assalamualaikum
aku meme tok pahe, ape kehe ngan melayu sekarang? bodoh sokmo.
cadangan untuk membuka kuota sebanyak 10% kepada non-bumiputera untuk kemasukan ke UiTM mendapat tentangan hebat drpd pihak pengurusan UiTM dan pelajar2nya sekali. mengadakan demonstrasi secara terbuka untuk membantah cadangan tersebut. hujah (atau apa yg aku rasa lebih tepat utk dikatakan sebagai 'alasan') ialah UiTM asalnya ditubuhkan utk membela nasib orang melayu, dan kita sebagai bangsa Melayu haruslah memelihara hak istimewa orang Melayu supaya tidak dirampas mahupun diganggu gugat oleh kaum2 lain.
aku tidak faham. apa yg Melayu takutkan sgt dgn kemasukan 10% kaum bukan bumiputera ini?
UiTM itu adalah satu institusi pendidikan. pendidikan adalah utk semua, bukan utk bangsa melayu sahaja. wajarkah sebuah institusi pendidikan mendidik pelajar2nya supaya menjadi seorang yg racist atau dalam bahasa melayunya, mengamalkan sifat perkauman? layakkah UiTM digelar institusi pendidikan atau sebuah universiti, jika begitu? apa sebenarnya yg ingin kita ajar kpd anak2 melayu kita sebenarnya? jangan biar bangsa lain masuk dlm tempat kita, tempat ini kita punya. begitukah?
pergi mampuslah dgn agama islam sebagai agama rasmi Malaysia kalau begitu. islam apanya kalau mengamalkan double standard. seolah2 bangsa bukan melayu itu bukan warganegara Malaysia. islam apanya kalau tidak mengamalkan keadilan. islam apanya yg bersifat perkauman. betapa Nabi Muhammad S.A.W. bersusah payah menghapuskan sentimen kabilah atau assabiyah di kalangan penduduk Mekah dengan membawa rahmat islam kepada semenanjung arab dan seterusnya seluruh dunia, bangsa melayu yg mengaku dirinya islam ini ingin mengembalikan semula semangat assabiyah yg telah berhempas pulas dibanteras oleh Rasulullah kita yg tercinta. apakah bodoh benar Melayu ini?
tidak hairanlah jika non-muslim tak terbuka hati pada keindahan islam. bukan salah islam itu sendiri, tetapi islam di malaysia telah tercemar dengan kebodohan melayu. kasihan islam. tak pasal2 menjadi mangsa.
dgn segala macam demonstrasi dan bantahan, jika ya pun cadangan tersebut dilaksanakan dan UiTM dibuka kepada non-bumiputera, kalau aku ni orang cina atau india, tak teringin aku nak masuk UiTM. tak lalu aku. tak kebulur aku nak masuk tempat yg racist sebegitu. ntah apa sgt yg aku akn dpt dari situ. lebih baik jgn rosakkan pemikiran dgn bergaul dgn orang2 yg racist lagi bodoh sombong ini.
minta maaf banyak2, aku tidak pernah ada apa2 dendam dgn UiTM sebelum ini. dua orang kakak aku juga adalah graduan dari UiTM. aku sememangnya bangga dgn usaha murni UiTM untuk melahirkan lebih bnyk graduan Melayu yg berpendidikan dan cemerlang. tetapi kini, aku tidak bangga dgn lahirnya lambakan graduan Melayu yg menggenggam segulung ijazah tetapi bersikap racist terhadap kaum lain. bagi aku ijazah itu tidak berguna. kerana pendidikan itu tujuannya untuk mendidik, bukan utk menganugerahkan sekeping kertas bergulung sahaja.
wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
I agree. Enough said.
ReplyDeletehehe =P
ReplyDelete