Thursday, July 10, 2008

no more sirap kenduri

assalamualaikum

aku xtahu andai kata aku seorang saja yg berperasaan sebegini, tpi sunggoh, bagi aku, sirap kenduri kawen luar biasa benar kesedapannya. adakah sebab sirap tersebut dibancuh menggunakan air paip? haha. dan begitu juga dgn bunga telur. rasa telur rebus yg direbus sendiri untuk mengisi perut semacam laen rasanye dri telur rebus yg diperoleh dari kenduri kawen. kata makcik ku, itulah berkat mendirikan masjid namanye. yeke?


pulang ke malaysia, sebenarnya bnyk isu dan peristiwa panas yg berlaku. kes liwat anwar ibrahim, protes kenaikan harga minyak yg berakhir dgn peristiwa penyanyi londeh seluar tunjukkan punggung dan bermacam2 lagi. rasa nak tergelak, rasa diperbodohkan pon ada. kenapa malaysia selalu benar dihidangkan dgn berita2 yg kurang akal seperti ini?

kadang2 orang kata, orang yg tidak berpendirian itulah yg paling bodoh dan malang. kerana dirinya tersepit di tengah2, tak berkata ya dan tak juga berkata tidak. tak mengangguk, tak menggeleng. tak bersetuju, tak juga membantah. tak menyokong, tak juga membangkang. dan bermacam2 tak dan tak lagi.

aku adalah salah seorang yg jatuh di dalam kategori orang yg 'malang' itu. ya, aku tidak berpendirian dan tidak menyebelahi sesiapa. kerana aku tidak tahu, siapa yg bersalah sebenarnya. banyak sungguh spekulasi yg ditimbul dan diprovokasikan.

'adakah anwar benar2 bersalah atau tidak?'

'mana ada..tu semua fitnah!'

'logik ke, dua kali kene tuduh liwat? kalo ye pon nak aniaya orang gune la crite laen!'

'ye..anwar salah...tak baca blog che det ke?'

aku tidak berpendirian. kerana aku sungguh tidak tahu wahai tuan. kerana politik malaysia ini terlalu kotor. lebeh kotor lagi dari kasut sport aku yg tidak dibasuh hampir sebulan itu.

pernah dengar tak lagu 'i dont wanna miss a thing', yg menjadi soundtrack filem Armageddon? ya Tuhan, andai kata anda tak pernah mendengarnya..ok lah malas aku nak komen.

lagu ini mengikut kata kakak aku, adalah tema mereka. lagu tema mereka. tema apa aku sendiri tak pasti. tema percintaan mereka agaknya. oleh sebab terlalu kerap kakakku berulang2 kali menyanyikan lagu ini, aku sendiri udah terkena sampuk, lagu ini bagaikan terngiang2 di telingaku walaupun aku sedang berada di bumi christchurch yg tiba2 ku rasakan amat sejuk lagi menyejukkan ini.

kadang kala aku terfikir, bagaimana seseorang itu boleh mengambil keputusan untuk berkahwin? jika bertanya tentang relevan perkahwinan, mudah saja kita menjawab. dari segi agamanya, untuk mengelakkan maksiat, untuk membina masjid, menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan dan memenuhi fitrah manusia yg semula jadi. meramaikan lagi bilangan umat islam dengan kelahiran zuriat. tetapi aku secara jujurnya merasakan, mengambil keputusan utk berkahwin adalah sesuatu yg 'magik'.

aku pernah bertanya kepada mamaku, kenapa mama kawen? kenapa mama nak anak? mama tak rase ke anak (termasuk diri aku) itu menyusahkan?

mama aku hanya tergelak kecil dan menggeleng2kan kepala. abahku yg tumpang mendengar turut ketawa. abahku berkata, 'tahu tak..perasaan ada anak ni satu benda yg takde gantinya dlm dunia ni.'

masa itu aku darjah empat rasanya. kurang faham apa maksud abah aku. actually, sampai hari ini pun aku maseh tidak faham. mungkin kerana aku maseh belum berkahwin dan belum mempunyai anak.

satu soalan yg sering timbul di fikiranku ialah, 'tidak bosankah?'

aku ambil contoh kakak aku. berkapel sejak tingkatan 2 dgn orang yg sama, sampailah mencecah umur 27 tahun, dan berkahwin pula dgn orang yg sama, dan akan menghabiskan sepanjang hayatnya dgn orang yg sama juga!

tidak bosankah? masyaAllah, aku menatap henpon yg baru aku beli hujung tahun lepas ini pun dah mula rasa bosan, apatah lagi cinta yg dah berbelas2 tahun, dan sekarang masuk fasa sepanjang hayat pula!

kata2 itu yg aku lontarkan kpd kakak aku, dan dia menjawab, 'hang ni bodo ka apa? nama ja engineer tpi sghupa tak skolah.'

ya, mula2 begitulah jawapannya. kemudian dia menyambung lagi,

'itu semua sebab cinta lah. kalo cinta tak bosan lah.'

jawapan kali ini lebih menjawab persoalan. ringkas saja, tapi aku mengerutkan kening.

sebab cinta, maka tidak bosan.

yakah?

kenapa aku kata mengambil keputusan utk berkahwin itu sesuatu yg magik?

kerana ia adalah seperti sengaja mencari masalah. takde masalah, nak cari masalah. takde keje, nak cari keje. takde tanggungjwb, nak cari tanggungjwb.

pelik bukan? manusia selalu merungut dan kadang2 hilang sabar dgn beban semasa belajar, bekerja, hutang dan lain2.

tetapi kenapa manusia dgn senang hatinya ingin mencari kerja, masalah dan tanggungjwb dgn berkahwin?kalau tak kahwin, bukankah mudah hidup. tak ada masalah dan tanggungjwb.

bukan saja berkahwin, tetapi bagi aku, menemui pasangan atau soulmate juga adalah salah satu perkara yg sgt magik.

magik tak, apabila anda suka pada seseorang, dan tiba2 si dia juga mempunya perasaan suka yg sama pada anda?

bagi aku itu mmg sangat magik lagi ajaib. bagaimana kita boleh jatuh cinta pada orang yg juga jatuh cinta pada kita? mcm tau2 je. mcm secara tak sengaja, tepat pulak sasarannya.

kerana bagi aku, bukan semua orang se'bertuah' itu. ada yang tidak suka pada orang yg suka pada dia, dan ada juga yg suka pada orang yg tidak suka pada dia.

jadi perasaan saling mencintai itu bagi aku, sangat bermakna dan ajaib.

maka kerana bukan mudah nak memperoleh keajaiban itu, ia diakhiri dgn sebuah ikatan yg berlandaskan syarak yakni perkahwinan.

kadang2 aku rasa sedih juga, dgn orang yg tidak menghargai keajaiban ini. aku sebenarnya tidak faham, bagaimana kadang2 manusia ini mudah benar jatuh cinta. seolah2 keajaiban ini baginya satu benda yg langsung tak ajaib. bukan saja tak ajaib, ia adalah satu permainan pula. senang2 saja suka orang ini, rasa tak sesuai sikit, clash. suka pula pada orang itu, rase tak sesuai sikit, clash. dan seterusnya dan seterusnya. ya Tuhan, murah sungguh harga sebuah perasaan yg ajaib itu. ingin sekali aku tanya orang sebegini, bagaimana ya dgn mudah sekali ia jatuh cinta, berkali2 dlm masa yg sungguh singkat pula?

ada juga yg tidak menghargai keajaiban ini dgn cara yg lain pula. Allah sudah kurniakan keajaiban bertemu pasangan yg juga menyayangi seadanya, dicemarkan pula dgn perbuatan sumbang yg tidak menyumbang apa2 faedah pada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara. wahai tuan, kenapa mudah benar tuan tidak hargai keajaiban yg Allah anugerahkan dgn melakukan perbuatan yg tidak direhaiNya?

pelik sungguh ya manusia ini.

apa2 pun, sirap kenduri kawen best.

aku sebenarnye domam ni. asyik bertukar2 angin dan cuaca. sampai saja ke bumi christchurch, masyaAllah, aku rasakan sangat sejuk bangat la pulak. biar benar christchurch sesejuk ini. terus pening2 lalu meleleh2 hingus aku.

ok chow. nak tido. wallahualam.




1 comments:

  1. great post.

    mcm sebijik2 kepelikan dlm kepala saya diluahkan
    kawin ni, takde keje cari keje
    tp, as u said la, "keje" kawin ni bukan keje bodoh
    ikhlaskan hati betulkan niat byk pahala dia

    i guess yg paling important
    majlis kawin tu sehari dua je
    lepas tu seumur hidup
    yg bab seumur hidup tu yg kene pikir lebih dan semasak-masaknye

    ReplyDelete

 

Copyright © Shairah Ahmad Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger