Saturday, August 29, 2009

sekarang ini aku sedang buat kerja2 untuk projek aku. aku mau siap sebelum pukul 12. boleh enggak? boleh kot.

aku mula2 rasa geram. apalah, aku ini banyak kerja sampai aku tidak ada masa untuk berkeluh kesah untuk diri aku sendiri. tapi sekarang aku faham, Tuhan ini memang baik. Dia memang sengaja tidak mahu bagi aku masa untuk aku menjadikan diri sendiri jadi bodoh. tapi nak merepek meraban di blog ada masa pulak eh?

haha.

aku sebenarnya rasa terlalu banyak sampai aku tak tahu apa nak tulis.

dulu aku ada 3 sebab untuk aku ada di sini.

kemudian aku hilang satu.

dan sekarang aku hilang lagi satu.

aku cuma ada satu saja lagi sebab untuk aku ada di sini.

maka aku mintak sangat2 pada Tuhan, tolong jangan tarik sebab itu juga dari aku.

kalau tidak aku akan bersepai2.

aku ini tak sedar diri kan? mintak itu ini pada Tuhan, macam aku pulak yang tahu apa yang terbaik untuk aku.

padahal Tuhan itu lebih tahu.

aku tahu semua yang Tuhan beri itu itulah yang terbaik. Tuhan dah takdirkan semua segala yang terbaik untuk aku sejak aku berusia 121 hari lagi dalam kandungan.

sekarang ini aku sedang merepek di blog aku, inilah yang terbaik yang ditakdirkan untuk aku buat pada ketika dan saat ini.

tapi biasalah, manusia kan memang tamak. tapi Tuhan pun kata, kalau nak mintak, mintaklah pada dia kan?

lagi pun aku memang tak ada siapa-siapa yang aku boleh mintak.

aku pernah dengar, ilmu manusia yang paling genius dalam dunia ini adalah tak setaraf pun sama satu titik air kalau nak dibandingkan dengan ilmu Tuhan yang selaut.

tambah2 pulak aku student-mechanical-yang-tak-grad-pon-lagi ini, lebih2 lagi tidak tahu apa sebenarnya kebaikan yang Tuhan sorok sekejap dari aku daripada segala yang terjadi ini.

Tuhan memang bijak, kan? Dia cipta manusia ini dengan perasaan ingin tahu. itu sebab aku masih mau heret kaki dan menapak di luar sana. manalah tau kalau2 aku jumpa hikmah di tepi jalan ke.

aku berterima kasih sangat sebab masih diberi satu hari lagi untuk aku perbetul semua kehinaan aku yang entah apa2.

dan kalau masih ada lebih-lebihan hari, harap ia boleh diguna untuk segalanya yang baik2.

oops, Tuhan. boleh tak aku nak minta satu saja lagi?

sebelum aku mati, boleh tak bagi aku rasa hepi?

sekejap saja.

dan sepanjang sebelum itu boleh tak tolong aku tolong diri aku?

emm.

buat masa sekarang ni, tolong aku tolong diri aku siapkan stage load profile ni boleh?

haha.

keji.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © Shairah Ahmad Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger