dipetik dari usrah-online.com:
Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras,sama ada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain.
satu lagi point dari website tersebut yang ingin aku highlight di sini ialah:
Termasuk dalam istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian.
Fesyen-fesyen pakaian yang dimaksudkan di sini ialah fesyen yang berlebih-lebihan dan juga fesyen yang tidak menutup aurat.
sebelum ini aku tidak pernah berminat untuk menyentuh hal-hal aurat. kerana bagi aku, ini semua orang dah tahu.
tetapi aku terlupa bahawa isu di sini bukan TIDAK TAHU, tetapi TIDAK SEDAR.
1) perempuan menutup aurat, bertudung labuh, berpurdah itu semestinya wanita yang baik lagi mulia
2) perempuan yang tidak menutup aurat, berpakaian dedah sana dedah sini itu semestinya wanita yang rosak akhlak
Dua ayat di atas SAMA SEKALI BUKAN PRINSIP AKU apabila bercakap tentang seseorang wanita. Bagi aku, keluhuran budi pekerti seseorang adalah tidak logik sama sekali untuk diukur daripada cara berpakaian seseorang.
ya, bagi aku, perempuan bogel yang memberi makan pada kucing kelaparan adalah lebih baik daripada perempuan bertudung labuh yang mengerat-ngerat kucing itu kepada 18 bahagian.
aku tidak pernah menghormati perempuan bertudung labuh lebih daripada perempuan yang berskirt pendek. sebaliknya, kedua-dua mereka harus diberi penghormatan yang baik yang sama taraf. kerana kedua-duanya adalah makhluk Allah, kedua-duanya adalah wanita yang mempunyai rahim yang harus dihormati dengan cara yang paling bagus.
takkan bila kita tak sanggup meraba perempuan berpurdah dalam LRT, kita sanggup pula raba perempuan bermini skirt?
padahal kedua-duanya adalah wanita yang sama sekali tidak berhak untuk disentuh tak kira bagaimana koyak-rabaknya cara mereka berpakaian.
Allah suruh jaga pandangan, dude. so jaga la pandangan. tak payah bagi banyak alasan.
Allah suruh tutup aurat, gurls. so tutup la aurat. tak payah bagi banyak alasan.
jadi kenapa ya aku tiba-tiba sibuk-sibuk nak mengomel tentang aurat ni?
kerana aku baru sedar betapa ramainya wanita yang tidak sedar akan betapa beratnya perintah Tuhan yang satu ini.
wanita adalah kaum yang paling senang nak masuk syurga. Allah redha, suami redha, jalan.
wanita juga kaum yang paling senang nak masuk neraka. nampak rambut sehelai, doom.
isu yang ingin aku timbulkan di sini ialah apabila wanita menganggap:
1) menutup aurat = menutup rambut di kepala
2) menutup aurat = menutup kulit
2) menutup aurat = menutup kulit
waddafish?
aku mengaku aku bukan perempuan yang 100% menutup aurat. dan aku tidak bangga dengan kenyataan ini. aku tidak akan menggunakan alasan paling dajal dalam dunia seperti, "saya tak mahu jadi hipokrit, ini diri saya yang sebenar", atau "saya belum sedia." ini semua alasan bangang yang tidak boleh diterima akal.
sembahyang itu wajib. menutup aurat itu wajib. logik ke kalau kita cakap, "saya memang malas sembahyang, saya tak mahu jadi hipokrit", atau "saya tak mahu sembahyang, saya belum sedia lagi." macam bodoh benar bunyi nya kan? jadi apa yang boleh aku katakan di sini ialah, aku mahu berubah, aku sedang berubah dan insyaAllah akan berusaha untuk istiqamah ke arah yang lebih baik supaya akan ada peningkatan bagi setiap hari yang berlalu.
aku tidak tahu ini hadis sahih atau tidak, tetapi setahu aku Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:
"manusia yang paling rugi dalam dunia ini adalah manusia yang tahu dia mempunyai kekurangan tetapi tidak memperbaiki kekurangannya itu."
jadi di sini aku ingin mengajak diri sendiri dan juga wanita-wanita di luar sana supaya sama-sama kita renungkan tentang hakikat menutup aurat yang sebenar.
pertama,
1) menutup aurat = menutup rambut di kepala adalah satu kefahaman tentang aurat yang salah.
aurat itu adalah tidak mendedahkan bentuk badan, rambut dan kulit kecuali bahagian-bahagian yang lazimnya dilihat (muka dan tapak tangan) kepada tatapan yang bukan muhrim. kalau dengan yang muhrim ada pula garisan-garisan aurat yang lain pula.
jadi apa kejadahnya jika kita mengaku, "ya kami telah menutup aurat!" tetapi semua mata dalam dunia dapat melihat bentuk nasik lemak RM 1.50 dua ketul yang terpampang di khalayak ramai itu?
apa kejadahnya bila kita mengaku, "ya kami telah menutup aurat!" tetapi leher yang jinjang dan telinga yang putih bersih itu dinampakkan pula bergantungan dengan rantai dan anting-anting?
apa kejadahnya bila kita mengaku, "ya kami telah menutup aurat!" tetapi baju yang dipakai sama saiz dengan baju budak tadika umur 6 tahun dengan lengan pendek menampakkan daging yang gebu-gebu montok-montok itu?
susah sangatkah nak melabuhkan tudung hingga menutup dada?
apa boleh mati kah kalau kita pakai tudung yang sempurna menutup leher dan telinga?
wang dalam akaun anda tiba-tiba hilang lesap semuanya kah kalau kita beli baju berlengan panjang?
tudung itu menutup rambut. tudung itu menutup dada. tudung itu tidak jarang.
menutup aurat itu menutup seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan.
apa yang kita masih tak faham dengan ayat di atas? apa maha sukar sangatkah maksudnya sampai kita tak faham atau buat-buat tak faham?
2) menutup aurat = menutup kulit adalah satu kefahaman tentang aurat yang salah, salah lagi menyalahkan
ehh betul2. kami telah menutup semua kulit tak seinci pun dinampakkan kepada pandangan yang bukah mahram.
tapi baju yang dipakai pulak mengalahkan sarung nangka sendatnya!
ditambah-tambah lagi dengan trend terbaru "muslimah" zaman millennium ini yang merupakan fesyen muslimah paling bangang pernah aku jumpa sepanjang aku hidup di dunia ini:
disclaimer: gambar-gambar di bawah disertakan hanya sebagai contoh, sama sekali tidak berniat untuk menjatuhkan air muka tuan punya gambar.
i cant help but go waddaf**k when i see these pictures.
fashion? style? "muslimah" style? whadda f*** was that?
so this is all about fashion? wearing legging? nampak bentuk kaki terang lagi bersuluh? and you proudly called it as 'style'?
WADDA F!
ada seorang gadis ini yang memberi respon terhadap teguran aku dengan jawapan ini: "pakai legging lagi baik daripada pakai tudung tapi tshirtnye body-shirt lengan pendek nampak tangan."
apa yang aku nak cakap di sini ialah, cik adik, tidak ada konsep 'hollier than thou' yang diamalkan dalam Islam.
pakai legging = salah sebab nampak bentuk kaki trang tang tang
pakai baju shortsleeve = salah sebab nampak lengan trang tang tang
it's as simple as that. where d f* did you got the concept such as "i'm better than you because i wear legging instead of shortsleeve" ni?
i am no better than you. you are no better than me. those girls wearing tudung labuh are no better than those who wear mini skirt. those who wear shortsleeve are no better than those who wear baju kurung. why? because it is not our job to judge who's better than who. it is Allah's job. we, as a human, just do the best than we can do, including doing our best in covering our aurat. it is THAT simple.
just do our BEST. as the 'khalifah' of the world. as the slave of the Almighty.
insyaAllah.
hidayah itu milik Allah. tapi hidayah itu jugak boleh dicari, dude. jadi aku tidak akan men'judge' sesiapa di sini, kerana aku sendiri masih dalam proses membetulkan diri. aku faham kesediaan untuk menutup aurat itu penting, ikhlas itu lebih-lebih lagi la penting, tetapi ikhlas dalam menutup aurat itu tidak akan datang jika kita tidak mahu berusaha untuk mendapatkannya.
aku sedar bahasa yang aku gunakan di sini adalah bahasa yang kasar. kerana apa? kerana ini adalah bahasa yang aku gunakan untuk menegur diri sendiri. aku telah pun terasa pedasnya. jadi kepada sesiapa yang terasa jugak kepedasannya sama seperti aku, nasib lah ye. haha.
ini adalah peringatan untuk semua muslimah di luar sana, lebih-lebih lagi kepada diri sendiri.
wallahualam.
salam,syukran `ala ziaratik.. mantap penulisan saudari.. tp saya sedikit tidak bersetuju dengan prinsip saudari,mungkin pandangan yang saudari lontarkan adalah dari pandangan seorang wanita, tetapi pada pandangan saya sebagai seorang lelaki, pakaian seoaprang wanita itu telah memberi persepsi awal terhadap diri wanita tersebut.memang tidak dinafikan terdapat sebilangan wanita yang tidak bertudung labuh atau tidak menutup aurat itu mempunyai akhlak yang mulia, tetapi bukankah lebih cantik kalau akhlak mulia itu dihiasi dengan cara pemakaian yang menunjukkan keizzahan seorang wanita islam. KEBANYAKKAN wanita bertudung labuh yang saya temui mempunyai akhlak yang baik, mungkin terdapat sebilangan kecil yang berakhlak buruk tetapi itu bergantung kepada kefahamn agama dan keteguhan iman mereka.
ReplyDeleteAllah telah berfirman dalm surah annur ayat 31 supaya wanita2 itu melabuhkan pakaiannya..
akhir sekali saya sedikit kagum dengan saudari kerana saudari nyatakan bahawa saudari tidak akan menggunakan alasan yang paling d*j*l dalam dunia ini yang saudari tulis.. mabruklak..
saya setuju dengan Zurhain...pakaian itu sudah mencerminkan keperibadian seseorang wanita...pakaian apa yang dipilih untuk dipakai sudah menampakkan apa yang ada dalam dirinya walaupun tidak secara keseluruhannya kerana yang lebih itu, ALLAH lebih mengetahui.
ReplyDeletesedihnya ramai yang sekadar mengikut trend...skrg org tak bertudung nampak pelik. terbalik dengan dulu...pakai tudung nampak pelik. sebab itu ramai yang tak peduli tudung yang dipakai tu sempurna atau tidak ( still nampak rambut atau menampakkan bungkusan nasi lemak seperti kata saudari tu). yang penting pakai..bila tudung tak peduli, apa lagi pakaian dan juga kaki..
**sekadar coretan
Ibu ZAAZ, mengikut pandangan lelaki yang 'sebenar2nya', walaupun perempuan itu bertudung tapi baju ketat, mengapa laki masih bersiul kat mereka? laki bersiul kat wanita yang membikin 'stim' sahaja. jadi ini sudah menjelaskan mengapa laki tidak bersiul kat perempuan tudung labuh. bkn mereka nk judge perempuan, mereka sedang judge 'keseksian' mereka. saya ni laki, Abg Zurhain pown laki... kita faham2 aja..
ReplyDeleteperempuan xbertudung nmpk je akhlak buruk tp mereka taklah seburuk mana. perempuan tudung labuh mmg npk sopan dan baik, tapi mana kita taw? lebih baik dok neutral aja. fikrah manusia Tuhan saja yg taw. persepsi awal itu hanylah fikiran manusia sahaja. saya lebih bersetuju dengan shairah.
Orang yang tidak menutup aurat dan menutup aurat tidak semestinya beriman.
ReplyDeleteTapi orang yang beriman, pastinya menutup aurat.
Mudah.
Kadangkala kita terlalu membincangkan benda yang sudahpun difahami. Berdolak dalik saja banyak. Tak mengapalah, yang penting yang menyampaikan sudahpun terlepas tanggungjawab untuk menyampaikan.
Salam...semoga link ini dapat mencerahkan lagi pemahaman...untuk semua org...
ReplyDeletehttp://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=288&Itemid=72
bersetuju juga dengan c's. berdolak dalih kerana nafsu mereka. mereka perlu sedar bhw ini adalah kewajipan yg dituntut dlm surah an-nisaa.
ReplyDeletebyk menyoalkan ttg hal ni mmg xberguna. sama shj seperti melwn arahan Tuhan.
=)
Nak tambah point.
ReplyDelete"Tutup aurat nampak mcm datang dari kampung, sial! Tak market ah!"
Yang tak tutup aurat lagi sial, sial lah kau kat neraka nanti.
Wah--
ReplyDeletemula2 ingat lelaki yang tulis..
tulisan yg hebat. ^-^
Setuju seribu kali.:)
ReplyDeleteOMG akk! I likeeee this post~ terutamanya waddafish tuh. ahaha
ReplyDeletep/s:peminat tegar akk. haha