Soalannya ialah....
- Adakah anda meng'upload' gambar di Facebook dengan harapan ada orang yang 'komen' gambar anda? (Ya/Tidak)
- Adakah komen-komen di Facebook/Twitter mempengaruhi mood anda? (Ya/ Tidak)
- Adakah anda berasa tak best/kecewa/ malu/ terabai jika tiada siapa yang 'komen' status Facebook anda? (Ya/ Tidak)
- Adakah anda kisah berapa orang 'kawan' yang anda ada di Facebook? (Ya/ Tidak)
- Adakah anda membanding-bandingkan jumlah 'kawan' anda dan 'kawan' kawan anda di Facebook/ Myspace? (Ya/ Tidak)
- Adakah anda membandingkan jumlah pelawat (visitor) atau 'number of hits' di blog anda dengan blog kawan anda? (Ya/ Tidak)
Ape kebende sebenarnya sindrom syok sendiri ni? Wujud ke?
Ya, memang wujud. Nama sindrom ni ialah Narcissism. Nak dipendekkan cerita, sindrom ni bermaksud:
"Seseorang yang terlebih yakin dengan diri sendiri; di mana dia mungkin 'overestimate' (terlebih ukur) kebolehan diri sendiri, atau dengan kata lain, anda terlalu admire diri sendiri (atau dalam bentuk yang lebih senang difahami, lu memang perasan bagus)."
Asal-usul istilah 'Narcissism' ni menarik jugak sebenarnya. Pada suatu hari, ketika angin sedang bertiup sepoi-sepoi bahasa, di kalangan bangsa Greek, tersebutlah lagenda seorang arjuna yang sedang mencari cinta bernama Narcissus. Ewah. Dalam dia tengah mengembara, seorang dewi yang jelita bernama Echo telah jatuh cinta pada dia. Tapi boleh pulak dia reject. Biasa la kan, kata perasan bagus. Dia terus mengembara dan mengembara dan mencari dan mencari lagi. Sampai la suatu hari dia ternampak bayang-bayang diri dia sendiri dalam air. Dia jatuh cinta dengan bayang-bayang dirinya sendiri (what the heck?) lalu terus-menerus merenung bayang-bayang tu sampai la dia reput kat situ (mati la maksudnya).
Walaupun bunyi macam tragik, sadis, 'apa punya mamat daa' dan lain-lain, ada banyak persoalan di sebalik cerita ni. Antaranya, self-admiration (contoh ayat: 'awek cun in the house~ muah muahh') dan menunjukkan bagaimana sindrom terlalu obsess dengan diri sendiri ni boleh mempengaruhi hubungan anda dengan orang lain (contohnya mamat Narcissus tu, boleh pulak dia reject dewi jelita kebabom macam Echo tu. Haihh). Dan sekarang dalam dunia serba canggih ni, lagenda ni boleh jadi realiti!
Perasan tak, sebelum ni kan, takde la kita macam senang-senang sangat nak bagitau orang apa yang kita buat hari-hari, tambah-tambah kat khalayak ramai. Pernah tak korang naik atas pentas masa perhimpunan sekolah pagi-pagi tu, pastu tiba-tiba jerit, 'Weh! Tadi pagi aku makan nasik goreng!' (Kecuali anda memang suka dibaling dengan selipar). Tapi dengan teknologi sekarang, tiba-tiba je kita nak bagitau semua benda kat semua orang (termasuk la yang remeh-temeh yang takde orang nak tahu pun). Contohnya, sekarang kita boleh update status kita kat Facebook, 'Pagi tadi saya tak sempat mandi, so saya gi kelas tak mandi, haha!' Benda macam ni adalah benda yang kita takkan sanggup bagitau kat dalam kelas kat semuaaaaaaa orang (ya termasuk lelaki/ gadis idaman anda) di alam realiti, tapi di alam maya, hah klik je dah satu dunia tau kau tak mandi pagi.
Sebenarnya sifat nak 'menarik perhatian' orang ni tak salah sebenarnya. Yelah biasa la kan, semua orang pun nak diberi perhatian, normal la tu. Tapi bila kita 'perlu dan mesti diberi perhatian', dan bila tak dapat 'perhatian' yang dikehendaki kita mula rasa marah, tak puas hati, bad mood, haa, itu agak BAHAYA.
Bila kita luangkan banyak masa untuk 'menarik perhatian', sebab bila 'perhatian berjaya ditarik' itu buat kita rasa bangga, confident dengan diri, menaikkan 'self-esteem', sebenarnya kita ada sedikit problem dengan diri sendiri. Masalahnya, habit tersebut menunjukkan yang kita sedang me'maksimum'kan ke'obsess'an kita dengan diri sendiri, which is tak bagus. Terlalu bergantung kepada orang luar untuk berasa dihargai, diberi perhatian adalah tak sihat. Lagi tak sihat, bila rasa bangga diri mula dipupuk, rasa 'owh aku memang bagus' semakin tinggi, maka memang ada masalah di situ.
Bukannya semua pengguna Facebook ada masalah macam ni. Walaupun ada yang update status Facebook kerap-kerap, publish gambar banyak-banyak, ada jugak yang bukannya berniat nak perasan bagus atau nak tarik perhatian. Ada jugak yang memang bukak akaun Facebook/Myspace semata-mata untuk 'keep in touch' dengan kawan-kawan, just nak tengok apa update kawan-kawan yang jauh dari kita. Bukanlah semuanya patut dilabel sebagai 'syok sendiri'.
Tapi dalam masa yang sama, sindrom 'syok sendiri' ni pun bukan satu isu yang boleh dipandang remeh. Cuba bayangkan, apa akan jadi pada masyarakat yang 'obsess' dengan diri sendiri, asyik sibuk dan peduli pasal diri sendiri, tak peduli pasal orang lain dan mengukur populariti diri dia bergantung pada komen-komen kawan di status Facebook? Masyarakat akan dimanfaatkan oleh orang yang confident, tapi orang yang terlebih confident lagi perasan bagus takkan membantu perkembangan masyarakat pun!
Tak perlu risau, tak perlu la sampai tahap nak delete akaun Facebook, cuma perlu kawal diri je. Gunakan Facebook/Myspace etc setakat yang perlu sahaja, tak perlu memuji memuja diri sendiri di Facebook. Moh pakat-pakat muhasabah diri moh, termasuk la diri saya yang tengah berleter nih!
The most important thing is, be yourself, jangan pura-pura dan jadi orang lain di internet. Kalau rasa macam internet ni dah menggangu hidup sosial kita dengan orang sekeliling di alam realiti, tutup kejap laptop tu! Pegi la tolong mak kat dapur ke, keluar main futsal ke, sembahyang jemaah kat masjid ke. Enjoy life sikit bro, jangan tercegat kat depan laptop je 24 hours!
Wallahualam~
0 comments:
Post a Comment