihargai, diberi perhatian adalah tak sihat. Lagi tak sihat, bila rasa bangga diri mula dipupuk, rasa 'owh aku memang bagus' semakin tinggi, maka memang ada masalah di situ.


Bukannya semua pengguna Facebook ada masalah macam ni. Walaupun ada yang update status Facebook kerap-kerap, publish gambar banyak-banyak, ada jugak yang bukannya berniat nak perasan bagus atau nak tarik perhatian. Ada jugak yang memang bukak akaun Facebook/Myspace semata-mata untuk 'keep in touch' dengan kawan-kawan, just nak tengok apa update kawan-kawan yang jauh dari kita. Bukanlah semuanya patut dilabel sebagai 'syok sendiri'.

Tapi dalam masa yang sama, sindrom 'syok sendiri' ni pun bukan satu isu yang boleh dipandang remeh. Cuba bayangkan, apa akan jadi pada masyarakat yang 'obsess' dengan diri sendiri, asyik sibuk dan peduli pasal diri sendiri, tak peduli pasal orang lain dan mengukur populariti diri dia bergantung pada komen-komen kawan di status Facebook? Masyarakat akan dimanfaatkan oleh orang yang confident, tapi orang yang terlebih confident lagi perasan bagus takkan membantu perkembangan masyarakat pun!

Tak perlu risau, tak perlu la sampai tahap nak delete akaun Facebook, cuma perlu kawal diri je. Gunakan Facebook/Myspace etc setakat yang perlu sahaja, tak perlu memuji memuja diri sendiri di Facebook. Moh pakat-pakat muhasabah diri moh, termasuk la diri saya yang tengah berleter nih!

The most important thing is, be yourself, jangan pura-pura dan jadi orang lain di internet. Kalau rasa macam internet ni dah menggangu hidup sosial kita dengan orang sekeliling di alam realiti, tutup kejap laptop tu! Pegi la tolong mak kat dapur ke, keluar main futsal ke, sembahyang jemaah kat masjid ke. Enjoy life sikit bro, jangan tercegat kat depan laptop je 24 hours!

Wallahualam~
Read more ►

Thursday, August 19, 2010

3 Days of Melbourne-ing: Brighton Beach!

0 comments
That was my first time visiting Australia (I mean, REALLY toured around the places, not just setting my feet at the airport during flight transit). It was an unplanned, unprepared vacation - it was just like, 'hmm kalo lepak Aussie 2-3 hari orait gak ni' and there I was. Sounds like me, eh. If not for Myra, Put, Ain and Sed came to Christchurch and lepaking at Farahin's place for like 4 days; this sudden meeting, chitchatting, watching Korean drama sessions and this idea of 'owh aku skang ade someone yang aku kenal kat Aussie', I will not be there.

It cost me some cash, of course, to change the flight ticket and all. I already booked the flight ticket on 23rd July and so I changed it to 20th July so I can have about 3 days stay in Melbourne. Well, what to do, I am the infamous, most disorganized person in the world who do things (or buy things) regardless of how crazy it is (or how much it costs) once I set my mind on it (even though I never thought about it before). Anyway, here's how the spontaneous journey began.

20th July - 12.30 A.M.

Haven't book any shuttle to pick me up from Melbourne's Tullmarine airport (just because I refuse to spend 16AUD on it). Annoyed my juniors, asking them for any other Aussie's contacts (someone with a car, particularly). Got one, texted one. Alhamdulillah! She replied, saying she can pick me up and I can stay at her house. So grateful!

Sudut insaf: Inilah pentingnya ukhwah sesama muslim. Muslim itu kan bersaudara, perlu saling tolong-menolong antara satu sama lain!

20th July - 6.30 A.M.

Saying goodbye to friends and juniors who send me away at Christchurch airport (owh malam tadi actually ada farewell party for me, sungguh la terharu ya!) so after taking some pics -berpesan2an-ber'muah2'an - goodbye, Christchurch! Sobsob~

Sudut insaf: Bak kata Kak Diana, sahabat itu ialah pinjaman dari Allah. Oleh itu berusahalah menjadi seorang sahabat yang dapat memberi kepada orang lain, di samping menghargai sahabat yang berada di samping kita di waktu susah dan senang selagi kita masih diberi kesempatan untuk bernyawa =)

Those comels I left behind in Christchurch (T_T)

20th July - 9.00 A.M.


Arrived at Tullmarine, already done with immigration check-up and all. Miss Maimunah then came with her white Camry hehe. Thank you so much Muna for picking up a stranger yang text u tengah-tengah malam buta ntah hape-hape ni! *Wink wink pun tak cukup ni*

Sudut insaf: Muslim itu sentiasa bersedia untuk berkorban demi ummah, sentiasa bersedia untuk berjuang tak mengira masa dan tenaga =)

20th July - 12.00 P.M.


Sudah kenyang with Muna's nasik goreng. Thank you again! Read Myra's text, and so we are going to Brighton Beach! Yayy!!

Brighton Beach is a longggggg beach with lots of colourful bathing boxes.Before this I never knew that all those small houses along that beach are actually bathing boxes (beach hut where you can shelter yourself from wind and sands), I thought they are just 'there' without any function (okey I know, forgive me for my bimbo moment). I tau ni pun sebab while writing this entry I tetiba terfikir nak Google about this beach and I found it from sweet old Wikipedia. And guess what, actually the Aussies paid for these huts (they bought the hut as their own private property where they can put their personal belongings or change their clothes inside), it was actually some kind of fund-raising project set-up by the Aussie government. Ok enough information so let's gooooo!!!

Sudut insaf: Nak tumpang bersuka ria di pantai pun kena bayar kat kerajaan, tambahan kita yang menumpang hidp di bumi Allah. Bayar la balik hutang kita ni dengan beribadah, menjadi hamba-Nya yang beramal soleh, jangan buat muka tebal tak malu hehe =)

20th July - 1.00 P.M.

Me and Humaira inside the tram, on the way to Brighton Beach! To get to this beach (by tram, it looks sebijik like LRT), you can purchase the daily ticket (it cost about 6AUD? In my case, I took the tram from Melbourne Uni Station) and changed the ticket at Flinder's Street Station (from Zone I to Zone II) as Brighton Beach is in Zone II (near Sandringham area). Wow I tengah kagum dengan diri sendiri, how come a person with no sense of direction whatsoever like me can still remember all these details without referring to Wikipedia.

Sudut insaf: Manusia ni tak kira lumpy macam mana pun, insyaAllah takkan sesat kalau ikut manual yang dah disediakan oleh-Nya, Quran la ape lagi hehe

Me inside the tram, nervous woh first time using that auto machine sebelah tu, yang minah rambut cokelet tengah guna tu

2oth July - 1.40 P.M.

So here we were at the Brighton Beach! Yibaa!!

Sudut insaf: Di samping enjoy, banyak-banyak jugak berzikir. Buta-buta je dapat pahala, bukan susah pun. Hehe =P

Me with the cute Myra

Snap snap, as usual... the beach here is quite nice, with cute colourful huts (82 huts in total, tapi kitorang tak kira la pulak hehe)



Bathing box bercorakkan Australian's flag. Patriotik habis.

20th July - Can't remember the time anymore


We waited for the tram to go back to Melbourne city. We walked along the street before reaching the station, and all I could see along the street were big luxury houses (I think they might be holiday houses kot), sungguh kaya la mereka ini.

Brighton Beach tram station

Still 20th July but ignore the time please

Arrived at Melbourne city, Myra belanja me this chips (thank you honey! =D). This chips beli kat this shop called 'Lord of the Fries', haha kelakar tak nama dia. But the chips memang superb wallawey, memang layak la dengan nama kedai ni. The chips come with different sizes and we can choose different sauces. Sauces yang best bak kata Myra are Indian apebende ntah and I can't remember the other one (why bother mentioned it here? haihh). We ate at the stairs of the famous Federation Square, sungguh mengada tak.

Owh dia ada jual burger jugak. Nampak tak simbol burger di atas.

Lepak pun mau ada kelas, mau kat tangga Federation Square


Basically Federation Square ialah tempat di mana bangunan2 pelik dilonggokkan bersama

Nampak tak saya dalam skrin itu? Ya yang macam perempuan gila tu.

Sudut insaf: Kita kagum dengan ciptaan manusia yang pelik-pelik ni, cuba fikirkan pulak ciptaan Allah yang pelbagai-bagai. Dah la banyak, perfect pulak tu. Sungguh Maha Genius. Di samping berfikir tentang tanda-tanda kebesaran Allah, kita pun hendaklah jadi someone yang berkaliber, mampu buat benda-benda best macam bangunan ke, tulis buku yang bombastik ke, supaya tak ketinggalan umat Islam di mata dunia =)


20th July - Yang pastinya dah malam


Bertolak balik ke rumah (rumah orang, bukan rumah saya). Thank you so much Myra sudi ngedate sama saya! Alhamdulillah hari yang menggembirakan!

Sudut insaf: Balik la rumah awal sikit ye. Anak dara tak elok balik lewat-lewat malam! Haha =P


p/s: Next day: Phillip Island! =D
Read more ►

Tuesday, August 17, 2010

Bad Guy (Nappeun Namja)

0 comments
Setelah terlalu lama tidak mengupdate blog (hampir setahun!), saya memilih untuk menyapu habuk-habuk di blog saya dengan entry review tentang drama Korea. Haha saya tahu, sungguh tidak significant, tetapi saya memang suka buat benda yang out of ordinary. Enjoy the review!

Bad Guy (Nappeun Namja)

Bad Guy ialah sebuah drama Korea yang sepatutnya 20 episod tapi dipendekkan menjadi 17 episod oleh sebab pelakon utamanya terpaksa menjalani latihan yang ala-ala Khidmat Negara tu, atau kata lain Military Service.

Bad Guy mengisahkan tentang seorang jejaka yang sungguh attractive (pada pandangan saya la, sila jangan tembak saya jika anda kecewa bila melihat hero tersebut), Shim Gun Wook yang ingin membalas dendam atas kejahatan yang dilakukan oleh keluarga Hong ke atas dirinya. Dia mengatur rancangan untuk membalas dendam bermula dengan ahli termuda dalam keluarga itu, Hong Mo Ne, diikuti Hong Tae Sung, Hong Tae Ra dan seterusnya seluruh keluarga Hong. Dalam usaha membalas dendam tersebut, dia bertemu dengan Moon Jae In, seorang wanita yang baru putus cinta yang bekerja di galeri seni kepunyaan Mrs. Shin, isteri kepada Presiden Hong. Adakah pertemuan ini akan mengganggu rancangan Shim Gun Wook? Dapatkah Shin Gun Woo membalas dendam pada keluarga Hong? Adakah rahsianya akan bocor? Haa kalau nak tahu, tengok la sendiri~ haha =P

Rating yang saya beri: 8/10

Pelakon utama: Kim Nam Gil (Shim Gun Wook), Han Ga In (Moon Jae In), Kim Jae Wook (Hong Tae Sung), Oh Yun Soo (Hong Tae Ra), Jung So Min (Hong Mo Ne)

Komen: Drama Korea moden paling best pernah saya tonton setakat ini. Agak realistik, namun ada juga certain parts yang agak tak realistik. Endingnya, haha tengok sendiri lah ya. Kerana episod telah dipotong, ending nampak seperti agak rushing dan dicrammed dalam 2 episod terakhir. Cerita ini agak menimbulkan ketidakpuasan hati kerana 'kejahatan kelihatan seperti tidak mendapat balasan yang setimpal'. Other than that, a worth drama to stay up for. Haha.

OST: Ohya, kalau anda menonton drama ini, sila download OST dia. Memang best, 9/10. Favourite tracks: Thornflower by Jong Yeop, Where by Mi, Subtitle and Perfume composed by Kim Ji Soo. Boleh didownload di Mediafire.

Pengajaran:

  • Hidup tak berjalan mudah seperti yang disangkakan/ dirancang
  • Lari dari masalah takkan dapat selesaikan masalah
  • Hidup ini karma. Apa yang kita buat, akan dapat balasannya. What you give, you get back.
  • Dendam takkan membawa apa-apa kebaikan kepada diri kita
  • Harta dan kekayaan bukan segala-galanya dalam hidup
  • Berlaku jujurlah dengan diri sendiri
  • Masih tak terlambat lagi untuk berubah ke arah yang lebih baik
dan sebagainya.

Drama ini boleh ditonton secara online di Viikii.net dan boleh didownload di DramaKrn. Subtitles pulak boleh didapati di WITHS2. Selamat menonton!

Trailer Bad Guy:



Jung Yeop - Thornflower (Bad Guy OST):








Read more ►

Sunday, September 20, 2009

Happy Eidul Fitri people.

0 comments
assalamualaikum.

it's been a while, aye, since the last time I updated my blog with..err..something. been in final year had made me feel that I dont have enough time for everything (except commenting my friend's photo or status at Facebook, lol). Other than that, aduii... rase mcm x cukup tgn and x cukup mase jgk. i put the blame on myself. for my lack of sense of time management. and all.

i still remember the very first time i celebrated Hari Raya Aidil Fitri here in New Zealand in my first year. we actually celebrated our raya in the exam hall, answering those bloody EMTH171 exam. we went to sembahyang raya first thing first, pakai baju raya punye la warna warni, headed to exam hall and got this weird-but-funny looks from the kiwis, answered the exam's questions and went back to home (some friends went to our senior's open house, but i didnt, since i still got another exam on the next day. blurghh).

this experience was just so unfamiliar but yet so dear to me. my first time of raya in the land of sheep, far away from parents and family, and actually celebrating my raya while answering the exam's questions, meant so much to me in overall. this is, for me, the true taste of being overseas, of being studying abroad. on that day i realized how much i appreciate celebrating the raya back in my hometown, how much i miss the kunjung mengunjung, rumah terbuka and of course, the foods. i even miss main bunga api and mercun roket, the sounds of meriam buluh, takbir raya and most importantly, asking for forgiveness from my parents and sisters early in the raya's morning.

sigh.

it's been four years now since then. this year would be my fourth-time raya in Christchurch. i never feel sad to have to celebrate the raya here in NZ instead of malaysia, never did even once. because for me, my friends here are my family - we are like a very big group of family. there are plenty of open houses actually kt sini, and those rajin punye bdk2 rumah will masak lots of things like kek lapis la rendang la nasik impit kuah kacang la siap dgn kuih raya lagi. so it's not too bad aye. actually it's not too bad at all.

sembahyang raya at masjid is also one of the things that i like the most about having raya in negeri orang. there are Muslims from Iran, Oman, Africa, Nigeria, and mcm2 lagi, prayed together under the same mosque (actually outside of the mosque, on the field, sbb ramai sgt org x cukup space). but most importantly, all of us, no matter who we are, and where we came from, all united together under the name of Islam. we ask for forgiveness even though we dont really know each other, and i still remember those makcik from Oman keep on praising us Malaysian girls of how pretty our outfit were. hehe.

this year will also be my last raya in New Zealand (maybe, insyaAllah). i have a very mixed feeling about this. when i think about finally being able to celebrate raya properly with my family in Malaysia next year, i feel happy. but thinking about leaving my friends here in New Zealand behind..i really dont know what do i feel nor what should i feel right now. owh, and by the way, we celebrate our raya on Monday okay? cis cis. haha.

anyway, ape yg penting (bukan kerjasama ek. ok kerjasama penting jgk raya2 ni). but anywhoo,

enjoy raya and have a blast!


to all my friends in New Zealand, i love you guys so much. thank you for making my days in New Zealand (not only the days during raya, but my days throughout these whole 4 years) so warm, so meaningful and so... ok i lost my words now. all the good times and hardships that we've been through together, i appreciate them so much. for that, forgive me for all my wrongdoings and if u ever wronged me, i forgive you. God bless and stay friends forever.

to my family and friends in Malaysia, i miss you all. sorry if i didnt reply your YM or texts or emails. i'm just too lazy to do that. but it does not mean that i already forgetting you guys. no, never. as poyo as it may sounds, you guys will always be in my heart. always. hence do forgive me for all my wrongdoings, and hope we can meet again next year and have a blast together!

to all my readers and bloggers (ek eleh mcm ade readers je pon haha), i'm sorry if i ever hurt you with my words. sometimes words can hurt more than a knife, aye? yg baik tu datang daripada Allah, and yg buruk of course, definitely, absolutely came from me. so, zero-zero ya, people? sorry for not replying to your comments (but i read them, of course) and i appreaciated your feedbacks very very much. keep in touch and see ya guys in the next entry!

owh, and dont forget, people, our saudara in Palestin, Afghanistan, Iraq, those family yang kurang bernasib baik kat Malaysia, and heck, sume orang la, Muslims or non-Muslims in the whole world. do pray for them, and contribute by derma (money of give out your clothes yg dah tak pakai tu) or by all means that you can. well, the whole purpose of puasa is about to feel and understand the feelings of those yang kurang berkemampuan kan? so dlm raya jgn la lupa diorang pulak. mention them in your prayers. semoga bertambah keberkatan di hari raya insyaAllah.

last but not least,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.










Read more ►

Saturday, August 29, 2009

0 comments
sekarang ini aku sedang buat kerja2 untuk projek aku. aku mau siap sebelum pukul 12. boleh enggak? boleh kot.

aku mula2 rasa geram. apalah, aku ini banyak kerja sampai aku tidak ada masa untuk berkeluh kesah untuk diri aku sendiri. tapi sekarang aku faham, Tuhan ini memang baik. Dia memang sengaja tidak mahu bagi aku masa untuk aku menjadikan diri sendiri jadi bodoh. tapi nak merepek meraban di blog ada masa pulak eh?

haha.

aku sebenarnya rasa terlalu banyak sampai aku tak tahu apa nak tulis.

dulu aku ada 3 sebab untuk aku ada di sini.

kemudian aku hilang satu.

dan sekarang aku hilang lagi satu.

aku cuma ada satu saja lagi sebab untuk aku ada di sini.

maka aku mintak sangat2 pada Tuhan, tolong jangan tarik sebab itu juga dari aku.

kalau tidak aku akan bersepai2.

aku ini tak sedar diri kan? mintak itu ini pada Tuhan, macam aku pulak yang tahu apa yang terbaik untuk aku.

padahal Tuhan itu lebih tahu.

aku tahu semua yang Tuhan beri itu itulah yang terbaik. Tuhan dah takdirkan semua segala yang terbaik untuk aku sejak aku berusia 121 hari lagi dalam kandungan.

sekarang ini aku sedang merepek di blog aku, inilah yang terbaik yang ditakdirkan untuk aku buat pada ketika dan saat ini.

tapi biasalah, manusia kan memang tamak. tapi Tuhan pun kata, kalau nak mintak, mintaklah pada dia kan?

lagi pun aku memang tak ada siapa-siapa yang aku boleh mintak.

aku pernah dengar, ilmu manusia yang paling genius dalam dunia ini adalah tak setaraf pun sama satu titik air kalau nak dibandingkan dengan ilmu Tuhan yang selaut.

tambah2 pulak aku student-mechanical-yang-tak-grad-pon-lagi ini, lebih2 lagi tidak tahu apa sebenarnya kebaikan yang Tuhan sorok sekejap dari aku daripada segala yang terjadi ini.

Tuhan memang bijak, kan? Dia cipta manusia ini dengan perasaan ingin tahu. itu sebab aku masih mau heret kaki dan menapak di luar sana. manalah tau kalau2 aku jumpa hikmah di tepi jalan ke.

aku berterima kasih sangat sebab masih diberi satu hari lagi untuk aku perbetul semua kehinaan aku yang entah apa2.

dan kalau masih ada lebih-lebihan hari, harap ia boleh diguna untuk segalanya yang baik2.

oops, Tuhan. boleh tak aku nak minta satu saja lagi?

sebelum aku mati, boleh tak bagi aku rasa hepi?

sekejap saja.

dan sepanjang sebelum itu boleh tak tolong aku tolong diri aku?

emm.

buat masa sekarang ni, tolong aku tolong diri aku siapkan stage load profile ni boleh?

haha.

keji.
Read more ►

Friday, July 03, 2009

things that made me went waddaf**k

10 comments
hari ini aku terpanggil untuk berbicara tentang satu isu yakni 'tabarruj'.

dipetik dari usrah-online.com:

Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras,sama ada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain.

satu lagi point dari website tersebut yang ingin aku highlight di sini ialah:

Termasuk dalam istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian.

Fesyen-fesyen pakaian yang dimaksudkan di sini ialah fesyen yang berlebih-lebihan dan juga fesyen yang tidak menutup aurat.

sebelum ini aku tidak pernah berminat untuk menyentuh hal-hal aurat. kerana bagi aku, ini semua orang dah tahu.

tetapi aku terlupa bahawa isu di sini bukan TIDAK TAHU, tetapi TIDAK SEDAR.

1) perempuan menutup aurat, bertudung labuh, berpurdah itu semestinya wanita yang baik lagi mulia

2) perempuan yang tidak menutup aurat, berpakaian dedah sana dedah sini itu semestinya wanita yang rosak akhlak


Dua ayat di atas SAMA SEKALI BUKAN PRINSIP AKU apabila bercakap tentang seseorang wanita. Bagi aku, keluhuran budi pekerti seseorang adalah tidak logik sama sekali untuk diukur daripada cara berpakaian seseorang.

ya, bagi aku, perempuan bogel yang memberi makan pada kucing kelaparan adalah lebih baik daripada perempuan bertudung labuh yang mengerat-ngerat kucing itu kepada 18 bahagian.

aku tidak pernah menghormati perempuan bertudung labuh lebih daripada perempuan yang berskirt pendek. sebaliknya, kedua-dua mereka harus diberi penghormatan yang baik yang sama taraf. kerana kedua-duanya adalah makhluk Allah, kedua-duanya adalah wanita yang mempunyai rahim yang harus dihormati dengan cara yang paling bagus.

takkan bila kita tak sanggup meraba perempuan berpurdah dalam LRT, kita sanggup pula raba perempuan bermini skirt?

padahal kedua-duanya adalah wanita yang sama sekali tidak berhak untuk disentuh tak kira bagaimana koyak-rabaknya cara mereka berpakaian.

Allah suruh jaga pandangan, dude. so jaga la pandangan. tak payah bagi banyak alasan.

Allah suruh tutup aurat, gurls. so tutup la aurat. tak payah bagi banyak alasan.

jadi kenapa ya aku tiba-tiba sibuk-sibuk nak mengomel tentang aurat ni?

kerana aku baru sedar betapa ramainya wanita yang tidak sedar akan betapa beratnya perintah Tuhan yang satu ini.

wanita adalah kaum yang paling senang nak masuk syurga. Allah redha, suami redha, jalan.

wanita juga kaum yang paling senang nak masuk neraka. nampak rambut sehelai, doom.

isu yang ingin aku timbulkan di sini ialah apabila wanita menganggap:

1) menutup aurat = menutup rambut di kepala
2) menutup aurat = menutup kulit

waddafish?

aku mengaku aku bukan perempuan yang 100% menutup aurat. dan aku tidak bangga dengan kenyataan ini. aku tidak akan menggunakan alasan paling dajal dalam dunia seperti, "saya tak mahu jadi hipokrit, ini diri saya yang sebenar", atau "saya belum sedia." ini semua alasan bangang yang tidak boleh diterima akal.

sembahyang itu wajib. menutup aurat itu wajib. logik ke kalau kita cakap, "saya memang malas sembahyang, saya tak mahu jadi hipokrit", atau "saya tak mahu sembahyang, saya belum sedia lagi." macam bodoh benar bunyi nya kan? jadi apa yang boleh aku katakan di sini ialah, aku mahu berubah, aku sedang berubah dan insyaAllah akan berusaha untuk istiqamah ke arah yang lebih baik supaya akan ada peningkatan bagi setiap hari yang berlalu.

aku tidak tahu ini hadis sahih atau tidak, tetapi setahu aku Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:

"manusia yang paling rugi dalam dunia ini adalah manusia yang tahu dia mempunyai kekurangan tetapi tidak memperbaiki kekurangannya itu."

jadi di sini aku ingin mengajak diri sendiri dan juga wanita-wanita di luar sana supaya sama-sama kita renungkan tentang hakikat menutup aurat yang sebenar.

pertama,

1) menutup aurat = menutup rambut di kepala adalah satu kefahaman tentang aurat yang salah.



aurat itu adalah tidak mendedahkan bentuk badan, rambut dan kulit kecuali bahagian-bahagian yang lazimnya dilihat (muka dan tapak tangan) kepada tatapan yang bukan muhrim. kalau dengan yang muhrim ada pula garisan-garisan aurat yang lain pula.

jadi apa kejadahnya jika kita mengaku, "ya kami telah menutup aurat!" tetapi semua mata dalam dunia dapat melihat bentuk nasik lemak RM 1.50 dua ketul yang terpampang di khalayak ramai itu?

apa kejadahnya bila kita mengaku, "ya kami telah menutup aurat!" tetapi leher yang jinjang dan telinga yang putih bersih itu dinampakkan pula bergantungan dengan rantai dan anting-anting?

apa kejadahnya bila kita mengaku, "ya kami telah menutup aurat!" tetapi baju yang dipakai sama saiz dengan baju budak tadika umur 6 tahun dengan lengan pendek menampakkan daging yang gebu-gebu montok-montok itu?

susah sangatkah nak melabuhkan tudung hingga menutup dada?

apa boleh mati kah kalau kita pakai tudung yang sempurna menutup leher dan telinga?

wang dalam akaun anda tiba-tiba hilang lesap semuanya kah kalau kita beli baju berlengan panjang?

tudung itu menutup rambut. tudung itu menutup dada. tudung itu tidak jarang.

menutup aurat itu menutup seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan.

apa yang kita masih tak faham dengan ayat di atas? apa maha sukar sangatkah maksudnya sampai kita tak faham atau buat-buat tak faham?

2) menutup aurat = menutup kulit adalah satu kefahaman tentang aurat yang salah, salah lagi menyalahkan

ehh betul2. kami telah menutup semua kulit tak seinci pun dinampakkan kepada pandangan yang bukah mahram.

tapi baju yang dipakai pulak mengalahkan sarung nangka sendatnya!

ditambah-tambah lagi dengan trend terbaru "muslimah" zaman millennium ini yang merupakan fesyen muslimah paling bangang pernah aku jumpa sepanjang aku hidup di dunia ini:

disclaimer: gambar-gambar di bawah disertakan hanya sebagai contoh, sama sekali tidak berniat untuk menjatuhkan air muka tuan punya gambar.






i cant help but go waddaf**k when i see these pictures.

fashion? style? "muslimah" style? whadda f*** was that?

so this is all about fashion? wearing legging? nampak bentuk kaki terang lagi bersuluh? and you proudly called it as 'style'?

WADDA F!

ada seorang gadis ini yang memberi respon terhadap teguran aku dengan jawapan ini: "pakai legging lagi baik daripada pakai tudung tapi tshirtnye body-shirt lengan pendek nampak tangan."

apa yang aku nak cakap di sini ialah, cik adik, tidak ada konsep 'hollier than thou' yang diamalkan dalam Islam.

pakai legging = salah sebab nampak bentuk kaki trang tang tang


pakai baju shortsleeve = salah sebab nampak lengan trang tang tang


it's as simple as that. where d f* did you got the concept such as "i'm better than you because i wear legging instead of shortsleeve" ni?

i am no better than you. you are no better than me. those girls wearing tudung labuh are no better than those who wear mini skirt. those who wear shortsleeve are no better than those who wear baju kurung. why? because it is not our job to judge who's better than who. it is Allah's job. we, as a human, just do the best than we can do, including doing our best in covering our aurat. it is THAT simple.

just do our BEST. as the 'khalifah' of the world. as the slave of the Almighty.

insyaAllah.

hidayah itu milik Allah. tapi hidayah itu jugak boleh dicari, dude. jadi aku tidak akan men'judge' sesiapa di sini, kerana aku sendiri masih dalam proses membetulkan diri. aku faham kesediaan untuk menutup aurat itu penting, ikhlas itu lebih-lebih lagi la penting, tetapi ikhlas dalam menutup aurat itu tidak akan datang jika kita tidak mahu berusaha untuk mendapatkannya.

aku sedar bahasa yang aku gunakan di sini adalah bahasa yang kasar. kerana apa? kerana ini adalah bahasa yang aku gunakan untuk menegur diri sendiri. aku telah pun terasa pedasnya. jadi kepada sesiapa yang terasa jugak kepedasannya sama seperti aku, nasib lah ye. haha.

ini adalah peringatan untuk semua muslimah di luar sana, lebih-lebih lagi kepada diri sendiri.

wallahualam.





































Read more ►
 

Copyright © Shairah Ahmad Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger