Saya mula membaca Tafsir secara serius bermula pada tahun lepas. Terima kasih kepada saudari Aziemah Abdul Rahman aka Azie aka adik naqibah saya (ya, naqibah saya ialah seorang junior yang jauh lebih muda dari saya. Ingat ya kawan-kawan, ilmu itu tidak mengira usia hehe) yang menghadiahkan saya Tafsir comel berbalut kertas kaler pink. Saya sayang sangat Tafsir ini, harap-harap ia akan terus bersama saya sampai bila-bila.
Sebelum dapat Tafsir ini, mula-mula saya mula (apekah ayat ini?) dengan Tafsir bahasa Inggeris dulu. Best bila baca, dan senang nak rujuk kalau nak cakap pasal Quran dengan international people. Tapi baca Tafsir English ni kurang feel, ayat-ayat dia kurang menusuk kalbu haha. Dan ada juga certain ayat yang kita tak dapat tangkap maksudnya dengan mendalam berbanding kalau baca Tafsir bahasa Melayu. Biasa la, kan orang kata, ayat-ayat Quran ni surat cinta dari Allah. Jadi kena la baca dalam bahasa ibunda, baru tangkap jiwang bro, haha.
Oleh sebab itu, saya baca Tafsir pun sekadar baca je la. Baca lepas tu angguk-angguk, "oooo" lepas tu bertahan la dalam 2 hari lepas tu lupa. Ada jugak orang yang baca main-main macam ni kan. Saya la tu orangnya. Haihh.
Lepas dah dapat Tafsir ni, saya pun bersemangat nak baca secara serius. Mentang-mentang la kaler dia pink, haha. Baca secara serius (kalau saya la), macam ni:
- Sediakan bahan-bahan seperti dalam gambar di bawah: Tafsir, pen, penanda kaler-kaler tuh (lupa pulak apa nama dia, adoi), highlighter, laptop/komputer berinternet sebijik (kalau takde laptop pun takpe, jangan tensi, tapi kalau ada lagi senang nak google apa-apa yang kita rasa nak further info)
- Mulakan baca Tafsir dengan Bismillah (standard procedure)
- Baca dan fahamkan. Cuba fahamkan dengan mendalam, kalau tak berapa faham, Google atau rujuk mana-mana kitab lain yang berkaitan yang kita ada. Dalam masa yang sama, cuba relate ayat-ayat tu dengan kehidupan harian kita - dengan apa yang kita fikir, kita buat, etc.
- Warning: Kalau nak google tu, make sure website yang kita rujuk tu adalah website yang BENAR ye kawan-kawan, jangan termasuk website yang sesat pulak. Dan dalam proses memahamkan tu jugak, jangan la sampai pening-pening. Kalau tak berapa faham jugak , tinggalkan dulu, baca ayat lain pulak. Jangan sampai kita pandai-pandai menafsir sendiri, bahaya tu.
- Mana-mana point penting atau point menarik yang kita suka atau rasa macam nak rujuk in the future, tanda dengan penanda kaler-kaler tu (kalau nak highlight dengan highlighter pun boleh). Tulis la kat tepi kat atas penanda tu, ayat yang kita tanda ni pasal ape sebenarnye. Nanti bila-bila nak refer, senang nak cari, rujuk je kat penanda tepi-tepi tu, dengan pantasnye boleh jumpa ayat yang kita nak tu.
- Selalu la jugak buat revision, supaya kita ingat balik benda-benda yang kita baca.
Tafsir ni kalau nak dibaca secara 'santai' pun boleh jugak, tak semestinya kena baca dengan serius. Sambil-sambil baring atas katil sementara nak tunggu mata terlelap tu, boleh je baca Tafsir jap. Tak pun letak je Tafsir tu dalam beg, sambil-sambil tunggu LRT ke bas ke bole la bukak baca jap. Baca macam tu saje pun takpe, tak perlu tanda-tanda dengan pen pun takpe.
Nak baca Tafsir ni jangan la sampai kita rasa leceh atau terbeban pulak, rileks-rileks sudeyh. Saya sendiri pun baca Tafsir ni ikut situasi; kalau ada masa lapang lebih sikit, saya baca cara serius. Kalau rasa macam nak rileks-rileks, nak tenangkan hati, nak baca sambil-sambil, saya bukak Tafsir dan baca direct macam tu je. Senang saje kawan-kawan.
Pendapat saya bila baca Tafsir:
Sebelum ni bila baca Tafsir english, rasa macam 'wow' la jugak tapi kesan dia tak 'kebabom' sangat. Tapi bila baca Tafsir bahasa melayu ni, baru la betul-betul BACA dan betul-betul faham. Masa tu baru betul-betul fikir dengan mendalam maksud sesuatu ayat tu, dan cuba relate dengan kehidupan diri sendiri. Bila saya baca, rasa macam 'ya Allah, banyak gile bende dalam ni.' Rasa macam semua benda pun penting, takde benda yang tak penting dalam tu. Semua ayat pun ada maksud yang mendalam yang boleh relate dengan diri. Ada sangat banyak kisah dalam tu yang saya tak pernah tau sebelum ni, sampai bila baca tu rasa sangat overwhelmed, macam, "Whew!" haa macam tu la.
Jadi cuba la baca Tafsir, memang best. Pilih la Tafsir dalam mana-mana bahasa yang anda suka; bahasa Melayu ke English ke Chinese ke Tamil, yang penting faham. Beli dari kedai yang bertauliah ye. Baca la dengan mana-mana method yang sesuai dengan jiwa kita; cara santai ke serius ke atau dua-dua sekali bergantung pada masa. Yang penting cuba baca dulu, belum cuba belum tauuu~ =P