Sunday, February 22, 2009

Hanya Aku Bercakap dengan Diri Sendiri

8 comments
Amaran: entry kali ini adalah sekadar aku meluahkan perasaan sendiri ketika sedang demam sementara semester masih belum bermula a.k.a. entry syok sendiri. anda dinasihatkan supaya tidak meneruskan pembacaan. Harap maklum.

Entah apasal, aku banyak berfikir tentang hidup aku sepanjang 21 tahun ini dalam masa aku melepakkan diri di rumah sekepulanganku ke Malaysia tempoh hari.

Pulang ke Malaysia sentiasa membuatkan aku gembira. Gembira juga walaupun negeri Perlis seterusnya Kampung Salang sentiasa panas berembang. Tak ada 4 musim yang aku sukai seperti di New Zealand. Tak ada internet connection yang maha pantas seperti di Ilam Village. Tak ada bubble tea yang best seperti di Teasme (bersama abang pembancuh teh yang boleh tahan kacak. But that’s not the main point here). Yang penting aku gembira.

Gembira kerana balik ke kepompong keselesaan. Bukannya tak selesa duduk di New Zealand. Terus terang aku katakan, hidup aku di New Zealand adalah lebih selesa. Jauh lebih selesa berbanding di Kampung Salang. di New Zealand aku dapat duit elaun. Duit sendiri. takde duit boleh kerja. di Kampung Salang aku tak dapat elaun. Mak bapak aku mana kasi duit elaun. Tapi aku gembira juga. Gembira sebab kembali ke sisi ibu bapa.

Bunyinya macam terlalu kebudak-budakan. Macam budak manja yang tak matang. Haha, percayalah cakap aku, aku langsung tidak manja. Aku tidak merengek nak balik kampung dan aku tak pernah menangis teresak-esak walaupun terpaksa berhari Raya Aidil Fitri sambil menjawab soalan exam Mathematical and Computation Modelling. Aku rasa itu semua normal, alah bisa tegal biasa. Tidak pula aku rasa itu adalah satu 'big deal' sangat pun bagi aku (aku yakin ramai pelajar-pelajar di luar sana bersetuju dengan aku).

Tapi tak payah la nak cover-cover malu, nak cuba tunjuk macho. Berada di sisi ibu bapa adalah sesuatu yang sangat memberi comfort. At least bagi aku. kerana itulah bila aku balik kampung, secara automatik aku akan menjadi seorang yang sangat tak independent. Masak pun suruh emak buatkan, minum pun suruh emak buatkan. Pendek kata semua pun suruh mak bapak buatkan. Bukannya nak jadi anak derhaka yang suka memerintah atau si pemalas yang bergoyang kaki (walaupun hakikatnya aku memang pemalas), tetapi itu adalah satu cara (cara aku) untuk merasakan betapa ibu bapa boleh memberikan satu comfort dalam hidup. Membuatkan hidup aku menjadi organize dengan sendirinya tanpa aku perlu bersusah payah mengorganizekannya.

Hidup aku takde la susah sangat pun kat New Zealand ni. tapi hidup aku sangat tak organize. Sangat bersepah. Sangat tak teratur. Bukannya bilik aku bersepah, tapi urutan tatacara dalam hidup aku tunggang terbalik.

'Normal la tu!' Mesti itu yang akan dikatakan jika ada student lain yang membaca blog aku ini. Kehidupan yang tidak terurus adalah sesuatu yang normal bagi seorang pelajar (rasenye lagi obvious bagi pelajar oversea). Malah mungkin juga ada pelajar yang merasakan itu adalah sesuatu yang cool. Tapi bagi aku itu tidak cool. Dan percaya atau tidak, kadang kala ketidakterurusan membuatkan anda berasa sunyi.

Owh tidak-tidak. Aku bukannya cuba untuk menjadi melankolik di sini. Seperti yang aku katakan tadi, no big deal, aku ok je hidup macam ni. seriously. Tapi ada satu perasaan aneh sebesar kuman yang wujud dalam hati aku dalam keadaan yang seperti ini. Tanyalah sesiapa pun, pasti pernah rasa macam yang aku rasa ini.

Kehidupan yang normal ini kadang-kadang membuatkan hati kita berdetik pada sesuatu. Seperti pada tahun lepas, di mana aku telah jatuh sakit yang amat teruk selama 3 minggu. Aku rasa itu sememangnya satu benda yang 'no big deal', makan je la ubat. Pastu baik la. Ape yang nak kecoh sangat. Bukannya budak kecik. Tapi actually aku rasa satu perasaan pelik dalam hati aku. perasaan itu wujud bila masa aku terbaring keseorangan di dalam bilik. Owh jangan salah faham lagi. Aku bukannya nerd yang tak ada kawan nak menjenguk. But, you know what I mean.

Tiba-tiba saja aku rasa macam bagus kalau mak bapak aku ada dengan aku. sebab mereka akan kalut-kalut membelikan ubat untuk aku, kalut-kalut mengingatkan aku untuk makan ubat. Walhal di sini, aku masih ingat, aku harus menggagahkan diri untuk bangun, berdiri, berjalan meredah hujan untuk pergi ke klinik. Just for that instance, even once in a lifetime pun, tiba-tiba kita akan merasa betapa berseorangannya kita dalam dunia ini. Dan ia sangat menyakitkan hati aku untuk melihat mereka yang tidak menghargai ibu bapa yang sentiasa berada di sisi mereka ketika sakit dan demam. Sebab mereka tidak tahu bagaimana rasanya apabila kita sangat inginkan ibu bapa kita di sisi tetapi mereka tidak ada.

Kehidupan yang tidak terurus kadangkala boleh membuatkan kita berfikir. Makan tak terurus, tidur tak terurus. Tercampak di New Zealand membuatkan (aku rasa) aku telah menjadi lebih matang. Sangat-sangat terasa kesannya. Aku dulu boleh dikatakan sangat berjaya. Di tadika aku berjaya, di sekolah rendah aku berjaya, di sekolah menengah boleh tahan la. Tapi melangkah masuk ke alam universiti ini pernah membuatkan aku berasa aku berada at the lowest point of my life.

Aku tidak pernah berasa kegagalan itu adalah sesuatu yang tidak adil. Adil belaka, kerana aku yang memilih untuk gagal.

Berada dalam kekecewaan bukanlah sesuatu yang seluruhnya tidak elok. Gagal membuatkan kita berada dalam keadaan yang the most fragile, the most vulnerable. Breaking down adalah keadaan di mana aku tidak mahu melihat muka sesiapa pun hatta muka aku sendiri. berkurung seorang diri tak keluar-keluar bilik kadangkala essential, depends on that person. Dalam keadaan yang fragile, macam-macam boleh terjadi. Daripada yang maha bodoh seperti membunuh diri sendiri hinggalah ke yang maha pelik seperti jatuh cinta pada orang yang tidak sepatutnya.

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita perlu bercakap. Memendamkan perasaan adalah sesuatu yang ok; depends on keadaan. Tapi kadang-kadang kita perlu bercakap. Dan kadang-kadang kita sendiri tidak akan terjangka apa impaknya bila kita bercakap dengan seseorang tentang apa yang kita fikir. Sebab kadang-kadang, kita perlu menolong orang lain untuk menolong diri sendiri. Ia sama ada kita sudi ditolong atau tidak saja. Selepas ditolong, aku rasa aku pula mahu menolong.

Berada dalam keadaan yang terlalu desperate juga membuatkan aku sedar, betapa Tuhan telah berkali-kali memberikan aku peluang kedua. Terlalu banyak kali. Banyak kali. Dan manusia yang bongkak sentiasa lupa untuk berterima kasih. Selalu terlupa untuk menebus kembali kesalahan. Sebaliknya mengulang-ulang lagi kesilapan yang sama. Dan lagi dan lagi. Tapi cinta itu baik. Ia memberikan kita peluang kedua. Berkali-kali. Setiap kali pun aku bersyukur walaupun dalam sedar atau tak sedar, aku mungkin akan mensia-siakannya lagi. Betapa Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku selalu rasa takut bila aku diberi peluang kedua buat entah keberapa kalinya. Tapi dalam takut itu juga aku masih lagi berani mengingkari kata-kata Tuhan. Manusia durjana apakah aku ini aku sendiri tidak tahu. Aku cuma rasa terlalu takut dengan kasih sayang Tuhan terhadap aku, dan dalam masa yang sama aku tidak henti-henti berdoa semoga kasih sayang Tuhan itu tidak akan terhenti sampai bila-bila. aku terlalu takut dengan diri aku sendiri yang terlalu bodoh sehingga sanggup menzalimi diri sendiri. aku juga terlalu takut dengan apa balasan yang aku bakal terima di masa depan. Jadi buat masa sekarang, aku cuma berharap agar Tuhan beri aku sekali lagi kekuatan buat kesekian kalinya untuk aku terus berdiri tegak dan tidak goyang-goyang lagi.

Aku selalu rasa aku ada masalah besar. Tanggungjawab besar. Aku seriously rasa memang besar pun. Tiada sesiapa pun yang memberi aku tanggungjawab tersebut, aku yang cari sendiri. tapi ia adalah satu tanggungjawab yang mesti aku penuhi, tidak boleh tidak. Ia dah jadi semacam satu vow dalam hidup aku. dan disebabkan itulah aku terlalu takut untuk gagal. Aku tidak mahu gagal. Aku tidak boleh gagal. Aku tidak henti-henti berdoa kepada Tuhan supaya melancarkan perjalanan aku. tapi dalam masa yang sama juga aku rasa malu sebab aku selalu melakukan dosa. Dosa yang ada-ada saja.

Disebabkan tanggungjawab ini kadang kala aku dirasuk syaitan. Kadang kala pembuluh darah aku tidak dapat terlepas daripada bisikan yang membuatkan aku memandang picisan pada masalah orang lain. Terutamanya masalah cinta yang remeh temeh. Bagi aku orang yang memikirkan masalah cinta adalah orang yang paling bahagia. Bahagia kerana masalah itu menjadi masalah yang paling berat baginya dan dia tidak ada masalah lain yang lebih berat untuk difikirkan. Bertuahnya badan. Masalah dia cuma nak pilih mana satu boyfriend yang paling sesuai untuk dia. Sedangkan aku memikirkan tentang macam-macam.

Sehinggakan aku terlupa, setiap masalah itu adalah berat. Sehinggakan aku terlupa, ada orang yang ada masalah yang lebih berat daripada aku. sehingga kadang-kadang aku menjadi pesimis dengan diri sendiri dan juga orang lain.

Masalah apa pun berat. Boyfriend mana yang sesuai adalah satu masalah yang berat bagi dia. Mungkin ia adalah masalah paling remeh dalam dunia yang aku pernah dengar, tapi ia adalah berat bagi dia. Bagi dia.

Aku terlupa. Aku terlupa bahawa aku ini bukan siapa-siapa. Aku tidak tahu sejak bila aku mula mendevelop sikap suka mempicisankan orang lain. Aku tidak tahu sejak bila aku mula menjadi sarkastik dan sinis. Aku tidak tahu sejak bila aku mula merasa orang lain adalah pathetic tetapi aku tidak sedar bahawa masalah aku ini mungkin pathetic bagi orang yang jauh lebih bermasalah daripada aku.

sejak itu aku cuba untuk berubah. Apabila aku mula terfikir sesuatu yang ala-ala 'yeah right', aku akan cuba berhenti. At least, cuba untuk tidak bercakap. At least, cuba untuk tidak menzahirkan kesarkastikan aku. cuba untuk tidak melahirkan kesinisan aku. atau lebih tepat lagi, cuba untuk tidak menyakitkan hati orang lain. Buruk bagi mata aku mungkin baik bagi mata orang lain. Mungkin aku saja yang tidak nampak hikmahnya. Tapi yang penting aku sedang cuba untuk berubah.

Aku sering kali membebel-bebel tentang bagaimana tidak bertamadunnya suatu prejudis, tentang bagaimana sempit mindanya suatu diskriminasi, hingga aku sendiri tidak sedar, aku sendiri kadang kala mendiskriminasikan orang lain di luar sedar. Aku sendiri mempunyai tendency untuk prejudice terhadap orang lain. Aku tidak prejudis terhadap skin colour, religion, education, segala-galanya yang normal untuk diprejudiskan. Tetapi aku menjadi prejudis terhadap mereka yang prejudis.

Adilkah itu?

Manusia adalah satu ciptaan yang sangat kompleks. Tuhan mencipta manusia dengan berbagai-bagai emosi. Emosi itu jugalah yang membuatkan kita terus hidup. Aku beremosi dengan mengharapkan agar orang lain memahami emosi aku. aku beremosi dengan mengharapkan orang lain menurut kehendak aku yang memang tidak logik. Aku beremosi dengan mengharapkan sesuatu yang memang tidak patut tetapi aku masih mahu juga.

Kadang kala aku terfikir, adakah manusia ini memang diberi peluang untuk beremosi? Adakah kita diberi hak untuk beremosi? Emo yang berlebihan adalah sesuatu yang annoying dan irritating. Yalah bila kita jumpa budak yang emo tak tentu pasal, kita rasa macam nak sepak je. tapi adakah budak itu sememangnya berhak untuk beremosi hanya kerana dia seorang manusia biasa? Atau adakah dia harus mengawal emosinya untuk menghormati emosi orang lain? Akhir sekali, emosi siapa yang harus diturutkan? Kita atau mereka? Atau kedua-duanya sekali?

Aku selalu rasa orang-orang yang berfikiran sempit adalah orang yang paling menyusahkan. Menyusahkan sebab rata-rata mereka yang orthodox ini terlalu degil, keras kepala, rasa mereka saja yang betul, annoying, irritating, perasan bagus dan sebagainya. Tapi aku terlupa bahawa aku sendiri adalah degil dan keras kepala dalam keopenmindedan aku ini, kononnya. Ada beza antara menjadi tegas dan tetap pendirian dengan keras kepala. Akhirnya aku menjadi extremist sama seperti mereka. Mereka menjadi extremist dengan kenarrowmindedan mereka, dan aku juga menjadi extremist dengan keopenmindedan aku.

Apa beza aku dengan mereka?

Aku tidak pasti sama ada aku boleh menjadi seorang engineer yang cemerlang atau tidak. Aku harap sangat-sangat aku boleh jadi. Tapi aku rasa aku pretty much sure yang aku secara perlahan-lahan telah mula menjadi seorang manusia.

wallahualam
Read more ►
 

Copyright © Shairah Ahmad Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger