assalamualaikum.
sejak akhir-akhir ini, aku semakin lemas perut melihat satu fenomena yang menguasai impulse saraf dan otak sesetengah manusia di muka bumi Malaysia. fenomena 'mengharamkan, diharamkan dan terharamkan.'
aku tidak tahu bagaimana harus aku mulakan bicara kali ini. bimbang kalau menyinggung mana-mana hati, risau jika tersalah kata dan bahasa. ahh persetankan itu semua. aku lontarkan juga apa yg tersimpan di dalam keras tempurung kepala aku.
Kisah 1: Chopstick Haram
aku sering kali dihujankan dengan isu-isu fanatik yang amat menjengkelkan luas hati dan jiwa aku ini. fanatik. fanatik itu apa ya? di sini aku beri definisi berdasarkan logik pemikiran aku sendiri, bukan definisi dari Kamus Dewan ya. fanatik itu bagi aku ialah melampau-lampau. atau terlampau-lampau. fanatik yg paling aku benci ialah fanatik yang berkaitan dengan agama. yakni fanatik tentang hukum hakam islam. hypothesis fanatik dalam konteks ini ialah:
"semakin banyak suatu benda itu diharamkan, maka semakin alimlah kita." (Saifuddin, 2008)
satu contoh yg amat menggelegakkan darah muda aku ialah 'chopstick haram'. ya Allah, kegilaan apakah ini. ya, anda boleh lontarkan pada aku bom atom sekalipun dek mulut aku yg terlalu lancang. tapi aku tidak akan tarik balik kata-kata aku. ini adalah satu kegilaan. gila apa ini. mengharamkan chopstick semata-mata chopstick itu adalah medium memasukkan makanan ke dalam mulut yang secara tradisinya digunakan oleh 'orang kafir', yakni mereka yang berbangsa Cina. logik di sebalik pengharaman ialah, 'menyerupai amalan orang kafir.'
tidak dapat aku bayangkan bagaimana rakan-rakan aku yang baru masuk islam terketar-ketar menyuapkan nasi ke dalam mulut menggunakan tangan dek penangan chopstick itu haram!
gila betul!
apa jika kita mengharamkan itu mengharamkan ini, semakin islamikkah kita? semakin alimkah kita? ya Tuhan, sabarkanlah hati aku ini.
Kisah 2: Sekolah Haram
sekolah agenda yahudi. ini lagi satu kegilaan yang teramat-amatlah menaikkan darah aku. logik di sebalik pengharaman: percampuran antara lelaki dan perempuan. Masya Allah. point pertama: apa kena-mengena percampuran lelaki dan wanita di sekolah dengan agenda yahudi? kedua: mungkin pembawa usul ini patut hidup di sebuah planet di mana habitantnya terdiri daripada single sex; yakni lelaki sahaja mahupun perempuan sahaja.
tak perlu cakap banyak. tunjukkan pada aku di mana ayat Quran yang mengharamkan pergaulan antara lelaki dan wanita.
gila!
Kisah 3: Pengkid Haram
ini pula kisah suatu yang memang patut diharamkan tapi dibantah pengharamannya. ini memang cerita lawak ni. marilah kita ikuti bersama.
Arakian tersebutlah alkisah Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan golongan 'pengkid'. maka timbul beberapa isu di sebalik pengharaman ini:
Pertama: Definisi Pengkid
Apa itu pengkid? pengkid yang bagaimanakah patut dikategorikan sebagai haram? bagaimana pula dengan tomboy? dan lain-lain kecelaruan identiti yang sama waktu dengannya? pendek kata, apakah definisi dan spesifikasi 'pengkid' yang sebenar?
Kedua: Apa itu Fatwa
Apa itu fatwa? adakah satu undang-undang yang wajib dipatuhi oleh umat Islam SeMalaysia? atau sekadar satu hebahan hukum yang diwartakan kepada umum? bagaimanakah suatu fatwa patut dilaksanakan? bagaimana suatu fatwa patut disebarkan? apakah sebab musabab atau tujuan di sebalik sesuatu fatwa? apakah logik atau justifikasi di sebalik pewartaan sesuatu fatwa? apakah kesan sesuatu fatwa? apakah keperluan sesuatu fatwa itu diwartakan? bagaimanakah satu fatwa boleh disampaikan kepada khalayak? melalui televisionkah? radiokah? surat khabar kah? internetkah? kah kah kah?
Ketiga: Tindakan Susulan
Baiklah. Pengkid haram. kemudian? apakah tindakan susulan yang perlu diambil? langkah-langkah membendung gejala pengkid yang wajar dilaksanakan demi menyelamatkan generasi muda Malaysia? apa yang patut dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat dalam menangani masalah pengkid? apakah tanggungjawab Majlis Fatwa Kebangsaan, Badan-badan dan Jabatan-jabatan Agama Islam dalam menghadapi golongan pengkid? bagaimana pula dengan langkah pencegahan oleh pihak keluarga, sekolah, universiti? perlukah diwujudkan badan kounseling, pusat pemulihan, gerakan tarbiyah dan sebagainya?
Keempat: Campur Tangan Komuniti Bukan Islam
haa ni yang lawak ni. terima kasih encik HafizAdam atas video yang dikongsi. aku menonton video di atas dengan penuh rasa simpati. simpati dengan kebodohan tuan empunya badan yang bercakap tanpa sedikit ilmu pun tentang hukum hakam islam di dalam kepala. ini memang satu kegilaan tahap tinggi ni. bercakap tanpa tahu menahu tentang perkara yang dicakapkan. gila lah tu. bagi aku, perbuatan tak tahu tapi buat-buat tahu ini memang sangat bodoh lagi membodohkah diri sendiri. bodoh kerana tidak memenuhkan ilmu di dada sebelum membuka mulut. akhirnya mulut yang dibuka berbau longkang. longkang kerana kata-kata yang keluar itu serupa sampah. langsung tidak ada fakta melainkan kebodohan semata-mata.
aku langsung tidak kisah jika ada wakil dari komuniti bukan islam yang ingin mempersoalkan fatwa pengharaman pengkid. anda ada soalan? silakan. kemukakan soalan anda. anda ada ketidakpuasan hati? silakan. luahkan ketidakpuasan hati anda. anda ada bantahan? maka usulkan bantahan anda. usulkan sebab-musabab bantahan anda. lakukan dengan cara yang betul lagi tertib. lakukan dengan cara yang berotak.
bantahan dikemukakan kerana kita tidak bersetuju dengan sesuatu cadangan. kenapa kita tidak setuju? sebabnya harus dikemukakan. tetapi yang lebih terlebih-lebih penting lagi, adalah menjadi tanggungjawab pihak yang mengemukakan bantahan untuk meneliti terlebih dahulu sebab musabab di sebalik pelaksanaan cadangan tersebut. kemudian barulah buat keputusan untuk setuju atau tak setuju. nak bantah atau tak nak bantah.
orang islam haram makan babi. sekumpulan orang bukan islam mengadakan demonstrasi membantah pengharaman ini dengan alasan melanggar hak dan kebebasan asasi manusia. kemudian kita tanya pada mereka, 'tau tak kenapa orang islam tak boleh makan babi ni?' dijawabnya, 'entah.'
nah, siapa yang bodoh sekarang ni? mempersoalkan sesuatu yang mereka sendiri tak tahu dari mana timbulnya pokok pangkal persoalan!
disebabkan manusia-manusia ini malas nak pergi library untuk buat research sendiri berkenaan hukum hakam islam lalu mengambil keputusan untuk memalukan diri sendiri dengan melaungkan slogan picisan 'stupid fatwa everywhere', maka aku rasa di sinilah terletaknya tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memberi pencerahan. kerana mereka tidak tahu atau malas nak ambil tahu, maka aku rasa tidak adil juga untuk kita hanya melenting tetapi dalam masa yang sama duduk goyang kaki dalam pejabat pasang air-cond. adalah tanggungjawab seorang islam untuk memberi tahu kepada yang tak tahu.
maka langkah yang terbaik ialah jelaskan tentang segala-galanya yang boleh dijelaskan dengan sejelas-jelasnya hingga tiada apa lagi yang boleh diperjelaskan. gunakanlah segala-gala wadah dan medium yang ada dengan cara yang halal lagi berhikmah. jika selepas itu ada juga muka yang membantah, ada lagi yang melaungkan kata-kata biadab 'stupid fatwa everywhere' maka di sini barulah tepat aku kira untuk kategorikan isu ini di bawah tajuk 'memprovokasikan sensiviti agama'. aku tidak pernah ada apa-apa masalah dengan komuniti bukan islam. tetapi mempersoalkan tentang hukum yang termaktub di dalam Quran dan menghina suatu fatwa dengan mengatakan ia sebagai sesuatu yang 'bodoh' adalah perlakuan yang amat melampaui batasan. ini memang menghina sekaligus mencabar kewibawaan islam. kalau nak masukkan mereka dalam tahanan ISA pun dengan segala hormatnya dipersilakan.
ternyatalah isu haram, pengharaman lagi mengharamkan ini adalah satu isu yang amat berat lagi memberatkan bukan saja melibatkan umat islam, malah kaum bukan islam juga. masalah-masalah yang berikutan daripada isu-isu ini bukanlah salah agama Islam atau terletak pada kecacatcelaan hukum hakam Islam, tetapi berpunca daripada kelemahan manusia sendiri, termasuklah aku, yang serba kekurangan lagi tidak sempurna dalam segala tindakan. hasilnya wujudlah permasalahan yang tidak ada logika. merepek.
aku memang risau, kerana mentaliti yang fanatik, jumud lagi sempit adalah satu pemikiran yang langsung tidak membawa Islam ke arah kemajuan, malah merugikan dan menjatuhkan maruah islam ke tahap yang lebih-lebih rendah lagi. kenapa mentaliti yang jumud lagi fanatik sedemikian wujud? kekurangan ilmu agama? atau disebabkan pengaruh persekitaran? cara dibesarkan? pengaruh keluarga? guru? rakan-rakan sebaya? media cetak dan media elektronik? kenapa masih ada segolongan umat islam yang berpandangan serong terhadap budaya masyarakat bukan islam, baik di Malaysia mahupun dari Barat? kenapa tidak diasimilasikan yang baik dan dicampak yang tak baik? adakah setiap yang dihalalkan dalam islam adalah segala-galanya yang 'islamik' belaka?
dalam masa yang sama, aku kira ada baiknya jika badan authority agama islam supaya bertegas dalam melaksanakan hukum hakam islam. jadikan ia sebagai sebahagian daripada undang-undang rasmi negara. kuatkuasakan fatwa dan peraturan islam ke atas umat islam Malaysia. sebarkan dan laksanakan fatwa dengan cara yang terbaik. perbaiki keadaan dengan segala hikmah dan kebijaksanaan yang ada. perjelaskan fungsi dan peranan setiap badan-badan agama islam dengan terperinci, supaya setiap jabatan tahu apa yang patut dibuat, dan dapat saling bekerjasama berkhidmat untuk rakyat demi kesejahteraan bersama. para khalayak (termasuklah aku) juga harus sama-sama memainkan peranan dalam membentuk mentaliti dan sahsiah akidah yang sihat. dengan cara bagaimana? perbanyakkanlah ilmu dan amalkanlah ilmu. itulah cara yang paling asas yang dapat aku fikirkan.
wallahualam.