assalamualaikum
sesungguhnya ini hanyalah perkara kecil semata2, sememangnya bukanlah satu masalah dunia seperti kenaikan harga minyak, keributan politik di zimbabwe dan sebagainya. tetapi ini adalah satu fenomena atau budaya popular di kalangan remaja dewasa ini, yg kadang2 membuatkan aku terasa muak dan meluat juga.
aku sangat2 faham bahawa setiap tindakan yg diambil oleh seseorang itu merupakan hak individu tersebut. apa kuasa aku nak menyibuk hal orang. pendek kata, suka hatilah nak buat apa pon. ada logiknya juga, sebab perkara yg ingin aku sentuh ini sememangnya sesuatu yg teramat2 remeh. tetapi apa yg aku ingin luahkan di sini bukanlah satu cetusan ketidakpuasan hati, tetapi lebeh kpd ketidakfahaman atau ke'wonder'an. wah suka2 hati mak bapak aku merojakkan bahasa.tak apalah sekali skala.
aku sememangnya tidak erti dgn trend atau budaya popular yg merebak dgn maha berleluasanya di kalangan remaja perempuan, gadis2 yg muda lagi manis ini. aku tidak faham, dari mana datangnya budaya 'gedik' ini?
aku tidak tahu sejak bila budaya gedik ini bermula, sebab seingat aku, dlm 2 tahun lepas, fenomena ini tidaklah begitu menjadi2 sgt. tetapi sekarang hampir kesemua yg aku nampak dan aku lihat pon begitu. seolah2, 'it's cool to be gedik'. 'gedik is the new trend', 'gedik is popular', 'gedik is feminine', 'gedik is cute' dan segala2 caca merba nya lagi.
sampai lah ke tika dan saat ini, aku masih tidak faham kenapa gadis2 muda remaja zaman sekarang ni suka sangat ambil gambar dari atas, atau dari tepi, kemudian menjelingkan mata ke atas atau ke tepi bagai nak juling, dan satu perkara WAJIB dalam pose tersebut, ialah memuncungkan mulut seolah2 nak bercium.
now, ape kejadahnya itu?
aku tidak faham. apa tujuan gambar2 seperti ini? adakah anda hendak beritahu, 'ya, aku sangat comel!', 'ya, aku sangat cute!', 'ya, aku gedik!'. apakah makna semua ini?
adakah sangat bagus menjadi gedik? adakah sangat best menjadi gedik? adakah sangat cool menjadi gedik? banggakah anda menjadi gedik? hairan sungguh aku. aku masih ingat lagi, semasa di sekolah menengah, gadis2 yg gedik ni akan dibenci dan menjadi bahan kutukan kegemaran ramai. tetapi sekarang zaman sudah terbalik ya, gedik ini pula yg menjadi kegemaran, dan yg paling menghairankan, gadis2 zaman sekarang seolah2 berlumba2 pula mahu menjadi gedik!
aku sungguh muak dan jelak melihat gambar2 'sepesen' yg selalu diupload di friendster gadis2 seperti ini. dah tentu, kalau meluat, tak payah la tengok. abes cerita. xde sesiapa yg suruh tengok pun. ya memang benar. tetapi aku sedih. sedih melihat kelakuan gadis2 muda zaman sekarang yg berlumba2 menjadi gedik ini. bagi aku gedik tidak cool. bagi aku GEDIK ITU BODOH. ya, bodoh. gadis apa yg perasan cute, perasan comel, terkinja2 tergedik2 sebegitu? itu bukan cool namanya, itu bukan popular namanya. Itu bodoh.
hairan aku. aku sendiri bukanlah seorang yg amat bersopan santun mahupun berakhlak mulia. tetapi aku tidak teringin langsung nak menggunakan camera digital aku untuk tangkap gambar diri aku sendiri. aku mmg sangat2 hairan, bagaimana ya orang boleh duduk saja2, tiba2 ambil camera, senyum sorang2 dan tangkap gambar diri sendiri? tiada kerja lainkah yg anda boleh buat? itu lah yg peliknya. kalau zaman dulu, rasanya orang2 seperti ini dah di'cop'kan tidak siuman. tetapi zaman sekarang, gambar2 'masuk bakul angkat sendiri' inilah yg paling popular menghiasi friendster rakan2 kita.
pelik ya. kenapa berlumba2 nak jadi gedik? kenapa tak berlumba2 utk menjadi gadis yg terhormat, berakhlak mulia dan bersopan santun? kenapa tak berlumba2 utk menjadi sebaik Saidatina Khadijah, atau berlumba2 menjadi sebijak Saidatina Aishah? dalam banyak2 benda yg baik dan berfaedah, kenapa gedik juga yg menjadi pilihan?
sudah2 lah tu wahai sahabat. sudah2 lah dgn gambar mulut muncung tikus, dengan gambar menjeling 180 darjah, dengan gambar 'kami vogue', 'kami comel', 'kami cute', 'kami gedik' itu. tanyalah diri anda sendiri, apa faedah yg anda dapat drpd gambar2 seperti ini. tanya diri anda sendiri, apa faedah yg anda dapat dilabel sebagai perempuan gedik.
wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment