Monday, June 16, 2008

Letih

aku masih ingat lagi bagaimana arwah wan (datuk) ku selalu mengangkat dan melambung2 aku ke siling ketika aku masih kecil.

bila aku cakap aku mahu pergi ke rumahnya, arwah wan akan ambil aku di stesen bas dgn keretanya yg nyawa2 ikan. kemudian membawa aku dan kakak pusing2 pekan. singgah di pasar ramadhan beli cendol pulut. bawa aku pergi kedai raja (bukan raja ridhuan), beli komik alam perwira.

kini, aku telah kehilangan kedua2 datuk aku.

semalam, bila ayahku telefon memberitahu khabar ini, aku hanya terdiam. terdiam sebab tak tahu apa nak cakap.

seterusnya, hari semalam berlalu dgn aku yg tak dapat berbuat apa2, terus terdiam dan terdiam.

arwah wan dimasukkan ke hospital kerana kencing manis. dan arwah juga ada penyakit strok.

kata mama, arwah meninggal sebab sakit tua. ya lah, arwah mmg dh tua.

aku dah merancang nak meluangkan masa beberapa hari di sungai petani, untuk temankan wan di hospital. tolong suapkan makanan atau tukarkan pakaian. apa2 saja. banyak jasa wan pada aku. laptop yg sedang aku guna pakai hingga hampir ranap ini pun, adalah hadiah dari wan. aku yg beli, tpi arwah wan yg hulurkan fulusnya.

bukannya lama lagi, kurang dari 3 minggu lagi aku akan pulang ke malaysia. tak lama lagi pun. sekejap saja. pejam celik pejam celik, baliklah aku.

tapi aku tak sempat. tak sempat pun. arwah dah pergi. untuk selama2nya.

tiba2 aku rasa sangat penat.

sangat letih.

boleh x, aku tak nak buat apa2 pun sekarang; duduk diam dan senyap2 saja?

aku x larat.

[out]

4 comments:

  1. Anonymous7:32 PM

    Teguhkan iman.

    Kita hanya mampu menyedekahkan bacaan2 Yassin kepada arwah. Semoga arwah dicucuri rahmat Allah.

    Ameen...

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:35 PM

    sori che ah, aku dpt tau lmbat..tu pon dari ka-mun br kejap tadi..tkpe..aku tau ko smgt kuat..gud luck in exams, slmt blk ke msia since aku pegi welly dlu slm flight ko ye! senyum selalu=)

    ReplyDelete
  3. owh xpe..sory gak aku x gtau ko..maleh nak kaco ko exam sbnanyeh huhu. thanx and gud luck for bersatu! aja aja fighting! P(^o^)P

    ReplyDelete

 

Copyright © Shairah Ahmad Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger