Friday, July 25, 2008

Ada Apa Dengan Gedik?

0 comments
assalamualaikum

sesungguhnya ini hanyalah perkara kecil semata2, sememangnya bukanlah satu masalah dunia seperti kenaikan harga minyak, keributan politik di zimbabwe dan sebagainya. tetapi ini adalah satu fenomena atau budaya popular di kalangan remaja dewasa ini, yg kadang2 membuatkan aku terasa muak dan meluat juga.

aku sangat2 faham bahawa setiap tindakan yg diambil oleh seseorang itu merupakan hak individu tersebut. apa kuasa aku nak menyibuk hal orang. pendek kata, suka hatilah nak buat apa pon. ada logiknya juga, sebab perkara yg ingin aku sentuh ini sememangnya sesuatu yg teramat2 remeh. tetapi apa yg aku ingin luahkan di sini bukanlah satu cetusan ketidakpuasan hati, tetapi lebeh kpd ketidakfahaman atau ke'wonder'an. wah suka2 hati mak bapak aku merojakkan bahasa.tak apalah sekali skala.

aku sememangnya tidak erti dgn trend atau budaya popular yg merebak dgn maha berleluasanya di kalangan remaja perempuan, gadis2 yg muda lagi manis ini. aku tidak faham, dari mana datangnya budaya 'gedik' ini?

aku tidak tahu sejak bila budaya gedik ini bermula, sebab seingat aku, dlm 2 tahun lepas, fenomena ini tidaklah begitu menjadi2 sgt. tetapi sekarang hampir kesemua yg aku nampak dan aku lihat pon begitu. seolah2, 'it's cool to be gedik'. 'gedik is the new trend', 'gedik is popular', 'gedik is feminine', 'gedik is cute' dan segala2 caca merba nya lagi.

sampai lah ke tika dan saat ini, aku masih tidak faham kenapa gadis2 muda remaja zaman sekarang ni suka sangat ambil gambar dari atas, atau dari tepi, kemudian menjelingkan mata ke atas atau ke tepi bagai nak juling, dan satu perkara WAJIB dalam pose tersebut, ialah memuncungkan mulut seolah2 nak bercium.

now, ape kejadahnya itu?

aku tidak faham. apa tujuan gambar2 seperti ini? adakah anda hendak beritahu, 'ya, aku sangat comel!', 'ya, aku sangat cute!', 'ya, aku gedik!'. apakah makna semua ini?

adakah sangat bagus menjadi gedik? adakah sangat best menjadi gedik? adakah sangat cool menjadi gedik? banggakah anda menjadi gedik? hairan sungguh aku. aku masih ingat lagi, semasa di sekolah menengah, gadis2 yg gedik ni akan dibenci dan menjadi bahan kutukan kegemaran ramai. tetapi sekarang zaman sudah terbalik ya, gedik ini pula yg menjadi kegemaran, dan yg paling menghairankan, gadis2 zaman sekarang seolah2 berlumba2 pula mahu menjadi gedik!

aku sungguh muak dan jelak melihat gambar2 'sepesen' yg selalu diupload di friendster gadis2 seperti ini. dah tentu, kalau meluat, tak payah la tengok. abes cerita. xde sesiapa yg suruh tengok pun. ya memang benar. tetapi aku sedih. sedih melihat kelakuan gadis2 muda zaman sekarang yg berlumba2 menjadi gedik ini. bagi aku gedik tidak cool. bagi aku GEDIK ITU BODOH. ya, bodoh. gadis apa yg perasan cute, perasan comel, terkinja2 tergedik2 sebegitu? itu bukan cool namanya, itu bukan popular namanya. Itu bodoh.

hairan aku. aku sendiri bukanlah seorang yg amat bersopan santun mahupun berakhlak mulia. tetapi aku tidak teringin langsung nak menggunakan camera digital aku untuk tangkap gambar diri aku sendiri. aku mmg sangat2 hairan, bagaimana ya orang boleh duduk saja2, tiba2 ambil camera, senyum sorang2 dan tangkap gambar diri sendiri? tiada kerja lainkah yg anda boleh buat? itu lah yg peliknya. kalau zaman dulu, rasanya orang2 seperti ini dah di'cop'kan tidak siuman. tetapi zaman sekarang, gambar2 'masuk bakul angkat sendiri' inilah yg paling popular menghiasi friendster rakan2 kita.

pelik ya. kenapa berlumba2 nak jadi gedik? kenapa tak berlumba2 utk menjadi gadis yg terhormat, berakhlak mulia dan bersopan santun? kenapa tak berlumba2 utk menjadi sebaik Saidatina Khadijah, atau berlumba2 menjadi sebijak Saidatina Aishah? dalam banyak2 benda yg baik dan berfaedah, kenapa gedik juga yg menjadi pilihan?

sudah2 lah tu wahai sahabat. sudah2 lah dgn gambar mulut muncung tikus, dengan gambar menjeling 180 darjah, dengan gambar 'kami vogue', 'kami comel', 'kami cute', 'kami gedik' itu. tanyalah diri anda sendiri, apa faedah yg anda dapat drpd gambar2 seperti ini. tanya diri anda sendiri, apa faedah yg anda dapat dilabel sebagai perempuan gedik.

wallahualam.
Read more ►

Thursday, July 17, 2008

oden udon

0 comments
assalamualaikum.

it has been my habit now, to go to the city, and treat myself a bowl of 'oden udon', served at the bus exchange food court whenever i feel down or depress.



while eating the hot udon, i kept on thinking. not about what had happened in the past, but about what should i do in the future.

lately, i realized that life is really not that easy. i thought that i had try as much as i could, but it turned out that i didn't.

it was frustrating, really. sometimes i feel tired. it is like i'm in a marathon, where i try to run as far as i could, but i still cant see where is the finishing line.

i dont know what to say. i really had try my best. i did. i'm sure of that.

i guess i should try harder next time. i just hope that i would still have that second chance.

wallahualam.
Read more ►

Sunday, July 13, 2008

aku malu

0 comments
x yah cakap bnyk. straight to the point. di bawah ni adalah komen2 berkenaan kuota baru biasiswa oleh JPA, which is 50% bumiputera, 45% non-bumiputera dan 5% kaum2 lain.

tak stuju dgn jpa y nk tggikn kuota kpd hmpir 50% utk non-bumi, bknny pe.. kite kene la tlg bdk2 mlayu.. bangsa kite sndiri mstila diutamakan, kalo tgk org2 cina n indian pn, dorg dpt gak bantuan2 biasiswa len dri mca, mic n other ngo..

sedih tgok bdk2 mlayu y nk sgt dpt biasiswa tuh. sampe ade y hntr ke newspper pertikaikan isu ade-yang-dapt dgn ade-y-xdpt biasswa. spatutnye diutamakn golongan y miskin n brpndptn rndh, tp ade jek yg gune org dlm utk dptkn bsswa. anak dato', anak menteri sume sng giler nk dpt.. aslkn de orang y kje or de hbngn dgn jpa, trus bleh jamin biasswa dlm tgn.

btw, sy mnntg skrs2nya pngktn kuota jpa.


and this is the reply from an Indian guy, who read the comment:

No offense, but that's bullcrap. The part about non-malays getting other scholarships, I mean. I'm not a Malay - I have a Tamil heritage and I'm damn right proud of it. When I left SPM with 11A1s, I didn't get a single scholarship. MARA was closed to me because, hey, guess what, I'm not a Malay! Ditto went for JPA and other sources, even though I had friends with mediocre results who managed to be sent to Australia and other countries. I went to study in Florida, doing Aerospace Engineering. How? Simple, I begged a hundred people to give me some money, my parents sold their property, I took a gigantic personal loan. What you don't get is that us "org2 cina n indian" as you put it put this incredibly huge value on education, that when we don't get help we will go for all extreme measures - we'll sell our houses, cars, property, take huge loans, etc - to get the education. However, does that mean that you should close it off to us? How about the son of a rubber tapper who doesn't have a house to sell? It's a true story, this kid scored 14 A1s or something, but he didn't get a JPA scholarship, while my Malay friend with 8As managed to get one. What would he do? He wanted to be a doctor. After his story came out in the newspaper, NUS offered him a scholarship and he went there. Do you think he'll come back to Malaysia to serve the people?

And let me tell you this. I'm 4th generation Malaysian. When I see an Indonesian guy's kids getting JPA/MARA scholarships just because he married a Malay woman, whereas a guy like me who has lived his entire life (up to three generations before him) in Malaysia and calls this beautiful land my home because I'm apparently a second-class citizen? It hurts. It hurts deeply. It's like your own mother telling you that you're not worth it, it's like your own mother disowning you.

What you don't seem to get is that every slight, every unfairness, every single piece of discrimination that we get in this beloved country of us hurts us. It tells us that we're nothing but second class citizens in a place we're willing to die for. It tells us that no matter how much we love this country, the country doesn't love us back that much.

I used to be a patriotic loyalist, getting annoyed at people who leave the country and all that. But now I'm starting to see things from their point of view. Do I want to bring up MY children in a place where they will be treated as second class citizens? It hurts me to write that - it really does, you guys can check with Nuar (he's an admin, I think, and my best friend from secondary school) and he'd tell you that I've always been incredibly loyal to MY COUNTRY - Malaysia. But when I need to think about the future of my children... it does give rise to that question.

Still, there's no place like home. And I've gone off-topic, pardon me for that.


aku malu. aku malu. malu dengan bangsa Melayu sendiri.

[out]
Read more ►

Thursday, July 10, 2008

no more sirap kenduri

1 comments
assalamualaikum

aku xtahu andai kata aku seorang saja yg berperasaan sebegini, tpi sunggoh, bagi aku, sirap kenduri kawen luar biasa benar kesedapannya. adakah sebab sirap tersebut dibancuh menggunakan air paip? haha. dan begitu juga dgn bunga telur. rasa telur rebus yg direbus sendiri untuk mengisi perut semacam laen rasanye dri telur rebus yg diperoleh dari kenduri kawen. kata makcik ku, itulah berkat mendirikan masjid namanye. yeke?


pulang ke malaysia, sebenarnya bnyk isu dan peristiwa panas yg berlaku. kes liwat anwar ibrahim, protes kenaikan harga minyak yg berakhir dgn peristiwa penyanyi londeh seluar tunjukkan punggung dan bermacam2 lagi. rasa nak tergelak, rasa diperbodohkan pon ada. kenapa malaysia selalu benar dihidangkan dgn berita2 yg kurang akal seperti ini?

kadang2 orang kata, orang yg tidak berpendirian itulah yg paling bodoh dan malang. kerana dirinya tersepit di tengah2, tak berkata ya dan tak juga berkata tidak. tak mengangguk, tak menggeleng. tak bersetuju, tak juga membantah. tak menyokong, tak juga membangkang. dan bermacam2 tak dan tak lagi.

aku adalah salah seorang yg jatuh di dalam kategori orang yg 'malang' itu. ya, aku tidak berpendirian dan tidak menyebelahi sesiapa. kerana aku tidak tahu, siapa yg bersalah sebenarnya. banyak sungguh spekulasi yg ditimbul dan diprovokasikan.

'adakah anwar benar2 bersalah atau tidak?'

'mana ada..tu semua fitnah!'

'logik ke, dua kali kene tuduh liwat? kalo ye pon nak aniaya orang gune la crite laen!'

'ye..anwar salah...tak baca blog che det ke?'

aku tidak berpendirian. kerana aku sungguh tidak tahu wahai tuan. kerana politik malaysia ini terlalu kotor. lebeh kotor lagi dari kasut sport aku yg tidak dibasuh hampir sebulan itu.

pernah dengar tak lagu 'i dont wanna miss a thing', yg menjadi soundtrack filem Armageddon? ya Tuhan, andai kata anda tak pernah mendengarnya..ok lah malas aku nak komen.

lagu ini mengikut kata kakak aku, adalah tema mereka. lagu tema mereka. tema apa aku sendiri tak pasti. tema percintaan mereka agaknya. oleh sebab terlalu kerap kakakku berulang2 kali menyanyikan lagu ini, aku sendiri udah terkena sampuk, lagu ini bagaikan terngiang2 di telingaku walaupun aku sedang berada di bumi christchurch yg tiba2 ku rasakan amat sejuk lagi menyejukkan ini.

kadang kala aku terfikir, bagaimana seseorang itu boleh mengambil keputusan untuk berkahwin? jika bertanya tentang relevan perkahwinan, mudah saja kita menjawab. dari segi agamanya, untuk mengelakkan maksiat, untuk membina masjid, menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan dan memenuhi fitrah manusia yg semula jadi. meramaikan lagi bilangan umat islam dengan kelahiran zuriat. tetapi aku secara jujurnya merasakan, mengambil keputusan utk berkahwin adalah sesuatu yg 'magik'.

aku pernah bertanya kepada mamaku, kenapa mama kawen? kenapa mama nak anak? mama tak rase ke anak (termasuk diri aku) itu menyusahkan?

mama aku hanya tergelak kecil dan menggeleng2kan kepala. abahku yg tumpang mendengar turut ketawa. abahku berkata, 'tahu tak..perasaan ada anak ni satu benda yg takde gantinya dlm dunia ni.'

masa itu aku darjah empat rasanya. kurang faham apa maksud abah aku. actually, sampai hari ini pun aku maseh tidak faham. mungkin kerana aku maseh belum berkahwin dan belum mempunyai anak.

satu soalan yg sering timbul di fikiranku ialah, 'tidak bosankah?'

aku ambil contoh kakak aku. berkapel sejak tingkatan 2 dgn orang yg sama, sampailah mencecah umur 27 tahun, dan berkahwin pula dgn orang yg sama, dan akan menghabiskan sepanjang hayatnya dgn orang yg sama juga!

tidak bosankah? masyaAllah, aku menatap henpon yg baru aku beli hujung tahun lepas ini pun dah mula rasa bosan, apatah lagi cinta yg dah berbelas2 tahun, dan sekarang masuk fasa sepanjang hayat pula!

kata2 itu yg aku lontarkan kpd kakak aku, dan dia menjawab, 'hang ni bodo ka apa? nama ja engineer tpi sghupa tak skolah.'

ya, mula2 begitulah jawapannya. kemudian dia menyambung lagi,

'itu semua sebab cinta lah. kalo cinta tak bosan lah.'

jawapan kali ini lebih menjawab persoalan. ringkas saja, tapi aku mengerutkan kening.

sebab cinta, maka tidak bosan.

yakah?

kenapa aku kata mengambil keputusan utk berkahwin itu sesuatu yg magik?

kerana ia adalah seperti sengaja mencari masalah. takde masalah, nak cari masalah. takde keje, nak cari keje. takde tanggungjwb, nak cari tanggungjwb.

pelik bukan? manusia selalu merungut dan kadang2 hilang sabar dgn beban semasa belajar, bekerja, hutang dan lain2.

tetapi kenapa manusia dgn senang hatinya ingin mencari kerja, masalah dan tanggungjwb dgn berkahwin?kalau tak kahwin, bukankah mudah hidup. tak ada masalah dan tanggungjwb.

bukan saja berkahwin, tetapi bagi aku, menemui pasangan atau soulmate juga adalah salah satu perkara yg sgt magik.

magik tak, apabila anda suka pada seseorang, dan tiba2 si dia juga mempunya perasaan suka yg sama pada anda?

bagi aku itu mmg sangat magik lagi ajaib. bagaimana kita boleh jatuh cinta pada orang yg juga jatuh cinta pada kita? mcm tau2 je. mcm secara tak sengaja, tepat pulak sasarannya.

kerana bagi aku, bukan semua orang se'bertuah' itu. ada yang tidak suka pada orang yg suka pada dia, dan ada juga yg suka pada orang yg tidak suka pada dia.

jadi perasaan saling mencintai itu bagi aku, sangat bermakna dan ajaib.

maka kerana bukan mudah nak memperoleh keajaiban itu, ia diakhiri dgn sebuah ikatan yg berlandaskan syarak yakni perkahwinan.

kadang2 aku rasa sedih juga, dgn orang yg tidak menghargai keajaiban ini. aku sebenarnya tidak faham, bagaimana kadang2 manusia ini mudah benar jatuh cinta. seolah2 keajaiban ini baginya satu benda yg langsung tak ajaib. bukan saja tak ajaib, ia adalah satu permainan pula. senang2 saja suka orang ini, rasa tak sesuai sikit, clash. suka pula pada orang itu, rase tak sesuai sikit, clash. dan seterusnya dan seterusnya. ya Tuhan, murah sungguh harga sebuah perasaan yg ajaib itu. ingin sekali aku tanya orang sebegini, bagaimana ya dgn mudah sekali ia jatuh cinta, berkali2 dlm masa yg sungguh singkat pula?

ada juga yg tidak menghargai keajaiban ini dgn cara yg lain pula. Allah sudah kurniakan keajaiban bertemu pasangan yg juga menyayangi seadanya, dicemarkan pula dgn perbuatan sumbang yg tidak menyumbang apa2 faedah pada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara. wahai tuan, kenapa mudah benar tuan tidak hargai keajaiban yg Allah anugerahkan dgn melakukan perbuatan yg tidak direhaiNya?

pelik sungguh ya manusia ini.

apa2 pun, sirap kenduri kawen best.

aku sebenarnye domam ni. asyik bertukar2 angin dan cuaca. sampai saja ke bumi christchurch, masyaAllah, aku rasakan sangat sejuk bangat la pulak. biar benar christchurch sesejuk ini. terus pening2 lalu meleleh2 hingus aku.

ok chow. nak tido. wallahualam.




Read more ►

Wednesday, July 02, 2008

aku pelik

0 comments
bukan aku pelik. ok, mayb aku pelik. tpi mksud aku bukan aku pelik. mksud aku, aku rase pelik. err, paham kan? haha

sementara duduk umah cousin aku yg ade intenet ni, maka baik aku manfaatkan semaksimumnya haha

ni antara komen2 'menarik' yg aku jumpe, berkenaan sistem pemerintahan islam dan sistem pemerintahan barat i.e. demokrasi:

Bagi ana...ini adalah masalah sistem demokrasi di negara kita ni.Kita tahu,agenda jahat barat menanamkan sistem pemerintahan demokrasi di negara umat Islam ni adalah supaya umat Islam ni lupakan sejarah dan asal-sul mereka..Yahudi cukup takut umat Islam kembali gemilang spt dulu di mana pemerintahan umat bukan nya demokrasi..tetapi khilafah islamiyyah..

Mcm yg kita tahu salah satu agenda demokrasi adalah "MATLAMAT MENGHALALKAN CARA"..
Jadi tidak hairanlah cara keji ini digunakan puak pemerintah jahat utk menganiyai org yg lemah spt rakyat marhaen...
Dlm demokrasi mcm tu,demi kepentingan politik kita,kita sanggup bergaduh,rasuah,menindas org lemah dan bermacam2 kejahatan demi memastikan pangkat dan kedudukan kita kekal..Itu adalah asas bagi demokrasi..dan yg paling perlu kita tahu ialah,demokrasi amat menentang dgn prinsip al-Quran dan Sunnah,kerana kewujudannya adalah utk mendaulatkan rakyat,bukan mendaulatkan hukum syara....

JAdi,kita harus buang sistem ini dan gantikannya dgn sistem Khilafah islamiyyah...di waktu itu,tidak ada lagi fitnah dan mehnah..yg berlaku...


hehe. tersenyum sendiri aku membacanye.

sumhow, it sounds like masa zaman pemerintahan khulafa ar-rasyidin dlu xde sebarang masalah yg timbul. seolah2 pada zaman tersebut, segala2nya indah belaka, aman damai dan sentosa bagaikan kisah dongeng cinderella yg hidup bahagia happily ever after.

dont get me wrong. aku tidak sama sekali berniat nak memperlekehkan khulafa ar-rasyidin, tidak sama sekali nak memperlekehkan sistem pentadbiran islam dan tidak sama sekali nak menentang sistem khilafa.

my point is, pelik la. asal bunyi je islam, mesti bagus serba serbi. mcm xde pape cacat celanye.

ok2, jgn salah faham lagi. of coz, islam itu xde cacat celanye. islam itu syumul.

mksud aku, pasal sistem pemerintahan islam ni, disebabkn bunyi dia 'islam', wah3 bersemangat semua adik kakak, 'ya kita mesti kembalikan sistem khilafah, maka dengan ini tidak akan timbul sebarang masalah sosial, riba, rasuah judi dan bla bla bla bla.'

the thing is, are u sure masa zaman khilafah dulu, langsung xde pape masalah? sumenye aman sentosa lagi bahagia?

are u sure, dengan mengembalikan sistem khilafah, maka semua masalah ini akan hilang, semuanya dapat diselesaikan dengan magiknye dan masalah ini tidak akan timbul?

abes, how do u explain about ghazu raids, kharijites, shiis, mutazilah dan sebagainya? ketidakpuasan golongan shiis atas perlantikan pegawai2 umayyad semasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan? terlupe ek?

think again bro.

tak salah nak kembalikan sistem islam. tapi kaji dulu sejarah dari pelbagai sudut and aspek. then bolehlah cakap panjang lebar.

wallahualam.
Read more ►
 

Copyright © Shairah Ahmad Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger